Anda di halaman 1dari 27

Tema novel menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi antara papa, Encik Jeffri dengan mama,

Intan Maliana serta anak mereka , Julia. Banyak perkara yang menggambarkan hubungan kasih sayang dan kemesraan antara papa dengan mama. Mereka sering berkongsi masalah bersama, menikmati hidangan makan bersama dan sentiasa bergurau senda serta berpegangan tangan. Malah mama juga sanggup menanggung risiko untuk mengandung lagi semata-mata kasih sayngnya terhadap papa. Julia pula adalah anak yang sangat menyayangi keluarganya. Julia yang begitu mementingkan hubungan kekeluargaan, sering melihat contoh keakraban hubungan papa dengan mama yang sentiasa meluangkan masa bersama keluarganya. Julia sentiasa mengharapkan yang erbaik buat keluarganya. Ketika mama sedang mengalami kesakitan untuk bersalin, Julia mendoakan keselamatan bagi kesihatan mama dan adik-adiknya. Malah, Julia sering menjaga mamanya yang koma akibat konplikasi bersalin kali kedua. Kasih sayang itu juga diserlahkan dengan sikap dan tindakan papa yang sentiasa memastikan kebajikan seta tanggungjawabnya terhadap keluarga terjaga. Papa sentiasa meluangkan masa untuk bersama dengan mama yang mengandung buat kali kedua. Bahkan, apabila mengalami kesan yang besar selepas mama koma, papa tidak lupa akan tanggungjawabnya terhadap mama dan sentiasa menjaganya dengan penuh kasih sayang hingga sanggup mengorbankan segala kegiatan dan aktiviti yang selalu dilakukannya sebelum ini. Bertanggungjawab Julia ialah anak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Papa yang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah yang disegani serta mesra. Segaal tugas juga dilaksanakan oleh papa dengan berkesan seperti menguruskan jenazah anak kembarnya dan meminta izin daripada anaknya, Julia untuk berkahwin lagi. Pengorbanan seorang isteri terhadap suami tercinta Cikgu Intan Maliana atau mama ialah isteri yang taat dan sanggup berkorban nyawa demi melahirkan anak kedua kepada suaminya. Dia sanggup menghadapi risiko komplikasi ketika bersalin yang akhirnya koma buat kali kedua sebagai tanda pengorbanannya untuk suami tercinta. Kesetiaan seorang suami Papa ialah suami yang setia dan sentiasa meluangkan masa bersama dengan mama walau dalam apa jua keadaan. Kasih sayangnya terhadap mama tidak pernah luntur walaupun papa berkahwin lagi selepas mama koma. Kasih sayang papa tetap utuh sehingga akhir hayat mama dan buktinya, papa mengeluarkan air mata kesedihan apabila mendapati mama menghembuskan nafasnya yang terakhir.
. TEMA NOVEL PAPA: Novel karya Deana Yusof ini bertemakan

kasih sayang .Buktinya mama sanggupmempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yangmendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapisekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yangmendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjangmasa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Juliaturut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishahmeskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

Tema: Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Buktinya: 1. Papa

Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia. 2. Mama

Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.

3. Julia

Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.
JEFFRI / papa Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah. PENYAYANG Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik. PENDIRIAN TEGAS Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya. TAAT PADA PERINTAH ALLAH Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir. PRIHATIN Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya. INTAN MALIANA / mama Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah

Menengah Seri Gading. SANGGUP BERKOORBAN Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya. TEGAS PENDIRIAN Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya. BERTANGGUNGJAWAB Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya. PENYAYANG Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa. MAKCIK NORAINI Sepupu kepada Jeffri. Tinggal bersama Jeffri setelah kematian suami dan dua orang anaknya dalam suatu kemalangan jalan raya. Dia menjaga Julia sejak bayi sehingga dewasa. Banyak mengetahui perihal keluarga Jeffri dan sejarah percintaan mereka. Sentiasa mengambil berat tentang Intan Julia dan sering member nasihat kepada Intan Marliana.

2.Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji ialah novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!. Tema novel tersebut ialah kasih sayang keluarga. Novel ini memaparkan kisah kekuatan kasih sayang antara sesama ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Tema kasih sayang dalam novel ini dikaitkan dengan kasih sayang antara pasangan suami isteri. Mama dan papa Julia digambarkan sebagai pasangan ideal dalam rumahtangga. Mereka sentiasa membajai cinta mereka dengan sikap saling memahami , sentiasa meluangkan waktu bersama dan sering bergurau senda. Papa dan mama juga sanggup berkorban demi kasih sayang mereka. Mama pula sanggup mengorbankan nyawa dengan meneruskan kandungannya biarpun tahu menghadapi risiko yang besar. Mama melakukannya demi kasih sayangnya terhadap papa yang inginkan anak lagi.Kasih sayang papa diuji apabila mama tidak sedarkan diri selepaskan melahirkan sepasang anak kembar siam. Sepanjang mama terlantar dalam keadaan koma, papa tetap menjaga mama sepenuh hati. Cinta papa terhadap mama tidak pernah pudar kendatipun papa sudah beristeri muda. Dia melarang Aisyah masuk ke bilik mama berseorangan kerana bimbang Aisyah akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap madunya. Saat mama meninggal dunia papa tidak mampu membendung kesedihan dan dia mengalirkan air mata. Dalam pada itu kasih sayang orang tua terhadap anak juga diutarakan dalam novel Papa. Papa dan mama sangat menyayangi Intan Julia. Dia diberikan perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa. Segala keperluan diri dan keperluan pendidikannya dipenuhi oleh ibu bapanya. Papa dan mama juga menyediakan seorang pembantu rumah yang juga sepupu papa iaitu Mak Cik Noraini untuk menjaga keperluan Julia sejak Julia masih bayi .

Selain itu, kasih sayang anak terhadap ibu bapanya juga turut dikemukakan dalam novel ini. Julia menunjukkan kasih sayangnya yang tulus ikhlas terhadap orang tuanya dengan mengorbankan masa untuk menjaga mama. Dia menentang keras hasrat papa berkahwin lagi kerana sangat menyayangi mama dan dapat merasakan kekecewaan mama kiranya papa menduakannya. Namun akhirnya dia menyetujui perkahwinan papa dengan kak Aisyah demi kebahagiaan papa . Sepanjang mama berada dalam keadaan koma, Julia sentiasa berdoa agar mama segera sembuh . Dia juga akhirnya akur dengan hasrat papa untuk berkahwin lagi setelah menyedari papa telah banyak berkorban untuk mama sedangkan papa kesunyian tanpa teman berkongsi perasaan sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas
Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri (Papa) dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka, Julia. Papa begitu mengambil berat akan kebajikan mama dan Julia. Atas kesedaran bahawa seorang suami harus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isteri dan anak, Jeffri memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh dan baik sekali. Kasih sayang antara tiga beranak tersebut jelas dilihat apabila mama sanggup mengandung lagi walaupun risiko untuk menghadapi komplikasi amat tinggi. Sewaktu melahirkan Julia, mama telah menjadi koma manakala Julia yang tidak cukup bulan menghidapi penyakit demam kuning. Mama menghadapi komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya. Selepas melahirkan kembar siam tersebut, mama koma manakala kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan. Peristiwa ini meninggalkan impak besar kepada papa. Namun, papa tidak lupa tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Walaupun kasih sayang papa terhadap mama amat mendalam, papa tetap merasa sunyi seperti manusia lain. Dalam kesunyian hiduplah hubungan intim antara papa dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti. Papa akhirnya mengambil Aisyah sebagai isteri. Sekali lagi, papa berasa bahagia sejak kehadiran Aisyah yang mampu membahagiakannya. Namun kasih sayang papa terhadap mama tidak pernah pudar. Mama yang baru sedar daripada koma terkejut akan berita bahawa dia dimadukan. Apabila mama meninggal dunia, papa menangis buat pertama kalinya kerana dia berasa cukup kehilangan atas pemergian orang yang paling dikasihinya.

