Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan
Dalam subjek Perkembangan Moral Dari Aspek Sosiologi ini, saya dan
rakan-rakan telah diberi tugasan untuk menganalisis novel pilihan kami
sendiri. Setelah membuat pilihan, akhirnya saya memilih novel Murni
Kasih untuk saya analisis bagi menyempurnakan tugasan yang diberi.
Novel ini merupakan salah satu karya Norhayati Berahim dan beliau telah
berjaya menggarapnya dengan begitu indah sekali. Jika kebanyakan novel
lain bertemakan cinta kepada manusia semata-mata, karya Norhayati
Berahim ini pula terkenal dengan tema kasih sayangnya, persahabatan,
dan nilai masyarakat. Norhayati Berahim telah dilahirkan pada tanggal 26
Mac 1966 dan berasal dari Bukit Katil, Melaka. Beliau yang berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan di Universiti Putra Malaysia
sangat suka mengembara, membaca dan menanam bunga pada waktu
lapangnya. Kini, beliau telah mempunyai seorang cahaya mata, Qaisara
Seyit Kara hasil perkahwinannya dengan Seyit Kara yang berasal dari
Turki.
2.0 Sinopsis
Murni Kasih mempunyai dua orang sahabat karib yang dikenali sejak dari
zaman kanak-kanak iaitu Dino dan Ojan. Kebaikan dan keakraban Dino
terhadap Murni selalu disalaherti oleh Ojan yang membuatkan dia
sentiasa berprasangka tidak baik kepada lelaki itu kerana dia memang
menyukai gadis itu sejak kecil lagi. Walaupun begitu, perasaannya itu
dipendam kerana emaknya, Mak Timah Getok telah memusuhi Murni dan
bapanya, Pak Kassim sejak dulu lagi.
Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman bekerja dengan Sariah semasa
melanjutkan pelajaran di Kanada, Murni berhasrat untuk menjalankan
perniagaan perkhidmatan caregiver dan juga membuka rumah persaraan
sebaik saja pulang dari melanjutkan pelajaran di sana. Di sinilah
bermulanya dia mengenali ayah Sariah dan Loqman Aqeem iaitu Tan Sri
Majid. Sikapnya yang luhur selalu mendekatkan dirinya dengan orang ramai. Dia dapat
melembutkan dan mencorak hidup Damia dan Danish serta menyatukan Loqman Aqeem dan
kakaknya, Sariah dengan Tan Sri Majid setelah sekian lama mereka terpisah. Selain itu, dia
11

juga dapat menyatukan Julie dengan keluarganya dan dalam masa yang sama juga berjaya
membuat mereka menerima Dino sebagai menantu mereka.
Kasih sayang yang ditunjukkan berhasil untuk membahagiakan semua yang mengenali
dirinya. Ojan mula sedar akan rasa sayang dan cintanya untuk Murni. Dia akur akan halangan
dari ibunya dan persaingan dari Loqman Aqeem lalu mula berasa rendah diri. Dia akhirnya
melarikan diri untuk dapat ketenangan. Sepanjang ketiadaan Ojan, Murni mula rasa
kehilangan. Rasa cinta mula terbit. Pak Kassim berasa kasihan akan penderitaan yang Murni
rasakan lalu dia merungkai rahsia silam antara dia dengan ibu Ojan. Apabila semuanya
terbongkar, barulah Mak Timah Getok meminta maaf pada Murni dan bapanya. Dia mula rasa
bersalah kerana telah menyebabkan anaknya menderita selama ini. Sudah sekian lama,
barulah Ojan muncul kembali. Ibu Ojan merestui perkahwinan Ojan dengan Murni dan
mereka semua hidup bahagia bersama.
3.0 Watak Perwatakan
Watak Utama
1. Murni Kasih
Murni merupakan seorang wanita yang cekal hati dan tabah dalam menghadapi
rintangan hidup. Sewaktu kecilnya, Imam kampung mereka iaitu Imam Jenal pernah
pergi ke rumah Murni untuk bejumpa ayahnya, Pak Kasim. Imam Jenal ada
mengatakan bahawa mereka tidak dinasihatkan untuk tinggal serumah walaupun
mereka anak beranak kerana ada mulut orang kampung yang mengatakan bahawa
mereka mungkin boleh melakukan aktiviti sumbang mahram. Walaubagaimanapun,
Murni terima tohmahan dan fitnah tersebut dengan hati yang sabar walau dia tahu
bahawa semuanya itu tidak benar. Setelah menghabiskan pengajiannya di Kanada
pula, Murni berhajat untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan
caregiver dan juga membuka rumah persaraan. Pada mulanya, bagi
mendapatkan modal Murni telah pergi ke bank tempat rakan
baikknya, Ojan bekerja bagi mengemukakan surat permohonan
pinjaman modal. Malangnya, sahabat yang diharapkan dapat
memberi sokongan dan galakan telah mengetawakan dirinya dan
memperkecilkan cita-cita Murni tersebut dengan alasan bahawa
tidak akan ada sambutan dan perniagaan tersebut tidak akan
Berjaya. Murni berasa sangat sedih dan dia tetap cekal menerima

