Anda di halaman 1dari 10

Nabi Muhammad

Sebelum Menjadi Rasul

Semasa Lahir Dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M tahun gajah Bapa Nabi wafat ketika baginda masih dalam kandungan Hari ketujuh kelahiran Nabi , baginda dibawa oleh datunya 'Abdul Mutalib ke Kaabah untuk ditawafkan sebagai tanda kesyukuran. Datuknya memberi nama Muhammad bererti orang yang terpuji. Beberapa ekor kambing telah dikorbankan Semasa Bersama Ibu Susu Nabi disusui oleh Ibu susunya Tsuwaibah Aslamiah Kemudian disusui pula oleh Halimatun Sa'diah dari bani Said Ketika umur 4 tahun baginda membantu keluarga angkatnya mengembala kambing. Semasa Bersama Ibu Apabila Nabi berumur 5 tahun diserahkan kembali kepada ibunya Setahun kemudian beliau bersama Ummu Aiman dan ibunya menziarahi kubur bapanya. Ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia dan dikebumikan di satu tempat bernama Abwa' berhampiran Madinah. Baginda kemudianya dipelihara oleh datuknya Semasa Bersama Datuknya Baginda dipelihara oleh datunya sehingga berumur 8 tahun apabila datuknya meninggal Datuknya adalah pemimpin Makkah ketika itu. Semasa Bapa Saudara Nabi dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Abu Talib ialah seorang yang miskin dan mempunyai 10 orang anak Baginda membantu dengan mengembala kambing. Ketika umur 12 tahun Abu Talib membawanya ke Syam untuk berniaga Disana Nabi dibawa menemui seoang pendita Nasrani berbangsa Arab bernama Buhaira. Buhaira mendapati tanda-tanda kenabian terdapat pada Nabi Muhammad seperti yang termaktub dalam kitab Taurat dan Zabur. Beliau berpesan kepada Abu Talib supaya membawa Nabi balik ke Makkah dan menjaganya dengan baik . Buhaira khuatir Nabi dibunuh oleh orang-orang Yahudi. Semasa Nabi semasa remaja Semasa remaja baginda telah berdikari dengan berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama Assaib bin Abi Saib Hasil keuntungan dibahagi bersama Ketika umur 25 tahun Baginda menerima tawaran Siti Khadijah binti Khuwailid untuk membawa barang dagangan ke Syam.

Baginda dibantu oleh pekerja lelaki Khadijah iaitu Maisarah. Baginda telah memperolehi keuntungan yang banyak. Kemualiaan peribadi dan kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Nabi ketika menguruskan perniagaan membuat hati Siti Khadijah terpikat Khadijah telah menghantar wakil untuk melamar Baginda Setelah persetujuan dicapai Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah seorang janda berumur 40 tahun. Baginda dikurniakan 6 orang cahaya mata 2 orang putera dan 4 orang puteri.

Putera dan Puteri Nabi


Nabi Putera Qasim Abdullah + Siti Khadijah r.a Puteri Zainab Rokiah Umi Kalthum Fatimah

Nabi Muhammad

Menjadi Rasul

Semasa Menerima wahyu Diusia 40 tahun Nabi sering mengasingkan diri di gua Hira' Jabal Nur Tujuan mengasingkan diri adalah untuk o beribadat o menenangkan fikiran Nabi lebih kerap mengasingkan diri dalam bulan Ramadhan Pada suatu malam di bulan Ramadhan Nabi didatangi oleh Malaikat Jibril dan berkata "Bacalah"

Nabi menjawab "Saya tidak tahu membaca". Baginda didakap lagi. Pada kali ketiga Jibril melafazkan firman Allah

