Anda di halaman 1dari 9

Kaedah-kaedah Pentaksiran

Secara umumnya terdapat 3 kaedah pentaksiran iaitu pemerhatian, lisan dan penulisan.

Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pentaksiran yang paling subjektif kerana kaedah ini
bergantung kepada sikap peribadi dan emosi seseorang penilai. Sesuatu yang
dirasakan baik oleh seseorang penilai tidak semestinya baik bagi seorang penilai yang
lain. Oleh yang demikian, kaedah pemerhatian dikatakan merupakan kaedah
pentaksiran yang paling tidak adil. Walau bagaimanapun, pemerhatian ini boleh
dilakukan melalui tingkah laku murid ataupun sahsiahnya, kemahiran-kemahiran murid
dan juga hasil kerja murid seperti lukisan dan buku skrap murid.

Lisan
Kaedah pentaksiran yang seterusnya adalah kaedah lisan. Pentaksiran secara lisan ini
hendaklah dijalankan berdasarkan satu rubrik yang standard supaya keobjektifan
kaedah ini dapat dipertingkatkan. Contohnya, rujuk situasi 1 di bawah.

Situasi 2
Rubrik
Azmi menduduki ujian lisan di Miri Gred
pada 5 oktober 2010. Azmi hanya A

Spesifikasi
Calon dapat menerangkan

berjaya mendapat gred B. Azmi tidak

sesuatu dengan jelas dan

berpuas hati dengan keputusan ujian

tepat serta menggunakan

tersebut kerana berpendapat bahawa

gaya badan dan intonasi

penilai tersebut bersikap pilih kasih.

yang baik dan sesuai.


Calon dapat menerangkan

Oleh yang demikian, Azmi mengambil


keputusan

untuk

mengambil

ujian C
tersebut sekali lagi di Miri. Setelah
menduduki ujian tersebut, Azmi masih

sesuatu dengan jelas dan


tepat.
Calon dapat menerangkan
sesuatu dengan jelas tetapi
kurang tepat.

mendapat gred yang sama iaitu B.


Daripada situasi 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa ujian lisan yang diduduki oleh
Azmi ini mempunyai keobjektifan yang tinggi kerana ujian tersebut ditadbir berdasarkan
kepada rubrik yang telah ditetapkan.
Pentaksiran secara lisan ini boleh ditadbir dengan beberapa cara. Antaranya ialah
antara murid dengan guru di mana guru akan mengemukakan soalan dan murid
menjawab soalan tersebut atau guru memberikan satu tajuk kemudian murid
menceritakan tentang tajuk tersebut. Pentaksiran secara lisan juga boleh ditadbir antara
murid dengan murid. Ini dijalankan dengan memberi sesuatu tajuk perbincangan kepada
murid-murid kemudian murid-murid yang terlibat membincangkan tajuk tersebut. Cara
pentaksiran secara lisan yang terakhir adalah murid dengan bahan pembelajaran di
mana guru memberikan sesuatu bahan pembelajaran kepada murid contohnya sekeping
gambar bersiri dan murid dikehendaki untuk menceritakan gambar tersebut.

Penulisan
Kaedah pentaksiran yang ketiga ialah kaedah penulisan. Kaedah penulisan merupakan
kaedah pentaksiran yang sering digunakan dan ditadbirkan sebagai peperiksaan di
sekolah. Ini kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah ditadbir dan
diuruskan. Selain itu, satu jumlah calon yang besar dapat diuji pada satu-satu masa
tertentu

KONSEP

PENTAKSIRAN

TUJUAN

PENTAKSIRAN

o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran


o

Menilai

aktiviti

yang

dijalankan

semasa

pengajaran

dan

pembelajaran

o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran


memperbaiki

pengajaran-pembelajaran.

o Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik


bersesuaian

dengan

tahap

keupayaan

murid.

o Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
o

Merancang

dan

Memperbaiki

CIRI

aktiviti

yang

tindak

pengajaran

Pentaksiran
i)

melaksanakan

susul

yang

dan

pembelajaran

CIRI
baik

mempunyai

berkesan.

