Anda di halaman 1dari 8

CERPEN: KASIH IBU

PENULIS: SHAZALI ABDUL RASHID Tema: Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak Ibu bekerja keras untuk mancari rezeki bagi meyara anak-anaknya. Setiap pagi, dia menoreh getah dan dia menganyam tikar mengkuang di sebelah malam mengambil upah menganyam tikar jiran-jiran. Dia amat menitikberatkan pelajaran anak-anaknya. Dia tidak mahu berkahwin lagi supaya anak-anaknya dapat belajar dengan tenang dan berjaya. Sebelum dia meninggal dunia, dia memesan anak sulungnya, Eri agar menjaga adik-adiknya dengan baik. Dia sangat sayang akan anak-anaknya. Dia telah meninggal dunia tanpa sempat bersamma-sama menikmati keberhasilan mereka.

Persoalan: 1. Pengorbanan seorang ibu terhadap kejayaan dan kesejahteraan hidup anak-anaknya. Ibu merelakan dirinya untuk bekerja kuat dan tidak berkahwin lagi supaya anak-anaknya dapat belajar dengan tenang dan berjaya, walaupun dia kemudian meninggal dunia tanpa sempat bersama-sama menikmati keberhasilan mereka. 2. Pengangguran Dalam cerpen ini, ramai siswazah masih menghadapi masalah pengangguran. Menurut Fakri , ramai siswazah sedang menganggur. 3. Penghijrahan anak-anak muda ke bandar dan hidup kekotaan. Fakri yang baru tamat pengajian tingkatan lima mengambil keputusan tidak menyambung belajar lagi dan bekerja di Kuala Lumpur. 4. Kasih sayang Eri yang amat sayang akan ibunya. Dia selalu membantu ibunya menoreh getah setiap pagi. Dia segera mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah apabila menerima surat daripada adiknya, Mastura yang memberitahunya bahawa ibunya sedang sakit sekarang. Watak / Perwatakan : 1. Sima Sima memegang watak ibu dalam cerpen ini. Dia merupakan seorang balu. Dia taat terhadap suaminya , Dasuki walaupun dia sudah mati. Dia tidak berkahwin lagi

walaupun ada banyak orang masuk merisik untuk memperisterikannya. Hal ini kerana dia mahu anak-anaknya dapat belajar dengan tenang dan berjaya. Dia merupakan seorang penyayang dan dia bekerja kuat untuk mencari rezeki. Setiap pagi, dia menoreh getah dan dia menganyam tikar mengkuang di sebelah malam mengambil upah menganyam tikar jiran-jiran. 2. Dasuri Dasuri ialah suami Sima dan ayah Eri, Zailani dan Mastura yang sudah meninggal dunia. Dia telah meninggal dunia ketika Mastura berusia dua tahun. 3. Eri Eri merupakan anak sulung dalam keluarga. Eri merupakan seorang pemuda yang baru tamat pengajian tingkatan lima. Dia mendapat gred dua dalam peperiksaan. Dia sambung belajar dan mengambil STPM di sekolah swasta. Dia merupakan seorang anak yang taat terhadap ibunya. Dia selalu membantu ibunya menoreh getah setiap pagi. Dia segera mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah apabila menerima surat daripada adiknya, Mastura yang memberitahunya bahawa ibunya sedang sakit sekarang. 4. Zailani Zailani merupakan anak kedua dalam keluarga. Dia merupakan seorang yang rajin membaca buku. Mula-mula, dia berjaya menuntut di sekolah berasrama penuh. Kemudian, dia memperoleh keputusan yang baik dalam SPM, terus melanjutkan pelajaran ke Australia. 5. Mastura Mastura merupakan anak bongsu dalam keluarga. Dia merupakan seorang anak manja. Dia selalu pergi ke rumah jiran untuk menonton televisyen. Dia akan bercerita kepada ibunya tentang cerita yang dia tonton apabila pulang dari menonton televisyen. 6. Fakri Fakri merupakan pemandu yang baru tamat pengajian tingkatan lima mengambil keputusan tidak menyambung belajar lagi dan bekerja di Kuala Lumpur. Nilai : 1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak Ibu bekerja keras untuk mancari rezeki bagi meyara anak-anaknya. Setiap pagi, dia menorah getah dan dia menganyam tikar mengkuang di sebelah malam mengambil