11

dugaan itu dan tabah serta terus berharap bahawa akan ada orang
yang dapat membantunya memulakan perniagaan tersebut.
2. Ojan
Ojan ialah kawan yang membesar dan bersekolah bersama-sama
dengan Murni di kampung mereka, Melaka. Dalam diam, Ojan telah
menyimpan

perasaan

Walaubagaimanapun,

terhadap

hubungan

Murni

baik

sejak

Murni

dan

kecil

lagi.

Dino

telah

menyebabkan Ojan berasa cemburu dan sering mencari salah


mereka berdua. Sikap ibunya pula Makcik Timah Getok yang suka
menghina Murni sedikit sebanyak mempengaruhi Ojan untuk
membenci Murni juga. Namun, apa yang dirasakan itu tidak dapat
bertahan lama kerana Ojan menyedari bahawa Murni merupakan
seorang gadis yang sangat baik dan selalu bertolak ansur dengan
sesiapa sahaja. Malah, Murni juga penuh dengan kasih sayang
menyebabkan

orang

disekelilingnya

mudah

berasa

senang

dnegannya. Akhirnya, barulah Ojan menyedari bahawa perasaan


cintanya kepada Murni perlu disampaikan dan diperjelaskan kepada
Murni.
3. Dino
Dino merupakan sahabat yang sentiasa ada di samping Murni. Mereka membesar
bersama sejak dari kecil lagi di kampung mereka iaitu di Melaka. Dino memainkan
peranan penting dalam hidup Murni selain dari ayahnya sendiri kerana Dino sentiasa
ada semasa susah senang Murni. Dino sentiasa dapat memberikan galakan dan
semangat untuk Murni terutamanya semasa Murni ingin memulakan perniagaanya.
Selain itu, mesranya hubungan mereka itu juga sehinggakan Murni telah dapat
membuatkan Dino bersetuju untuk berkahwin dengan kekasihnya Julie dan membantu
Dino untuk diterima oleh keluarga mertuanya, Tan Sri Khong.
4.0 Tema
Murni Kasih memaparkan kisah kekentalan jiwa seorang wanita. Novelisnya, Norhayati
Berahim berjaya mengenengahkan tema utama novel ini dengan jayanya iaitu kasih sayang
sesama insan tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan.
mempunyai tema persahabatan dan kekeluargaan.
1. Kasih Sayang

11

Selain itu, novel ini juga

Kasih sayang memang kelihatan jelas dan nyata dalam novel Murni
Kasih ini antara Murni dan ayahnya, Pak Kasim. Walaupun sudah
berjaya, Murni tetap membawa Pak Kasim tinggal dengannya dan
memberi peluang kepada Pak Kasim untuk membantunya di rumah
persaraan walaupun Pak Kasim itu cacat. Selain itu, kasih sayang
antara rakan juga kelihatan menonjol dalam novel ini apabila Murni
seringkali mengambil berat akan sahabat-sahabatnya tidak kira
sesibuk mana dia dengan pekerjaannya. Murni selalu cuba menelefon
Dino dan Ojan untuk bertanya khabar dan dia juga tidak lupa untuk
mengambil berat akan Julie, kekasih Dino. Kasih sayang antara ayah
dan anak-anak tidak dapat disangkal apabila kita dapat lihat pada
watak Loqman Aqeem yang terlalu sayangkan anak-anaknya, Dania
dan Danish. Loqman sanggup menjauhkan Dania dengan Murni pada
mulanya kerana dia menyangkakan Murni itu seorang gadis yang tidak
baik perangainya.
2. Persahabatan
Tema ini pula dapat dilihat ke atas watak Murni Kasih, Dino, dan Ojan
iaitu tiga sekawan yang membesar bersama sejak kecil lagi di
kampung. Mereka bersekolah bersama dan pada waktu lapangnya
mereka suka menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti
seperti memancing dan berjalan sekitar kampung. Persahabatan
mereka

