Anda di halaman 1dari 10

BERDASARKAN TEKS LAILA MAJNUN, ULASKAN DENGAN MENGGUNAKAN TRADISI ISLAM

Pendahuluan Laila Majnun merupakan satu kisah cinta tragis dari negara Arab. Kisah ini wujud pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah. Malah kerajaan ini merupakan kerajaan Islam selepas pemerintahan Khulafah Ar Rasyidin. Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda dari Bani Umar yang kaya bernama Qais telah menjalin cinta dengan Laila sejak dari bangku sekolah lagi, tetapi telah dihalang dan dilarang oleh orang tua Laila. Halangan dari orang tua Laila itulah menjadi punca Qais menjadi seperti orang yang tidak siuman dan membawa kepada kelakuan Qais yang aneh dan digelar sebagai Majnun. Walau bagaimanapun kisah cinta Laila Majnun seakan sama dengan cerita Romeo dan Juliet yang terkenal di negara Barat yang berkesudahan dengan penghabisan cerita yang menyayat hati. Dalam kisah Laila Majnun banyak sekali cerita dan tradisi yang berkaitan dengan amalan dan juga cara hidup Islam yang diketengahkan. Mungkin di sebabkan cara hidup dan pegangan Islamlah maka Qais dan Laila dihalang oleh orang tua Laila kerana pada pandangan mereka tidak elok dipandang oleh orang ramai. Banyak sekali tradisi dan cara hidup Islam seperti yang digambarkan dalam kisah ini. Hal yang demikian, menjadikan cerita ini sangat menarik dengan jalan ceritanya berunsurkan Islam dan menjadikan kisah ini terkenal ke serata dunia .

Page | 1

Amalan Berdoa Dan Berserah Kepada Allah Dalam ajaran Islam, sebagai hambanya kita hendaklah sentiasa memohon dan berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan sama ada senang atau susah. Teori Takmilah dalam prinsip yang pertama ialah ketuhanan yang bersifat Kamal(sempurna), kesempurnaa yang dimiliki Allah dengan kewujudan manusia yang dicipta oleh Allah, maka hubungan antara manusia dengan sang Pencipta adalah menunjukkan Allah itu berkuasa. Apa yang berlaku kepada kedua orang tua Qais sebelum Qais dilahirkan ke dunia. Ini kerana, walaupun keluarga mempunyai segalanya harta dan pengaruh tetapi hidup mereka sepi kerana tidak dikurniakan anak. Mereka telah mencuba segala yang termampu termasuklah berubat dengan tabib-tabib yang terkenal pada masa itu tetapi tetap tidak berjaya. Akhirnya ayah dan ibu Qais telah berserah dan berdoa kepada Allah memohon dianugerahkan kepada mereka seorang cahaya mata dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya berkat doa kepada Allah tidak lama selepas itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Qais. Dalam kisah ini juga, menceritakan bagaimana Qais sendiri yang sujud dan berdoa kepada Allah di depan Kaabah di Mekah memohon supaya cintanya kepada Laila tetap hidup sampai bila-bila dan tidak akan mati. Begitu juga semasa kisah berlakunya perang antara pengikut Naufal yang berjuang untuk merampas Laila untuk diserahkan kepada Qais dengan pengikut keluarga ayah Laila, Qais tidak semena-mena menadah tangan berdoa kepada Allah supaya peperangan itu dimenangi oleh kaum keluarga Laila, ini salah satu sebab membuatkan Naufal dan pengikut berundur meninggalkan medan peperangan dan mentebabkan Qais tidak dapat bersama Laila. Kisah yang seterusnya yang membawa kepada perjalanan cerita yang menyedihkan apabila Laila yang telah meninggal dunia akibat penderitaan hidup yang tidak tertanggung menjadikan Qais
Page | 2

sebagai seorang pengujung tetap kubur Laila. Malah Qais yang tidak dapat menanggung lagi tekanan perasaan telah menangis dan berdoa serta berserah kepada Allah supaya dia dibebaskan dan dengan erti kata lain dicabut nyawanya kerana ingin mengikut kekasihnya Laila ke alam baqa. Doa Qais termakbul apabila akhirnya dia mati di atas kubur Laila.

