Anda di halaman 1dari 85

PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan
dan ringkasan-ringkasan yang setiap satunya dinyatakan sumbernya.

30 JUN 2017 __________________________


( MEGAT MOHAMAD KASIM BIN MEGAT ARIFIN )

Saya mengesahkan bahawa peserta ini telah melaksanakan Projek Sandaran


Seperti pengakuan di atas.

30 JUN 2017 __________________________

1
PENGHARGAAN

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam

Perpaduan dan Salam 1 Malaysia. Saya melafazkan kesyukuran ke hadrat Allah yang Maha

Esa, kerana dengan limpah kurnia dan inayat Nya maka saya dapat menyempurnakan

PROJEK SANDARAN ini dengan jayanya. Laporan ini ditulis berdasarkan dapatan dari

Projek Sandaran yang telah saya laksanakan selama lapan minggu bermula pada 2 Mei

hingga 30 Jun 2017 bertempat di SK Pengkalan, Taman Pinji Mewah, 31500 Lahat, Perak.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Encik Lukman b. Ismail, Pensyarah Kanan IAB, selaku penyelia yang telah mengorbankan

masa dan tenaga untuk memberi bimbingan dan pandangan-pandangan yang membina

dalam memastikan Laporan Projek Sandaran ini dijalankan mengikut garis panduan yang

ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih dan penghormatan saya juga kepada Pn.

Aslinda bt. Saari, Guru Besar SK Pengkalan atas bimbingan, latihan,nasihat, tunjuk ajar dan

panduan-panduan yang diberi sepanjang saya menjalani projek sandaran ini. Penghargaan

dan terima kasih turut saya tujukan kepada barisan pentadbiran guru dan kakitangan

sekolah ini yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam membantu saya

menyempurnakan tugasan ini.

Tidak dilupakan ucapan penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada Isteri

dan anak-anak yang dikasihi kerana sangat memahami kesibukan saya dan mengorbankan

masa kualiti bersama keluarga semata-mata untuk menjayakan projek sandaran dan

sepanjang mengikuti Projek NPQEL ini.

2
ABSTRAK

Laporan ini disediakan berdasarkan dapatan dari Program Penambahbaikan Sekolah


semasa saya menjalani Program Sandaran NPQEL Bil 1/2017 yang telah dilaksanakan di
SK Pengkalan, Taman Pinji Mewah, Lahat, Perak selama lapan minggu bermula 2 Mei
hingga 30 Jun 2013. Laporan Program Sandaran ini antara lain menjelaskan mengenai
profil sekolah serta aspek-aspek berkaitan strategi pelaksanaan program penambahbaikan
yang dipilih iaitu Projek Jom Ke Sekolah. Aspek yang dihuraikan dalam laporan ini meliputi
proses mengenal pasti masalah, kajian keperluan mengenai projek, perancangan strategik,
pelaksanaan strategi berkesan, penilaian projek dan refleksi keseluruhan berkaitan
keberkesanan projek yang telah dijalankan. Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan
maklumat adalah menerusi kaedah pemerhatian, semakan dan analisis data dan juga
menerusi interaksi secara langsung atau tidak langsung dengan guru-guru di sekolah ini.
Soal selidik mudah berkaitan dengan kehadiran murid juga telah dilakukan untuk
mendapatkan maklumat asas berkaitan peratus kehadiran murid. Dapatan daripada projek
sandaran ini mendapati bahawa murid-murid sekolah ini memerlukan bantuan dan
bimbingan bagaimana mereka harus meningkatkan kecekapan dalam pembelajaran,
Pengoptimuman minda dan menguruskan masa dengan kualiti.

3
KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

Pengakuan i

Penghargaan ii

Abstrak iii

Kandungan iv

Senarai Jadual v

Senarai Rajah vi

Senarai Gambar vii

BAB 1 PROFIL SEKOLAH

1.0 Sejarah Sekolah 1

1.1 Latar belakang sekolah 1

1.2 Objektif sekolah 4

1.3 Moto Sekolah 4

1.4 Matlamat Sekolah 4

1.5 Visi Sekolah 4

1.6 Misi Sekolah 4

1.7 Falsafah dan Nilai Sekolah 5

1.8 Piagam Pelanggan 6

1.9 Lencana Sekolah 6

1.10 Lagu Sekolah 7

1.11 Dasar Sekolah 8

1.12 Struktur Organisasi 9

1.13 Lokasi sekolah berserta lakaran 10

1.14 Kemudahan Fizikal 11

1.15 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 13

4
1.2 Data dan Statistik Sekolah

1.2.1 Enrolmen murid 15

1.2.2 Bilangan staf 15

1.2.3 Pencapaian Akademik 16

1.2.4 Pencapaian Kokurikulum 17

1.2.5 Kejayaan-kejayaan sekolah 17

BAB 2 PERANCANGAN STRATEGIK

2.1 Kajian Keperluan 19

2.2 Kajian Literatur 26

2.3 Pembinaan Pelan Strategik 34

2.4 Penjanaan Strategik Penambahbaikan 42

2.5 Pembinaan Pelan Taktikal Penambahbaikan 47

2.6 Pembinaan Pelan Operasi Penambahbaikan 48

BAB 3 PELAKSANAAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN

SEKOLAH

3.1 Pelaksanaan Projek Sandaran 53

3.2 Pemantauan 59

BAB 4 PENILAIAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH 61

4.1 Teknik Pengumpulan Data 62

4.2 Dapatan Penilaian Terhadap Projek 63

4.3 Rumusan Keberkesanan Pelakanaan 68

5
BAB 5 REFLEKSI 70

5.1 Aspek Kepimpinan 70

5.2 Kekuatan Projek 73

5.3 Kelemahan Projek 76

5.4 Cadangan Penambahbaikan 78

5.5 Penutup 79

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN

1. Lampiran A – Carta Organisasi

2. Lampiran B – Kertas Cadangan Program Target Kehadiran 95%

Dan Anggaran Belanjawan .

3. Lampiran C – Gambar Pelaksanaan Projek

4. Lampiran D – Mandat Pelaksanaan

BIODATA

SENARAI SEMAK PENYELIA

6
Senarai Jadual Halaman

Jadual 1 Senarai Nama Guru Besar 2

Jadual 2 Maklumat Asas Sekolah 3

Jadual 3 Senarai Kemudahan Fizikal 11

Jadual 4 Senarai Aktiviti PIBG 14

Jadual 5 Enrolment Murid 15

Jadual 6 Bilangan Guru 16

Jadual 7 Peratus Kehadiran 2016 21

Jadual 8 Peratus Kehadiran Murid 22

Jadual 9 Keputusan Analisis 23

Jadual 10 Analisis SWOC 38

Jadual 11 Penjanaan Strategik 42

Jadual 12 Analisis Pemilihan Strategik 44

Jadual 13 Perbezaan Kehadiran 2006 dan 2017 67

7
Senarai Rajah Halaman

Rajah 1 Lencana Sekolah 6

Rajah 2 Struktur Organisasi 9

Rajah 3 Lokasi Sekolah 10

Rajah 3 Gaya Kepimpinan Situasi 71

8
BAB 1

LATAR BELAKANG SEKOLAH

1.1 Sejarah sekolah

Sekolah Kebangsaan Pengkalan merupakan sebuah sekolah harian biasa


yang terletak di Taman Pinji Mewah, Lahat kira-kira 12 km dari bandar Ipoh.
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2002. Sekolah Kebangsaan Pengkalan mula
menerima kemasukan murid-murid secara rasminya pada 02 Oktober 2002.
Murid-murid diterima daripada 4 buah sekolah yang berhampiran iaitu SK
Pengkalan Pegoh seramai 600 orang, SK Jalan Pegoh seramai 200 orang, dan
sebilangan kecil daripada SK Raja Di Hilir Ekram dan SK Kampung Pasir Puteh.
Sekolah ini diklasifikasikan sebagai sekolah gred B luar bandar.

Bilangan guru yang ditempatkan di sekolah ini pada peringkat awalnya


ialah seramai 37 orang yang terdiri daripada 12 orang guru lelaki bumiputera ,
seorang guru lelaki India dan 23 orang guru perempuan bumiputera serta
seorang guru berbangsa Cina.

Sekolah Kebangsaan Pengkalan pada masa itu beroperasi di bawah


pengurusan tiga orang guru kanan iaitu Encik Osman Taib bin Mad Wali sebagai
Guru Kanan Kokurikulum. SKP menerima kedatangan seorang Guru Besar pada
19 Ogos 2002 iaitu Encik Abdul Aziz bin Abu Hanifah, bekas Penyelia Latihan di
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Pada masa sekarang , sekolah ini telah mempunyai kemudahan asas


yang mencukupi. Bilangan kelas pada masa sekarang adalah sebanyak 35 buah
bilik darjah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan 1 kelas bagi Prasekolah.
Kemudahan lain yang terdapat di sekolah ini ialah Pusat Sumber, Bilik APD, Bilik
Kesihatan, Makmal Komputer, Bilik Muzik, Bilik Seni, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik
Guru, kantin, stor Pendidikan Jasmani dan kedai buku. Walau bagaimanapun,
SKP terpaksa berkongsi padang sekolah dengan SMK Pengkalan.
9
Hari ini sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah yang menampung ramai
pelajar di daerah Ipoh dengan imej ceria, bersih dan kondusif dan di setiap sudut
di dalam kelas juga luar kelas digunakan secara pratikal demi melahirkan pelajar
berinfomasi bagi menjana minda menerima ilmu.

Sejak penubuhan Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh sehingga kini


telah ditadbir urus oleh 7 orang Guru Besar yang berwibawa dan berwawasan.
Guru Besar yang telah di sekolah ini sejak tahun 2002 hingga sekarang adalah
seperti dalam jadual 1. Jadual 2 memaparkan maklumat asas sekolah.

Jadual 1: Senarai Nama Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Pengkalan ,Taman Pinji Mewah, Lahat, Perak

Bil Nama Guru Besar Tempoh


Berkhidmat
1 Encik Abdul Aziz Bin Abu Hanafiah Basiron 2002 – 2004
2 Puan Zuraidah Binti Ibrahim 2004 – 2006
3 Encik Shaari Bin Embun 2007
4 Encik Noor Haris Bin Dzulkefli 2007 - 2008
5 Encik Baharudin Bin Yaakob 2009 – 2014
6 Encik Muhamad Kasim Bin Mat Radzi 2014 – 2016
7 Puan Aslinda Binti Saari 2016 – kini

10
Jadual 2 : Maklumat Asas Sekolah 2017

Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Pengkalan


Alamat Taman Pinji Mewah
31500 Lahat, Perak
Daerah Kinta Utara
Kod Sekolah ABA 2057
Sesi Persekolahan Sesi Pagi dan Petang
Lokasi Luar Bandar
No. Telefon 05-3226860
e-mail
Daerah MGB Kinta Utara
Guru Besar Puan Aslinda Binti Saari
PK Pentadbiran Puan Teh Hawa Binti Yussof
PK Hem Encik Megat Mohamad Kasim Bin Megat Arifin
PK Kokurikulum Encik Syahrul Nizam Bin Zulkifli
Jumlah Guru 72
Jumlah Staf 7
Jumlah Murid 1041
Jumlah Kelas 34
Jumlah Prasekolah 1

11
1.2 Objektif Sekolah

 Untuk memastikan perpaduan yang erat dalam kalangan pelbagai kaum


dapat dicapai.
 Menghargai dan menunjukkkan bakat setiap murid serta memberi
peluang secara adil ke arah peningkatan diri.
 Prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan murid-murid , kaki tangan
dan harta benda sekolah.
 Mengutamakan perpaduan , harmoni dan mengamalkan kepimpinan
demokratik dan penyayang.
 Mengamalkan sistem pengurusan yang cekap, amanah serta
megutamakan kerja berpasukan dan efisien.

1.3 Moto Sekolah


Kondisi Insan Kamil

1.4 Matlamat Sekolah


 Mencapai tahap pendidikan sekolah rendah dengan menguasai asas
membaca, menulis dan mengira ( 3M ) dengan baik.
 Menjadikan sekolah ini sebuah institusi kebanggaan masyarakat sekitar.