bertiga

ini

sangat

bernilai

sehinggakan

sewaktu

Murni

melanjutkan pelajaran di Kanada, dia akan mengutus surat tanpa jemu


kepada kedua-dua sahabatnya persis sama yang dihantarnya kepda
ayahya sendiri, Pak Kasim. Susah senang mereka juga sering dikongsi
bersama. Sebagai contoh, Murni sewaktu permulaan perniagaanya
sentiasa disokong oleh Dino tanpa sangsi. Dino memberi kata-kata
semangat dan sentiasa dapat mempercayai kebolehan Murni dalam
bidang yang diceburinya itu. Dino pula sewaktu ditimpa masalah dalam
perhubungannya bersama keluarga bakal mertua dan kekasihnya
sendiri, Julie telah dapat dibantu oleh Murni dengan ikhlas dan penuh
dengan rasa rendah diri. Ojan yang ingin memulakan perniagaan juga

11

telah disokong penuh oleh Murni kerana Murni sentiasa yakin bahawa
setiap orang itu boleh berjaya jika ada daya usaha dan ketekalan
dalam diri masing-masing.
3. Kekeluargaan
Contoh utama untuk tema kekeluargaan ini pastilah hubungan antara
Murni Kasih dan bapanya sendiri, Pak Kasim. Walaupun Pak Kasim itu
cacat kakinya, Murni tidak pernah malu dan segan dengan bapanya
dan sentiasa ada untuk bapanya yang tercinta. Susah senang mereka
akan harungi bersama dan Murni juga tidak kisah apa sahaja yang
orang kampung katakan tentang mereka. Keduanya adalah kasih
sayang antara ahli keluarga Tan Sri Majid. Walaupun mereka sekeluarga
telah melakukan kesilapan atas kekhilafan masing-masing, mereka
telah dapat kembali bersatu menjadi satu keluarga bahagia. Begitu
juga dengan keluarga Tan Sri Khong. Walau anaknya, Julie telah
melarikan diri dari rumah, dia tetap memaafkan tindakan anaknya itu
dan mereka sekeluarga juga telah mula bersatu tambahan pula Julie
akan berkahwin dengan Dino.

5.0 Isu-isu
1. Semangat Kental Seorang Wanita
Isu utama yang ingin novelis novel Murni Kasih, Norhayati Berahim
cuba ketengahkan untuk bacaan pembaca adalah semangat kental
seorang wanita. Murni Kasih yang dilahirkan dalam keluaga miskin
tidak mudah berputus asa dan dia mempunyai matlamat hidup yang
tetap untuk mengeluarkan ayahnya dan dirinya sendiri dari belenggu
kemiskinan. Dia berjaya menghabiskan pengajiannya di Kanada
dengan usahanya sendiri dan dalam masa yang sama, dia boleh
membahagikan masanya untuk bekerja sebagai caregiver untuk
menghantar duit belanja kepada bapanya setiap bulan. Pulangnya dari
11

Kanada, dia berhajat membuka perniagaannya sendiri iaitu membuka


agensi perkhidmatan caregiver dan rumah persaraan. Untuk mencari
modal permulaan, Murni telah menyediakan proposal lengkap dan ingin
menghantarnya di bank tempat Ojan bekerja. Malangnya, Ojan hanya
mampu memperlekehkan proposal tersebut dan dia telah mencuba
untuk melemahkan semangat Murni untuk memulakan perniagaan
tersebut.

Walaubagaimanapun,

Murni

tetap

dapat

menguatkan

semangatnya dan dia yakin bahawa perniagaan ini akan berjaya.