upah menganyam tikar jiran-jiran. Dia amat menitikberatkan pelajaran anak-anaknya. Dia tidak mahu berkahwin lagi supaya anak-anaknya dapat belajar dengan tenang dan berjaya. Sebelum dia meninggal dunia, dia memesan anak sulungnya, Eri agar menjaga adik-adiknya dengan baik. Dia sangat sayang akan anak-anaknya. 2. Taat setia terhadap suami Dia merupakan seorang balu. Dia taat terhadap suaminya , Dasuki walaupun dia sudah mati. Dia tidak berkahwin lagi walaupun ada banyak orang masuk merisik untuk memperisterikannya. Hal ini kerana dia mahu anak-anaknya dapat belajar dengan tenang dan berjaya. 3. Kerajinan Zailani merupakan seorang yang rajin membaca buku. Oleh sebab itu, dia berjaya menuntut di sekolah berasrama penuh. Kemudian, dia memperoleh keputusan yang baik dalam SPM, terus melanjutkan pelajaran ke Australia.

NOVEL : SUNGAI MENGALIR LESU PENULIS: A . SAMAD SAID Tema : Kekejaman perang dunia Para penduduk diancam penderitaan dan kesengsaraan akibat Perang Dunia Kedua. Kehidupan penduduk tidak stabil dan dekat dengan maut dan kematian. Mereka selalu terdedah dengan serangan udara bom , kematian kencang. Untuk menyambung nafas penghidupan , terdapat anak muda terpaksa menjadi penyamun dan melacurkan diri. Penduduk sering menghadapi ancaman kebuluran, masalah kekurangan makanan berzat, harga barang yang melambung, ancaman penyakit berbahaya seperti malaria , jenayah sosial dan keselamatan yang tidak terjamin. Terdapat juga pemuda yang memungut dan makan sisa makanan yang dibuang orang demi kelangsungan hidup. Perang Dunia Kedua membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada penduduk pada masa itu. Persoalan : 1. Penderitaan dan kesengsaraan yang dibawa oleh Perang Dunia Kedua. Penduduk selalu terdedah dengan serangan udara bom , kematian kencang. Untuk menyambung nafas penghidupan , terdapat anak muda terpaksa menjadi penyamun dan melacurkan diri. Penduduk sering menghadapi ancaman kebuluran, masalah kekurangan makanan berzat, harga barang yang melambung, ancaman penyakit berbahaya seperti malaria , jenayah sosial dan keselamatan yang tidak terjamin. 2. Kemiskinan Penduduk yang miskin terpaksa mencari rezeki di dalam sungai yang kotor , menjadi penyamun dan melacurkan diri demi kelangsungan kehidupan. 3. Kekejaman British Pihak British yang kejam mengugurkan bom tanpa mengira sasaran awam atau tentera,dan hal ini telah menyebabkan 15 orang terkorban. 4. Semangat kemasyarakatan Semua penghuni kubu bekerjasama membantu hidup Tompang yang malang dan bernasib malang (pemuda yang buta dan lumpuh) . Watak / Perwatakan 1. Pihak British