Koleksi Jawapan Model Berformat SPM


Disediakan oleh : Puan Norani Mohamed

1.Soalan : Berdasarkan satu daripada novel yang anda pelajari, tulis sinopsis novel tersebut .
Novel yang saya kaji ialah novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!). Novel tersebut mengandungi 24 bab. Novel Papa mengisahkan liku-liku kehidupan seorang gadis remaja bernama Intan Julia. Intan Julia merupakan gadis bertuah kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Rumah tangga mama dan papanya sungguh harmoni kerana mereka sangat saling mengasihi. Mamanya , Intan Maliana seorang guru manakala bapanya, Jeffri seorang pensyarah juga sangat menyayangi dan mengambil berat tentang Julia . Julia juga mempunyai pembantu rumah yang setia iaitu mak cik Noraini.

Berita Intan Maliana yang hamil menggembirakan papa dan Julia walaupun menimbulkan kegusaran dalam hati Mak cik Noraini dan Cikgu Suzi kerana mama pernah menghadapi komplikasi selepas melahirkan Julia. Mama berhasrat untuk terus melahirkan bayinya walaupun terpaksa menggadai nyawa kerana ingin menggembirakan papa. Selepas melahirkan sepasang bayi kembar siam , mama berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bayi tersebut yang diberi nama Muhammad dan Ahmad meninggal dunia. Walaupun sedih, Julia dan papa tabah menghadapi dugaan Allah .

Julia yang rindu akan kasih sayang mama yang masih koma menjalin hubungan akrab dengan rakan sekolahnya Rasylan. Mama dibawa pulang oleh papa ke rumah dan diletakkan di dalam bilik yang dilengkapi dengan peralatan perubatan. Hubungan papa dengan Aisyah, pelajarnya juga kian rapat. Julia yang telah selesai menjalani Peperiksaan SPM juga bertambah intim dengan Rasylan. Malangnya , papa tidak mahu bertemu dengan Datuk Mustakim , bapa angkat Rasylan yang menyebabkan kematian bapanya dalam satu kemalangan jalan raya.

Julia memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan melanjutkan pelajaran ke UIA. Julia ternampak papa dengan Aisyah berbual mesra di Restoran Starbuck. Papa kemudiannya berterus terang dengan Julia bahawa dia akan mengahwini Aisyah. Julia pada mulanya menentang, namun, akhirnya dia akur dengan hasrat papa kerana menyedari keperluan papa untuk mencari pengganti mama yang sudah tidak berdaya membahagiakan papa lagi. Walaupun sudah beristeri baru dan bakal menimang cahaya mata , papa masih tetap menyayangi mama dan tidak pernah mengabaikan keperluan dan perhatiannya terhadap mama. Pada suatu hari, mama sedar dari koma. Papa terpaksa berterus terang tentang perkahwinanannya dengan Aisyah . Mama menunjukkan reaksi kurang senang . Mama sempat memeluk Julia sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam linangan air mata. Papa yang gagal mengawal perasaan hiba turut mengalirkan air mata kerana kehilangan mama.

2.Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji ialah novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!. Tema novel tersebut ialah kasih sayang keluarga. Novel ini memaparkan kisah kekuatan kasih sayang antara sesama ahli keluarga yang menjadi asas keharmonian sesebuah rumah tangga.

Tema kasih sayang dalam novel ini dikaitkan dengan kasih sayang antara pasangan suami isteri. Mama dan papa Julia digambarkan sebagai pasangan ideal dalam rumahtangga. Mereka sentiasa membajai cinta mereka dengan sikap saling memahami , sentiasa meluangkan waktu bersama dan sering bergurau senda. Papa dan mama juga sanggup berkorban demi kasih sayang mereka. Mama pula sanggup mengorbankan nyawa dengan meneruskan kandungannya biarpun tahu menghadapi risiko yang besar. Mama melakukannya demi kasih sayangnya terhadap papa yang inginkan anak lagi.Kasih sayang papa diuji apabila mama tidak sedarkan diri selepaskan melahirkan sepasang anak kembar siam. Sepanjang mama terlantar dalam keadaan koma, papa tetap menjaga mama sepenuh hati. Cinta papa terhadap mama tidak pernah pudar kendatipun papa sudah beristeri muda. Dia melarang Aisyah masuk ke bilik mama berseorangan kerana bimbang Aisyah akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap madunya. Saat mama meninggal dunia papa tidak mampu membendung kesedihan dan dia mengalirkan air mata.

Dalam pada itu kasih sayang orang tua terhadap anak juga diutarakan dalam novel Papa. Papa dan mama sangat menyayangi Intan Julia. Dia diberikan perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa. Segala keperluan diri dan keperluan pendidikannya dipenuhi oleh ibu bapanya. Papa dan mama juga menyediakan seorang pembantu rumah yang juga sepupu papa iaitu Mak Cik Noraini untuk menjaga keperluan Julia sejak Julia masih bayi .

Selain itu, kasih sayang anak terhadap ibu bapanya juga turut dikemukakan dalam novel ini. Julia menunjukkan kasih sayangnya yang tulus ikhlas terhadap orang tuanya dengan mengorbankan masa untuk menjaga mama. Dia menentang keras hasrat papa berkahwin lagi kerana sangat menyayangi mama dan dapat merasakan kekecewaan mama kiranya papa menduakannya. Namun akhirnya dia menyetujui perkahwinan papa dengan kak Aisyah demi kebahagiaan papa . Sepanjang mama berada dalam keadaan koma, Julia sentiasa berdoa agar mama segera sembuh . Dia juga akhirnya akur dengan hasrat papa untuk berkahwin lagi setelah menyedari papa telah banyak berkorban untuk mama sedangkan papa kesunyian tanpa teman berkongsi perasaan sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas .

3.Berdasarkan novel yang anda pelajari, bincangkan tiga persoalan yang terdapat dalam novel.
Novel yang saya pelajari iaitu novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!, mengetengahkan pelbagai persoalan dalam kehidupan manusia. Antara persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan ketabahan dalam mengharungi cabaran atau dugaan hidup. Papa terpaksa tabah menghadapi realiti bahawa mama kini koma, manakala anak yang diharapkan untuk menceriakan keluarga meninggal dunia. Dia tabah menggantikan tugas mama sebagai ibu dan ayah kepada Julia. Dia juga cekal menjaga mama yang tidak dapat lagi membahagiakannya.

Selain itu, terdapat juga persoalan kegigihan dalam menimba ilmu pengetahuan. Intan Julia digambarkan sebagai insan yang gigih dalam pencarian ilmu. Sekalipun mama yang menjadi tunjang kehidupannya tiada lagi untuk membantu dan mendorong kejayaannya, Intan tetap gigih belajar untuk menghadapi peperiksaan SPMnya. Berkat kegigihannya dia lulus cemerlang dalam SPM dan melayakkannya mendapat tempat di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa. Ketika di university juga dia gigih berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya bersama-sama Rasylan.

