Anda di halaman 1dari 8

Novel Tema Kasih sayang

Pemikiran
• Kasih sayang sangat penting dalam sesebuah keluarga. Mama
sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua
sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang
inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya
mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih
sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya,
berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan
harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut
membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini
Aisyah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat
papanya.

• Kita perlu tabah menghadapi dugaan. Jeffri (papa) tabah


menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk
mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembar
siamnya juga meninggal dunia.
Tema
• Novel ini bertemakan semarak kasih sayang dalam
kekeluargaan yang menjadi asas keharmonian dan
kedamaian dalam sesebuah rumah tangga.

• kasih sayang seorang lelaki terhadap isteri dan


anaknya menjadi tunggak utama kepada
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Novel ini juga
memaparkan kasih sayang yang berlandaskan
kejujuran dan keikhlasan antara anggota keluarga.
Nilai Murni
• Nilai bertanggungjawabJeffri bertanggungjawab membawa Makcik
Noraini tinggal bersamanya setelah suami dan dua anaknya meninggal
dalam kemalangan jalan raya.

• Nilai belas kasihanDatuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan


menjadi anak angkatnya selepas mengambilnya dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).

• Nilai kasih sayangJeffri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup


membawa balik isterinya daripada hospital untuk membolehkannya
meluangkan masa dan menjaga isterinya dengan rapi.

• Nilai hormat menghormatiJulia tidak membenci Rasylan walaupun


dia tahu bahawa Rasylan berasal dari perhubungan terlarang seorang
pensyarah kolej yang berasal dari Jordan iaitu Muaz al-Khalibi dan
seorang wanita Indonesia.
Novel Tema Perjuangan
Pemikiran
• Kita hendaklah bekerjasama dengan anggota masyarakat lain.
Hal ini dapat dilihat daripada peristiwa penduduk Kampung
Teras Jernang yang bekerjasama menjaga keselamatan
penduduk bagi memastikannya selamat daripada ancaman
musuh. Pengajaran lain ialah setiap rakyat hendaklah memiliki
semangat cinta akan tanah air. Hal ini dilihat daripada peristiwa
Dato’ Onn memimpin orang Melayu menentang Inggeris dan
mendesak kemerdekaan Tanah Melayu.

• Kita hendaklah sabar dan tabah dalam perjuangan bagi


memastikan kejayaannya. Buktinya dilihat daripada peristiwa
Kudin begitu sabar menerima berita kematian Pak Awang dan
meneruskan perjuangannya sehingga Berjaya.
Nilai Murni
• Nilai Keberanian
Datuk Onn berani mempengaruhi orang-orang Melayu dalam
usaha menentang penubuhan Malayan Union oleh pihak
Inggeris.

• Bertanggungjawab
Pak Awang bertanggungjawab untuk mencari Bustam yang
hilang.

• Bersatu padu
Orang-orang Kampung Teras Jernang bersatu padu dalam
mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pihak
pengganas.

Anda mungkin juga menyukai