Anda di halaman 1dari 5

TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup
mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang
yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal
dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih
sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan
mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti
dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan
papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.
PERSOALAN NOVEL PAPA:
1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya
Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya.
Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga
tahun
2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya
yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan
Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik
Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat
selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.
3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi
dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah
tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.
4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu
Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar
akan risiko yang bakal dihadapi.
WATAK DAN PERWATAKAN
INTAN JULIA
Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah
seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya
bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia
amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya.
Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal

dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.


PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan
agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang
daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi
membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.
KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya
lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung
pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
KETABAHAN
Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh
koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin
lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia
sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.
BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan
papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas
sebab-sebab kesihatan .

JEFFRI (PAPA)
Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul
tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di
Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan
keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang
dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.
PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah
bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang
ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat
sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana

latarbelakang keluarganya tidak baik.


BERPENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik.
Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia
daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk
berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba
memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan
sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.
PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut
arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya
berkahwin lagi lalu memujuknya.

INTAN MALIANA (MAMA)


Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini
lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan
sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika
melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah
Menengah Seri Gading.
SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa
melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama
sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.
TEGAS PENDIRIAN
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya.
Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia
tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.
BERTANGGUNGJAWAB

Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member
tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan
sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.
PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup
mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.
LATAR TEMPAT
Sekolah Menengah Seri Gading
tempat Intan Maliana mengajar
tempat Julia belajar
Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall
tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras
tempat mama dibedah
tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia
Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor
tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan
cemerlang dalam SPM
Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai
tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.

LATAR MASA
ZAMAN MODEN
zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan
sebagainya
(sekitar 2000-an)
TEMPOH MASA
bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di
UIA(3 tahun)
14 TAHUN DAHULU
sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat Moden
sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital
Masyarakat Pendidik
Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
Mama merupakan guru Matematik
Masyarakat anak angkat
Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim
Masyarakat Berpoligami
Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma

Sinopsis keseluruhan novel


Novel "Papa" berkisar tentang kisah keluarga Intan Julia bersama papa dan mama yang
penuh dengan kasih sayang. Walaupun papa memiliki kisah silam yang pahit dengan
dua orang bakal doktor, mama telah muncul sebagai penyelamat kekecewaan papa.
Kemesraan papa dan mama kadang-kadang membuatkan Julia berasa bosan.
Kehadiran Aisyah, pelajar papa membibitkan rasa curiga akan kesetiaan papa di hati
Ju, tetapi Papa menafikan. Mama mengalami komplikasi apabila mengandung kali
kedua. Anak kembar Siam kandungan mama meninggal dan terus koma. Papa setia
menjaga mama, tetapi akhirnya kesepian menyebabkan papa menyunting Aisyah yang
pada awalnya mendapat bantahan Ju hingga dia pernah kena tempeleng papa. Mama
yang sempat terjaga daripada koma sebelum menghembuskan nafas terakhir kelihatan
marah dengan papa dan papa buat pertama kali menangis...

Anda mungkin juga menyukai