Anda di halaman 1dari 6

Senario 1

Seperti gadis lain, pada usia 16 tahun, Soo Yun mula merasakan perasaan cinta dan ingin
dicintai. Dalam diam dia menaruh hati pada seorang pelajar lelaki dalam kelasnya. Pada
zahirnya Soo Yun seorang gadis yang comel. Cuma dia sedikit gempal, dengan berat badan 65
kilogram pada ketinggian 160 sentimeter. Malangnya dia dipandang 'gemuk' oleh lelaki yang
amat diminatinya. Sejak itu Soo Yun berubah. Dia telah menjadi seorang yang membenci
makanan berlarutan sehingga lapan bulan. Beliau merasakan perasaan gemuk itu telah
menyelubungi perasaannya dalam diari kehidupannya. Perubahan fizikal Soo Yun
menambahkan kerisauan ibu bapanya. Akhirnya Soo Yun dikejarkan ke hospital oleh ibu
bapanya kerana berat badannya ketika itu hanya 29 kilogram. Si ibu pada mulanya hampir
membawa anaknya ke Thailand untuk berubat dengan pengamal perubatan alternatif di sana
kerana menyangka anaknya dirasuk syaitan. Manakan tidak, Soo Yun yang dulunya putih gebu
kini hanya tinggal kulit kehitaman membaluti tulangnya.

Senario 2
Maria adalah seorang ibu tunggal berusia 38 tahun dan mempunyai dua orang anak remaja.
Beliau merasakan tidak pernah Berjaya dalam kerjaya untuk beberapa tahun yang lalu dalam
pengurusan peringkat atasan. Walaupun dia telah bekerja untuk syarikat yang sama dan
syarikatnya berkembang maju selama lebih 6 tahun, dia mendapati dirinya sentiasa bimbang
tentang kehilangan kerja dan tidak dapat menyediakan keperluan untuk anak-anaknya.
Kebimbangan ini telah merisaukan beliau sejak 8 bulan yang lalu. Walaupun usaha-usaha yang
terbaik, dia tidak mampu untuk menggoncang dan mengubah fikiran negative yang
dihadapinya.

Semenjak itu, Maria telah mendapati dirinya berasa resah, letih, dan tegang. Dia sering tidak
bermaya di pejabatnya apabila dia bergerak ke sana dan ke mari. Dia mempunyai beberapa
detik yang memalukan dalam mesyuarat di mana dia telah kehilangan idea dan pandangannya
tentang apa yang dia cuba perkatakan. Apabila dia tidur pada waktu malam, ia seolah-olah
otaknya tidak boleh tidur. Dia mendapati dirinya mental apabila memikirkan senario/situasi
yang lebih buruk seperti kehilangan pekerjaan, dan yang lebih teruk adalah kehilangan tempat
tinggal.

Senario 3

Kamal adalah seorang lelaki berusia 27 tahun yang baru-baru ini berpindah semula bersama ibu
bapanya selepas tunangnya dibunuh oleh pemandu mabuk 3 bulan yang lalu. Tunangnya,
seorang wanita muda yang cantik dia telah berkenalan selama 4 tahun yang lalu. Pada suatu
hari mereka telah berjalan di persimpangan jalan yang sibuk untuk bertemu dan makan tengah
hari. Dia masih mengingati tempat kejadian ngeri seorang pemandu mabuk yang melanggar
lampu merah lalu melanggar tunangnya di depan matanya. Dia berlari dan mendapatkan
tunangnya yang telah terbaring dengan badan berdarah dan beliau meninggal dunia di
ribaannya di tengah-tengah “crosswalk”. Dia cuba untuk melupakan peristiwa tersebut, tetapi
sering mendapati dirinya mewakili seluruh kejadian malang itu seolah-olah ia berlaku dalam
kehidupannya.