1.5 Visi
” Ke arah kecemerlangan pendidikan bertaraf global menjelang 2020 ”

1.6 Misi
Warga SKP bersatu hati dan bersungguh-sungguh melaksanakan fungsinya
sebagai wadah terbaik melahirkan modal insan dalam :
 Pengurusan yang efisien dan berintergriti
 Pencapaian akademik yang berkualiti melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.

12
 Melahirkan warga yang berketrampilan, berilmu, inovatif, kreatif dan
berakhlak yang mapan selaras dengan tuntutan agama dan aspirasi
negara
 Sukan dan pembangunan insan dinamik
 Kecemerlangan kokurikulum melalui penglibatan optimum serta
kesejagatan kepimpinan ke arah mewujudkan jatidiri dan kejituan
patriotisme

1.7 Falsafah dan Nilai Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pengkalan menjadikan Falsafah Pendidikan Negara


sebagai panduan umum kepada semua warganya. Bersandarkan fahaman ini
semua warga Sekolah Kebangsaan Pengkalan berusaha mendidik secara
berterusan kearah perkembangan potensi induvidu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Bagi mencapai matlamat, objektif dan Falsafah Pendidikan Negara, pihak


pengurusan Sekolah Kebangsaan Pengkalan juga menjadikan dan
mengamalkan Sebelas Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM), Sembilan Cabaran Wawasan 2020 dan Tonggak 12 sebagai panduan
tambahan serta mewajibkan semua warganya mesti mematuhi kepada etika dan
nilai-nilai sekolah antaranya

 Sentiasa bersikap dan berfikiran positif.


 Mengamalkan nilai-nilai moral, etika dan professional dalam kehidupan.
 Sentiasa berfikiran terbuka dan resional.
 Menghormati hak diri sendiri, hak orang lain dan hak masyarakat.
 Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu demi diri sendiri, anak murid dan
masyarakat.

1.8 Piagam Pelanggan Sekolah Kebangsaan Pengkalan


13
Warga SK Pengkalan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji
memberikan perkhidmatan yang sebaiknya dalam usaha:

 Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang kurikulum , kokurikulum dan


sahsiah murid.
 Melahirkan insan yang inovatif dan berilmu pengetahuan berlandaskan
Falsafah Pendidikan Negara.

1.9 Lencana Sekolah Kebangsaan Pengkalan

Rajah 1: Lencana sekolah

WARNA

Kuning Melambangkan matlamat yang hendak dituju

Biru Melambangkan keagamaan dan budaya.

Putih Melambangkan kebersihan dan kemuliaan hati dengan sifat nilai-nilai


murni.

Merah Melambangkan keberanian , kesungguhan, kegigihan dan

keperihatinan pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan.

Satelit Melambangkan sekolah sentiasa mengutamakan perkembangan

Terkini

1.10 Lagu Sekolah Kebangsaan Pengkalan

14
SK Pengkalan
Pastikan Jaya
Mencapai matlamatnya
Dengan perpaduan dan bersatu hati
Junjung falsafah pendidikan
Matlamat kami
Jasamu guru tak dilupa
Generasi berilmu berakhlak mulia
Jadi kebanggaan negara
SK Pengkalan
Menongkah arus
Demi kebahagiaan semua
Berakhlak mulia serta bertaqwa
Amalan setiap masa
SK Pengkalan
Pastikan jaya
Mencapai matlamatnya
Dengan perpaduan dan bersatu hati
Junjung falsafah pendidikan
Ayuh berbangga
Di pengkalan

1.11 Dasar Sekolah Kebangsaan Pengkalan

15
DASAR SEKOLAH

 Berusaha melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Falsafah


Pendidikan Negara serta lain-lain rancangan yang ditetapkan oleh
kerajaan dengan licin dan memuaskan.
 Berusaha dengan menggembeling tenaga yang ada bagi mencapai
objektif-objektif sekolah dan Falsafah Pendidikan Negara.
 Bekerja sebagai satu pasukan dalam satu institusi
 Mewujudkan hubungan yang rapat dan mesra dengan ibu bapa,
penjaga murid dan masyarakat antara sekoah dengan Jabatan
Pendidikan Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara,
Pusat Kegiatan Guru, Badan-badan Kerajaan dan Berkanun, Badan
Swasta serta masyarakat setempat yang berurusan dengan pihak
sekolah.
 Membentuk satu kumpulan guru dan kakitangan yang bersifat
professional serta bertanggungjawap dan memiliki sifat bersih, cekap
dan amanah.
 Memberi peluang serta mengalakkan guru-guru menyediakan tugas-
tugas sekolah sebagai satu latihan kepimpinan yang berkesan daan
dinamis.
 Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat sekolah yang
bertanggungjawap, berpengetahuandan berkebolehan bagi memenuhi
kehendak-kehendak Negara sesuaidengan dasar-dasar kerajaan.
 Melaksanakan system peperiksaan yang adil, tepat, berkesan yang
tiada diskriminasi bgai setiap murid yang sepatutnya diperolehi dari
sebuah institusi ilmu
 Kelas, sekolah dan persekitaran yang sentiasa bersih, ceria selamat
dari kondusif untuk semua warga sekolah mencapai kecemerlangan.

1.12 Struktur Organisasi SK Pengkalan.

GURU BESAR
2
PUAN ASLINDA BINTI SAARI
16
PEN. KANAN PEN. KANAN 3 PEN. KANAN HAL PEN. KANAN
KOKURIKULUM PENTADBIRAN4 EHWAL MURID PETANG
EN. SYAHRUL PN. TEH HAWA EN. MEGAT PN. SALMIAH ABU
NIZAM MOHAMAD KASIM HANAFIAH

UNIT BERUNIFORM KURIKULUM, SPBT, KWAPM,


PEPERIKSAAN5 TRANSISI,
KELAB/ PERSATUAN JADUAL WAKTU, KEBAJIKAN
6
PBS, LINUS, PLBS, MURID &
SUKAN/ PERMAINAN
PROTIM, J-QAF7 &
PRASEKOLAH8 PENDAFTARAN
MURID
9

SUKAN 10
PENCERAPAN, KANTIN
TAHUNAN, 11
PUSAT SUMBER, SEKOLAH,
PROJEK MSSPK,
HAL EHWAL
12 GURU, KESIHATAN,
PROJEK
KEWANGAN KESELAMA-
PELAPIS, HARI 13
SEKOLAH & TAN &
KO-KO,
14 STOK
PENGURUSAN KECERIAAN
PERTANDINGAN
KOAKADEMIK

BIMBINGAN
15 KAUNSELING,
HARI PEJABAT
KEBANGSAAN,
16
SEKOLAH, HARI KANAK-
KANAK,
LAWATAN 17
KEDAI BUKU, MESY.AGUNG
SAMBIL
18 PIBG, SARANA,
BELAJAR, HARI GURU &
19 MOTIVASI,
TAKWIM
HARI ANUGERAH RIMUP
SEKOLAH 20

Rajah 2: Struktur organisasi pengurusan dan pentadbiran SKP 2017

1.1.13 Lokasi Sekolah Kebangsaan Pengkalan

Sekolah Kebangsaan Pengkalan adalah sebuah sekolah luar bandar


yang terletak 12 kilometer dari bandar Ipoh. Sekolah ini juga dikelilingi
17
kawasan penempatan yang luas . Pelan lokasi sekolah seperti di rajah 1. Plan
Induk Sekolah Kebangsaan Pengkalan seperti Lampiran 1

Rajah 3
Lokasi Sekolah Kebangsaan Pengkalan

1.1.13 Kemudahan Fizikal Sekolah Kebangsaan Pengkalan

Peranan kerajaan dalam pembinaan sesebuah sekolah amat


mempengaruhi dan menjamin keselesaan dalam pengajaran dan pembelajaran

18
yang baik dan berkesan. Sekolah Kebangsaan Pengkalan ini menepati ciri-ciri
keperluan sekolah masa hadapan, bagi menjamin keselesaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran usaha-usaha penambahbaikan sentiasa dilakukan
terhadap kemudahan-kemudahan fizikal agar memenuhi keperluan semasa dan
lebih kondusif semasa PdP dijalankan seperti makmal komputer, bilik-bilik darjah,
bengkel PSV, bengkel KH, bengkel pendidikan seni dan lain-lain. Berikut adalah
senarai kemudahan fizikal di Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh
ditunjukkan seperti jadual 3 dan gambar 1.

Jadual 3 : Senarai Kemudahan Fizikal di

Sekolah Kebangsaan Pengkalan

Bil Jenis Kemudahan Fizikal Jumlah

1 Bangunan Sekolah 4
3 blok 3 tingkat
1 blok 1 tingkat

2 Bangunan Prasekolah 1
1 kelas
3 Pejabat 1
4 Bilik darjah 36
5 Bilik Pemulihan Khas 1
6 Pusat Sumber Sekolah 1
7 Bilik Buku Teks 1
8 Kantin 1
9 Bengkel Kemahiran Hidup 1
10 Bilik Mesyuarat 1
11 Bilik Disiplin 1
12 Makmal Komputer 2
2 kelas
13 Pusat Akses 1
14 Bilik Guru Besar 1

19
15 Bilik Guru 2
16 Bilik Penolong Kanan 4
17 Bilik Operasi 1
18 Makmal Sains 2
19 Bilik Pendidikan Islam 1
20 Surau 1
21 Bilik sukan 1
22 Bilik SAL 1
23 Bilik Kaunseling 1
24 Kedai Buku Sekolah 1
25 Bilik Peperiksaan 1
26 Bilik Setiausaha Peperiksaan 1
27 Bilik Rawatan 1
28 Tandas 20
29 Bilik Muzik 1
30 Dewan terbuka 1
31 Pondok Pengawal 1
32 Bilik Pendidikan Seni 1
33 Bilik PPDa 1
34 Bilik Klinik Gigi 1

Sumber: Maklumat Data Sekolah

1.14. Peranan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )

Sekolah Kebangsaan Pengkalan mempunyai hubungan yang amat baik dengan


komuniti setempat. PIBG sekolah ini memainkan peranan jitu dan sentiasa

20
berkerjasama dengan pihak pengurusan sekolah dalam meningkatkan lagi
capaian di sekolah.

Pengerusi PIBG sentiasa memainkan peranan dan mengambi berat, dengan


kekuatan Ahli Jawatankuasa yang pelbagai lapisan masyarakat, status
pendidikan yang tinggi, pesara sektor awam, ahli politik sedikit sebanyak menjadi
ramuan bagus dalam menjana idea ke arah sekolah cemerlang dan sumber
kewangan yang mantap. Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut

Penasihat : Puan Aslinda Binti Saari ( Guru Besar)

Pengerusi : Encik Mohd Nor Fadly Bin Mohd Basri ( YDP)

Naib Pengerusi : Puan Muszalipah Binti Ahmad Yahaya ( NYDP)

Setiausaha Kehormat : Puan Nurul Fauziani Bini Md. Dahalan

Naib Setiausaha : Puan Nor Afizah Binti Semsuddin

Bendahari Kehormat : Encik Roshafizar Bin Mat Ali

Ahli Jawatan Kuasa :

Ibu/ Bapa/ Penjaga:

Puan Baidah Binti Armawan

Encik Zikrilwafeer Bin Yussof

Encik Ismail Bin Mohd Nasir

Encik Shamsuri Bin Hamad Hadi

Encik Badrul Faizal Bin Bahakodin

Encik Mohd Anuar Bin Zakaria

Guru :

Encik Edzrie Effendi Bin Abdul Rahim

Puan Norhasni Binti Abd Rashid


21
Puan Rosni Bin Sulaiman

Encik Mohd Remei Bin Md. Sharif

Juru Audit : Puan Zaiton Bin Ismail

Encik Abdul Ghaffar bin Kornain

Jadual 4 :Senarai Aktiviti PIBG SK Pengkalan 2016/2017

Bil Aktiviti

1 Mengadakan Majlis Penyerahan anak-anak Tahun 6 dan ikrar murid

2 Mengadakan Perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 6 – UPSR 2017

3 Motivasi kepada kaum ibu murid Tahun 6 serta bacaan Yassin

4 Membantu pihak sekolah mengadakan Sukan Tahunan 2017

5 Membantu pihak sekolah dalam Sambutan Hari Guru 2017

6 Menganjurkan Solat Hajat bagi murid-murid UPSR

7 Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Mengadakan gotong-royong mencuci longkang dan sampah sarap sekitar jalan


8
masuk ke sekolah

9 Menghadiri Taklimat SARANA Pendidikan untuk semua PIBG seluruh Perak

10 Majlis Penyampaian “ Wang Bantuan Awal Persekolahan “ RM100 bagi setiap

orang murid

1.2. Data dan Statistik Sekolah

1.2.1 Enrolmen Murid

a. Data/statistik yang berkaitan - Enrolmen murid

22
Sekolah ini mempunyai 34 kelas yang terdiri daripada dari tahun 1 hingga tahun 6.
Jumlah murid berdasarkan enrolmen pada 31 Mei 2017. Pecahan jumlah murid
berdasarkan jadual 4.