}1{ }2{ }3{ }4{ }5{


Nabi terkejut dan cemas dengan peristiwa ini. Beliau kembali dan memberitahu Khadijah. Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan sepupu Khadijah bernama Waraqah bin Naufal seorang pendita yang mengetahui tentang Kitab Taurat. Waraqah memberitahu Nabi "Engkau telah diangkat menjadi Rasul dan engkau akan diusir dari tanah tumpah darahmu. Sekiranya umurku panjang aku akan bersamamu menjadi pembelamu". Tidak lama lepas kejadian itu Waraqah telah meninggal dunia Selepas 40 hari Jibril datang sekali lagi. Nabi balik dan menyuruh Khadijah menyelimutkannya. Lalu Jibril sekali lagi datang dan membacakan wahyu Allah Taala

Rasulullah

contoh terunggul

Terkenal dengan sifat amanah Sangat dihormati Akhlaq dan keluhuran budi Nabi sangat berbeza dengan pemuda Quraisy yang lain Bercita-cita besar Penyabar Bertanggungjawab dan berwawasan Mendapat gelaran 'Al Amin'

Nabi Muhammad

meletakkan aqidah yang kukuh

Perjuangan Rasulullah menyampaikan aqidah Perjuangan Rasulullah di Makkah adalah untuk memperbetulkan aqidah manusia khususnya masyarakat Arah Quraisy yang mempercayai berbagai-bagai kepercayaan yang karut dan tidak bertamadun

Rasulullah menyeru kaumnya agar mengEsakan Allah Taala. Rasulullah menyampaikan dakwah dengan hikmah dan bijaksana o Mengajak masyarakat Arab memikirkan tentang kejadian 'alam. o Mengajak mencari rahsia dan hikmah disebalik kejadian 'alam. o Mengajaj memikirkan kewujudan 'alam dan manusia adalah tanda kewujudan Pencipta dan Penguasa yang Maha Berkuasa. o Menyeru manusia beriman dan menyembah Allah Taala. o Mengajak masyarakat Arab memperbaiki akhlak dan meninggaklan budaya jahiliyyah o Mempersaudarakan manusia atas satu aqidah yang kukuh Ancaman dan Cabaran terhadap Rasulullah Rumah Rasulullah dibaling dengan tahi unta Abu Jahal cuba menghempas batu ketika Nabi bersembahyang dalam Masjidil Haram. Leher Rasulullah pernah dijerut dengan kain serban Rasulullah dikeleliling oleh kaum musyrik , diludah dan dinafikan kerasulannya Rasullullah ditawarkan dengan pangkat, harta dan wanita jika menghentikan dakwahnya. Dihujani dengan pertanyaan untuk mempersendakan ajaran Islam Ancaman dan penyiksaan terhadap sahabat Rasulullah Penyiksaan terhadap keluarga Yasir dan Bilal b. Rabbah Memulaukan keluarga Bani Hashim Menghalang golongan hamba dan lemah daripada memeluk Islam Menghentikan semua urusan dengan orang Islam dalam semua aspek kehidupan Mengugut untuk membunuh sesiapa yang menerima ajaran Islam Bentuk perjuangan Rasulullah di Makkah Rasulullah memilih bertahan terhadap ancaman dan ugutan serta penyiksaan terhadap baginda dan sahabat-sahabat Baginda terus beristiqamah dan berusaha sedaya upaya menyebarkan dakwah Rasulullah mendidik para sahabat dan menanam asas aqidah yang kuat lagi mantap Faktor kejayaan perjuangan Rasulullah Hidayah daripada Allah taala Keunggulan peribadi Rasulullah Keadilan dan persamaan hak dalam Islam Menghormati pandangan dan hak orang lain berdakwah dengan hikmah dan bijaksana Bersifat sabar dan didikasi Membela nasib wanita dan golongan lemah

Strategi dakwah Rasulullah 1. Berdakwah secara rahsia o pada peringkat permulaan untuk membina asas 2. Berdakwah secara terang-terangan o perringkat kedua untuk menyebarluaskan dakwah