Menunaikan Haji Di Mekah Dalam teori Takmilah juga salah satu perinsip ialah menekankan tentang keislaman yang Akmal iaitu sempurna. Perinsip yang ketiga dalam teori ini menyabut bahawa Islam ialah agama yang sempurna, dengan yang demikian menunaikan haji ke Mekah merupakan rukun Islam yang ke lima, maka lebih sempurnalah seseorang Islam itu sekiranya dapat menunaikan haji ke Mekah dan ianya merupakan tradisi dalam Islam sejak zaman Rasullullah s.a.w lagi. Zaman kisah Laila Majnun merupakan zaman kebangkitan Islam dan mengerjakan haji ke Mekah adalah wajib bagi mereka yang mampu dari segi wang dan tenaga. Maka tidak hairanlah pada masa itu ramai orang pergi menunaikan haji ke Mekah lebih lagi mereka tinggal sekitar Negara Arab yang berdekatan dengan Mekah. Kisahnya ada menceritakan bagaimana ayah Qais telah menghantar Qais ke Mekah untuk menunaikan haji dan berharap agar Allah merahmati dan membebaskan Qais dari beban cinta yang menghancurkan hidupnya itu. Walau bagaimanapun ianya tidak menjadi kerana Qais sendiri mengharapkan dari Allah supaya cintanya kekal abadi. Cerita ini juga ada menyebut tentang seorang pengembara badwi yang bernama Naufal yang menuju ke Mekah telah berjumpa dengan Qais yang dalam keadaan yang menyayat hati dengan kisah sedihnya membuatkan Naufal berjanji akan menolongnya untuk mendapatkan Laila selepas
Page | 3

di pulang dari mengunjungi Mekah, dengan erti kata lain selepas dia pulang menunaikan haji di Mekah kerana rata-rata mereka yang mengunjungi Mekah adalah untuk menunaikan haji.

Tradisi Kahwin Awal Tradisi dalam Islam membenarkan anak gadis yang cukup umur berkahwin awal iaitu seawal umur sembilan tahun kerana waktu itu anak-anak gadis sudah dikira cukup umur. Pada zaman tersebut ada dinyatakan betapa masyarakat masa itu telah membenarkan anak-anak gadis mereka dilamar dan dikahwinkan pada usia muda. Dengan yang demikianlah semasa Laila berusia dua belas tahun ramai pemuda telah tertarik dengannya dan telah cuba untuk melamar Laila tetapi telah ditolak Laila dan juga ayahnya.

Hak Mutlak Ibu bapa Dan Penjaga Dalam bab-bab nikah kahwin dalam Islam membenarkan bapa mereka menjodoh anak gadisnya dengan calon suami yang dikira baik dan mendatang kesenangan kepada anak gadisnya pada masa depan. Dalam hal ini, bapa atau penjaga tidak perlu meminta persetujuan dari anak mereka dan anak gadis mereka terpaksa menerimanya dengan rela hati. Dalam kisah ini terjadi kepada Laila apabila ayah Laila telah menerima lamaran dari seorang bangsawan yang kaya bernama Ibnu Salam untuk dikahwinkan dengan Laila tanpa menanyakan pendapat Laila terlebih dahulu dan Laila terpaksa menerimanya walaupun hatinya tetap untuk Qais.

Page | 4

Hubungan Mahram Dan Bukan Mahram Cara hidup dalam Islam hubungan seseorang lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak boleh bersama dan apatah lagi bergurau senda dan bersentuhan. Lainlah jika seseorang itu mahram kita seperti suami isteri,adik beradik, ibu bapa, ibu dan bapa saudara serta datuk dan nenek kita. Perhubungan bukan mahram memang dilarang dalam agama Islam sehinggalah mereka diijab kabul sebagai suami isteri. Qais dan Laila yang berkawan sejak di bangku sekolah dan akhirnya bercinta telah menimbulkan pandangan serong masyarakat pada masa itu dan tidak menyenanginya. Lantas ayah yang berasa malu dengan tindakan anaknya itu telah mengambil jalan dengan melarang Laila berjumpa dengan Qais lagi dan telah mengurung Laila di dalam rumah.