Pihak British merupakan pihak yang mengancam penduduk dengan serangan bom yang digugurkan oleh kapal terbang pejuang B 24 dan B 29 tentera British . 2. Pihak Jepun Pihak Jepun merupakan pihak yang mengancam penduduk dengan pedang dan senapang . 3. Tuminah Tuminah merupakan seorang janda yang berusia 24 tahun . Suaminya ialah Mansur yang terbunuh ketika membawa bas di Bukit Timah. Dia menempuh hidup dengan sengsara akibat perang . 4. Basir Basir merupakan seorang yang sering mencuri makana di gudang makanantentera Jepun. Dia menghulurkan bantuan makanan kepada Tuminah. Basir mati ditembak Jepun ketika mencuri makanan di gudang mereka. 5. Mak Buruk Mak Buruk merupakan orang yang paling penyayang kepada Tompang. Dia amat ambil berat nasibnya lebih-lebih lagi apabila bom-bom digugurkan di kubu mereka pada waktu siang atau malam. 6. Tompang Tompang merupakan seorang pemuda yang buta dan lumpuh . Dia dibantu oleh semua penghuni kubu . 7. Salimah Salimah merupakan seorang gadis yang melacurkan dirinya kepada tentera Jepun untuk hidup dan mendapatkan makanan. Dia mati akibat ledakan bom yang dahsyat . 8. Giap Hong Giap Hong merupakan seorang yang bernasib malang . Hal ini dikatakan kerana dia terpaksa menghadapi kematian bapa dan isterinya. Bapanya dibunuh oleh tentera Jepun manakala isterinya mati kerana diserang oleh penyakit malaria . 9. Ling Po Ling Po merupakan isteri kepada Giap Hong. Dia mati kerana diserang oleh penyakit malaria yang sukar dicari ubat semasa perang .

Nilai : 1. Nilai kemasyarakatan Semua penghuni kubu bekerjasama membantu hidup Tompang yang malang dan bernasib malang (pemuda yang buta dan lumpuh) . 2. Nilai kasih sayang Mak Buruk amat menyayang Tompang. Dia amat ambil berat nasib Tompang lebih-lebih lagi apabila bom-bom digugurkan di kubu mereka pada waktu siang atau malam. 3. Nilai ketabahan Penduduk tabah menghadapi segala ancaman yang mengancam mereka. Mereka bertabah untuk mencari jalan untuk menyambung nafas penghidupan .

PANTUN : HIDUP DAN MATI Tema: Waktu hidup dan waktu mati menjadi makna kemaknusiaanya. Semasa kita hidup di dunia , kita perlulah menjadi insan yang berguna dan selalu membuat jasa kepada orang lain . Semasa kita hidup , kita haruslah menjadi seorang budiman supaya tidak ada sebarang kekesalan . Persoalan : 1. Kehidupan yang sempurna semasa hidup Kehidupan di dunia hanya adalah sementara , jadi kita haruslah hidup dengan sebaikbaik mungkin dan menkadi insan yang berguna . 2. Kebaikan membuat jasa Kita diminta membuat jasa dan amalan semasa hidup untuk bekalan akhirat nanti dan selalu diingati oleh orang lain yang menerima bantuan daripada kita . 3. Ketentuan Tuhan Soal hidup dan mati dan segala-gala sudah ditentu oleh Tuhan kerana hidup tidak kerana doa dan mati tidak kerana sumpah .

Nilai : 1. Nilai mengenang jasa Segala baik yang telah kita buat akan dikenang dan diingati oleh mereka yang menerima bantuan daripada kita . 2. Nilai persahabatan Sahabat yang setia akan sudi berkongsi susah dan senang bersama-sama, contohnya , mereka sanggup bersama-sama menudung malu . 3. Keredaan terhadap tentuan Tuhan Kesanggupan seseorang untuk menerima segala ketentuan tuhan , contohnya soal hidup dan mati. Nama Buku : Pantun Warisan Rakyat Nama Pengarang : Haslim Ismail

Cinta tanpa jiwa Ku dah lupa dari bila Ku mula buat mimpi yang sama Mu sentiasa tidak mahu berdepan dengan saya Mu tidak mahu kembali ke sisi ku lagi Apabila mimpi dan realiti bertemu Ku menemui cinta tanpa jiwa Cinta kini seperti lubang hitam Semua cinta dah ditelan Akhirnya saya mula memahami Cinta yang tanpa jiwa tidak bermakna lagi Garis penamatan untuk kita sudah wujud Ku tidak berani berdepan dengan nyata Ku tiada keberanian untuk kita berpisah Ku tidak sanggup melepaskan tangan

Anda mungkin juga menyukai