Dalam pada itu, terdapat juga persoalan poligami dalam novel Papa. Papa terpaksa membuat keputusan untuk berkahwin lagi setelah mama jatuh koma. Biarpun papa tidak pernah berniat untuk menduakan mama, namun dia terpaksa melakukannya kerana terlalu sunyi dan memerlukan teman untuk berkongsi suka duka. Pada awalnya keputusan papa ditentang hebat oleh Intan Julia, namun setelah dipujuk papa dan menerima nasihat Mak Cik Noraini, akhirnya, Julia menerima kak Aisyah sebagai isteri baru papa .

4. Antara bahagian plot yang penting dalam novel ialah bahagian pengenalan. Berdasarkan novel yang anda kaji , berikan komen anda tentang bahagian pengenalan dalam novel tersebut.
Novel yang saya kaji ialah Papa...(akhirnya kau tewas jua !). Bahagian novel ini merupakan antara bahagian yang paling menarik. Cerita dimulakan dengan gambaran keluarga Intan Julia yang bahagia. Julia berada di dapur menikmati hidangan petang bersama-sama pembantu rumahnya Mak Cik Noraini . Julia dapat memerhatikan gelagat mama dan papanya di kebun sayuran melalui tingkap dapur. Julia dapat melihat kemesraan dan keintiman mama dan papa yang asyik berbual mesra dan bergurau senda. Julia amat mengkagumi papa dan mamanya yang masih berjaya mengekalkan kasih sayang mereka sekian lama. Dia berasa bahagia dan harmoni kerana hidup di tengah-tengah keluarga yang dilimpahi kasih sayang. Bagaimanapun, ada kalanya, Julia berasa segan kerana mereka tidak segan silu memperlihatkan belaian kasih sayang mereka di hadapannya yang sudah meningkat remaja.

Bahagian pengenalan ini bukan sahaja menarik malah berkaitan dengan tema yang dikemukakan oleh pengarang iaitu kasih sayang antara ahli keluarga. Kemesraan papa dan mama sebagai suami isteri dapat menonjolkan tema kasih sayang tersebut. Sesungguhnya, hubungan suami isteri yang mawaddah adalah tonggak utama kebahagiaan sesebuah keluarga. Anak-anak seperti Intan Julia akan berasa damai dan bahagia tinggal dalam lingkungan keluarga yang harmoni dan sentiasa berkasih sayang.

5. Berdasarkan novel yang anda pelajari,bincangkan tiga peristiwa yang menimbulkan perasaan sedih dan mengharukan.
Novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!), sememangnya turut memaparkan peristiwa yang menimbulkan perasan hiba. Antara peristiwa sedih dan mengharukan ialah ketika mama dimasukkan ke hospital dalam bab 7. Semasa mama ditolak ke bilik pembedahan, mama sempat berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Mama juga memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya. Kesediaan mama bertarung nyawa demi melahirkan zuriat buat papa merupakan pengorbanan yang sangat mengharukan. Keinginan mama melihat papa gembira dan bahagia membuktikan kasih sayang sejati mama terhadap papa.

Peristiwa yang memilukan dan mengharukan juga dirasai ketika mama disahkan koma oleh doktor , manakala bayi kembar siam yang dilahirkan meninggal dunia dalam bab 8. Mak Cik Noraini turut menangis teresakesak. Zuriat yang ditunggu sekian lama dengan darah ibu sebagai galang gantinya bersemadi tenang tanpa merasa dakapan mama yang sangat mendambakan kehadirannya demi membahagiakan suami. Sikap papa yang tenang tanpa mengalirkan air mata sememangnya menimbulkan tanda tanya kepada Julia. Bagaimanapun , dapat difahami sebagai seorang lelaki, papa perlu tenang dan mengawal emosi dalam menghadapi situasi yang begitu mencabar.

Peristiwa yang paling mengharukan adalah pada saat mama meninggalkan dunia buat selama-lamanya setelah sedar buat seketika. Kegembiraan papa dan Julia menyaksikan mama membuka mata sirna apabila mama menghembuskan nafas terakhir. Sebelum mama meninggal, kemunculan Aisyah menghairankan mama . Papa terpaksa membuka mulut menceritakan tentang Aisyah dan sebab dia memperisteri Aisyah. Mama teryata payah

menerima hakikat papa sudah berkahwin lagi. Akhirnya , dalam tangisan getir mama menghembuskan nafas terakhirnya. Papa tidak dapat menahan air matanya mengalir menangisi pemergian mama. Papa terasa amat kehilangan. Selain kesedihan mungkin pelbagai persoalan timbul dalam benak pembaca. Mungkinkah mama masih hidup kiranya papa tidak berkahwin lagi ?. Hakikatnya ajal mama sudah sampai. Takdir Illahi mengatasi segalanya. Bagi Julia, papa kini tewas kerana menangisi kehilangan isteri yang sangat dikasihinya.

6. Pengarang sering menggunakan novel untuk menegur kepincangan dalam masyarakat Berdasarkan Novel yang anda kaji, bincangkan permasalahan yang wujud dalam masyarakat.
Novel Papa...(akhirnya kau tewas jua!) yang saya kaji sememangnya turut memaparkan permasalahan yang wujud dalam masyarakat walaupun novel ini bertemakan kasih sayang dalam keluarga. Antara masalah masyarakat yang turut ditimbulkan oleh pengarang dalam novel Papa ialah masalah pembuangan bayi. Gejala pembuangan bayi anak luar nikah yang kini berleluasa dan sering dipaparkan di dada akhbar turut diutarakan dalam novel tulisan Deanna Yusuf ini. Rasylan, teman akrab Intan Julia adalah anak angkat Datuk Mustakim yang disiasiakan oleh ibu bapanya. Nasib Rasylan amat baik kerana dia yang dibuang di tepi longkang besar di Bandar Klang ditemui orang . Takdirnya ternyata lebih baik daripada puluhan atau mungkin ratusan bayi-bayi malang lain yang tidak dikehendaki ibu bapa lalu dibuang, terbiar kesejukan dan kelaparan lalu menemui ajal atau menjadi mangsa binatang liar . Bagaimanapun, Rasylan ternyata masih berdendam terhadap bapanya Encik Muaz yang ditemui selepas pengesahan Ujian DNA kerana mengabaikannya ketika kecil. Kisah Kekejaman manusia berhati binatang sehingga sanggup melantarkan darah daging yang tidak berdaya dan berdosa ternyata turut diangkat oleh pengarang dalam novelnya kerana masalah ini merupakan realiti yang benar-benar berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga mengundang perbuatan maksiat dan menyebabkan perzinaan juga merupakan antara permasalahan dalam masyarakat yang terdapat dalam novel ini. Rasylan merupakan anak luar nikah Encik Muaz Al-Khalibi dengan seorang warga Indonesia. Semasa mengandungkannya, Encik Muaz meningggalkan ibunya. Ibunya yang tidak sanggup menanggung malu kerana mengandung tanpa suami lalu membuang Rasylan selepas melahirkannya. Bagi Rasylan, perbuatan ibu bapanya bukan berlandaskan cinta suci sebaliknya berpaksikan gejolok hawa nafsu. Dia membenci kedua ibu bapanya dan tidak mahu bertemu dengan Encik Muaz. Dia juga amat menghargai budi baik Datuk Mustakin yang sanggup membesarkannya dan memberikan pelajaran yang sempurna.

Selain itu, sikap manusia yang penakut dan sukar bertanggungjawab terhadap kesalahannya serta sikap manusia yang sukar memberikan kemaafan dalam hubungan sesama manusia juga turut dikemukakan oleh pengarang sebagai permasalahan yang lazimnya wujud dalam kehidupan manusia pada hari ini. Datuk Mustakim tidak memberhentikan kereta apabila melanggar ibu bapa Encik Jeffri kerana takut dibelasah oleh orang kampung. Akibatnya ,bapa Encik Jeffri meninggal dunia dan ibunya lumpuh. Walaupun Datuk Mustakim membiayai kos rawatan ibunya dan membayar RM 500 setiap bulan, Encik Jeffri masih tidak dapat memaafkan Datuk Mustakim dan enggan bertemu dengannya untuk menjernihkan keadaan. Oleh itu , sungguhpun papa Julia tidak menghalang hubungan Julia dengan Rasylan , papa agak kurang senang dengan situasi tersebut .