Jadual 5: Enrolmen murid mengikut tahun dan jantina

Tahun Lelaki perempuan jumlah


PRA 14 11 25
1 103 88 191
2 85 95 180
3 80 73 153
4 89 88 177
5 99 73 172
6 91 73 164
Jumlah 547 490 1037

1.2.2 Bilangan Guru dan Staf


Sekolah ini mempunyai 72 orang guru yang terdiri dari seorang besar, empat orang
penolong kanan, 67 orang guru dan 7 orang staf. Pecahan jumlah guru dan staf
mengikut gred berdasarkan jadual 6.

Jadual 6: Bilangan pentadbir dan guru


GRED
JAWATAN DG32 DG34 DG41 DG42 DG44
L P L P L P L P L P

23
Guru Besar - - - - - 1 - - - -
Penolong Kanan - - 1 1 1 - - 1
Guru 2 6 6 10 5 9 8 4 3 11
Jumlah 2 6 7 11 5 10 9 4 3 12

1.2.3 Pencapaian akademik

A. Akademik
Pencapaian UPSR ( 2012 HINGGA 2016 )

Tahun 2012 2013 2014 2015 2016

Jumlah Calon 150 162 131 136 161


Hadir 150 157 129 136 160
6A 1
5A 4 12 6 9 5
4A 8 8 6 8 28
3A 15 13 13 6 27
2A 27 17 26 24 30
1A 27 32 27 24 20
Jumlah Lulus 94 94 90 65 62
Peratus Lulus 62.67 59.9 69.77 47.79 51.67
GPS 2.57 2.57 2.37 2.76 2.62

1.2.4 PENCAPAIAN BIDANG KOKURIKULUM

Bidang Sukan dan Permainan Peringkat Daerah

BIL TAHUN ACARA PENCAPAIAN


24
1 2014 BOLA BALING JOHAN
2 2015 OLAHRAGA ( 100 m ) JOHAN
3 2016 BOLA BALING NAIB JOHAN
Pencapaian Unit Uniform Peringkat Daerah

BIL TAHUN ACARA PENCAPAIAN


1 2014 BOLA BALING JOHAN
2 2015 OLAHRAGA ( 100 m ) JOHAN
3 2016 BOLA BALING NAIB JOHAN

Pencapaian Kelab/Persatuan

BIL TAHUN ACARA PENCAPAIAN


1 2014 BOLA BALING JOHAN
2 2015 OLAHRAGA ( 100 m ) JOHAN
3 2016 BOLA JARING NAIB JOHAN

1.2.5 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini

Dalam tempoh lima tahun pelbagai kejayaan telah dicapai sama ada bidang
kurikulum, ko-kurikulum, dan hal ehwal murid. Dalam bidang kurikulum pada Tahun
2015 pula berada di tempat kesepuluh dalam daerah Kinta Utara. Penyertaan
pertandingan kokurikulum pula pelbagai kejayaan dicapai dalam pertandingan yang
dianjurkan di peringkat daerah dan negeri, antaranya acara olahraga menjadi naib
johan peringkat daerah Kinta.

Pertandingan Action Song 2015 johan di peringkat zon dan tempat ketiga
peringkat daerah Kinta Utara. Kejohanan bola jaring pula, sekolah ini telah berjaya
ke peringkat akhir bawah 12 tahun peringkat negeri Perak pada tahun 2014 dan 2015
serta menjadi johan pada tahun 2016. Pertandingan bidang HEM pula, sekolah ini
mendapat naib johan daerah untuk Sudut AADK (anti dadah).

25
BAB 2

PERANCANGAN STRATEGIK

2.1 Kajian Keperluan


26
Kecemerlangan sesebuah sekolah diukur berdasarkan kebolehannya untuk
melahirkan murid yang cemerlang secara holistik. Kemenjadian murid yang diimpikan oleh
pemimpin sekolah hanya boleh direalisasikan jika terdapat kerjasama yang jitu diantara
komuniti dan sekolah serta sikap murid yang bermotivasi tinggi untuk mengejar
kecemerlangan secara berterusan. Usaha mengejar kecemerlangan ini bagai melepaskan
batuk di tanggap sahaja sekiranya masalah ponteng tidak dapat diatasi oleh pihak sekolah.
Dengan menetapkan KPI 95% kehadiran murid setiap hari, KPM telah dengan jelas
menegaskan kepentingan yang diberi kepada usaha mengatasi masalah ponteng dalam
kalangan murid.

Kejayaan seseorang murid dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuannya semasa


proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Justeru, menghadirkan diri di dalam
kelas merupakan asas dalam proses penyampaian ilmu kepada murid. Sekiranya, seorang
murid tidak menghadirkan diri di dalam kelas maka beliau tidak dapat memenuhi keperluan
asas tadi dan akan ketinggalan. Kevin Paul (1996), menyatakan bahawa, '".ini every bad
class there is something to be learned, but not if you are not there". Di dalam Islam,
menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya dan orang yang
menghadirkan diri dalam majlis imu akan mendapat keampunan Allah.

Isu ponteng dalam kalangan murid sekolah rendah sangat berbeza dari sekolah
menengah. Isu ini di sekolah rendah lebih bersifat ekstrinsik dan di luar kawalan murid yang
terlibat. Walaupun, ada murid yang bersikap malas dan ponteng sekolah sekolah tetapi
kebanyakan kes ponteng melibatkan faktor lain seperti masalah ibu bapa, pengangkutan
dan sosio-ekonomi keluarga.

2.1 .1 Mengenal pasti masalah

Sekolah Kebangsaan Pengkalan adalah sekolah menunjukkan peningkatan dalam


pencapaian akademik dan kokurikulum sejak tahun 2014. Adalah menjadi hasrat
kepimpinan sekolah dan PIBG sekolah ini untuk meneruskan kecemerlangan ini dengan
melaksanakan program-program kecemerlangan yang dirancang dengan teliti.

27
Kepimpianan sekolah sedar bahawa faktor yang paling asas dalam mencapai
kejayaan dalam segala perancangan adalah kehadiran murid. Walaupun, kedatangan
murid sekolah ini tidak kritikal tetapi masih tidak dapat mencapai KPI 95 % kehadiran yang
telah ditetapkan oleh KPM. Mengikut data kehadiran murid tahun 2015, sekolah ini hanya
berjaya mencapai 88.6 %. Penolong Kanan HEM terpaksa menghadir Dialog Prestasi
Kehadiran Murid bersama Tuan PPD Kinta Utara. Dialog prestasi ini bertajuk, 'Program
Transformasi Daerah (DTP) Meningkatkan Kehadiran Murid 95%". Selepas hadir dialog
prestasi ini, pihak sekolah telah melaksanakan pelan intervensi untuk mengatasi masalah
ponteng dalam kalangan murid. Di sebabkan beberapa langkah penyelesaian yang diambil
oleh pihak sekolah tidak memberi kesan yang positif, Tuan Guru Besar mengkategorikan
isu ini sebagai masalah kritikal.

Setelah dikenal pasti gejala ponteng sebagai satu masalah yang kritikal maka pihak
sekolah dengan segera bertindak mencari penyelesaiannya. Pengalaman saya semasa
program penandaarasan di SK Kampung Pasir Putih dan 'Kempen Jom Datang Awal Ke
Sekolah' yang dilaksanakan di sekolah itu digunakan sebagai asas dalam merangka satu
kempen yang boleh dilaksanakan di sekolah ini.

Analisis data kehadiran murid tahun 2016 dibuat untuk mengenal pasti punca dan
tahap masalah ini. Dengan cara ini, adalah diharapkan bahawa satu program yang
komprehesif dapat dirangka dan dilaksanakan secara berterusan supaya gejala ponteng
dalam kalangan murid sekolah ini dapat di kurangkan.

Selepas beberapa sesi sumbangsaran yang melibatkan Unit Bimbingan dan


Kaunseling dan pihak pentadbir sekolah dipersetujui bahawa pihak sekolah akan
melaksanaan 'Target Kehadiran 95% ' sebagai langkah konkrit untuk mengatasi masalah
ponteng dalam kalangan murid dan meningkatkan kehadiran murid 95 %.

Bil Bulan Purata

1 Januari 97.1

28
2 Februari 92.8

3 Mac 94.9

4 April 93.7

5 Mei 92.7

6 Jun 91.6

7 Julai 91.4

8 Ogos 91.1

9 September 89.9

10 Oktober 73.2

11 November 90.0

Purata 88.6

Jadual 7: Peratus Kehadiran Murid Tahun 2016

Analisis data kehadiran murid dari bulan Januari hingga Mac juga dibuat supaya dapat
memahami tahap kritikal masalah ini jika dibandingkan dengan masa yang sama tahun
2016. Maklumat ini dapat digunakan untuk mengenal pasti keadaan sebenar masalah ini
dan menyenangkan perancangan pelan tindakan.

Peratus kehadiran bulan Januari, Februari dan Mac tahun 2016 berbanding dengan peratus
kehadiran bagai jangka masa yang sama tahun 2017 menunjukkan terdapat penurunan
sebanyak 1.42 % . Keadaan ini amat membimbangkan pihak sekolah dan pihak sekolah
perlu melakukan sesuatu untuk membendung gejala ini agar aianya tidak akan berlaku
secara berterusan sepanjang tahun ini. Bermula dari sinilah , pengkaji harus mengenalpasti
masalah bagi mendapatkan punca sebenar kejadian ponteng sekolah ini berlaku. Gejala
ponteng sekolah ini secara tiak langsung akan mendatangkan impak yang besar terhadap
sesebuah sekolah dari segi akademik maupun sahsiah.

29
Jadual 8: Peratus Kehadiran Murid Bulan Januari hingga Mac Tahun 2016 dan 2017

2016 2017

Bil Bulan Peratus Peratus

1 Januari 97.1 94.23

2 Februari 92.8 91.97

3 Mac 94.9 92.55

4 April 91.10 91.18

Purata 93.90 92.48

2.1.2 Soal Selidik

Borang soal selidik yang terdiri dari 10 item telah diedarkan kepada 25 orang guru
sekolah ini. Tujuanya, untuk memperolehi respon dan pendirian dari guru-guru mengenai
kempen yang akan dijalankan untuk menangani masalah ponteng dalam kalangan murid
SKP.

Keputusan analisis soal selidik terhadap 25 guru sekolah ini menunjukkan bahawa
terdapat persamaan respon kepada kebanyakkan item yang diberi. Ini bermakna masalah
ini dianggap serius oleh semua guru sekolah ini.

Daripada analisis soal selidik ini, kita dapat kesan bahawa guru kelas yang
mengalami masalah ponteng menganggap masalah ini sebagai kritikal. Guru-guru yang
memegang kelas berprestasi tinggi tidak mengalami masalah ini. Dari respon guru, kita
faham bahawa masalah ini merupakan kritikal di kelas murid lemah. Murid yang lemah dan
gagal menguasai kemahiran yang diajar biasanya ponteng sekolah. Ini merumitkan
keadaan kerana segala usaha untuk meningkatkan pencapaian mereka tidak akan berjaya
kerana mereka tidak berada di dalam kelas semasa usaha pemulihan dilaksanakan oleh
guru.

Jadual 9: Keputusan Analisis Soal Selidik Isu Kehadiran Murid SKP


30
Bil Item Soalan % Ya % Tidak

1. Adakah anda puas hati dengan kehadiran murid 40 60


sekolah ini?

2. Adakah anda bersetuju bahawa faktor kehadiran murid


memberi kesan kepada pencapaian akademik
96 04
mereka?

3. Adakah anda bersetuju bahawa dengan adanya


sistem pengangkutan awam yang baik masalah
80 20
kehadiran murid boleh diatasi?

