Anda di halaman 1dari 3

Judul: Java: A Beginners Guide (Sixth Edition)

Pengarang: Herbert Schildt


Penerbit: Oracle Press
Tahun penerbitan: 2014

Pada pendapat saya, buku Java: A Beginners Guide (Sixth Edition) karya
Herbert Schildt sangat sesuai bagi seorang individu yang baru ingin
mempelajari subjek Java walaupun mereka tidak mempunyai sebarang
pengalaman dan pengetahuan mengenai Java Programming. Buku ini
sangat bagus dalam membantu pembacanya untuk memahami setiap
topik yang berkaitan dengan lebih ringkas dan mudah. Penulisnya berjaya
menyusun kandungan daripada perkara asas hingga kepada yang lebih
kompleks iaitu bermula daripada cara membina, menggabungkan dan
akhirnya kepada menjalankan sesuatu program Java. Setiap topik yang
disediakan akan diberikan contoh yang sangat menarik dan dapat
membantu

saya

untuk

lebih

faham

akan

sesuatu

perkara

yang

dibincangkan. Tambahan pula, pada akhir setiap bab, Herbert Schildt telah
menyediakan latihan dan soalan bagi membantu pembaca seperti saya
untuk memperkukuh dan menilai pemahaman dan kemahiran saya dalam
subjek ini.

Judul: Java: Computer Organization and Architecture: Designing


for Performance Pengarang: William Stallings
Penerbit: Pearson
Tahun penerbitan: 2009

Pada pendapat saya, buku Java: Computer Organization and Architecture:


Designing for Performance karya William Stallings mungkin sahaja tidak
akan disukai oleh seseorang yang baru mempelajari bidang ini kerana isi
kandungannya yang kompleks boleh menyebabkan segelintir pembaca
akan

mudah

berasa

bosan

dan

berputus

asa

untuk

meneruskan

pembacaan mereka. Walaubagaimanapun, ia akan menjadi mudah jika


pembacanya

sudah

mempunyai

minat

dalam

mempelajari

subjek

tersebut. Berdasarkan pembacaan saya, penulis buku ini telah berusaha


untuk menyediakan contoh-contoh yang bersesuaian dan bermakna agar
pembaca mudah memahami setiap topik yang disediakan. Tambahan
pula, saya berminat dengan garapan penulisan yang mantap dan pelbagai
grafik yang disediakan sangat membantu dalam memahami setiap fakta
yang diberikan. Walaubagaimanapun, saya bersetuju bahawa saya tetap
perlu mencari rujukan lain untuk lebih memahami topik yang disediakan

Judul: Data Communications and Networking (Fourth Edition)


Pengarang: Behrouz A. Forouzan
Penerbit: McGraw-Hill Science/Engineering/Math
Tahun penerbitan: 2006

Pada pendapat saya, buku Data Communications and Networking


(Fourth Edition) telah digarap dengan sungguh baik oleh Behrouz A.
Forouzan. Penulisannya sangat teliti dan maklumatnya telah dikaji dengan
sangat sempurna. Beliau telah memperkenalkan konsep penting pada
awal bab dengan ringkas dan ini memudahkan pembaca untuk mendapat
gambaran awal akan sesuatu tajuk. Tambahan pula, saya dapati setiap
rajah tambahan mahupun soalan latihan yang disediakan sangat mudah
menarik perhatian pembaca seperti saya dan membuatkan saya lebih
berminat untuk membaca lebih banyak lagi.

Anda mungkin juga menyukai