Tradisi Melamar, Bertunang Dan Berkahwin Islam menitikberatkan hubungan antara wanita dan lelaki, haram bagi wanita dan lelaki yang bukan mahram bergaul mesra. Begitu jugalah berlaku dalam Kisah Laila Majnun ini kerana seawall usia dua belas tahun lagi Laila telah dilamar untuk dijadikan isteri oleh pemuda-pemuda di sekitar tempat tinggal Laila. Begitu jugalah akhirnya Laila dikahwinkan secara sah oleh ayahnya dengan seorang pemuda bangsawan, dengan yang demikian Laila sudah menjadi seorang isteri dan suaminya itu layak untuk bersama Laila.

Page | 5

Hormati Ibu Bapa Hubungan anak dengan ibu bapa dalam Islam merupakan hubungan yang wajib dipertahankan sampai ke mati. Di dalam agama Islam dan sudah menjadi tradisi bagi penganutnya menghomati kedua ibu bapa mereka.Seorang anak dianggap menderhaka kepada kedua ibu bapa sekiranya membantah permintaan, permohonan dan juga suruhan kedua ibu bapanya, lebih-lebih lagi kepada seorang ibu. Disebabkan amalan dan pegangan tersebutlah Laila tidak membantah larangan ayahnya supaya tidak lagi menjalinkan hubungan dengan Qais malah ketika dia hendak dikahwinkan dengan seorang bangsawan pun Laila tetap menurut kata walaupun hatinya memberontak. Begitu juga halnya dengan kisah Qais yang sentiasa menghormati kedua ibu bapanya semasa kedua-duanya masih hidup. Ini berlaku semasa ayahnya mengunjungi Qais yang berada di satu tempat persembunyiannya di kawasan bangunan runtuh dalam keadaan Qais yang begitu amat daif sekali. Semasa ayahnya merintih dan memujuk Qais pulang kepangkuan keluarganya, namun dengan lemah lembut sebagai seorang anak yang menghormati seorang ayah telah meluahkan dengan kata-kata yang lembut bahawa hidupnya hanyalah untuk cintanya kepada Laila dan dia tidak lagi ada kepentingan dan berguna kepada keluarganya lagi malah dia telah menyuruh ayahnya melupakan bahawa dia adalah anaknya sambil berpelukan dan menangis hiba sebagai seorang anak dan ayah.

Page | 6

Berpoligami Dalam Islam membenarkan penganutnya berkahwin lebih daripada satu iaitu hingga empat orang isteri. Namun begitu bukan semua orang layak untuk menunaikannya, ini kerana mesti ada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalan Islam. Amalan ini sudah diamalkan sejak Islam mula-mula disebarkan oleh Rasullullah lagi. Kisah Laila Majnun ada mengisahkan tentang Laila yang telah berkahwin dengan Ibnu Salam dan selayaknya suaminya itu boleh menggauli Laila dengan sah sebagai suami isteri, namun begitu Laila telah tidak membenarkan suaminya itu mendekatinya malah Laila memberi kebenaran supaya suaminya itu berkahwin seorang lagi untuk memenuhi kemahuan batin suaminya.

Berlaku Baik Sebagai Seorang Suami Tradisi dalam Islam walaupun isteri itu adalah hak mutlak kepada seorang suami namun bukannya si suami itu boleh melakukan apa sahaja kepada isterinya itu apatah lagi menghukum dan menyiksa isterinya walaupun isterinya itu melakukan kesalahan. Sekiranya ingin menghukum sekalipun, mesti ada batas-batasnya yang telah ditetapkan dalam Islam. Apa yang berlaku kepada kisah Laila dan suaminya ialah walaupun Laila tidak menunaikan tugas yang selayaknya sebagai seorang isteri tetapi suaminya tetap melayannya dengan baik dan tidak pernah mengasari Laila.