4. Adakah anda bersetuju bahawa masalah kehadiran


murid berpunca dari suasana di bilik darjah?
28 72

5. Adakah anda bersetuju bahawa masalah ini berpunca


dari sikap murid sendiri?
88 12

6. Adakah anda bersetuju bahawa masalah ini berpunca


dari sikap ibu bapa?
100 00

7. Adakah anda bersetuju bahawa pihak sekolah perlu


berusaha mengatasi masalah kehadiran murid?
96 04

8. Adakah anda bersetuju bahawa PIBG sekolah perlu


memainkan peranan yang lebih aktif untuk
96 04
menyelesaikan masalah ini?

31
9. Adakah anda bersetuju bahawa kaedah pemberian
hadiah dan ganjaran untuk menggalakkan murid
76 14
datang ke sekolah sesuai diamalkan?

10. Adakah anda bersetuju bahawa pihak sekolah perlu


melaksanakan satu kempen untuk mengatasi masalah ini?
100 00

Analisis soal selidik di atas menunjukkan 96% daripada respondent menganggap kehadiran
murid mempengaruhi prestasi pencapaian akademik murid. 100% respondent berpendapat
bahawa sikap ibu bapa dan murid adalah punca utama masalah ini dan berharap pihak
sekolah dapat melaksanakan kempen untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan
murid. 96% respondant berpendapat bahawa PIBG sekolah harus memainkan peranan
yang lebih aktif untuk menolong sekolah menangani masalah ini. Cadangan untuk
menggunakan ganjaran dan hadiah untuk menggalakkan murid datang ke sekolah juga
mendapat respon positif dari 76% guru.

Kesimpulan dari analisis ini adalah guru-guru sekolah ini berbulat suara bersetuju bahawa
satu kempen perlu dirancang dan dilaksanakan untuk menangani masalah berpunca dari
sikap murid dan ibu bapa. Komuniti dan ibu bapa juga perlu dijemput bersama berusaha
mengatasi masalah melalui PIBG yang diharapkan dapat memainkan peranan lebih yang
aktif.

Kehadiran murid merupakan aspek utama dalam merealisasikan anjakan pertama PPPM
(2013 - 2025), " Menyediakan ke semarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa.". Sekiranya, kehadiran murid tidak mencapai KPI 95% yang ditetapkan oleh
KPM hasrat anjakan PPPM itu tidak akan tercapai.

Memandangkan kehadiran SKP masih tidak dapat mencapai KPI tersebut kepimpinan
sekolah mengambil keputusan untuk merancang dan melaksanakan satu kempen yang
dapat mengatasi masalah ponteng dan seterusnya mencapai kehadiran murid melebihi
95%.

32
Pihak PPD Kinta Utara juga bertindak mengadakan dialog prestasi dengan PK HEM
sekolah-sekolah di daerah ini yang belum mencapai peratus kehadiran yang telah
ditetapkan. Keperluan pihak sekolah untuk segera bertindak menyelesaikan masalah ini
dijadikan prioriti oleh pemimpin sekolah.

Analisis data kehadiran sepanjang tahun 2016 dan bulan Januari hingga April 2017,
menunjukkan tahap kritikal isu ini. Data ini juga membuktikan bahawa masalah ponteng
dalam kalangan murid sekolah SKP perlu ditangani segera supaya misi dan visi sekolah
dapat direalisasikan.

Analisis keputusan soal selidik guru SKP dengan jelas menunjukkan bahawa masalah ini
mendapat perhatian dari semua guru sekolah ini dan masing-masing mengharapkan
sekolah merancang dan melaksanakan satu kempen yang dapat mengatasi masalah ini.
Guru-guru juga berharap pihak sokong dapat berkerjasama dengan PIBG sekolah untuk
mencari penyelesaian yang sesuai. Cadangan untuk menggunakan pendekatan lembut
melalui belaian mesra, hadiah dan ganjaran mendapat respon positif dari kebanyakkan
guru.

Setelah mempertimbangkan faktor-faktor di atas, pihak pentadbiran sekolah bersama Unit


Bimbingan dan Kaunseling sebulat suara menerima cadangan merancang dan
melaksanakan 'Target Kehadiran 95%'.

2.2 KAJIAN LITERATUR

33
Menurut Kamus Dewan (2013), disiplin dapat ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang
dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik
demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin membawa erti bukan sahaja
mempunyai dan menghayati perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga
sanggup taat dan setia kepada sekolah, negeri dan negara. Jadi, pengurusan disiplin dan
sahsiah murid adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam pengurusan Hal Ehwal
Murid di sekolah. Ia berkait rapat dengan kemenjadian murid seperti yang diterjemahkan
dalam Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi murid yang berilmu dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan mempunyai disiplin yang tinggi.
Harapan ini adalah selaras dengan matlamat PPPM 2013-2025, iaitu memperkasakan
sekolah kebangsaan harian biasa menjadi sebuah sekolah penyayang yang cemerlang.
Konsep ini merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia
di mana ia juga mempunyai hubungan yang cukup erat dengan anjakan ketiga dalam
Wawasan 2020, iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang akur dengan penghayatan nilai.

Namun, sejak kebelakangan ini berlaku peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-
sekolah di Malaysia sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah
semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar yang segera. Masalah disiplin berlaku
tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar Bandar, sekolah harian biasa ataupun
sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan banyak pihak
terutamanya para guru dan ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan
yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain.

Menurut Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh
ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan yang
munasabah. Gejala ponteng sekolah selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam Utusan
Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan dianggap
sebaga langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar
sekolah menengah terutamanya di peringkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai
kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April
2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih terkawal, namun gejala sosial harus
dipandang serius kerana ianya ibarat suatu virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada
salah laku disiplin yang lebih besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan
dadah, mat rempit, ragut serta pelbagai aktiviti idak bermoral yang jelasnya akan
meruntuhkan akhlak pelajar .

34
Fenomena gejala ponteng sekolah adalah agak kritikal di sekolah-sekolah. Hampir setiap
hari ada sahaja berita terpampang di suratkhabar mengenai pelajar ponteng sekolah yang
dicekup oleh polis. Misalnya 103 pelajar di tahan kerana ponteng sekolah di Kuala
Terengganu (Utusan Malaysia, 2011). Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur (WPKL) pula merekodkan sebanyak 2,424 kes pelajar sekolah ponteng sepanjang
sesi persekolahan 2014. Pengarah Pendidikan WPKL Datin Nawal Salleh berkata, dengan
angka yang tinggi itu, isu pelajar ponteng masih menjadi perkara yang perlu ditangani
dengan segera kerana dibimbangi ia membawa kepada banyak kesan negatif lain. Kedua-
dua artikel ini merupakan hanya antara beberapa daripada beratus artikel yang
menunjukkan kes ponteng sekolah sebagai isu faktor kritikal disiplin di kalangan murid
sekolah pada masa kini.

Mengikut cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, sekolah harus berperanan sebagai
Sekolah Penyayang iaitu untuk melahirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia, KP8591/Jld.VIII(9) bertarikh 5 September 1995, Sekolah Penyayang dirasakan
adalah elemen penting dalam melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda
kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan suasana yang kondusif dan baik, akan
menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan diisi
dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia yang
membesar dengan acuan kita sendiri.

2.2.1 Faktor-faktor berlakunya gejala ponteng sekolah.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar. Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah akan dibincangkan dari
lima aspek iaitu faktor ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, persekitaran, pelajar, dan
sekolah.

2.2.1.1 Ibu Bapa

Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah disebabkan faktor
keruntuhan institusi kekeluargaan. Majoriti pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng
sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah atau tidak bahagia. Pertelingkahan yang
timbul antara ibu bapa menyebabkan kebajikan anak-anak diabaikan. Kesannya kepada
anak-anak ialah segala perilaku anak-anak di luar rumah dan di sekolah diabaikan.

35
Keadaan ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih sayang dan berasa tidak
diberi perhatian oleh ibu-bapa mereka sehingga menyebabkan mereka
memberontak dengan melakukan sesuatu perkara yang boleh menarik semula perhatian
ibu bapa mereka. kegagalan pelajar mengawal emosi menyebabkan konflik diri berlaku
sehingga pelajar sanggup melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah, buli,
merokok, vandalisme serta melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti berjudi,
mat rempit, seks bebas demi menarik perhatian ibu bapa mereka. Ini menunjukkan
keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada masalah disiplin
dalam kalangan pelajar. Anak-anak bertindak ponteng sekolah disebabkan kurang
perhatian ibu bapa. ... KUALA LUMPUR 10 FEBRUARI 2016 - Temubual Dr. Shanti
Palaniappan

Selain itu, faktor kesibukan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang dan
malam sehingga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama mereka
terhadap anak-anak. Malah, mereka langsung tidak mempunyai masa untuk bertemu
dengan anak mereka apatah lagi berkongsi masalah, berbual, dan mengambil tahu
perkembangan anak-anak di sekolah. Kekangan masa bersama anak-anak
ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan tidak disayangi sehingga memberikan
kesan emosi seperti sedih, marah, benci, geram. Apabila masalah ini membebani mereka,
konsentrasi mereka terhadap pelajaran semakin merosot dan tidak berminat lagi untuk
belajar. Malah, mereka akan berjinak-jinak mencari keseronokkan di luar bagi mengubati
kesunyian yang mereka alami. Anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa
mereka ponteng sekolah dan kesannya ‘kawan baharu’ ini akan mengajak mereka pergi ke
tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajaran. Oleh
itu, pelajar beranggapan dengan ponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah
yang mereka hadapi.

Selain daripada itu, masalah kewangan juga antara faktor menyebabkan gejala
ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai contohnya, kegagalan dan ketidakmampuan
ibu bapa untuk memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak dapat melunaskan
pembayaran yuran sekolah dan tidak mampu membeli peralatan dan buku-buku pelajaran
yang digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977) menyatakan salah
satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak mampu membeli peralatan
sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah. Pada masa yang sama ,pelajar
menerima tekanan daripada guru apabila sering bertanya tentang pembayaran yuran. Hal
36
ini menyebabkan mereka berasa malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan
kawan-kawan lain. Justeru, untuk melarikan diri dari tekanan masalah ini pelajar mengambil
jalan mudah dengan ponteng sekolah.

Faktor didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang, turut menimbulkan
masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak
tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap
ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi
mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab
dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh
menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai
kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh
mereka. Ini membuktikan didikan daripada ibu bapa yang kurang sempurna secara tidak
langsung mempengaruhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.

Tidak dinafikan untuk membina keluarga harmoni dan kukuh bukanlah sesuatu yang
mudah. Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan keibubapaan.Tetapi, apa yang
menyedihkan ibu bapa masa kini mempunyai pengetahuan keibubapaan yang cetek dan ia
mengakibatakan keruntuhan rumahtangga. Malah, terdapat juga ibu bapa yang lepas
tangan meletakkan tanggungjawab mengasuh anak-anak kepada pengasuh semata-mata.
Keruntuhan rumah tangga ini akan mengurangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa
menyebabkan mereka mudah terjerumus terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah.

2.2.1.2 Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong pelajar ponteng
sekolah. Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah mereka yang mempunyai
pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan menyebabkan seseorang itu
mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pelajar ialah remaja yang dalam proses ingin mencari
identiti diri maka mereka suka mencuba sesuatu yang baharu tanpa berfikir panjang. Dalam
hal ini, pelajar mudah menerima ajakan rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah dan
mempengaruhi minda mereka dan tidak berfikir secara rasional. Biasanya, mereka akan
menurut segala pelawaan dan ajakan rakan-rakan tanpa berfikir panjang. Fenomena ini
berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan
pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Sebagai contohnya, pelajaran
37
di sekolah dikatakan agak membosankan dan aktiviti ponteng sekolah dianggap boleh
menangani masalah itu serta merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Ini jelas
menunjukkan pengaruh rakan sebaya berupaya mempengaruhi seseorang pelajar untuk
ponteng sekolah. Dalam hal ini, pelajar perlu bijak memilih kawan yang baik dan ibu bapa
perlu mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan untuk mengelakkan anak
mereka berkawan dengan pelajar yang bermasalah.