7. Berdasarkan novel yang anda pelajari , huraikan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel tersebut.

Watak utama dalam novel Papa ...(akhirnya kau tewas jua!) ialah Intan Julia. Dia merupakan seorang pelajar remaja Tingkatan lima yang kemudian berjaya menyambung pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa. Julia merupakan anak Encik Jeffri, seorang pensyarah dan Intan Maliana, seorang guru di SMK Sri Gading. Dia juga kakak kepada sepasang kembar Siam bernama Ahmad dan Muhammad yang meninggal dunia selepas dilahirkan.

Julia seorang yang penyayang. Sebagai seorang anak, dia amat menyayangi ibu dan bapanya.Semasa mama koma , dia sentiasa berdoa agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha menjaga ibunya setiap kali pulang dari kampus pada hujung minggu.Julia juga amat menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia akhirnya merelakan papa memperisteri Aisyah. Hal ini demikian kerana dia amat bimbang akan tahap kesihatan papa yang kian merosot semenjak mama tidak berdaya.

Julia juga seorang yang gigih dan tekun. Dia tekun mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihannya dia berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa. Semasa menuntut ilmu di menara gading, dia turut gigih menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya. Walaupun rapat dengan Rasylan, dia tidak mahu mengotori jiwanya dengan perasaan cemburu terhadap perhubungan baik Rasylan dengan gadis lain kerana baginya apa yang paling penting ialah dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.

8.Watak utama dalam novel Papa menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak dan cara watak menghadapi cabaran tersebut.

Watak utama dalam novel Papa ialah Intan Julia. Dia menghadapi pelbagai cabaran dalam hidupnya. Antara cabaran yang dihadapi oleh Julia ialah kesunyian dan kehilangan perhatian daripada seorang ibu. Ibunya koma setelah menjalani pembedahan ketika hendak bersalin. Julia mengatasi masalahnya dengan cuba mendapatkan perhatian daripada Mak cik Noraini yang sememangnya sentiasa menganggap Intan Julia sebagai anaknya sendiri.

Seterusnya, Julia juga menghadapi cabaran meneruskan persekolahannya seperti biasa dan menduduki peperiksaan SPM tanpa perhatian ibu yang tersayang. Bagaimanapun, Julia menghadapi dugaan tersebut dengan cara cuba mendapatkan semangat untuk terus belajar daripada bapanya yang sentiasa memberi galakan dalam pelajaran. Julia juga mendapat dorongan daripada Rasylan, rakan sekolahnya yang pintar.

Julia juga menghadapi cabaran daripada rakan sebaya. Murni, rakan sekolah yang mencemburui kepintarannya dan sentiasa memusuhinya di sekolah. Dalam situasi sebegini Julia berusaha menerima hakikat bahawa tidak semua manusia akan menyenangi dirinya. Dia mendapatkan pandangan positif daripada Rasylan yang sentiasa menasihati dirinya agar lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran daripada perkara yang kurang penting.

Julia juga diuji dengan hasrat bapanya yang ingin berkahwin dengan Aisyah. Pada mulanya dia tidak dapat menerima hakikat bahawa ayahnya akan menduakan ibunya , selain tidak dapat menerima kenyataan akan mempunyai ibu tiri. Akhirnya, cabaran tersebut dapat diatasi dengan cuba menerima hakikat bahawa dia perlu menghormati kehendak ayahnya. Dia juga cuba berpandangan positif yang perkahwinan bapanya juga merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan kebahagiaan mereka sekeluarga. Dia cuba menyakinkan dirinya bahawa ayahnya akan sentiasa menyayangi dirinya dan ibunya.

9.Watak utama dalam novel PAPA digambarkan mempunyai ketabahan diri. Huraikan ketabahan watak tersebut dan kesan daripada sikap tabah yang dimilikinya.
Watak utama dalam novel PAPA ialah Intan Julia. Dia digambarkan sebagai watak yang mempunyai ketabahan dalam mengarungi pelbagai cabaran hidup. Antaranya ,Julia tabah ketika menghadapi peperiksaan SPM tanpa perhatian ibu tersayang. Kesan ketabahan tersebut menjadikan dirinya hamba Tuhan yang berusaha gigih mencapai kejayaan walaupun dalam kesedihan.

Selain itu, Julia tabah menghadapi kesunyian dan kehilangan kasih ibu setelah ibunya koma selepas menjalani pembedahan ketika hendak bersalin. Kesannya, menjadikan Julia insane tabah yang reda menerima ketentuan Illahi. Dia juga menganggap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya dan bukan penghalang untuk meneruskan kehidupan normal.

Dalam pada itu ,Julia juga tabah menghadapi kehidupan sebagai pelajar matrikulasi UIA yang mencabar tanpa dorongan ibu tersayang. Natijahnya, dia menjadi remaja yang berdikari dalam menjalani kehidupan.

PENGGUNAAN KOSA KATA DAN FRASA MENARIK DALAM PENULISAN


PENGGUNAAN KOSA KATA DAN FRASA MENARIK DALAM PENULISAN

ISU KEMELUT SUKAN

KOSA KATA/FRASA Kemelut Senario Membarahi Mengaibkan nama negara Tumbuk rusuk, makan suap, duit kopi, korupsi Nafsi Beri betis hendak paha fenomena Sayang anak tangan-tangankan Duri dalam daging Bermaharajalela Menopang dagu Konflik jiwa Tonggak Menuding jari aset Ulat lupakan daun, kacang lupakan kulit Keserakahan Seantero Konkrit Malapetaka Merealisasikan Beraja di mata, bersultan di hati Jauh panggang dari api vandalisme Lumrah Duniawi Ketandusan Menegakkan benang basah Bibit-bibit keruntuhan moral Melentur buluh biarlah dari rebungnya Intan payung dan nyawa Kritikal Meranapkan Penawar Akar umbi Sanubari Kesedaran sivik Sementelahan itu

MAKSUD Masalah Keadaan Melanda Memalukan Rasuah Mementingkan diri Diberikan sedikit hendak lebih perkara Terlalu memanjakan anak Sesuatu yang menyakitkan hati Berleluasa Termenung Pergolakan jiwa Asas/dasar Menyalahkan orang lain Sesuatu yang bernilai Lupa jasa dan pengorbanan orang lain Ketamakan, kerakusan Seluruh Kuat, mapan, kukuh Bencana, bala Menjadi kenyataan Terlalu mengikut nafsu Jauh daripada hakikat sebenar Merosakkan harta benda Kebiasaan Hal dunia Tidak ada, kering Mempertahankan perkara yang salah Tanda-tanda awal kerosakan akhlak Didikan bermula dari kecil Sangat disayangi Serius Menghancurkan Ubat Punca Jiwa Kesedaran tentang tanggungjawab Walau bagaimanapun Mengelakkan lebih baik daripada