Hikmah dakwah secara rahsia Agama Islam dapat diterima tanpa gangguan Penentangan secara terbuka dari Kaum Quraisy dapat dihindari Kedudukan umat Islam bertambah mantap Tidak menjadi kejutan kepada masyarakat Arab Jahiliyyah yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi Hikmah dakwah secara terang-terangan Umat Islam berani menengakkan kebenaran Penganut Islam mantap pegangan 'aqidahnya Umat Islam bebas menyebarkan dakwahnya dalam masyarakat Agama Islam tersebar luas

Taktik Rasulullah berdakwah Rasulullah menyampaikan dakwah secara penuh hikmah dan bijaksana Rasulullah membawa mesej dakwah dengan peribadi yang unggul dan menjadi contoh teladan. Baginda berakhlak mulia, berlapang dada, pemaaf, amanah, pemurah, bercakap benar dan sabar menghadapi dugaan


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangorang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Annahl:125)

Rintangan yang dihadapi Rasulullah berdakwah Rasulullah menerima tentangan yang hebat daripada Kaum Quraisy Antara penentang utama ialah Abu Lahab dan Abu Jahal iaitu bapa saudara Nabi sendiri Dakwah Islam ditentang kerana o Islam menghapuskan berhala dan amalan tradisi nenek moyang kaum Quraisy o Islam memberikan persamaan hak o Kedudukan pemimpin Quraisy tergugat dengan kedatangan Islam o Industri berhala dan pendapatan daripadanya terancam

HIJRAH RASULULLAH Maksud

Hijrah bermaksud berpindah daripada satu tempat ke satu tempat.

Pengertian hijrah Rasulullah

Perpindahan Rasulullah dan orang-orang Islam daripada Makkah ke Madinah berlaku pada tanggal 12 rabiuawal selepas 13 tahun Nabi Muhammad

diangkat menjadi Rasul

Sebab-sebab berlaku hijrah Perintah Allah mempertahankan Islam Ancaman terhadap umat Islam semakin memuncak Penduduk Madinah memberi jaminan keselamatan Strategi dakwah Rasulullah Dakwah Rasulullah ditentang hebat oleh masyarakat Quraish Mekah

Peristiwa sebelum hijrah Tentangan terhadap dakwah Rasulullah semakin meningkat apabila dakwah disampaikan secara terangterangan. Masyarakat Arab Jahiliyyah bimbang dengan perkembangan agama Islam. Mereka bimbang amalan dan kepercayaan nenek moyang mereka akan lenyap Pelbagai usaha dijalankan untuk menyekat dakwah Rasulullah o memujuk Rasulullah memperaktikan Agama Islam dan ajaran nenek moyang mereka secara berselang-seli o menawarkan pangkat harta, dan perempuan dengan syarat Rasulullah meninggalkan dakwah o memulaukan dan melakukan sekatan ekonomi kepada kaum Bani Hashim o melakukan pelbagai penyeksaan terhadap penganut Islam

ABU BAKAR R.A


Nama sebenar ialah 'Abdullah bin Abi Khuhafah' Dilahirkan di Makkah pada tahun 572 masihi. Dua

tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW Keturunan bangsawan Quraish. Mempunyai banyak pertalian dengan datuk Rasulullan SAW keenam bernama Murrah b. Kaab Beliau ialah seorang ahli perniagaan dan terlalu besar sumbangan kepada perkembangan dakwah Islam Beliau adalah lelaki pertama yang memeluk Islam Beliau diberi gelaran 'AsSidiq' kerana keimanan dan keyakinan yang begitu tinggi terhadap kebenaran kata-kata dan kelakuan Rasulullah SAW. Gelaran tersebut diberi selepas selepas beliau membenarkan setiap kata-kata dan kelakuan Rasulullah SAW menyampaikan berita Isra' dan Mi'raj.