2.2.1.3 Persekitaran
Faktor persekitaran juga turut mempengaruhi pelajar melakukan perkara yang
negatif terutamanya ponteng sekolah. Kemudahan-kemudahan untuk berhibur yang terlalu
banyak seperti pusat permainan video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber dan pusat
membeli-belah yang dibina berhampiran dengan kawasan sekolah khususnya.
Pembangunan pusat-pusat hiburan ini sebenarnya menyebabkan pelajar lebih mudah lari
dari sekolah dan merayau-rayau di pusat membeli-belah.

Di samping itu, program-program yang berbentuk hiburan dan konsert tempatan


mahupun diimport dari barat amat melekakan pelajar. Terdapat banyak rancangan-
rancangan realiti televisyen pada masa kini yang berkonsepkan hiburan dan menyimpang
jauh dari sudut ilmiah dan agama. Secara tidak langsung, pelajar mudah terdorong untuk
mengamalkan cara hidup berhibur semata-mata dan seterusnya melunturkan semangat
untuk menuntut ilmu di sekolah. Secara tidak langsung mereka turut dipengaruhi dengan
tanggapan bahawa kemewahan dan populariti dapat dicapai denagn mudah
seandainya mengikuti arus industri hiburan. Ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk
belajar dan berpendapat mereka boleh maju tanpa perlu hadir ke sekolah untuk menimba
ilmu.

Realitinya, hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku yang lebih
serius seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Penerbitan–penerbitan buku
bertemakan cinta remaja, majalah hiburan seperti Mangga , URTV hanya menarik minat
golongan muda kepada keseronokan hidup berpasangan. Penyiaran secara berleluasa
bahan bacaan picisian ini sebenarnya mengkhayalkan dan mempengaruhi pemikiran
pelajar. Secara tidak langsung langsung fenomena ini akan meruntuhkan akhlak pelajar
serta usaha melahirkan remaja yang berakhlak berasaskan kehendak agama dan
ketinggian nilai moral. Sepatutnya personaliti-personaliti dunia hiburan yang ditonjolkan
sebagai idola harus mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi.
38
2.2.1.4 Pelajar
Dalam lingkungan usia pelajar sekolah menengah khususnya masih mengalami
proses perkembangan dan pertumbuhan yang pesat iaitu zaman peralihan alam kanak-
kanak menuju ke alam remaja. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya tidak mengambil sikap
lepas tangan dengan membiarkan anak-anak mereka merentasi zaman remaja begitu
sahaja tanpa mengetahui pergolakan yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting untuk menentukan
konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak melangkah ke alam dewasa, mereka
sudah pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu
yang baharu dan berkhayal. Selain itu, perubahan emosi dan sosial mendorong pelajar
membesarkan rakan sosialnya. Mereka meluaskan rakan sosial dengan cara menyertai
kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baharu berdasarkan umur sebaya, hobi yang
sama, prinsip hidup yang sama atau taraf sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar
berhadapan dengan situasi genting dalam memilih rakan –rakan. Seandainya tersalah pilih,
maka mereka akan cenderung ke arah salah laku negatif termasuklah ponteng sekolah.
Ketiadaan bimbingan menyebabkan mereka beranggapan mereka berada di jalan yang
benar dan tiada siapa boleh menghalang perbuatan mereka kerana pada pendapat
mereka, apa-apa sahaja yang dilakukan adalah betul.

2.2.1.5 Sekolah
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan yang kerap
diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
kurang menarik dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka ponteng sekolah
daripada hadir ke sekolah. Keadaan ini berlaku apabila sesetengah guru kurang proaktif
dalam menarik minat pelajar. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik pemgajaran yang
kurang menarik, di samping tiada variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah,
penggunaan kaedah pengajaran tradisional iaitu ‘chalk and talk’ juga membosankan pelajar.
Pelajar masa kini, memerlukan kaedah pengajaran secara induktif dan gaya pembelajaran
konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan murid Selain
itu, penggunaan Bahan bantu mengajar secara interaktif perlu diaplikasinya untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, guru perlulah bersikap adil
terhadap pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagai ‘role model’ kepada
pelajar.
39
Sekolah merupakan tempat berlakunya aktiviti pengajaran dan pendidikan kedua
selepas ibu bapa. Ini bermakna guru juga amat penting dan bertanggungjawab dalam
membentuk sahsiah pelajar. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan
datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi
melahirkan pencapaian yang baik dalam kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah
yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek
pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang
berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Setiap sekolah di Malaysia telah diperuntukan dengan jumlah kewangan yang besar
bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria dan kondusif.
Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini bagi
memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif. Sebagai
contoh,. pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki segera. Ini
menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar masuk sesuka hati.
Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas guru untuk mengawal
pelajar.

Faktor kawalan disiplin sekolah yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar
untuk ponteng sekolah dan melakukan perkara-perkara negatif yang lain. Badan disiplin
sekolah termasuklah guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi
membanteras kegiatan yang melanggar disiplin. Justeru, tugas guru bukan sahaja
mengajar dan mendidik, malah mereka juga perlu prihatin kepada perkembangan pelajar.
Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar menyebabkan pelajar berasa tidak dihargai dan
tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi
mendapatkan perhatian guru mereka.

Ini selaras dengan perkara 5.3, SPI Bil.6/1995 dimana pihak sekolah dihendaki
merealisasikan sekolah penyayang iaitu murid-murid berhak disayangi, dikasihi, dikasihani
dan dibimbing supaya mereka akan terpikat, terpanggil dan tergerak untuk ke sekolah serta
membuka minda murid agar hadir ke sekolah penyayang yang menyediakan segala ruang
dan peluang untuk mereka mencapai kecemerlangan akademik yang juga merupakan
40
sebahagian daripada kemenjadian murid yang holistik. Sekolah penyayang melalui program
‘Hati ke Hati’ menyediakan segala ruang untuk murid berjumpa pentadbir, guru dan
kaunselor di dalam iklim pembelajaran sekolah yang terbaik.

kajian Mohd Sharif (2004) yang mendapati infrastruktur dan prasarana sekolah merupakan
faktor yang mempengaruhi masalah ponteng dan memberi kesan kepada kehadiran murid.

Pengetua mengiktiraf kejayaan pelajar melalui pelbagai cara. Pelbagai bentuk insentif
terutama sekali sijil penyertaan disediakan untuk semua yang terlibat dalam sebarang
aktiviti. Pengkaji sedar bahawa pada dewasa ini nilai sijil amat dihargai oleh murid dan guru
untuk masa hadapan masing-masing. Gambar-gambar murid akan dimuat naik ke laman
sesawang sekolah dan blog pada hari yang sama. Inilah teladan yang berkesan dan patut
dicontohi

Menurut Diane Curtis (2003), terdapat bukti yang kukuh bahawa murid menunjukkan
peningkatan dari segi sahsiah dan juga akademik apabila mereka berasa selamat dan
dianggap sebagai ahli penting dalam komuniti pembelajaran tersebut.

2.3 Pembinaan Pelan Strategik

Bryson dan Alston (1996) dan Bryson (2003) mendefinisikan perancangan strategik
sebagai suatu usaha yang teratur bagi menghasilkan keputusan-keputusan yang

41
fundamental dan tindakan-tindakan yang dapat membentuk serta mengemudi sesebuah
organisasi demi kecemerlangan. Oleh itu pada bahagian ini penulis akan membincangkan
bagaimana pihak sekolah menyediakan Perancangan strategik dalam usaha
merealisasikan Projek Jom Ke Sekolah. Bahagian ini menjelaskan secara terperinci
bagaimana proses penjanaan perancangan strategik meliputi proses menganalisis SWOC,
menyediakan COWS Matriks, matriks ranking, analisis pemilihan strategi berdasarkan
pemberatan, penyediaan pelan strategik dan pelan tindakan.

2.3.1 Analisis Mandat

Punca utama kecemerlangan sesebuah organisasi seperti sekolah ialah apabila ia


berupaya memberikan kepuasan kepada pihak berkepentingan (stakeholders) dan
pelanggannya. Maksud kepuasan dalam konteks sekolah ialah kemampuan sesebuah
sekolah memenuhi kriteria-kriteria atau mandat yang digariskan oleh pihak berkepentingan.
Organisasi perlu membuat analisis mandat terlebih dahulu sebelum merangka hala tuju dan
strateginya ( Hairuddin & Muhammad Bustaman, 2009 ). Oleh itu dalam melaksanakan
perancangan strategik bagi projek Jom Ke Sekolah, pihak sekolah memberi tumpuan
terhadap tuntutan-tuntutan yang termaktub dalam mandat iaitu undangundang atau
peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan memberi penekanan terhadap perkara-
perkara yang berikut;

i) Dasar Pendidikan Kebangsaan


ii) Dasar Wawasan Negara
iii) Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iv) Akta Pendidikan 1996 (550)
v) Rancangan Pembangunan Pendidikan (2001-2010)
vi) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
vii) Surat pekeliling Ikhtisas (SPI)
viii) Pekeliling kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
ix) Perintah Am
x) Arahan Perbendaharaan

42
2.3.2 Analisis SWOC

Analisis SWOC (Strength, Weaknesses, Opportunities, Challenge) adalah


pendekatan yang digunakan untuk melakukan diagnosis serta analisis persekitaran.
Pendekatan ini dipilih kerana ia merupakan pendekatan yang popular, mudah secara
relatifnya dan sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Menurut Hairuddin dan
Muhammad Bustaman (2009), Analisis KLAP atau SWOC dapat mewujudkan petunjuk
penting bagi menyediakan strategi-strategi yang efektif. Ini kerana setiap strategi yang
berjaya dibina daripada kekuatan dan merebut peluang di samping mengurangkan kesan
kelemahan dan cabaran atau ancaman.

Analisis SWOC dalam erti kata yang lain dapat membina suatu kefahaman tentang
aspek-aspek organisasi seperti berikut; kekuatan sumber dalaman, kelemahan sumber
dalaman; peluang-peluang daripada luaran yang terbaik dan ancaman atau cabaran dari
luar. Pihak pengurusan sekolah telah mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menilai
dan mengemas kini analisis SWOC sekolah yang sedia ada untuk disesuaikan dengan
keperluan semasa. Kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran telah dianalisis dengan
mengambil kira tiga kategori sumber iaitu sumber nyata (tangible), sumber-sumber tidak
nyata (intangible) dan kemampuan organisasi (organizational capabilities). Sumber-sumber
nyata merujuk kepada sumber kewangan, fizikal, teknologi dan organisasi. Sumber-sumber
tidak nyata pula termasuklah manusia, inovasi, kreativiti, inovasi dan reputasi. Manakala
kemampuan organisasi pula merujuk kepada kompetensi sekolah untuk menggembleng
segala sumber sumber yang ada (nyata dan tidak nyata) untuk diubah daripada input
kepada output iaitu perkhidmatan yang inovatif, kreatif dan efektif. Setelah mengadakan
sesi sumbang saran dan perbincangan

dengan jawatan khas sekolah yang ditubuhkan bagi mengkaji dan mengemas kini analisis
SWOC sekolah, maka satu analisis persekitaran berkaitan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran telah dihasilkan seperti berikut;

KEKUATAN/ STRENGTH [S]

43
S1 - Pentadbir sekolah memberi penekanan atas aktiviti peningkatan kehadiran ke sekolah
murid.
S2 - Guru Besar mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan ibubapa.
S3 - Unit Bimbingan dan Kaunseling terlibat secara aktif dalam memastikan kehadiran murid
ke sekolah.
S4 - Semua guru mengambil berat masalah kehadiran murid.
S5 – Banyak aktiviti yang menarik minat murid untuk ke sekolah.
S6 - Sebahagian besar murid ( 70%) mempunyai sikap yang positif terhadap kehadiran ke
sekolah
S7 - Sekolah mempunyai kemudahan alat sukan dan kemudahan ICT yang berfungsi dan
mencukupi.

KELEMAHAN/ WEAKNESSES [W]

W1 - Prestasi kehadiran murid dalam Target PPD masih belum mencapai tahap yang
cemerlang
W2 - Pembelajaran kendiri dalam kalangan murid amat rendah
W3 - Sebahagian besar murid tidak mempunyai semangat pembelajaran yang tinggi.
W4 - Murid kurang berminat terhadap pelajaran khususnya bagi mata pelajaran tertentu
seperti matematik
W5 – Kehadiran dalam kalangan murid tahap 2 masih lemah.
W6 – Kehadiran dalam kalangan murid yang jauh dengan sekolah begitu lemah
W7 - 30% murid tidak bermotivasi untuk ke sekolah

PELUANG/ OPPORTUNITIES [O]

O1 - Hubungan pihak sekolah yang erat dengan pihak PIBG.