2. Cinta Berputik dalam Persahabatan
Tanpa disedari, dari kecil lagi Ojan telah mencintai Murni. Akibat
persahabatan antara Murni dan Dino yang terlalu rapat, Ojan berasa
sangat cemburu dan dia sering mencari salah mereka berdua.
Kedatangan Loqman Aqeen juga membuatkan Ojan berasa tergugat
kerana dia menyangkakan Murni akan jatuh cinta dengan lelaki
tersebut. Akhirnya, dengan rasa rendah hati, Ojan telah menyepikan
diri dan menghilang bagi mencari ketenangan diri. Murni yang resah
apabila ketiadaan Ojan juga mula menyedari bahawa dirinya juga
mencintai Ojan dan akhirnya setelah pelbagai rintangan dihadapi,
mereka dapat juga bersama akhirnya.
3. Ikatan Kekeluargaan Yang Utuh
Watak Tan Sri Majid bersama anak-anaknya sangat sesuai dalam
menceritakan mengenai isu ikatan kekeluargaan yang utuh ini. Tan Sri
Majid, seorang bapa yang sangat ego telah menghilangkan diri
daripada anak-anaknya kerana menyangkakan bahawa anak-anaknya
tidak sayang dan menghormatinya lagi. Anak-anaknya pula, Loqman
Aqeem, Sariah, Bada dan Sina sentiasa merasakan bahawa ayah
mereka itu sudah tidak perlukan mereka lagi dan mereka masingmasing hanya menumpukan perhatian terhadap hidup masing-masing.
Berkat usaha Murni, akhirnya mereka berjaya bersatu dan menjadi
keluarga bahagia semula. Begitu juga dengan keluarga Tan Sri Khong.
Julie

yang

sangat

takut

akan

11

ayahnya

telah

berbaik

dengan

keluarganya semula berkat sikap luhur dan ikhlas Murni yang sentiasa
membantu.
6.0 Konflik Moral
1. Sahabat Yang Tidak Mendukung Cita-Cita
Perihal Ojan yang merendah-rendahkan cita-cita Murni untuk membuka
perniagaan berkaitan caregiver dan rumah persaraan. Katanya bahawa
caregiver ini tidak akan mendapat perhatian rakyat Malaysia dan Ojan
sepenuhnya tidak menerima proposal dan kertas kerja Murni untuk
diproses bagi mendapatkan modal di bank tempatnya bekerja.
Mujurlah ada Dino yang masih menyokong cita-cita Murni itu dan Murni
sendiri masih bertekad untuk meneruskan cita-citanya.
2. Keegoan Seorang Bapa dan Kedegilan Anak
Tan Sri Majid tidak ingin langsung berjumpa anak-anaknya kerana
menganggap dirinya yang sudah berusia itu tidak patut mengalah dan
hanya patut menanti kedatangan anak-anaknya untuk meminta maaf.
Anaknya Loqman Aqeem pula yang menyangkakan ayahnya itu sudah
lupa diri tidak langsung memberi muka kepada ayahnya dan dia sangat
berdegil untuk tidak berjumpa ayahnya. Mujurlah ada Murni untuk
membaiki hubungan mereka tatkala Tan Sri Majid perlu dibedah kerana
diserang sakit jantung.
3. Dendam Yang Tidak Dapat Dilupakan
Mak Timah Getok yang berdendam dengan Pak Kasim kerana Pak
Kasim meninggalkannya semasa muda telah menyimpan dendam
bertahun-tahun lamanya sehinggakan Murni anak Pak Kasim menerima
tempiasnya. Keluarga Pak Kasim telah difitnah dan Murni juga telah
dibenci

hanya

kerana

dendam

lama

yang

tidak

diperjelaskan.

Sehinggalah suatu hari apabila Pak Kasim datang ke rumah dan


menjelaskan semua yang terjadi pada masa lalu iaitu Pak Kasim
meninggalkan Mak Timah Getok kerana diminta oleh ayahnya sendiri
kerana darjat mereka yang berbeza, Mak Timah Getok berubah

11

menjadi seorang yang lemah lembut semula seperti pada masa


mudanya.

