Anda di halaman 1dari 13

Hubungan Kata dengan Makna

Homonimi

Antonimi

Hiponimi

Sinonimi

Kajian Semantik Tradisional

Polisemi

Sinonimi
Sinonim Definisi: Kesamaan makna perkataan. Contoh 1: Kerja & Tugas Dia sedang menyiapkan kerjanya. Dia sedang menyiapkan tugasnya. Contoh 2: Sulung & Tertua Saya anak ayah yang sulung. Saya anak ayah yang tertua.

Contoh 2: Sulung & Tertua


A. Roslanlah yang tertua dalam keluarganya. B. Roslanlah yang sulung dalam keluarganya.
Ayat A menyatakan bahawa antara semua ahli keluarga Roslan, Roslan yang paling tua. Dia mungkin berusia 80 tahun. Ayat B pula menyatakan Roslan merupakan orang yang pertama lahir antara adik-beradiknya dan mungkin dia masih muda berbanding dengan umur ahli-ahli keluarga yang lain, seperti ayah atau ibunya. Dia mungkin berumur 10 tahun sahaja.
* Hal ini telah menunjukkan bahawa satu pasangan kata mungkin bersinonim tetapi bukanlah bersinonim dari segala aspek *

Antonimi
Antonim Definisi: Pertentangan makna perkataan. Terdapat tiga jenis antonim : Pasangan Komplemen Hubungan Darjah Hubungan Bertentangan

Jenis- jenis Antonim


Pasangan Komplemen
Pasangan perkataan lawan yang saling melengkapi.

Hubungan Darjah
Pasangan yang menunjukkan hubungan darjah.

Hubungan Bertentangan
Pasangan yang membawa makna yang setara.

Contoh : Hidup- Mati Jaga- Tidur Siang- Malam Rajin- Malas

Contoh: Besar- Kecil Tinggi -Rendah Panjang - Pendek Kurus - Gemuk

Contoh: Beri Terima Jual- Beli Murid Guru Mentor- Mentee

Homonimi
Jenis-Jenis Himonimi
Homofon Homograf

Homonim

Homofon
~kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. Contoh 1: Masa & Massa Masa- waktu Massa- sekelompok benda yang banyak jumlahnya dan tidak teratur. Contoh 2: Karton & Kartun Karton- kotak daripada kertas tebal Kartun- filem yang dibuat daripada rentetan lukisan ( yang menjadi watak cerita)

Homograf
~kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza. Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet. Contoh: semak (belukar) semak (meneliti atau memeriksa semula). bela-memelihara bela-menuntut bela/balas pelekat-kain sarung pelekat-gam

Homonimi
Homonim: Perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, mendukung makna yang berbeza. Contoh : haus kering tekak haus berkurangan besarnya *Dalam kamus, ditandai angka Roman (I,II dan III)*

Contoh perkataan lain yang berhomonim: contoh: daki I - kotoran daki II - panjat

Contoh : Lalu 1. Dia masuk ke bilik lalu menutup pintu. 2. Setiap petang dia lalu di hadapan rumah saya. 3. Dia tidak lalu makan kerana deman. 4. Dia mendapat keputusan cemerlang tahun lalu. 5. Setelah berehat seketika mereka lalu meneruskan perjalanan ke kampung.
Penggunaan perkataan lalu dalam ayat-ayat di atas kesemuanya membawa makna yang berbeza. Ayat (1), lalu- kata hubung yang menyambungkan dua klausa yang setara menjadi satu. Ayat (2), lalu- melintas atau menempuhi. Ayat (3), lalu- berdaya atau sanggup. Ayat (4), lalu- lepas atau lampau. Ayat (5), lalu -sesudah itu atau kemudian daripada itu.

Polisemi
Perkataan yang mempunyai bentuk yang sama tetapi mendukung banyak makna.

Contoh: Matang Maksud 1: masak bagi buah-buahan (hak buah yang diingini) Maksud 2: sempurnabagi fikiran seseorang (had fikiranyang diingini) Maksud 3: cukup tempohbagi perjanjian seperti simpanan tetap pada bank(had pelaburan yang diingini)

Contoh: Bertemu Maksud : (i) Berjumpa (ii) Bersemuka (iii) Dapat ( sesuatu yang dicari ) (iv) Bercantum (v) Berdepan ( dengan masalah, bahaya dll ) Kaji ayat berikut yang menggunakan perkataan bertemu : 1. Kami bertemu dengan Wakil Rakyat di pejabat beliau. 2. Lebih baik saya bertemu dengan Pengarah dan berbincang dengannya. 3. Sudah hampir 40 tahun umur saya tetapi saya belum bertemu dengan teman hidup yang secocok. 4. Jalan baru itu bertemu dengan jalan lama dari pekan kecil itu. 5. Jangan lari apabila bertemu dengan masalah nanti.

Hiponimi
Hiponim Definisi: Kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus.

Anda mungkin juga menyukai