O2 - Hubungan baik dengan ahli-ahli politik tempatan.
O3 - Hubungan baik dengan sekolah-sekolah lain.
O4 - Hubungan baik dengan pihak NGO dan swasta.

44
O5 - Terdapat banyak kemudahan asas dalam lingkungan persekitaran sekolah

CABARAN/ CHALLANGE [T/C]

T1 - Tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pelajaran masih rendah.


T2 - 50% murid daripada keluarga yang bertaraf sosio-ekonomi rendah.
T3 - 50% ibu bapa tidak melibatkan diri dalam aktiviti sekolah.
T4 - Terdapat pusat ”cyber cafe” , snooker, dan pusat hiburan berhampiran sekolah
T5 - 20% murid dikenal pasti menjaga adik kerana ibubapa bekerja .

Jadual 10: Analisis SWOC

KEKUATAN/ STRENGTH [S] KELEMAHAN/ WEAKNESSES [W]


S1 - Pentadbir sekolah memberi penekanan atas W1 - Prestasi kehadiran murid dalam Target PPD
aktiviti peningkatan kemahiran belajar murid. masih belum mencapai tahap yang cemerlang
S2 - Guru Besar mempunyai hubungan W2 - Pembelajaran kendiri dalam kalangan murid
interpersonal yang baik dengan guru. amat rendah

45
S3 - Unit Bimbingan dan Kaunseling terlibat secara W3 - Sebahagian besar murid tidak mempunyai
aktif dalam projek peningkatan kehadiran murid semangat pembelajaran yang tinggi.
S4 - Semua guru adalah guru yang terlatih dengan W4 - Murid kurang berminat terhadap pelajaran
opsyen yang mencukupi. khususnya bagi mata pelajaran tertentu seperti
S5 - Peruntukan kewangan (SUWA & Kerajaan) matematik
yang mencukupi. W5 – Kehadiran dalam kalangan murid tahap 2
S6 - Sebahagian besar murid (80%) mempunyai masih lemah.
sikap yang positif terhadap pelajaran W6 – Kehadiran dalam kalangan murid yang jauh
S7 - Sekolah mempunyai alatan pandang dengar dengan sekolah begitu lemah
dan kemudahan ICT yang berfungsi dan mencukupi. W7 - 30% murid tidak bermotivasi untuk ke sekolah

PELUANG/ OPPORTUNITIES [O] CABARAN/ CHALLANGE [T/C]

O1 - Hubungan pihak sekolah yang erat dengan T1 - Tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan
pihak PIBG. pelajaran masih rendah.
O2 - Hubungan baik dengan ahli-ahli politik T2 - 50% murid daripada keluarga yang bertaraf
tempatan. sosio-ekonomi rendah.
O3 - Hubungan baik dengan sekolah-sekolah lain. T3 - 50% ibu bapa tidak melibatkan diri dalam aktiviti
O4 - Hubungan baik dengan pihak NGO dan sekolah.
swasta. T4 - Terdapat pusat ”cyber cafe” , snooker, dan
O5 - Terdapat banyak kemudahan asas dalam pusat hiburan berhampiran sekolah
lingkungan persekitaran sekolah T5 - 20% murid dikenal pasti menjaga adik kerana
ibubapa bekerja

46
ANALISIS SWOT

KEKUATAN/ STRENGTH [S] KELEMAHAN/ WEAKNESSES [W]


S1 - Pentadbir sekolah memberi penekanan atas aktiviti W1 - Prestasi kehadiran murid dalam Target PPD masih
peningkatan kehadiran ke sekolah murid. belum mencapai tahap yang cemerlang
DALAMAN
S2 - Guru Besar mempunyai hubungan interpersonal yang baik W2 - Pembelajaran kendiri dalam kalangan murid amat
dengan ibubapa. rendah
S3 - Unit Bimbingan dan Kaunseling terlibat secara aktif dalam W3 - Sebahagian besar murid tidak mempunyai semangat
memastikan kehadiran murid ke sekolah. pembelajaran yang tinggi.
S4 - Semua guru mengambil berat masalah kehadiran murid. W4 - Murid kurang berminat terhadap pelajaran khususnya
S5 – Banyak aktiviti yang menarik minat murid untuk ke sekolah. bagi mata pelajaran tertentu seperti matematik
S6 - Sebahagian besar murid ( 70%) mempunyai sikap yang W5 – Kehadiran dalam kalangan murid tahap 2 masih lemah.
positif terhadap kehadiran ke sekolah W6 – Kehadiran dalam kalangan murid yang jauh dengan
S7 - Sekolah mempunyai kemudahan alat sukan dan kemudahan sekolah begitu lemah
LUARAN ICT yang berfungsi dan mencukupi. W7 - 30% murid tidak bermotivasi untuk ke sekolah
PELUANG/ OPPORTUNITIES [O] STRATEGI S – O STRATEGI O – W
O1 - Hubungan pihak sekolah yang erat dengan pihak
SI + O1 1. O2+ W1
PIBG. Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dengan Meningkatkan pencapaian peratus kehadiran murid ke
mewujudkan pasukan pemantau setiap kampung sekolah
O2 - Hubungan baik dengan ahli-ahli politik tempatan.
O3 - Hubungan baik dengan sekolah-sekolah lain. 2. O3 + W5
Meningkatkan kehadiran murid Tahap 2
O4 - Hubungan baik dengan pihak NGO dan swasta.
O5 - Terdapat banyak kemudahan asas dalam
lingkungan persekitaran sekolah
CABARAN/ CHALLANGE [T/C] STRATEGI S – C STRATEGI W – C
C1 - Tahap kesedaran ibu bapa tentang kepentingan
S1 + C1 W7 + C2
kehadiran ke sekolah masih rendah. Meningkatkan kerjasama pihak sekolah dan PIBG dalam Meningkatkan aktiviti yang menambahkan minat murid
meningkatkan kehadiran murid ke sekolah ke sekolah
C2 - 50% murid daripada keluarga yang bertaraf sosio-
ekonomi rendah.
C3 - 70% ibu bapa tidak melibatkan diri dalam aktiviti
sekolah.
C4 - Terdapat pusat ”cyber cafe” , snooker, dan pusat
hiburan berhampiran sekolah
C5 - 30% murid dikenal pasti bekerja sambilan untuk
mendapatkan wang saku.

47
2.3.2 Matriks COWS

Analisis persekitaran yang telah dikemukakan, digunakan semula untuk menjana strategi. Strategi
ialah tindakan khusus atau pendekatan yang diambil oleh sesebuah organisasi untuk mencapai
matlamat dan objektif. Strategi berorientasikan tindakan dan berhubungan terus dengan pengukuran
output (Hairuddin & Muhammad Bustaman, 2009). Bagi tujuan ini Metrik SWOC/ KLAP akan digunakan
untuk menjana opsyen-opsyen strategik. Kaedah ini akan memadankan faktor dalaman, iaitu kekuatan
(S) dan kelemahan (W), dengan faktor luaran, iaitu cabaran (C) dan peluang (O). Ini akan menghasilkan
empat strategi berikut;

a) Strategi [S-O] – menggunakan Kekuatan organisasi (S) dan dipadankan dengan Peluang yang ada
atau sesuai (O), iaitu menggunakan kekuatan untuk merebut peluang.

b) Strategi [S-C] – mengenal pasti kaedah bagaimana organisasi menggunakan Kekuatan (S) bagi
mengurangkan kesan negative Cabaran (C), iaitu menggunakan kekuatan bagi menghadapi cabaran.

c) Strategi [W-O] – mengatasi Kelemahan (W) untuk mengejar Peluang (O), iaitu mengatasi kelemahan
dengan mengambil peluang yang ada.

d) Strategi [W-C] - mewujudkan pelan pertahanan untuk menghalang Kelemahan organisasi (W)
daripada diganggu oleh Cabaran (C) luar, iaitu berusaha meminimumkan kelemahan di samping
mengelak cabaran atau ancaman

Berdasarkan kepada analisis SWOC yang telah dikemukakan maka Matriks


COWS yang dapat dijana adalah seperti berikut.

48
2.3.3 Pemilihan Strategi (Metric Ranking)

BIL COWS MATRIK STRATEGI


1. (S1+ S3+S5+ O1+O2+ O4+ O5)
Menggunakan hubungan baik dengan PIBG dan agensi
S – O (1)
luar bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti
kemahiran belajar murid.
1
2. (S4+S7+05)
S–O(2) Sekolah memanfaatkan kemudahan yang terdapat di
sekolah dan dalam komuniti untuk projek kehadiran.

3. (W1+ W2+ W3+ W4+ W7+ O1+ O4+O5)


2 W–O(1) Meningkatkan minat belajar murid dengan kerjasama
PIBG serta agensi luar yang lain.

4. (S1+ S3+ S4+C1+C3+ C5)


S – C (1)
Meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan
pendidikan melalui bimbingan dan kaunseling.

3 5. (S1+S2+S6+C5)
Guru Besar, guru dan warga sekolah membantu murid
yang menghadapi masalah kewangan dan membimbing
S – C (2)
murid supaya bermotivasi untuk ke sekolah.

6. (W1+W2+ W3+ C2+C3+C4+C5)


4
W–C(1) Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam memberi
motivasi dan mengekalkan minat murid untuk belajar
yang seterusnya meningkatkan kecemerlangan dalam
pelajaran.

49
Salah satu proses dalam pemilihan strategi ialah dengan melakukan penjanaan strategi. Proses ini
melibatkan proses penyusunan atau pengelompokan semula strategi mengikut ciri-ciri atau kumpulan
yang sama hasil daripada Matriks COWS, dan
seterusnya berdasarkan pengelompokan tersebut, dijana pula strategi yang mencakupi sasaran lebih
luas. Dapatan daripada proses penjanaan strategi ini ditunjukkan seperti pada Jadual 3 di bawah;

2.4 Penjanaan Strategik Penambahbaikan

Jadual 11 : Penjanaan Strategi

Bil COWS deduction rearrange and group Broad area or strategy

1. (S1+ S3+S5+ O1+O2+ O4+ O5)


Menggunakan hubungan baik dengan PIBG dan
agensi luar bagi meningkatkan keberkesanan Mengadakan projek teknik
aktiviti kemahiran belajar murid.
merangsang minat belajar
yang berkesan dengan
2. (S4+S7+05)
kerjasama dan penglibatan
Sekolah memanfaatkan kemudahan yang terdapat
1 di sekolah dan dalam komuniti PIBG dan agensi luar.
untuk projek akademik.

3. (W1+ W2+ W3+ W4+ W7+ O1+ O4+O5)


Menggunakan hubungan baik dengan agensi
luar dan PIBG untuk membantu dalam
meningkatkan pencapaian kehadiran murid.

4. (S1+ S3+ S4+C1+C3+ C5) Meningkatkan penglibatan


Meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang ibu bapa dalam projek
2 kepentingan dan berprihatin terhadap hal ehwal sekolah berkaitan
anak-anak mereka sama ada dari aspek kecemerlangan akademik
kehadiran mahupun sahsiah. dan motivasi.

50
Bil COWS deduction rearrange and group Broad area or strategy

6. (W1+W2+ W3+ C2+C3+C4+C5)

Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam


3 memberi motivasi dan mengekalkan minat
murid untuk belajar yang seterusnya
meningkatkan kecemerlangan dalam
pelajaran.

Mewujudkan projek khas


5. (S1+S2+S6+C5)
bagi mengesan dan
membantu kumpulan murid
4 Guru Besar, guru dan warga sekolah
yang memerlukan bantuan
membantu murid yang menghadapi masalah
agar kebajikan dan
yang dihadapi dan membimbing murid
keperluan asas mereka
supaya bermotivasi untuk ke sekolah.
dapat dipenuhi.

Dapatan daripada penyusunan semua strategi yang telah dikenal pasti berdasarkan ciri dan kumpulan
yang sama maka pihak sekolah akhirnya mengenal pasti tiga strategi utama yang perlu dilaksanakan
dalam memastikan kecemerlangan sekolah dalam akademik dapat ditingkatkan. Tiga strategi utama
tersebut disenaraikan seperti pada jadual berikut;

Jenis Strategi Strategi Strategi-strategi yang telah dijana

SOW S1 Mengadakan projek mengurangkan ketidakhadiran berkesan


dengan kerjasama dan penglibatan PIBG dan agensi luar.

