Anda di halaman 1dari 2

LATAR

Latar masa
Waktu pagi
~ Jeffri(Papa) bertanggungjawab menghantar Julia ke sekolah.
~ Pada pukul empat pagi, Maliana(Mama)hendak bersalin. Papa diiringi oleh Julia dan Mak
Cik Noraini telah menghantar mama ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

Waktu Petang
~ Julia duduk di luang makan sambil memerhatikan gelagat papa dan mamanya. Pada sedang
mengairi pokok-pokok kacang panjang dan jagung yang ditanamnya di taman kecil halaman
rumahnya.
~ Mama menghantar Cikgu Suzie ke bengkel kereta di Seksyen & Kelana Jaya untuk
mengambil keretanya yang rosak selepas waktu sekolah.
~ Papa, Julia dan Cikgu Suzie pergi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk
menziarahi mama yang koma.

Waktu malam
~ Selepas solat maghrib, papa masuk ke bilik mama untuk melihat keadaannya. Ketika itulah
mama membuka mata dan menyatakan keiinginanya untuk makan pizza.
~ Mama melihat Aisyah muncul di tepi papa dan papa memperkenalkan Aisyah kepada
Mama sebagai isteri keduanya. Mama gagal menerima kenyataan dan menghembuskan nafas
terakhirnya. Papa pula tidak dapat menahan kesedihannya lalu menitiskan air matanya.

Latar Masyarakat
1- Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan
kekeluargaan agar kehidupan sejahtera.
Contoh: Watak Jefri sebagai bapa yan amat menyayangi isterinya Intan Maliana dan
anaknya,Ju.Jefri sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar suatu hari nanti
isterinya kembali sedar daripada koma dan menanti kebahgiaan bersinar kembali.
2- Masyarakat yang bertanggungjawab.
Contoh: Sifat bertanggungjawab yang ditonjolkan oleh Jefri dapat dibuktikan dengan
lebih jelas melalui peranannya menjaga anaknya,Intan Julia dan isteri tercinta,Intan
Maliana dengan sempurna.

3- Masyarakat yang mementingkan pendidikan dan gigih berusaha.


Contoh:Ju seorang pelajar yang rajin mengulang kaji pelajaran.Hal ini berdasarkan
kecemerlangannya dalam SPM sehingga berjaya melanjutkan pelajaran Matrikulasi
UIA.Begitu juga ibu bapanya yang menggalakkan menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.

4- Masyarakat yang mengambil berat dan prihatin terhadap orang lain yang
dikasihinya.
Contoh: Mak Cik Noraini amat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah serta
sesuatu yang terjadi kepada Intan Maliana.Dia sentiasa memberikan nasihat berguna
kerana bimbang sekiranya sesuatu yang tidak baik menimpa Intan Maliana.Sifat yang
sama turut ditunjukkan oleh Cikgu Suzie dan rakan-rakan Intan Maliana yang lain.
5- Masyarakat yang sanggup berkorban kerana kasih kepada keluarga.
Contoh:Intan Maliana sanggup mengandung buat kali kedua biarpun menyedari risiko
yang bakal dihadapinya demi memenuhi hasrat suaminya.Jefri pula sanggup
berkorban masa,tenaga,dan kepentingan dirinya demi menjaga isterinya yang koma.

6- Masyarakat yang iri hati dan mempengaruhi orang untuk membenci seseorang.
Contoh: Murni menghasut rakan sekelas yang lain agar memusuhi Intan Julia.

Latar Tempat
1. Rumah Jeffri di Kelana Jaya
~Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka
tinggal dalam suasana yang harmoni.

1. Sekolah Menengah Seri Gading


~ Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik.

2. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia


~Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam
keadaan koma.

3. Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak,Selangor


~Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas berjaya
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka mengikuti
pengajian di peringkat matrikulasi dan tinggal di asrama.

4. Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley


Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka
terserempak dengan papa Julia minum bersama-sama dengan Aishah sebanyak dua
kali.

5. Bengkel kereta di Seksyen 14


~Mama menumpangkan Cikgu Suzie ke bengkel kereta di Seksyen 14 untuk
mengambil keretanya yang dibaiki di situ.

6. Gelanggang Tenis di Kelana Jaya


~Tempat di mana Julia dan papa bermain tenis bersama-sama. Di situlah juga papa
dan Aisyah bermain tenis bersama-sama .

7. Coffee Shop di Hotel Paya Serai


~Tempat Jeffri memujuk Julia agar merestui keputusannya untuk berkahwin dengan
Aisyah. Walaupun pada mulanya Julia tegas untuk tidak menerima Aisyah tetapi
akhirnya, Julia bersetuju demi membahagiakan bapanya.

Anda mungkin juga menyukai