Sejak kemalangan itu, Kamal telah dibelenggu dengan mimpi buruk tentang kemalangan hampir
setiap malam. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana pejabatnya terletak di bangunan
bersebelahan dengan kafe kecil di mana beliau telah bertemu tunangnya untuk makan tengah
hari dan meninggal dunia. Beberapa kali dia cuba untuk kembali bekerja tetapi tidak
tertanggung olehnya. Biasanya Kamal adalah seorang yang periang dan “happy go lucky” telah
berubah menjadi semakin "gelisah", dan cepat marah sejak kematian tunangnya itu. Dia
berhenti bekerja, bermain gitar, atau bermain bola keranjang dengan rakan-rakannya
sebagaimana yang beliau pernah dilakukan sebelum ini. Ibu bapanya bimbang tentang
bagaimana untuk mengetahui emosi yang dihadapi oleh anaknya .

Senario 4

Wai Man adalah pelajar universiti berusia 21 tahun yang mengambil jurusan pengurusan
perniagaan. Sejak beberapa minggu yang lalu keluarga dan rakan-rakan beliau sedar tingkah
lakunya semakin pelik. Dalam banyak keadaan mereka telah terdengar dia berbisik dengan
suara yang gelisah, walaupun tidak ada individu yang berdekatan. Akhir-akhir ini, dia enggan
menjawab atau membuat panggilan pada telefon bimbitnya, dengan mendakwa bahawa jika
dia berbuat demikian ia akan mengaktifkan cip maut yang telah ditanam di dalam otak oleh
makhluk jahat. Ibu bapanya telah cuba untuk mendapatkan dia untuk pergi bersama mereka ke
pakar psikiatri untuk membuat penyiasatan, tetapi dia enggan. Beliau telah menuduh mereka
beberapa kali bersubahat dengan orang asing untuk membunuh beliau supaya mereka boleh
mengeluarkan otaknya dan memasukkannya ke dalam salah satu daripada mereka sendiri.
Beliau telah berhenti daripada mengikuti kuliah pengajiannya. Beliau kini begitu jauh
ketinggalan dalam kursus dan dia akan gagal sekiranya tidak berlaku perubahan tingkahlakunya.
Walaupun kadang-kadang Wai Man sering meminum bir (minuman beralkohol) dengan kawan-
kawannya, dia tidak pernah mengetahui dan menyedari kesan penyalahgunaan alkohol atau
penggunaan ubat-ubatan. Bagaimanapun, beliau mempunyai ibu saudara yang rapat yang telah
masuk dan keluar dari hospital psikiatri selama ini kerana tingkah laku yang tidak menentu dan
pelik.

Senario 5

Miss S adalah seorang ibu 29 tahun bercerai lama dan kedua-dua anaknya dihantar ke nursery.
Dia telah bercerai setahun yang lalu selepas suaminya, yang telah mempunyai hubungan intim
dengan seorang wanita di tempat kerja lalu mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan
perkahwinan. Tidak lama selepas perceraian itu Miss S bekerja di pusat panggilan sebagai
pegawai khidmat pelanggan untuk memenuhi keperluan keluarganya. Suatu hari Miss S telah
berjumpa doctor di sebuah klinik dan mengadu dia mula menghadapi simptom sakit kepala.
Beliau juga menyatakan bahawa dia telah menghadapi kesukaran untuk tidur untuk tempoh
enam bulan lepas, cepat marah, terpinggir, dan mendapati dirinya sering/kerap menjerit pada
anak-anak. Beliau baru-baru telah mula mengalami debaran dan kebas-kebas di tangannya.
Beliau banyak menghabiskan sebahagian besar setiap hari untuk bimbang tentang pelbagai
perkara, seperti macamana hendak membesarkan anak-anak dengan baik, sama ada dia akan
mencari rakan kongsi yang lain, dan pelbagai cara untuk menambah sumber pendapatan
keluarga. Dia tidak dapat berehat dengan baik dan mempunyai kesukaran menumpukan
perhatian di tempat kerja. Beliau dilihat oleh penyelianya dan memberitahu beliau bahawa
prestasi kerjanya semakin menurun dan memungkinkan beliau dibuang kerja.