SCW S2 Meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam projek sekolah


berkaitan kecemerlangan akademik dan motivasi.

Mewujudkan projek khas bagi mengesan dan membantu


SC S3 kumpulan murid yang memerlukan bantuan agar kebajikan
dan keperluan asas mereka dapat dipenuhi.

51
2.4.1 Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan

Setelah menyediakan COWS, Matriks COWS, dan pemilihan strategi maka alangkah seterusnya
ialah melakukan analisis terhadap strategi yang telah dikenal pasti untuk menentukan apakah strategi
yang bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang disasarkan. Analisis pemilihan strategi
berdasarkan pemberatan dilakukan dengan menggunakan lima skala Likert berdasarkan kepada
kepentingan setiap strategi seperti berikut;
Skala 1 = sangat kurang
Skala 2 = kurang
Skala 3 = sederhana
Skala 4 = banyak
Skala 5 = sangat banyak

Jadual 12: Analisis pemilihan strategi berdasarkan pemberatan


Kriteria Pemilihan S1 S2 S3
1. Tahap kesukaran proses kerja 4 3 2
2. Kompetensi staf yang bertanggungjawab 5 4 4
3. Sumber kewangan dan kos pembiayaan yang terlibat 4 5 5
4. Kemudahan infrastruktur dan peralatan 5 5 5
5. Andaian keupayaan mengatasi halangan 4 3 3
6. Andaian hasilan yang dijangkakan/ impak untuk
4 4 4
mencapai objektif, matlamat/ isu, misi dan visi
7. Akur/ kepatuhan dengan mandat/ arahan 5 5 5
8. Kesesuaian dengan persekitaran terkini 4 3 5
JUMLAH SKOR 35 32 33
KEPUTUSAN 1 3 2
S1 menjadi keutamaan pemilihan
strategi kerana berada pada tahap
ULASAN
pemberatan yang paling tinggi dalam
potensi mencapai objektif projek

52
2.4.2 Membina Misi dan Visi

Elemen kedua yang perlu diberi perhatian dalam penjanaan perancangan strategik selepas
menganalisis mandat ialah pembinaan misi dan visi. Umumnya misi boleh didefinisikan sebagai suatu
objektif yang ingin dicapai dalam pengertian yang lebih luas yang dapat menyatakan kenapa sesebuah
organisasi seperti sekolah diwujudkan. Menurut Thornberry (1997) dalam Khairuddin dan Muhammad
Bustaman (2009), visi boleh ditakrifkan sebagai satu pernyataan yang dapat memberi gambaran atau
tentang masa hadapan sesebuah organisasi.

Pernyataan misi dan visi yang dijadikan teras dalam penjanaan perancangan strategik sekolah
dalam melaksanakan Projek Target Kehadiran 95% adalah berteraskan kepada pernyataan misi dan visi
yang telah diperjelaskan atau ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu;

i) Misi : Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti;

ii) Visi : Sekolah unggul penjana generasi terbilang

53
2.4.3 Mengenal pasti Isu Strategik

Isu-isu strategik hanya dapat dikenal pasti setelah melaksanakan analisis persekitaran. Isu
strategik ialah persoalan-persoalan dasar yang fundamental atau cabaran-cabaran kritikal yang
mempengaruhi mandat organisasi, misi, visi, nilai tahap perkhidmatan dan produktiviti, pelanggan, kos,
pembiaya kewangan, organisasi atau pihak pengurusan (Niven, 2003). Dalam erti kata yang Isu strategik
adalah jantung kepada proses perancangan strategik Penetapan isu strategik sesebuah organisasi
sangatlah penting kerana ia akan dijadikan asas dalam menyelesaikan isu-isu strategik. Berdasarkan
kepada mandat, misi, visi dan dapatan daripada analisis SWOC yang telah dijalankan maka dapat
dirumuskan bahawa bagi tujuan perancangan strategik dalam pelaksanaan Projek Jom Ke Sekolah
yang telah dikenal pasti adalah berasaskan pernyataan berikut; Kecemerlangan akademik murid di SK
Kampong Pek masih belum mencapai tahap yang diingini dan murid tidak mempunyai kaedah
pembelajaran yang berkesan.

2.4.4 Pelan Strategik

Berdasarkan isu, matlamat, objektif , KPI dan sasaran yang telah dikenal pasti, satu Pelan Strategi
telah disediakan sebagai satu proses menyediakan pelan taktikal dan pelan operasi yang berkesan.
Pelan Strategik ini bagaimanapun hanya menumpukan kepada isu yang pertama sahaja, iaitu berkaitan
dengan projek penambahbaikan sekolah yang akan dilaksanakan semasa Projek Sandaran.

54
2.5 SENARAI PELAN TAKTIKAL

KOS/ PELAN
BIL PROGRAM T.JAWAB TEMPOH OUT-PUT KPI
SUMBER KONTINGESI
Pentadbir
Perhimpunan Pagi Perhimpunan
Kaunselor Peningkatan Peratus
1 Sebelum Masuk 2 minggu RM 100 Peratus hadir dibuat selepas
Guru hadir ke sekolah
Kelas rehat
Bertugas

2 kali Mengurangkan murid


PK HEM
2 Lawatan Ke Rumah seminggu RM150 tidak hadir ke Bilangan hadir **
Kaunselor
( 2 minggu) sekolah

Pertandingan Sukan Unit Ko- Meningkatkan


3 3 hari RM1500 Peratus hadir **
Tahunan Kurikulum kehadiran murid

Pertandingan
Unit Ko- Meningkatkan
4 Kemahiran Unit 3 hari RM1000 Bilangan hadir **
Kurikulum kehadiran murid
Beruniform

Meningkatkan
Unit kecemerlangan
5 Ceramah motivasi 1 hari RM 200 Bilangan hadir **
Bimbingan akademik dan
kehadiran

55
2.6 PELAN OPERASI ( STRATEGI 1 )

Nama Program Perhimpunan Pagi ( Sebelum Masuk Kelas )

Matlamat Memastikan kehadiran murid yang mengikuti program ini dan murid tidak hadir dapat dikenal pasti

Objektif Meningkatkan peratus dan bilangan kehadiran ke sekolah


Tempoh 2 minggu
Sasaran Tahun 4 dan Tahun 5
Kos RM 100
STATUS / PELAN
LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH
KONTINGENSI

Mesyuarat jawatankuasa  Guru Besar dan


Sekiranya guru besar tiada
GPK
PK P akan
1.1 Ucapan Guru Besar  Penyelaras 3 kali
1 mempengerusikan
1.2 Pembentukan AJK dan tugas Program
mesyuarat
 AJK Kehadiran

 Guru besar dan PK


HEM
Taklimat kepada semua murid Guru Besar tiada PK HEM
2  JK Kehadiran 1 hari
Tahun 4 dan Tahun 5 akan beri taklimat
 Kaunselor

Mempromosikan program  Penyelaras


- Surat pemberitahuan kepada Program
3 1 minggu
waris  Guru Bertugas
- Poster -
 Guru bertugas
Pelaksanaan Program seperti dalam
- Ambil kedatangan jadual
4 2 minggu
- Motivasi 2 minit  Penyelaras
- Progam
 PK HEM
 PK HEM
 Penyelaras Selepas Aktiviti
5 Penilaian / Post Mortem
Program dilaksanakan
 JK Kehadiran Murid
56
PELAN OPERASI ( STRATEGI 2 )

Nama Program Lawatan Ke Rumah

Matlamat Memastikan kehadiran murid ke sekolah dan mengenal pasti masalah sebenar murid tidak hadir ke sekolah

Objektif Meningkatkan peratus dan bilangan kehadiran ke sekolah


Tempoh 2 minggu
Sasaran Tahun 4 dan Tahun 5
Kos RM 150
STATUS / PELAN
LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH
KONTINGENSI
Mesyuarat jawatankuasa
 Guru Besar dan Sekiranya guru besar tiada
GPK PK P akan
1.1 Ucapan Guru Besar 3 kali
1  Penyelaras Program mempengerusikan
1.2 Pembentukan AJK dan tugas
 AJK Kehadiran mesyuarat

 Guru besar dan PK


HEM
Taklimat kepada semua murid Guru Besar tiada PK HEM
2  JK Kehadiran 1 hari
Tahun 4 dan Tahun 5 akan beri taklimat
 Kaunselor

Mempromosikan program
 Penyelaras Program
- Surat pemberitahuan kepada
3  Guru Bertugas 1 minggu
waris
-
Pelaksanaan Program
- Lawatan ke rumah mengikut
 GPK HEM
data yang diperolehi
4  Penyelaras Progam 2 minggu
- Laporan lawatan ke rumah
oleh GPK HEM  Kaunselor
-
 PK HEM
Selepas
 Penyelaras Program
5 Penilaian / Post Mortem Aktiviti
 JK Kehadiran Murid dilaksanakan

57
PELAN OPERASI ( STRATEGI 3 )

Nama Program Kejohanan Sukan Tahunan

Matlamat Memastikan dan menarik minat murid untuk hadir sekolah

Objektif Meningkatkan peratus dan bilangan kehadiran ke sekolah


Tempoh 3 hari
Sasaran Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6
Kos RM 1500
STATUS / PELAN
LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH
KONTINGENSI

 Guru Besar dan


Mesyuarat jawatankuasa
GPK Sekiranya guru besar tiada
 Penyelaras Sukan PK KO akan
1.1 Ucapan Guru Besar 3 kali
1  Penyelaras mempengerusikan
1.2 Pembentukan AJK dan tugas
Program mesyuarat
 AJK Kehadiran

 Guru besar dan PK


Taklimat kepada semua murid KO , PK HEM PK KO tiada SU
2 Tahun 1 - 6 semasa perhimpunan  JK Kehadiran 1 hari Kokurikulum akan beri
pagi Ahad  Kaunselor taklimat

Mempromosikan program  Penyelaras


- Surat pemberitahuan kepada Program
3 1 minggu
waris  Guru Bertugas
-
 Guru bertugas
Pelaksanaan Program
seperti dalam
- Ambil kedatangan
4 jadual 1 hari
- Motivasi 2 minit
 Penyelaras
-
Progam
Selepas Aktiviti
Penilaian / Post Mortem  PK HEM
5 dilaksanakan

58
 Penyelaras
Program
 JK Kehadiran Murid

PELAN OPERASI ( STRATEGI 4 )

Nama Program Pertandingan Kemahiran Unit Beruniform Tahap 2

Matlamat Memastikan minta murid untuk hadir ke sekolah

Objektif Meningkatkan peratus dan bilangan kehadiran ke sekolah


Tempoh 2 minggu
Sasaran Tahap 2 -Tahun 4, 5 dan 6
Kos RM 1000
STATUS / PELAN
LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH
KONTINGENSI

Mesyuarat jawatankuasa  Guru Besar dan


Sekiranya guru besar tiada
GPK
PK KO akan
1.1 Ucapan Guru Besar  Penyelaras 3 kali
1 mempengerusikan
1.2 Pembentukan AJK dan tugas Program
mesyuarat
 AJK Kehadiran

 Guru besar dan PK


HEM PK KO tiada SU
Taklimat kepada semua murid
2  JK Kehadiran 1 hari Kokurikulum akan beri
Tahun 4 dan Tahun 5
 Kaunselor taklimat

Mempromosikan program  Penyelaras


- Surat pemberitahuan kepada Program
3 1 minggu
waris  Guru Bertugas
- Poster -
 Guru bertugas
Pelaksanaan Program seperti dalam
- Ambil kedatangan jadual
4
- Motivasi 2 minit  Penyelaras
- Progam
 PK HEM
59
 PK HEM
 Penyelaras
Selepas Aktiviti
5 Penilaian / Post Mortem Program
dilaksanakan
 JK Kehadiran Murid

PELAN OPERASI ( STRATEGI 5 )

Nama Program Ceramah Motivasi Tahap 2

Matlamat Memastikan murid semangat untuk belajar dan hadir ke sekolah

Objektif Meningkatkan peratus dan bilangan kehadiran ke sekolah


Tempoh 1 hari
Sasaran Tahap 2 -Tahun 4, 5 dan 6
Kos RM 200
STATUS / PELAN
LANGKAH PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH
KONTINGENSI
 Guru Besar dan
Mesyuarat jawatankuasa
GPK Sekiranya guru besar tiada
 Penyelaras PK KO akan
1.1 Ucapan Guru Besar 3 kali
1 Program mempengerusikan
1.2 Pembentukan AJK dan tugas
 AJK Kehadiran mesyuarat