7.0

Teori Moral

Dalam ayat al Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang menceritakan


mengenai kekeluargaan. Sebagai contoh, dalam surat An-Nisaa ayat 36,
Allah SWT berfirman:














Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan
berbuat baiklah kepada kedua orang tua dan kaum kerabat.
Sementara surat Al-Israa ayat 23 pula:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah


selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan
sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah
kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia.

11

Sungguh jelas dan nyata bahawa agama Islam itu sendiri menyuruh umatnya untuk
menghormati kedua-dua ibu bapa kita seperti yang ditunjukkan dalam watak Murni yang
dapat menjaga ayahnya, Pak Kasim walaupun dia sudah berjaya. Dia tidak pernah malu
dengan kecacatan Pak Kasim dan dia sentiasa tahu untuk menghabiskan masanya bersama
ayah tercinta.
Seterusnya, ialah mengenai persahabatan. Kita tidak boleh lari dari
berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada
berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah
al-Hujurat ayat 13:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari


lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa
dan berpuak-puak, supaya kamuberkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi
maha mendalam pengetahuanNya."
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan
persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau
sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan
yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita dan tidak
kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya
sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah /
bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)

11

Jika kita lihat dalam novel Murni Kasih, pada pendapat saya, Murni tidak
salah dalam memilih Dino dan Ojan sebagai sahabatnya. Dino walaupun
tidak segama, tetapi dia merupakan sahabat yang cukup baik. Dino
sentiasa ada untuk Murni tidak kira susah atau senang. Dino ada semasa
Murni sedang memerlukan sokongan dan Ojan juga ada semasa Murni
ingin

bercerita

tentang

keseronokannya

belajar

di

luar

negara.

Sebagaimana pepatah Arab ada mengatakan,


Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan
wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya
akan mencarikkan baju kita.
Sesungguhnya, persahabatan antara Murni, Dino dan Ojan ini sangat
berharga dan bermakna.
Dalam membincangkan mengenai kasih sayang pula, terdapat Hadis
dari Anas RA:
Rasulullah SAW bersabda: Tidak sempurna iman seseorang sebelum ia
mengharapkan kebaikan (menyayangi) saudaranya, sebagaimana ia
harapkan (menyayangi) dirinya sendiri. (H.S. Riwayat Muslim)

Dalam surah Al-Qasas ayat 77 juga ada menyebut mengenai kepentingan


kasih sayang:


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah
engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah
berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpahlimpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;

11

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat


kerosakan ."
Menurut surah At-Taubah ayat 128 pula:

Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari bangsamu


yang amat berat baginya kesusahanmu serta harap akan keimananmu,
lagi sangat kasihan dan penyayang kepada orang yang beriman.
Berdasarkan hadis dan ayat al-Quran yang telah disebutkan, nyatalah
bahawa Islam sangat menekankan nilai kasih sayang dalam setiap
penganutnya. Dengan kasih sayang lah, Murni dapat melembutkan hati
Tan Sri Majid, Sariah dan Loqman Aqeem untuk bersatu menjadi keluarga
semula. Dengan hati yang ikhlas juga Murni dapat membantu Tan Sri
Khong dan isterinya, Puan Sri Jane untuk memaafkan anak mereka,Julie
dan mereka kembali mesra seperti dulu.

8.0

Penerapan Nilai

Terlalu banyak nilai yang berjaya diterapkan oleh novelis novel ini untuk
kesemua pembacanya. Antara nilai tersebut adalah menghormati dan
menyayangi orang tua, setia dalam persahabatan, dan tidak memilih
kedudukan.
1. Hormat dan Sayangi Orang Tua