Disiplin pelajar

Masyarakat Penyayang

Kemerosotan akhlak remaja

PENYAKIT BERBAHAYA

KEMALANGAN JALAN RAYA

Amalan berjimat cermat

Amalan membaca

Amalan bergotong-royong dan semangat kerjasama

Mencegah lebih baik daripada mengubati Biar lambat asalkan selamat Pandu cermat jiwa selamat Berhati-hati di jalan raya Hargailah nyawa anda Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Jangan biarkan orang yang kita sayang menunggu dalam tangisan. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis Sediakan patung sebelum habis Membaca memerdekakan minda Ilmu Pelita Hidup Banyak Berjalan luas pemandangan, banyak membaca luas ilmu pengetahuan Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

menyembuhkan

Menabung menjamin masa depan yang cerah Melentur buluh biarlah dari rebungnya Malang tidak berbau Membaca jambatan ilmu Rakyat berilmu negara maju Seperti katak di bawah tempurung Seperti aur dengan tebing Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Cintailah sungai kita Cintailah alam sekitar

Alam sekitar

Gejala sosial

Sukan

Penyalahgunaan Dadah

Isu pelancongan

Negara bersih rakyat sihat Duri dalam daging masyarakat Kebersihan alam sekitar, tanggungjawab bersama Bapa Borek Anak Rintik Bagaimana Acuan begitulah kuihnya Remaja merupakan aset dan tonggak negara Sukan untuk semua Rakyat sihat Negara Maju Sukan Pemankin Perpaduan Negara Dadah musuh utama negara Hapuskan najis dadah Jauhi najis dadah Bumi Hijau Syurga Dunia Malaysia Boleh Bahasa Jiwa Bangsa Cintailah Bahasa Kita Bahasa Malaysia Bahasa Perpaduan Negara

Belia penggerak wawasan negara Seperti cendawan tumbuh selepas hujan Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Dadah membawa maut Hidup bahagia tanpa dadah Cintailah Malaysia Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri, Lebih baik di negeri sendiri. Yang Indah itu Bahasa Gunakan Bahasa Malaysia dengan betul

Peranan Bahasa Malaysia

Posted by Zairol Hairi Ibrahim at 11:17 PM

Karangan Cemerlang Bahagian A


Contoh Karangan Bahagian A JAWAPAN CONTOH Bahagian A Pembahagian Masa Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan Markah Masa : 30 markah : 45 minit

PERENGGAN 1 : PENDAHULUAN Dalam meniti arus modenisasi yang kian rancak, masyarakat pada zaman mil lenium ini sudah semakin ketagih mengejar kemewahan duniawi sehinggakan mereka alpa terhadap kesihatan tubuh badan mereka. Senario ini jika dibiarkan menular dalam kalangan masyarakat kita akan mengakibatkan hasrat kerajaan untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan 2020 hatta gagasan 1Malaysia sekalipun terbantut. Apakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin terhadap kemajuan negara dalam mengatasi kemelut ini? Usaha yang dapat kita lakukan bagi menyelesaikan krisis ini adalah dengan menjalani kehidupan yang sihat. Belakangan ini, banyak adpertensi disiarkan oleh pihak media bagi memaparkan cara-cara mengemudikan kehidupan agar sihat dan sejahtera. PERENGGAN 2 : ISI UTAMA Amalan mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi merupakan antara cara yang unggul bagi menjalani hidup yang sihat (Apa : isi utama). Rehat dan tidur yang mencukupi amatlah diperlukan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. (BAGAIMANA : CARA). Kita tidak mahu nanti keadaannya bak nasi sudah menjadi bubur atau sudah terhantuk baru terngadah. Kita memerlukan rehat dan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari bagi memastikan otak dan fizikal kita dapat digunakan semula (BAGAIMANA : CARA). Sebagai tamsilnya, kita kerap kali melihat berita di rubrik akhbar yang melaporkan calon-calon peperiksaan awam masih gah menjawab kertas peperiksaan walaupun mengambil masa yang agak lama (CONTOH). Oleh yang demikian, kita haruslah mengamalkan gaya hidup sihat iaitu mendapatkan rehat dan tidur yang mencikupi (AYAT PENEGASAN) PERENGGAN 3 : ISI KEDUA Selain itu, metode lain yang harus kita cakna dan asimilasikan dalam kehidupan kita adalah menjalani pemeriksaan kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liew Tiong Lai mengajak rakyat Malaysia agar tidak berat tulang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan kerana tindakan ini akan menyelamatkan kita daripada menghidap penyakit-penyakit kronik bak kata orang tua-tua , mencegah itu lebih baik daripada mengubati . Setiap individu seharusnya menjalani pemeriksaan setiap enam bulan bagi mengetahui kondisi kesihatan diri. Masyarakat pada masa ini sering menghidap penyakit kronik walaupun pada usia yang muda iaitu sekitar 30 hingga 40 tahun. Tegasnya, seyogialah kita mengamalkan budaya menjalani pemeriksaan kesihatan agar tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan baik. PERENGGAN 4 : ISI KEEMPAT Amalan cara hidup sihat adalah tidak sukar sekiranya kita mengikut garis panduan yang betul. Langkah terpenting yang menjadi faktor perdana atau tunjang kepada amalan hidup sihat adalah mempraktikkan pemakanan seimbang diperlukan oleh badan mengikut sukatan yang betul. Keadaan ini dapat dilihat melalui piramid makanan yang menempatkan karbohidrat di lapisan terbawah yang bererti nutrisi tersebut diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan nutrisi secara

berkurangan ataupun berlebihan akan menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit-penyakit tertentu. Sebagai contohnya, terdapat penyakit yang melanda masyarakat di negara miskin seperti Haiti disebabkan kurangnya protein dalam badan. Oleh yang demikian, amalan pemakanan seimbang adalah sangat penting dalam kita menjalani kehidupan yang sihat. PERENGGAN 5 : PENUTUP Akhirulkalam, jelaslah kepada kita bahawa kehidupan manusia dan kesihatan memang tidak dapat dipisahkan. Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat agar misi Malaysia untuk mencapai status negara maju dan menjadi contoh kepada negara lain tercapai. Maka secara realitinya menunjukkan bahawa betapa penting cara atau langkah dalam menjana kehidupan yang lebih sihat. Sediakan payung sebelum hujan merupakan peribahasa yang amat bersesuaian dengan maaduk cara menjaga kesihatan, jadi di sini mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Secara kesinambungannya, pelbagai usaha mestilah diimplementasikan oleh semua pihak kerana kehidupan yang bermakna adalah kehidupan yang sihat .

Markah : Ulasan Takrif Bahasa Pengolahan

28/30

: : :

Menepati dan menjawab tugasan Gramatis, luas & tepat penggunaan kosa kata, Menarik, berkesan,huraian isi jelas dan matang

arangan Cemerlang Bahagian B


Contoh Karangan Bahagian B Soalan 1 Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke semasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras dengan negara-negara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Namun begitu, dari segi pembangunan atau pembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin meningkat peratus pelajar sekolah yang terlibat dengan gejalagejala yang tidak sihat. Hal ini telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dalam satu program temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengatasi kemelut yang semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang tersendiri untuk membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang bergelar pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin. Peranan utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid yang berdisiplin adalah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah dengan sebaik mungkin. Hal ini saya anggap afdal kerana pengawas telah diklasifikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi murid yang mulia dan mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan murid yang berdisiplin amat penting kerana Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, Jika kamu ingin mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di hadapan anda. Maka,kata kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang berdisiplin, berdedikasi dan beriltizam dalam setiap aspek amat penting kepada negara dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu. Jadi, saya sebagai pengawas akan menguatkuasakanundang-undang dan peraturan sekolah dengan melakukan beberapa tindakan yang sewajarnya diimplementasikanoleh seorang pengawas sekolah seperti menegur pelajar-pelajar yang berambut panjang, memantau mereka yang berpakaian tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan meleraikan pergaduhan antara mana-mana pelajar sekiranya difikirkan tindakan itu tidak membahayakan nyawa. Tindakan-tindakan seperti ini penting atau adiwarna diambil demi memastikan keadaan sekolah aman, sesi pembelajaran (P&P) berjalan lancar dan perhubungan pelajar sentiasa terkawal.

Tuntasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah merupakan elemen yang penting dalam membentuk modal insan yang madani dan syumul. Selain itu, modus operandi lain yang sepatutnya saya lakukan adalah menunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak terutama rakan murid dalam semua aspek termasuk pemakaian, pertuturan, pembelajaran dan yang paling penting, sikap dan perwatakan. Hal ini demikian kerana para pelajar atau murid merupakan insan yang baru sahaja mengenali dunia sebenar. Ramai pelajar atau murid yang masih mentah dan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara terutama. Jika persekitarannya baik, maka baiklah seseorang itu. Jika persekitaran sebaliknya pula muncul, natijah yang membawa impak negatif akan menjuarai tindakan seseorang. Jadi, para pengawas seharusnya berupaya menjadi suri teladan kepada orang lain dan seharusnya memantapkan diri lagi dengan sifat-sifat yang mulia dan berkarisma. Keupayaan untuk melakukan pengawasan dan pengawalan secara berhikmah merupakan aset berharga seorang pengawas. Saya yakin dan percaya bahawa para pengawas yang mempunyai keperibadian mulia seperti ini sentiasa didambakan oleh para murid justeru menjadikan para pengawas ini sebagai kawan. Jadi, kita seharusnya mendekati para murid itu dengan harapan agar mereka akan menjadi seperti diri kita sendiri. Dengan itu, murid yang berdisiplin dapat dibentuk manakala beban sekolah untuk memastikan semua murid berdisiplin dapat dikurangkan. Senario ini persis slogan ,Hulurkan tangan ringankan beban. Oleh itu, melalui peranan ini, saya berharap agar dapat membantu sekolah membentuk murid yang berdisiplin di samping mengekalkan nama baik sekolah. Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah sentiasa bersama dengan para murid yang bermasalah dengan nawaitu ingin memberi nasihat dan panduan kepada mereka. Langkah turut serta ini menurut seorang motivator terkenal , Dr. Hushim Yahaya merupakan langkah turun padang yang akan merapatkan dan memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yang dipimpin. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, Anak -anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk membentuk akhlak anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Melalui sabda Rasulullah S.A.W. ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anak -anak ataupun para murid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan daripada semua pihak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak. Sesetengah murid yang mempunyai masalah tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak puas hati mereka itu di sekolah dengan melanggar peraturan sekolah bermotifkan dendam untuk menyakitkan hati kedua ibu bapa. Saya berpendapat bahawa dengan cara mendekati para murid serta bertanyakan masalah mereka, akan mengurangkan rasa ingin memberontak dalam diri mereka. Dengan memberi nasihat dan menyelesaikan masalah mereka melalui kaedah yang betul, hal ini secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk menjadi murid-murid yang berdisiplin dan berwawasan. Oleh itu, peranan seperti ini perlulah dimainkan agar masyarakat kamil dapat diwujudkan. Dalam pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan kebaikan merupakan satu tanggungjawab yang sepatutnya saya lakukan bersama dengan murid-murid yang lain. Allah swt. amat menyukai hamba-Nya melakukan kebaikan dengan penuh ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dan dorongan serta perangsang kepada para murid yang ingin melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini kerana ada orang atau pihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka di samping mereka mendapat ganjaran daripada Allah swt. Selain itu, saya akan berusaha sedaya upaya untuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Ramai pemikir termashyur seperti Confucius dan Socrates juga amat menekankan penyemaian nilai-nilai moral dalam diri setiap manusia. Jadi, dengan langkah itu, para murid akan lebih tertarik untuk melakukan kebaikan berbanding keburukan. Izharnya, modus operandi seperti ini seharusnya saya lakukan demi memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk bak kata pepatah, Di mana ada kemahuan, di siru ada jalan. Peranan saya yang terakhir adalah memastikan bahawa saya berfungsi sebagai perantara yang berkesan antara para murid dengan pihak sekolah. Saya seharusnya berupaya menyampaikan maklumat yang jelas kepada murid tentang pelaksanaan peraturan dan undang-undang sekolah agar murid memahami dan menerima perkara tersebut dengan sebaik mungkin. Manakala pihak sekolah yang terdiri daripada pengetua dan lembaga disiplin sekolah serta kaunselor akan saya dan rakan-rakan pengawas yang lain nyatakan permasalahan murid dengan penuh hikmah dan sempurna. Saya merasakan bahawa kemampuan berkonikasi secara berkesan dengan rakan murid dan guru merupakan suatu aset penting. Apabila bercakap dengan murid yang nakal, seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. Apabila menyampaikan pengumuman semasa perhimpunan, saya akan berusaha menyampaikan informasi dengan jelas. Dengan ini, mesej pihak sekolah akan dapat difahami oleh semua pihak. Jelasnya, peranan ini akan memantapkan hubungan murid dengan pihak sekolah yang akhirnya membentuk disiplin murid.

Kesimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiada penawarnya. Maka, modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu diimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk. Saya dan beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akan sentiasa menacri jalan atau alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk dan ha srat kerajaan untuk melihat sifar masalah disiplin dapat direalisasikan pada tahun 2020. Hasrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan tercapai dengan terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan nilai perpaduan dan ketaatan. Saya berharap agar peranan yang saya kemukakan tadi akan dapat saya realisasikan dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta pihak-pihak yang lain. Markah : Ulasan Takrif Bahasa Pengolahan 89/100

: : :

Menepati dan menjawab tugasan Gramatis, luas & tepat penggunaan kosa kata, Menarik, berkesan,huraian isi jelas dan matang Wacana lengkap. Ada kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

Cara membuat huraian untuk Bahagian A dan B serta menulis contoh

CARA MENGHURAIKAN IDEA UTAMA SECARA DEDUKTIF DAN INDUKTIF Bahagian A.

ISI APA (ISI UTAMA) Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang faedah berjimat cermat

HURAIAN BAGAIMANA (CARA) Ibu bapa perlu memberikan penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan keburukan amalan boros

MENGAPA (SEBAB) Anak-anak seharusnya mendapat kesedaran apabila mengamalkan amalan yang selalunya ditegah oleh Allah s.w.t

CONTOH/ PERIBAHASA Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.

DEDUKTIF : (susunan biasa)

Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang kemaslahatan berjimat cermat dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk etos berjimat cermat. Pendek kata, ibu bapa perlu memberikan penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan keburukan amalan boros. Tambah lagi, anak-anak akan mendapat kesedaran apabila mengamalkan amalan yang selalunya ditegah oleh Allah s.w.t. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya .

(isi utama + huraian 1 + huraian 2 + contoh/peribahasa)

INDUKTIF : (susunan terbalik)

Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah ini menyentuh anak-anak perlu mendapat kesedaran daripada ibu bapa apabila mengamalkan amalan boros yang selalunya ditegah oleh Allah s.w.t. Pendek kata, ibu bapa perlu memberikan penjelasan tentang kebaikan berjimat cermat dan keburukan amalan boros. Maka, seeloknya, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang faedah berjimat cermat dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk budaya berjimat cermat.

(contoh/peribahasa + huraian + huraian + isi utama)

CARA MENGHURAIKAN IDEA UTAMA SECARA DEDUKTIF Bahagian B.

