Anda di halaman 1dari 2

AHMAD ROSTAM BIN SUKEIMI,

BAPA NIK NUR ANISA (MS1716172011),


NO. 7, JALAN PALAS 21,
TAMAN TERATAI, 81300,
SKUDAI, JOHOR.

PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI JOHOR,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
84900, TANGKAK,
JOHOR DARUL TAKZIM. 9 Jun 2011

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN MODUL DARI MODUL I KEPADA MODUL II

Dengan segala hormatnya, perkara atas adalah dirujuk.


2. Saya bapa kepada pelajar bernama Nik Nur Anisa binti Ahmad Rostam, pelajar
jurusan Sains Program Dua Tahun (PDT), bernombor matrik Ms1716172011 dari Kolej
Matrikulasi Johor ingin membuat permohonan untuk menukar modul anak saya dari Modul I
kepada Modul II.
3. Justeru, dengan secara langsungnya saya memberi kebenaran kepada anak saya
untuk menukar modul dari Modul I ke Modul II. Berikut merupakan maklumat peribadi anak
saya:
Nama Pelajar : Nik Nur Anisa binti Ahmad Rostam
No matrik : MS1716172011
No kad pengenalan : 991129-01-5562
4. Hal ini kerana anak saya dilihat tidak meminati subjek Biologi dan dikhuatiri tidak
dapat menguasai subjek tersebut pada sepanjang pengajiannya.
5. Selain itu, anak saya ini juga dilihat lebih berminat untuk mempelajari subjek Sains
Komputer.

Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

..
(AHMAD ROSTAM BIN SUKEIMI)
Bapa kepada pelajar PDT Nik Nur Anisa (MS1716172011).

Anda mungkin juga menyukai