PENTAKSIRAN
ciri-ciri

seperti

berikut;

Keobjektifan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.

ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara


berpusat

atau

berasaskan

sekolah.

iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan


calon,

menepati

tujuan

mengadakan

sesuatu

ujian

dan

pentaksiran.

iv) Kekomprehensifan mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang


penting.
KAEDAH
Pentaksiran

PENTAKSIRAN
boleh

dibuat

dengan

beberapa

kaedah

i)

seperti

melalui;-

Pemerhatian

ii)

Lisan

dan

iii)

Penulisan

Pemerhati:
Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis
para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja
amali,

lukisan,

kraf

tangan

dan

sebagainya.

Lisan

Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep,


kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini
dilaksanakan melalui aktiviti seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan,
bercerita

dan

sebagainya.

Penulisan:
Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para
pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta,
jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru
untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang

telah

ditentukan.

KESIMPULAN
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan
tentang produk sesuatu proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu
episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang
pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran

Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian merupakan ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur
pencapaian murid iaitu sejauh mana seseorang murid dapat menguasai tajuktajuk ataupun kemahiran yang telah diajarkan oleh guru. Ujian pencapaian
bertujuan untuk menentukan kesediaan murid-murid untuk memulakan tajuk baru
dan mengenalpasti masalah yang dihadapi mereka bagi tajuk-tajuk yang diuji.
Sekiranya murid-murid belum lagi menguasai tajuk-tajuk yang diuji, maka guru
boleh merancang tindakan susulan seperti pemulihan. Ujian pencapaian boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan
Kriteria.
1.1

Ujian

Rujukan

Norma

Ujian rujukan norma secara umumnya merupakan ujian perbandingan yang


membandingkan keputusan yang diperolehi oleh seseorang pelajar dengan
keputusan pelajar yang lain. Ujian ini dibina untuk menghasilkan perbezaan
pencapaian yang maksimum di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, tahap
kesukaran ujian perlu dikawal dengan nisbah soalan mudah, sederhana dan sukar
ialah 2.5 : 5 : 2.5. Ujian rujukan norma biasanya menggunakan markah min

sebagai rujukan. Ini bermaksud, sekiranya ramai pelajar mendapat skor rendah,
maka markah lulus akan rendah juga dan sebaliknya.
Contohnya, merujuk jadual 1 di bawah, terdapat 20 orang calon yang menduduki
sesuatu ujian. Didapati ramai murid yang gagal iaitu mendapat markah kurang
daripada 50%. Oleh yang demikian, markah lulus akan dikurangkan supaya lebih
ramai murid yang lulus. Sekiranya guru inginkan 70% daripada calon tersebut
lulus maka markah lulus akan dikurangkan kepada 40%.

Markah

10-19

20-29

30-39

40-49

50-59

60-69

(%)
Bilanga

n Murid
Jadual 1: Keputusan ujian
1.2 Ujian Rujukan Kriteria
Ujian rujukan kriteria bertujuan membandingkan pencapaian pelajar dengan
kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan tidak bermaksud kemahiran tertinggi
yang perlu dikuasai pelajar, tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh
guru.Ujian rujukan kriteria menentukan status pencapaian yang harus dicapai
oleh seseorang murid supaya dikira sebagai lulus. Ujian ini adalah terperinci dan
mendalam dan tidak semestinya mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi.
Berbeza dengan ujian rujukan norma, kriterian tertentu akan ditetapkan terlebih
dahulu. Contohnya sekiranya 50% adalah markah lulus, markah lulus ini akan
kekal walaupun ramai murid yang mendapat markah kurang daripada 50%. Jadual
2di bawah menunjukkan perbezaan antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan
kriteria.
Perkar

Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Kriteria

a
Konsep

Ujian yang membandingkan Ujian yang membandingkan


pencapaian pelajar dengan pencapaian pelajar dengan

pelajar/ kumpulan pelajar kriteria tertentu yang telah


Tujuan

lain.
Membandingkan

ditetapkan
Menentukan

tahap

pencapaian antara pelajar/ penguasaan

sesuatu

kumpulan pelajar

kemahiran

yang

telah

Menentukan

pencapaian dipelejari menghikut kriteria

sama

lulus/gagal, yang ditetapkan

ada

lemah/sederhana/cemerlan

Memperbaiki pengajaran dan

g.

pembelajaran

berdasar

Memilih pelajar untuk tujuan keputusan ujian


Ciri-ciri

pengiktirafan- memberi sijil


Bermula dengan soalan Soalan yang hampir sama

soalan

mudah kepada sederhana peringkat kesukaran dengan


dan

lebih

sukar

mempunyai

dan berpandukan kepada kriteria/


indeks objektif pengajaran tertentu.

Ciri-ciri

diskriminasi yang tinggi


Penentuan
gred
bagi Tiada gred, tetapi memadai

ujian

menentukan
pelajar

pencapaian dengan

dalam

pernyataan

lulus/

pelbagai gagal sahaja

peringkat
Jadual 2: Perbezaan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria
2.0 Ujian Kecerdasan
Menurut Azizi Yahaya (2005), Ujian kecerdasan ialah ujian yang cuba mengukur
perbezaan antara individu. Butir-butir ujian ini umumnya tertumpu pada
kebolehan

individu

bagi

memanipulasikan

perkataan

dan

nombor.

Ujian

kecerdasan juga dikenali sebagai ujian metal kerana ujian ini juga digunakan
untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan individu.
Contoh ujian kecerdasan adalah ujian IQ, Skala Stanford- Binet dan Ujian Lorge
Thorndike.
3.0 Ujian Prestasi

Menurut Azizi Ahmad (2009), Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk
mengukur keupayaan atau kecekapan murid melakukan sesuatu tugas yang
melibatkan manipulasi objek yang konkrit. Ujian ini memerlukan murid-murid
membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan. Biasanya, ujian ini
melibatkan penggunaan alat yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas,
yang tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian kertas pensel.
Ujian prestasi ini sangat penting terutamanya apabila sebahagian kemahiran
pembelajaran murid adalah sukar ditaksir dan diukur dengan menggunakan ujian
berasaskan kertas dan pensil. Oleh yang demikian, sebahagian kemahiran
khususnya yang melibatkan pertimbangan, pemikiran kritikal dan analitikal serta
pembuatan keputusan adalah sesuai ditaksir dengan menggunakan ujian prestasi
yang mengukur dan mentaksir kemahiran berkenaan dengan menggunakan teknik
dan

cara

penilaian

yang

lebih

autentik.

Contoh ujian prestasi adalah ujian pada peringkat prasekolah yang meminta
murid-murid untuk membina semula gambar dengan lengkap daripada potonganpotongan gambar yang diberikan kepada mereka. Contoh yang lain adalah mereka
bentuk geometri daripada blok-blok yang diberikan.
4.0 Ujian Diagnostik
Menurut Zulkifley Hamid (2006), Ujian diagnostik merupakan ujian yang
dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah-masalah khusus atau yang tertentu
yang besar kemungkinan bakal dihadapi oleh murid-murid yang dikategorikan
sebagai murid kumpulan pemulihan. Setelah mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid-murid, tindakan susulan seperti kelas pemulihan boleh
dilaksanakan. Ujian yang berterusan akan terus diberi sepanjang kelas pemulihan
dilaksanakan untuk mengenal pasti perubahan dan pencapaian murid-murid yang
sedang menjalani pendidikan pemulihan. Untuk ujian diagnostik, tiada skor atau
gred diberikan kepada murid-murid.
5.0 Ujian Bakat