TAJUK : KESAN trend mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

PERKARA

HURAIAN

APA (ISI UTAMA) Menggunakan peribahasa BAGAIMANA (CARA situasi berlaku)

Seterusnya, gaya hidup yang dipamerkan sekarang banyak mementingkan budaya bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. itu Budaya hidup masyarakat kompak mula terhakis sedikit demi sedikit apabila remaja kini tidak lagi gemar melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan berbanding dengan aktiviti hiburan yang sering menjadi tumpuan mereka. Majoriti remaja lebih suka akan keseronokan dan keghairahan dalam kegelapan malam tanpa mempedulikan norma-norma ketimuran. Dalam fikiran mereka, itu adalah trend kehidupan moden sehingga gaya hidup ini melahirkan masyarakat yang hidung tinggi. Tambah lagi, etos ini tidak perlu memikirkan masalah orang lain yang senantiasa mengharapkan simpati, empati dan tanggapan mereka lebih baik berkurung di dalam rumah sahaja. Memetik kata-kata seorang pujangga, janganlah kita mementingkan diri sendiri kerana kehidupan kita ini ibarat putaran roda, kadangkala itulah yang akan mendatangkan satu kerugian dalam kehidupan ini. Pendek kata, kepesatan pembinaan pusat-pusat hiburan misalnya KL Disco, Blue Pub dan sebagainya menjadi faktor pendorong remaja leka dengan nilai tradisi dan budaya mereka yang sebenarnya. Tegasnya, sikap mementingkan diri sendiri melahirkan manusia persis haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa.

MENGAPA (SEBAB perkara itu berlaku hingga membawa kesan) MENGAPA (SEBAB perkara itu berlaku hingga membawa kesan) MENGAPA (SEBAB perkara itu berlaku hingga membawa kesan) PERIBAHASA/ cogankata/pendapat kata CONTOH tokoh/mutiara

AYAT PENEGASAN

CARA MENGAMBIL CONTOH/BUKTI BAGI SETIAP HURAIAN

BIL 1

HURAIAN TENTANG ISI UTAMA berkaitan dengan masalah rojak

Mengenal pasti bakat muda yang boleh diketengahkan supaya dapat ditingkatkan bakatnya menjadi seorang ahli sukan yang berjaya. Muzik yang berunsur negatif dan ganas haruslah disingkirkan dan muzik berunsur positif perlu diserap di dalam jiwa remaja.

SUMBER UNTUK MENDAPATKAN CONTOH dialog dalam drama televisyen atau filem, dialog juruhebah radio, tv, papan iklan, bahasa internet, sms, bahasa slanga yang digunakan oleh remaja. Pelajar terlibat dalam kejohanan sukan ragbi, bola sepak, bola tampar di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Muzik aliran heavy mental, rap, hip hop dan trash hendaklah diharamkan kerana mampu merosakkan akidah dan akhlak remaja. Data, statistik, petikan berita, majalah, pendapat tokoh dan sebagainya.

Posted by Zairol Hairi Ibrahim at 10:57 PM Jenis-jenis Pendahuluan Karangan

FIKIR-FIKIR MINDA MESTI KREATIF UNTUK MENCIPTA PENDAHULUAN YANG MENARIK DAN BERMUTU.

CARA UNTUK KREATIF; RAJIN MEMBACA PELBAGAI BAHAN.

JENIS PENDAHULUAN

Isu : Kemusnahan Alam Sekitar

Jenis : Gabungan Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, alam sekitar membawa segala-gala yang ada di sekeliling langit dan bumi. Keluasan muka bumi 27.6% meliputi tumbuh-tumbuhan yang berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dan juga sebagai pengukuh struktur tanah daripada bencana alam, terutama tanah runtuh dan hakisan. Keadaan ini menerangkan bumi bukan sahaja penting untuk kesejahteraan hidup manusia, tetapi juga untuk hidupan lain. Walaupun begitu, masalah pemusnahan alam sekitar tetap berlaku di mana-mana sehingga menimbulkan natijah yang sangat buruk. Jadi, usaha yang efektif perlu diambil dengan melibatkan jaringan kerjasama daripada pelbagai pihak. (jenis definisi, fakta geografi, ayat topik) Jenis : Suasana

Hatiku sebak menahan kepiluan melihat sungai tercemar yang penuh dengan sisa-sisa minyak, bahan pepejal dan sebagainya. Airmata bergenang di kelopak mataku yang bulat bersinar menahan duka terlara tatkala meninjau kawasan yang penuh dengan sampah sarap setinggi KLCC. Hatiku semakin hancur luluh bak kaca yang terhempas ke lantai pabila melihat sikap dan etos masyarakat bagai enau melepaskan pucuk masing-masing terus mencemarkan alam sekitar. Marcapada terus menerus dicemari tanpa ada kawalan daripada pihak berwajib. Patutkah keadaan ini terus berleluasa? Kita perlu membongkar faktor perdana di samping mengorak langkah mencari formulasi yang berminda kelas pertama. (jenis situasi/suasana, penerangan, ayat topik)

Jenis : Senikata Lagu

Oh ibu Kau disiram bayu pagi Kehilangan terasa kini Dan kesepian dan aku Bagai purnama gerhana Diibarat lautan kering Tiada tempat kulayarkan Hasratku ini masih belum sempat ku buktikannya padamu Ibu tersayang Bait-bait lagu Oh Ibu sangat indah dan puitis apabila didendangkan dan betapa bahagianya menghayati seni kata lagu di atas. Namun, dunia pada hari ini menyaksikan banyak peristiwa yang tidak seindah lagu yang dinyanyikan. Kendatipun, ibu masih ada atau tidak di bumi yang permai ini, tidak pernah menjadi persoalan bagi insan yang tidak bisa mengenal erti pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak demi menerjah dunia yang penuh dengan cabaran globalisasi. Kita sering terbaca di media massa tentang seorang ibu disisihkan dan ditinggalkan oleh anak-anak malahan ada segelintir menjadi mangsa deraan mereka. Kita tidak pernah terfikir, apakah punca kemelut ini terus menular? Jadi, apakah usaha yang perlu dihalusi untuk membawa perkara ini ke arah anjakan paradigma?

Jenis : Pantun
Kuda liar berkeliling kota, Kota terbuat dari kayu, Tempat berkawal lasykar Feringgi, Kami mendengar khabar berita, Bunga kembang sudah pun layu, Gugur ke bumi tak harum lagi. Pantun 6 kerat sudah tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu bagi tujuan menyampaikan khabar berita secara halus dan penuh tersirat. Pantun ini membawa satu konteks yang cukup bermakna apabila menyesali sesuatu yang indah sudah tidak menjadi kebanggaan lagi yakni seorang gadis yang ternoda sehingga menyebabkan maruah dirinya tercemar. Kala ini, isu seks bebas, bohsia, teman sosial, atau pun pelacur merupakan satu masalah sosial dan susila yang semakin meruncing. Dilema ini menggambarkan satu wajah gadis di negara ini yang tidak mementingkan maruah yang sangat berharga. Pendek kata, kita perlu mengintai sebab utama keadaan ini berlaku? Di samping menagih komitmen dan pengertian yang serius semua pihak dalam menangani.