11

Pertamanya jika kita lihat pada nilai menghormati dan menyayangi


orang tua, ia telah cuba ditonjolkan oleh ramai pihak terutamanya
Murni Kasih terhadap bapanya, Pak Kasim. Murni tidak pernah malu
untuk mengakui Pak Kasim yang cacat itu bapanya walaupun dia telah
berjaya. Murni tetap sayang akan bapanya dan kita sebagai pembaca
turut dapat merasakan itu. Selain itu, Damia dan Danish yang telah
dididik oleh Murni untuk menghormati ayah mereka, Loqman Aqeem
juga memainkan peranan penting dalam menunjukkan bahawa kita
mestilah menghormati dan menyayangi orang tua. Dalam masa
tempoh seminggu Murni menjadi caregiver mereka, mereka telah
berjaya menjadi anak yang baik kepada Loqman Aqeem.
2. Setia dalam Persahabatan
Kedua, setia dalam persahabatan dapat dilihat pada watak Murni, Dino
dan Ojan. Walaupun penampilan Dino seperti samseng dengan warna
rambutnya yang terang dan rantai besar di leher, Murni dan Ojan tidak
cepat menghukum dan mereka menegur Dino dengan cara yang baik.
Susah senang mereka sentiasa bersama seperti Dino yang sentiasa
menyokong Murni terutamanya semasa Murni ingin memulakan
perniagaanya sendiri. Ini termasuklah Murni yang sentiasa ada untuk
Ojan tatkala Ojan sedang dilanda kekeliruan untuk memulakan
perniagaan sendiri atau tidak. Saya sebagai pembaca sangat terkesan
dengan nilai yang cuba ditunjukkan oleh mereka bertiga dan ini
menjadikan saya untuk berazam agar dapat menjadi seorang sahabat
yang baik kepada sahabat saya sendiri.
3. Tidak Memilih Kedudukan
Tan Sri Khong dan Tan Sri Majid paling sesuai untuk dijadikan contoh
dalam menunjukkan nilai ini. Walau kedua-duanya berstatus Tan Sri,
mereka tidak pernah sombong atau memandang rendah pada orang
lain malahan mereka dengan mudah dapat menerima orang lain dalam
hidup mereka seperti Murni sendiri. Tan Sri Khong dengan mudah dan
ramah telah menganggap Murni itu sebagai anaknya sendiri dan
menyuruh Murni memanggilnya papa. Murni menjadi antara orang
11

yang penting dalam kehidupan mereka suami isteri termasuklah dalam


membuat

keputusan

besar

seperti

semasa

tempoh

persiapan

perkahwinan anak kesayangan mereka, Julie.


9.0 Analisis Kritikal
Setelah meganalisis novel Murni Kasih ini, saya telah mendapati bahawa watak utama novel,
Murni mempunyai unsur pertimbangan moral apabila dia membuat keputusan untuk
mengikut Julie pulang ke Sarawak. Murni telah mebuat satu keputusan yang baik dengan
menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat untuk menemani Julie pulang ke
Sarawak bagi menemui keluarganya yang telah lama ditinggalkan. Murni berjaya memberi
semangat kepada Julie yang telah lama tidak pulang kerana telah membawa hati akibat
merajuk dengan kedua ibu bapanya.
Selain itu, Murni juga telah membuat satu penaakulan moral apabila dia dengan bijak
menolak lamaran Loqman Aqeem tanpa mengecilkan hati Loqman dan bapanya, Tan Sri
Majid. Murni telah menimbangkan perasaan setiap orang dan tidak membuat keputusan
sesuka hatinya. Alasan yang diberi dapat diterima dan difahami oleh Tan Sri Majid dan
Loqman dan hubungan mereka setelah itu masih baik sperti biasa kerana Muri telah dapat
berfikir secara baik akan akibat tindakannya itu.
Emosi moral pula ialah suara batin yang mana perasaan ini membawa kepada perlakuan
individu secara moral. Emosi moral penting untuk mengawal perlakuan dan menghalang
individu membuat sesuatu yang bersifat antisosial. Tindakan Pak Kasim untuk berterus terang
mengenai kisah lama telah berjaya mengubah Mak Timah Getok ke arah kebaikan. Mak
Timah Getok telah mengubah dirinya menjadi seperti dahulu yang penuh dengan kelembutan
dan penuh dengan kasih sayang dan boleh bercampur gaul dengan orang sekeliling dengan
lebih baik.
10.0

Penutup

Secara kesimpulannya, saya amat jatuh hati dengan gaya penulisan Norhayati Berahim. Jalan
ceritanya yang santai sangat mudah menambat hati saya sebagai pembaca. Kesemua nilai
moral yang cuba disampaikan dapat saya terima dengan mudah. Sesungguhnya saya akan
menyarankan novel Murni Kasih ini kepada orang lain agar semua dapat menerima manfaat
yang sama.

11

11

Anda mungkin juga menyukai