Senario 6

Mary adalah seorang kanak-kanak berumur 9 tahun. Ibu bapanya sering menyatakan bahawa
beliau mempamerkan pelbagai mengenai tingkah laku yang memberi isyarat kegelisahan yang
memuncak. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan beberapa adik-beradik. Didapati semasa
belajar di rumah atau membuat ulang kaji, ibu bapa Mary melaporkan bahawa dia mempunyai
kesukaran untuk memberi perhatian dan tumpuan. Beliau juga enggan untuk melakukan kerja
sekolahnya dan mendapati ejaan dan tahap membaca yang agak lemah. Ibu bapanya
melaporkan bahawa Mary sering kelihatan dalam "dunia kecilnya sendiri ". Beliau mempunyai
imaginasi yang aktif, termasuk rakan-rakan khayalan.

Senario 7
Rosemary adalah seorang ibu berusia 29 tahun dan bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa.
Rosemary melahirkan anak kedua, Kelly, tiga minggu lalu. Beliau mempunyai pengalaman
berada di wad yang agak lama. Selepas 35 jam obstetrik memutuskan untuk melaksanakan
prosedur forsep terhadap bayi yang dilahirkan. Kelahiran itu sukar, menyebabkan Rosemary
memerlukan jahitan dalaman dan luaran. Semenjak kelahiran Kelly Rosemary mengalami
kekurangan minat dan “feeling” untuk bayi yang baharu. Beliau hanya bersetuju untuk
memegang bayi yang berikut sekiranya jururawat menyuruhnya dan tekanan daripada
suaminya Rob. Suaminya sentiasa menahan sabar dengan kekurangan Rosemary dan demi
kepentingan dan kasih sayang bayi yang baharu. Pada masa yang sama ibu mentuanya sering
mengawal Rosemary dalam melaksanakan tugas sehariannya di rumah. Suaminya
mengharapkan kelahiran baby menjadi satu pengalaman yang berharga sebagaimana anak
pertama mereka iaitu Ben yang kini berusia tiga tahun. Apabila Kelly dilahirkan Rosemary
bertingkah laku yang amat berbeza daripada anak sulungnya. Beliau enggan menyusukan bayi
dan dia merasa sangat pedih dan menyakitkan. Berat badan Rosemary menunjukkan
penurunan dan kelihatan letih dan keadaan anaknya Kelly juga mempunyai berat badan yang
agak sederhana.

Senario 8

Mr William (Bill) Peterson adalah seorang pekerja cetak bersara berusia 70 tahun yang, sejak
bersara 4 tahun yang lalu, kerja-kerja sambilan sebagai Penyelia Sekolah untuk menjaga murid-
murid yang akan melintas di “Zebra Crossing” di sekolah berhampiran. 6 bulan yang lalu Bill
menyaksikan kemalangan jalan raya yang membawa maut di luar sekolah yang melibatkan
seorang kanak-kanak dan pemandu kereta. Semasa kemalangan itu terjadi, Bill cuba
mendapatkan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak tersebut sementara menunggu
ketibaan ambulan. Sejak peristiwa kemalangan itu, Bill tidak dapat tidur pada waktu malam,
sentiasa teringat dan terbayang bunyi brek kenderaan, terdengar jeritan kanak-kanak dan ibu
bapa. Dia tidak boleh menghalang imej peristiwa yang menyayat hatinya itu hilang dalam minda
beliau.

Senario 9

Theresa: A few weeks after my baby was born, I began to get awful images of him being harmed. Once,
when I was folding laundry, I got an image of my baby suffocating in the laundry basket. I couldn’t do
laundry after that, because what if I didn’t know and my baby was in there? I also couldn’t give him
baths, because all I could think of was him slipping under the water and drowning. Although I didn’t
think I would ever really hurt by baby son, I never trusted myself alone with him. I was terrified I would
“snap” and actually carry out one of these scary thoughts.

Berdasarkan senario di atas anda perlu;


1. Mengenal pasti penyakit mental yang terlibat dalam senario.
2. Menganalisis punca dan symptom berlakunya penyakit mental
3. Menerangkan LANGKAH-LANGKAH RAWATAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN OLEH
TERAPIS untuk mengurangkan penyakit mental tersebut berdasarkan teori yang telah
anda pelajari.

Anda mungkin juga menyukai