Romanized:

[Taeyeon] Lets go! Mwol geokjeonghaneunde neon Dwaetgo! mwoga tto duryeounde? [Seohyun] Jaego! tto jaeda neujeobeoryeo Oh! oh! uh~ Oh! oh! uh~ [Sunny] Maeil haruga dareuge buranhaejyeo ga [Yoona] Apseo ga jugil barae geu nugungaga [Jessica] Neon moreun cheok nuneul gamneun You bad bad bad boy, you so bad [All] Deo dangdanghage neon [All] Mr. Mr. [Yuri] Nal bwa [All] Mr. Mr. [Yuri] Geurae baro neo neo neo [All] Nal gaseum ttwige han [All] Mr. Mr. [Tiffany] Choegoui namja [All] Mr. Mr. [Tiffany] Geuge baro neo [Taeyeon] Sangcheoro kkaejin yurijogakdo Byeori doeneun neo Mr. Mr. (Mr. Mr.) [Tiffany] Nareul bitnaejul [Seohyun] Seontaek badeun ja! [Tiffany/Seohyun] Geuge baro neo Mr. Mr. [All] Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. Mr. [Jessica] Wae neon! ajikdo mitji motae? Jinjja! Bimireul allyeojulge [Tiffany] Neon wae! teukbyeolhan Mr. Inji Oh! oh! uh~ Oh! oh! uh~ [Sunny] Mirael yeoneun yeolsoe baro niga gajin geol [Sooyoung] Sonyeonboda deo keun kkumeul kkeureoana [Yuri] Bitnan nun sok nal damgoseo My mi-mi-mister, rock this world [All] Deo dangdanghage neon [All] Mr. Mr. [Hyoyeon] Nal bwa [All] Mr. Mr. [Hyoyeon] Geurae baro neo neo neo [All] Nal gaseum ttwige han [All] Mr. Mr. [Yoona] Choegoui namja [All] Mr. Mr. [Sunny] Geuge baro neo [Tiffany]

Sangcheoro kkaejin yurijogakdo Byeori doeneun neo Mr. Mr. (Mr. Mr.) [Jessica] Nareul bitnaejul [Sunny] Seontaek badeun ja! [Jessica/Sunny] Geuge baro neo Mr. Mr. (Mr. Mr.) *1. 2. 3. 4* [Sooyoung] Mr. Mr. (Mr. Mr.) [Yoona/Sooyoung] Jigeum sesang ane [Taeyeon] Oh, ne ape [Yoona/Sooyoung] Nuguboda meonjeo [Taeyeon] Neol deonjyeo [Yonna/Sooyoung] Deo chiyeolhage [Taeyeon] Deo chiyeolhage [Yoona/Sooyoung] Mr. Mr. [Taeyeon] Mister [Yuri/Hyoyeon] Ojik geudaemani [Tiffany] Irwonael [Yuri/Hyoyeon] Dan hana [Tiffany] Naeil apui neo [Yuri/Hyoyeon] Geu ane sara gal neowa na [Tiffany] Mister~~ [All] Deo dangdanghage neon ([Tiffany] Oh~~ uh~) [All] Mr. Mr. [Jessica] Nal bwa [All] Mr. Mr. [Jessica] Geurae baro neo neo neo [All] Nal gaseum ttwige han ([Jessica] Oh~ Huo~) [All] Mr. Mr. [Hyoyeon] Choegoui namja ([Jessica] Mr. Mr) [All] Mr. Mr. [Hyoyeon] Geuge baro neo ([Taeyeon] Uh~ oh~} [Seohyun/Tiffany] Sangcheoro kkaejin yurijogakdo Byeori doeneun neo [All] Mr. Mr. (Mr. Mr.) [Taeyeon/Seohyun] Nareul bitnaejul choegoui namja! Geuge baro neo [All] Mr. Mr. (Mr. Mr.) English Translate: Lets go! What are you worried about, What are you afraid of? If you keep measuring things out, itll be too late Oh oh ooh woh oh oh ooh woh Every day brings a different kind of nervousness I want someone to take the lead But you ignore it and close your eyes You bad bad bad boy, you so bad Be stronger Mr. Mr. (look at me) Mr. Mr. (yes you, you, you) You made my heart race Mr. Mr. (the best man) Mr. Mr. (thats you) You make broken glass from scars turn into stars Mr. Mr. Mr. Mr. The chosen one to make me shine That is you Mr. Mr. Why cant you believe it yet? Ill tell you the real secret Of why you are a special Mr. Oh oh ooh woh oh oh ooh woh You have the key to open the future So have a dream that is bigger than a little boys

Place me in your shining eyes My Mi, Mi, Mister, Rock this world Be stronger Mr. Mr. (look at me) Mr. Mr. (yes you, you, you) You made my heart race Mr. Mr. (the best man) Mr. Mr. (thats you) You make broken glass from scars turn into stars Mr. Mr. Mr. Mr. The chosen one to make me shine That is you Mr. Mr. (1. 2. 3. 4) (Hey Hey Hey) (Mr. Mr. Mr. Mr.) (Hey Hey Hey) Wooh! (In this world) in front of you (Before anyone else) throw yourself (More intensely) more intensely (Mr. Mr.) Mister (Only you) can fulfill (Just one thing) for the tomorrow (That you and I will live inside) Mister~ oh~ Be stronger Mr. Mr. (look at me) Mr. Mr. (yes you, you, you) You made my heart race Mr. Mr. (the best man) Mr. Mr. (thats you) You make broken glass from scars turn into stars Mr. Mr. Mr. Mr. The chosen one to make me shine That is you Mr. Mr. Indonesia Translate: Lets go! Apa yang kau khawatirkan, Apa yang kau takutkan ? Jika kau terus mengukur hal-hal, itu akan menjadi terlambat Oh oh oh oh ooh woh woh ooh Setiap hari membawa berbagai jenis kegugupan Aku ingin seseorang untuk memimpin Tapi kau mengabaikannya dan menutup mata You bad bad bad boy , you so bad Jadilah kuat Mr Mr ( lihatlah aku ) Mr Mr ( ya kau , kau, kau ) Kau membuat jantungku berdebar Mr Mr ( lelaki terbaik) Mr Mr ( yaitu dirimu ) Kau membuat pecahan kaca dari bekas luka berubah menjadi bintang Mr Mr Mr Mr satu yang terpilih untuk membuatku bersinar Itulah kamu Mr Mr Mengapa kau belum juga percaya? Aku akan memberitahumu rahasia yang sesungguhnya Mengapa kau adalah Mr yang istimewa Oh oh oh oh ooh woh woh ooh Kau memiliki kunci untuk membuka masa depan Jadi bermimpilah yang lebih besar dibandingkan seorang anak kecil Tempatkan aku di mata bersinarmu My Mi, Mi , Mr , rock this world Jadilah kuat Mr Mr ( lihatlah aku ) Mr Mr ( ya kau , kau, kau )

Kau membuat jantungku berdebar Mr Mr ( lelaki terbaik) Mr Mr ( yaitu dirimu ) Kau membuat pecahan kaca dari bekas luka berubah menjadi bintang Mr Mr Mr Mr satu yang terpilih untuk membuatku bersinar Itulah kamu Mr Mr (1.2.3.4) ( Hey Hey Hey ) ( Mr Mr Mr Mr ) ( Hey Hey Hey ) Wooh ! ( Di dunia ini ) di depan Anda ( Sebelum orang lain ) melemparkan diri ( Lebih intens ) lebih intens ( Mr Mr ) Mister ( Hanya kau ) dapat memenuhi ( Hanya satu hal ) untuk besok ( Bahwa kau dan aku akan hidup di dalamnya ) mister ~ oh ~ Jadilah kuat Mr Mr ( lihatlah aku ) Mr Mr ( ya kau , kau, kau ) Kau membuat jantungku berdebar Mr Mr ( lelaki terbaik) Mr Mr ( yaitu dirimu ) Kau membuat pecahan kaca dari bekas luka berubah menjadi bintang Mr Mr Mr Mr satu yang terpilih untuk membuatku bersinar Itulah kamu Mr Mr

Anda mungkin juga menyukai