Merujuk kepada blog Himpunan Kertas Kerja yang ditulis oleh Prof. Abdullah
Hassan (2009), Ujian bakat dalam Bahasa Melayu ialah ujian yang dibentuk bagi
mengukur prestasi yang mungkin dicapai oleh murid dalam Bahasa Melayu.
Bukan semua orang khusunya orang bukan Melayu, mempunyai bakat untuk
mempelajari Bahasa Melayu. Bakat untuk mempelajari bahasa sangat kompleks
dan melibatkan berbagai faktor seperti kecerdasan, umur, motivasi kuasa ingatan,
kebolehan mengenal pasti bunyi bahasa dan pola-pola tatabahasa. Oleh sebab itu,
biasanya ujian bakat dirancang untuk menguji kemahiran-kemahiran khusus yang
ingin diuji, umpamanya kemahiran bertutur.
6.0 Ujian Personaliti
Menurut Shertzer dan Linden (Sidek, 1998) dipetik dari Malek Muhamat Said
(2006), ujian personaliti ialah alat bagi menentukan sejauh mana orang itu
mempunyai trait-trait atau ciri-ciri lain dengan mengukur sejauh mana samanya
gerak balas yang diberi dengan kumpulan-kumpulan rujukan yang mempunyai
trait-trait

atau

ciri-ciri

berkenaan.

Ujian personaliti ini digunakan bagi mengukur aspek-aspek yang berkaitan


dengan kriteria personal, pemikiran, perasaan dan tingkah laku iaitu yang
berkaitan dengan pelarasan dan pembawaan. Aspek-aspek ini diukur melalui alatalat psikologi yang berbentuk ujian, inventori, indikator atau indeks. Terdapat tiga
alat yang dapat digunakan untuk mengukur personaliti pelajar iaitu inventori
laporan kendiri (apa pelajar kata tentang dirinya); inventori sosiomerik (apa yang
pelajar lain/ orang lain kata tentang seseorang pelajar); dan teknik pemerhatian
(apa yang dibuat oleh pelajar dalam situasi tertentu. Contoh ujian personaliti
adalah seperti Rajah 2 di bawah:
Rajah 2: Contoh ujian personaliti
Tidak ada jawapan yang betul ataupun salah dalam ujian personaliti, calon yang
menjawap ujian personaliti dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang
dikemukan

dengan

sejujurnya

agar

keputusan

ujian

menggambarkan setepatnya tentang personaliti calon tersebut.

tersebut

dapat

7.0 Ujian Kefasihan


Ujian

kefasihan

merupakan

satu

ujian

yang

dirancang

bertujuan

untuk

menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai sesuatu


bahasa secara keseluruhan. Ujian kefasihan secara umumnya digunakan untuk
menempatkan seseorang dlam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka. Ini adalah sangat penting supaya pengajaran
Bahasa Melayu dapat dijalankan mengikut tahap kebolehan dan kefasihan murid.
Misalnya, mengajar kemahiran menulis kepada murid yang tidak membaca adalah
sia-sia. Oleh yang demikian, mereka perlu diajar dengan kaedah dan strategi yang
berbeza.
"Pengetahuan tentang pedagogi semata-mata adalah satu pembaziran sekiranya
tidak diaplikasikan dalam pengajaran"
~Great Teacher tan~

Taksonomi Domain Afektif (Krathwohl)


Taksonomi Domain Afektif (Krathwohl)
Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara-perkara yang kurang
nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka, atau benci
akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Bidang
ini tidak dititikberatkan di sekolah. Dengan itu, guru harus memupuk
perasaan suka dan minat dikalangan murid dalam mata pelajaran yang
diajarnya. Perasaan afektif seperti suka dan minat adalah lebih kekal dan
mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Selain daripada perasaan
suka dan minat, domain afektif ini meliputi berbagai-bagai perasaan yang
menuju ke peringkat yang paling tinggi, iaitu perwatakan.
Aras taksonomi Krathwohl

Anda mungkin juga menyukai