Page | 7

Percayakan Malaikat Dan Syurga Penganut agama Islam sangat percaya alam selepas mati sama ada alam kubur, padang mahsyar, syurga dan neraka serta adanya Malaikat. Dengan yang demikian kisah Laila Majnun ini tidak dapat lari jalan ceritanya berkaitan dengan perkara tersebut kerana ia berkisarkan cerita dari zaman Islam. Pernah satu kejadian semasa Qais yang telah membacakan syair cintanya kepada Laila semasa dia hamper-hampir berjumpa tetapi di telah melarikan diri ke arah padang pasir dalam keadaan separti dia berasakan seolah-olah dia dalam keadaan mabuk, tapi dia sedar dia hanya boleh meminumnya hanya di dalam Syurga sahaja karana di dalam Syurga orang Islam percaya semua makanan dan minuman boleh diminum. Kepercayaan bahawa setiap yang hidup akan mati dan semuanya adalah ketentuan Allah taala dan tugas untuk mencabut roh seseorang itu adalah telah ditugaskan kepada malaikat Izrail yang dikenali juga sebagai malaikat Maut. Laila yang sedar dan berasakan bahawa dirinya tidak akan hidup lebih lama lagi dan nyawanya akan dicabut bila-bila masa oleh malaikat maut tersebut telah berpesan kepada ibunya supaya selepas dia mati nanti dipakaikan dengan baju pengantin warna merah darah sebagai lambang syuhada cintanya kepada Qais. Tidak lama selepas itu Laila telah dicabut rohnya oleh malaikat maut dan maka bercerailah jasad dan nyawa.

Mengebumikan Orang Yang Meninggal Dunia Dalam agama Islam setelah seseorang penganutnya meninggal dunia maka, jenazah tersebut akan dikebumikan dengan cara Islam. Kisah Laila Majnun yang berkesudahan kedua-duanya

Page | 8

mati dengan cara yang berbeza tetapi jelas diceritakan bahawa bagaimana Qais yang menyeret tubuhnya kerana tidak mampu berjalan untuk ke kubur Laila. Di atas kubur Laila kekasihnya itulah dia berkabung beberapa hari dalam kesedihan yang melampau dan dia sendiri akhirnya meninggal dunia dengan izin Allah di atas kubur Laila. Sehingga ke hari ini setiap jenazah orang Islam dikebumikan dan di atas kubur tersebut ada dua batu nisan.

Kesimpulan Di sini dapatlah disimpulkan bahawa kisah Laila Majnun penuh dengan tradisi dan cara hidup Islam kerana kisah tersebut berlaku dan berkisarkan semasa zaman pemerintahan Islam dan berlaku pula di tanah Arab. Maka tidak lain dan tidak bukan jalan ceritanya ada unsur-unsur keislaman dan adat-adat yang berkaitan dengan cara hidup berlandaskan Islam

Page | 9

Biblografi Nizami Ganjavi 2009. Laila Dan Majnun. Yogyakarta, Mutiara Media. Abdul Rahman Haji Abdullah 1987. Pemikiran Islam Masa Kini. Ampang Jaya, Ampang Press Sdn.Bhd. Jahid Hj. Sidek. Sejarah Islam. Kuala Lumpur, Nurin Enterprise. Http://ihinsolihin.wordpress.com/buku/laila-majnun-kisah-cinta-abadi-sang-pencinta-dankekasih/ http://www.indosiar.com/sinopsis/laila-majnun 64572.html http://ceritabudakkampung.blogspot.com/2009/10/laila-majnun-keagungan-cinta-abadi.html http://iyahsukhasukha.blogspot.com/2011/11/beberapa-orang-mengatakan-bahwa-jenazah.html http://www.wisatabuku.com/index.php?option=com

Page | 10

Anda mungkin juga menyukai