Latar belakang Abu Bakar As Siddiq


Tidak pernah menyembah berhala Tidak pernah meminum arak Berperibadi sangat mulia

Sifat dan Akhlak Abu Bakar As Siddiq


Sentiasa bersopan santun Pengasih dan penyayang Lemah lembut Ikhlas dalam perjuangan Bercakap benar Tabah menghadapi dugaan Setia kawan Pembela kebenaran Benci kepada kejahatan Jujur hatinya

Abu Bakar As Siddiq sahabat karib Rasulullah SAW


Paling setia dan akrab Berjuang menegakkan Islam dimasa senang atau susah Menemani Rasullah SAW semasa berhijarah

Sumbangan dan pengorbanan Abu Bakar As Siddiq


Mendermakan seluruh harta untuk membiayai Peperangan Tabuk Membebaskan orang-orang Islam yang disiksa dengan membayar tebusan Sentiasa bersama Rasulullah SAW disemua peperangan Sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan nyawa Rasulullah SAW Menemani Rasullah SAW berhijara dari Makkah ke Madinah

SITI KHADIJAH R.A. UMMUL MUKMININ


Nama siti Khadijah bt Khuwailid bin Asad bin 'Abdul 'Uzi bin Khusai Berasal daripada keluarga mulia dan berharta Seorang tokoh perniagaan yang kaya raya Beliau hidup dalam keadaan sederhana Berkahwin dengan Rasulullah ketika berumur 40 tahun Isteri pertama Rasulullah Wanita pertama memeluk Islam Memiliki peribadi mulia dan taat kepada perintah Allah Dermawan penyayang, sabar dan tabah Berwawasan dan berfikiran kreatif Wanita yang sangat dicintai Rasulullah

Sumbangan Saidatina Khadijah r.a. Berperanan sebagai isteri dan sahabat yang sentiasa jujur dalam perjuagan kebenaran Beliau adalah pendorong dan sumber inspirasi terhadap perjuangan Rasulullah Beliau berjaya meredakan kebimbingan Rasulullah ketika baginda menerima wahyu yang pertama Beliau memberi keyakinan kepada Rasulullah untuk meneruskan perjuangan Beliau berkorban harta, tenaga ,perasaan dan pemikiran bersama Rasulullah untuk mengembangkan Islam.

Peranan Saidatina Khadijah r.a. Peranan beliau terlalu besar di awal perjuangan Islam kerana Nabi pada ketika itu tidak mempunyai ramai penyokong dan dan pembelanya. Beliau sanggup berkorban harta dan bersama Rasulullah khususnya menghadapi saat genting seperti pemulauan ekonomi oleh kaum Quraisy.

BILAL B. RABBAH R.A Bilal bin Rabbas lahir pada tahun 43 sebelum hijrah. Beliau adalah hamba kepada Amit b Khalaf. Beliau adalah penerima Islam pertama dikalangan hamba. Beliau menganut Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya. Apabila tuannya mengetahui bahawa beliau telah memeluk agama Islam, Bilal telah disiksa di padang pasir yang panas terik. Keduadua kaki dan tangannya telah diikat dan diletakkan batu besar di atas perutnya. Penyiksaan demi penyiksaan diterima oleh Bilal tidak menggugat sedikitpun keimanan beliau kepada Allah dan RasulNya. Apabila disiksa Bilal hanya menyebut 'Ahad, Ahadunahad'. Apabila Abu Bakar melihat kejadian tersebut beliau meminta agar Bilal dimerdekakan. Abu Bakar menawarkan agar menukar Bilal dengan seorang hambanya. Amit b Khalaf telah bersetuju dan Bilal pun dimerdekakan. Setelah itu Bilal telah menjalankan usaha dakwah bersama Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. juga telah melantik bilal salah seorang daripda tukang azan (muazin). Bilal memiliki sifat-sifat yang terpuji seperti sabar, cekal, taat , rajin bekerja disamping memiliki iman yang teguh. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 20 hijrah ketika berumur 63 tahun

Anda mungkin juga menyukai