 Guru besar dan PK


HEM PK KO tiada SU
Taklimat kepada semua murid
2  JK Kehadiran 1 hari Kokurikulum akan beri
Tahun 4 dan Tahun 5
 Kaunselor taklimat

Mempromosikan program  Penyelaras


- Surat pemberitahuan kepada Program
3 1 minggu
waris  Guru Bertugas
- Poster -
 Guru bertugas
Pelaksanaan Program seperti dalam
- Ambil kedatangan jadual
4
- Ceramah Motivasi  Penyelaras
- Progam
 PK HEM
60
 PK HEM
 Penyelaras
Selepas Aktiviti
5 Penilaian / Post Mortem Program
dilaksanakan
 JK Kehadiran Murid

61
BAB 3

PELAKSANAAN PROJEK PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

3.1 Pelaksanaan Projek Sandaran

Bermula dari mandat yang diterima daripada PPD Kinta Utara berkaitan dengan Dialog Prestasi
Kehadiran yang diadakan pada 3 Mei 2017, pengkaji telah berusaha untuk memenuhi mandate yang
telah diberikan oleh PPD kepada pihak sekolah. Justeru , pengkaji telah mengadakan dialog prestasi
dengan guru-guru kelas dan kata sepakat program Target Kehadiran 95% perlu dijalankan dengan kadar
segera bagi menangani masalah ponteng sekolah ini. Secara keseluruhanya, SKP kian mencapai
sasaran kehadiran 95% Cuma perlu mengadakan program khas untuk merealisasikan impian tersebut.
Sebelum pelaksanaan program, pelbagai langkah perlu diambil bagi memastikan program yang akan
dilaksanakan mencapai sasaran yang ditetapkan. Peringkat demi peringkat pelaksanaan program perlu
dipatuhi agar program yang dijalankan nanti mencapai sasarannya. Berikut merupakan peringkat-
peringkat yang telah diambil bagi melaksanakan program Target Kehadiran 95% bagi memenuhi
mandate yang telah diberikan kepada SKP pada tahun ini oleh PPD Kinta Utara.

3.1.1 Pelan Operasi

Berdasarkan Pelan Taktikal , program yang akan dilaksanakan diperincikan lagi melalui Pelan
Operasi. Dalam pelan operasi ini, langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dipermudahkan dengan
mengikut urutan kerja yang akan dilaksanakan. Bermula dengan perbincangan bersama pihak pentadbir
bagi menentukan atau mengenalpasti projek program sandaran sehinggalah kepada mengadakan
mesyuarat letak kerja dan agihan tugas jawatankuasa. Seterusnya, dalam pelan operasi juga ditentukan
tentang tugas-tugas yang melibatkan surat menyuarat, tempahan dan juga prosedur-prosedur
pengurusan yang lain.

62
3.1.2 Carta Gantt

Penentuan ketepatan pelaksanaan pelan operasi dimudahkan lagi dengan adanya carta gantt
atau dipanggil juga carta perbatuan. Carta Gantt ini, dibina dengan tujuan merangka jadual kerja yang
perlu dilakukan mengikut schedule atau urutan masa yang telah ditetapkan. Dalam program ini, urutan
masa yang telah ditentukan ialah dalam tempoh lapan minggu.. Keupayaan bagi memastikan sesuatu
kerja itu dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan atau tidak, merupakan peranan penting Carta
Gantt. Carta Gantt di bawah adalah merujuk kepada jadual atau tempoh masa bagi melaksanakan projek
yang telah dipilih.

3.1.3 Kertas Kerja Program

Bagi memastikan semua ahli jawatankuasa yang dilantik dapat berfungsi sebaik mungkin dan
dapat melaksanakan tugasan yang diagihkan kepada mereka dengan cekap dan berkesan, maka satu
kertas kerja yang berkaitan dengan program yang hendak dijalankan perlulah dibuat. Kertas kerja
mengandungi penerangan umum tentang program yang hendak dilaksanakan. Kertas kerja bagi
program ini dapat dilihat di bahagian lampiran.

3.1.4 Instrumen Kajian

Bagi mengukur keberkesanan program iaitu Target Kehadiran 95% kehadiran murid akan
dipantau dengan menggunakan data e-kehadiran yang terdapat di Aplikasi Pangkalan Data Murid
setiap hari, minggu dan bulan. Manakala untuk mengukur impak program kepada peningkatan kehadiran
setiap program dilihat kepada kehadiran harian dalam buku kedatangan pelajar,

63
CARTA GANTT AKTIVITI PROGRAM SANDARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN

MINGGU PELAKSANAA AKTIVITI


BIL AKTIVITI
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
1 Menyediakan buku log
Melapor diri dan mengumpul
2
maklumat
2.1 Latar belakang sekolah
2.2 Visi dan misi
2.3 Objektif Sekolah
2.4 Falsafah dan nilai
2.5 Piagam Pelanggan
2.6 Struktur Organisasi
2.7 Lokasi sekolah beserta lakaran
2.8 Kemudahan yang disediakan
2.9 PIBG
Perjumpaan dengan Unit-unit
3
Kecil bagi mengumpul maklumat
3.1 Enrolmen Pelajar ( Unit Data )
3.2 Bilangan Staf
Pencapaian Kehadiran ( PK
3.3
HEM )
Pencapaian Akademik (Unit
3,4
Peperiksaan )
3.5 Kejayaan sekolah sehingga kini
3.6 Kemudahan Sekolah
3.7 Bilik khas
3.8 Bilik Guru
3.9 Surau/Masjid
3.10 Pusat Sumber dan Bilik Media
3.11 Makmal Komputer
3,12 Makmal Sains

64
MINGGU PELAKSANAA AKTIVITI
BIL AKTIVITI
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8
Menjalankan Kajian Keperluan
4
( Analisis SWOT )
Mengenal pasti kekuatan dan
4.1
kelemahan sekolah
4.2 Pelan Strategik
4.3 Pelan Tindakan / Taktikal
4.4 Pelan Operasi
Mencadangkan Program
5
Penambahbaikan dan tindakan
Mesyuarat Jawatankuasa
5.1
Program
5.2 Penjadualan Program
5.3 Permohonan Program
Permohonan Peruntukan
5.4
Program
Pemberitahuan Aktiviti kepada
5.5
guru dan murid
5.6 Pelaksanaan Program
5.7 Penilaian Program
6 Laporan Progam Sandaran
7 Penilaian Program Sandaran
8 Refleksi Sandaran
9 Rumusan / Penutup
10 Bibliografi
11 Hantar Laporan Sandaran

3.2 Pemantauan

Program ini akan sentiasa dipantau oleh pihak pengkaji dengan berpandukan data yang diperlehi
daripada e-kehadiran yang terdapat di APDM. Selain itu, guru-guru kelas juga telah diarahkan agar sentiasa
memantau pelaksanan program ini dari masa ke semasa. Guru kelas bolehlah berhubung dengan PK Hem
sekiranya terdapat murid-murid di kelas tersebut memerlukan perhatian yang sewajarnya daripada pihak
pentadbir yang berkaitan dengan kehadiran murid tersebut ke sekolah. Pemantauan ini amat penting bagi
memastikan program yang dijalankan ini mencapai matlamatnya pada suatu masa nanti. Ia juga bertujuan
untuk membolehkan pihak terlibat membuat penambahbaikan atau membetulkan sesuatu perkara dengan
cepat dan berkesan.

65
BAB 4

Penilaian Projek

Penilaian program adalah satu aspek yang sangat penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu
program. Penilaian program digunakan untuk penambahbaikan atau membuat keputusan untuk
meneruskan atau menghentikan program tertentu. Justera, penilaian harus dibuat secara teliti dan tulus
supaya mendapat gambaran sebenar keberhasilannya. Penilaian harus dibuat secara berterusan dari
pelancaran hingga ke tamatnya program itu. Dengan cara ini, pengkaji dapat membuat pemantauan,
pembimbingan dan penambahbaikan yang berkala untuk menentukan kejayaan program.

Penilaian program dapat dilaksanakan melalui pemerhatian, pemantauan, maklumbalas dari guru-
guru, soal selidik dan pelbagai cara pengumpulan data yang lain. Pendapatan dari pelbagai teknik
penilaian ini perlu dianalisis dan dikaji untuk mendapat maklumbalas supaya keberkesanan program
yang dijalankan boleh diukur dari segi perancangan, strategi, pelaksanaan dan keberhasilannya.

Pelbagai teknik pengumpulan data telah diaplikasi untuk membuat penilaian program Seribu Langkah,
Sejuta Impian. Setiap teknik yang digunakan memainkan peranan yang penting dalam memberi
gambaran yang jelas mengenai keberkesanan dan kejayaan program ini.

4.1 Teknik Pengumpulan Data

Dalam usaha membuat penilaian yang teliti dan tulus untuk mendapatkan gambaran yang sebenar,
pengkaji telah mengamalkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dalam usaha mengumpul data.
Seterusnya, pengkaji bukan sahaja terlibat secara personal dalam pengumpulan data malahan
kerjasama dari guru-guru lain, perekodan manual dan ekehadiran digunakan untuk memastikan
keesahannya.

66
Penggunaan pelbagai kaedah ini memberi maklumat yang terperinci yang mempermudahkan
pengkaji membuat rumusan yang jelas dan tulus mengenai keberkesanan progam ini.

4.1.1 Pemerhatian

Pemerhatian adalah kaedah pengumpulan data secara kualitatif yang sangat berkesan untuk
memperolehi data secara 'personal touch'. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian sepanjang
program ini supaya dapat melihat secara 'first hand' segala perkembangan dan perubahan tingkahlaku
yang berlaku. Pemerhatian juga membolehkan pengkaji melibatkan diri secara langsung dalam
pelaksanaan program ini.

4.1.2 Soal Selidik

Kaedah soal selidik dengan 8 soalan yang dibina oleh pengkaji telah digunakan untuk mendapat
maklumbalas dari guru dan pentadbir. Pengkaji telah pilih seramai 13 guru dan 2 orang pentadbir SKSI
secara rawak untuk membuat soal selidik ini. Soalan yang memerlukan respon betul atau salah dibina
dengan tujuan mencungkil pendapat mereka mengenai keberkesanan program ini.

4.1.3 Perekodan Manual dan ekehadiran

Perekodan secara manual kehadiran murid yang dibuat dalam Jadual Kedatangan Murid boleh
digunakan untuk mengumpul data kehadiraan murid. Kaedah ini akan memberi maklumbalas yang tepat
mengenai kehadiran murid. Jadual Kedatangan Murid ini merupakan dokumen rasmi yang digunakan
sebagai sumber maklumat mengenai kehadiran murid di sekolah. Maklumat dari Jadual Kedatangan
Murid akan dipindahkan kepada aplikasi ekehadiran untuk menyenangkan perolehan maklumat ini oleh
PPD,JPN dan KPM.

4.2 Dapatan Penilaian Terhadap Program

Semua data yang dapat dikumpulkan melalui pelbagai kaedah dianalisis oleh pengkaji dengan teliti untuk
mengukur keberkesanan Program Kehadiran 95% yang telah dilaksanakan di SKP selama 8 minggu.
Proses pemerhatian dimulakan sejak masa printis program ini dilaksanakan. Iaitu, sebaik sahaja 'soft
67
launching' dibuat seminggu sebelum program ini dilancarkan secara rasmi pada 6 Mei 2017. Dalam
masa printis, pemerhatian yang dilakukan memberikan gambaran yang jelas mengenai masalah serta
perubahan tingkahlaku yang mungkin dihadapi sepanjang pelaksanaan program ini. Pengkaji merasa
bahawa masa printis ini sangat berguna bagi beliau dalam menyediakan diri untuk menghadapi isu-isu
yang mungkin akan timbul dan juga mengambil tindakan pencegahan sebelum sesuatu isu timbul.

Pemerhatian terhadap murid-murid dalam kumpulan kritikal membekalkan maklumat mengenai


modus operandi mereka dan dengan ini, Guru Bimbingan dan Kauseling (GBK) dapat mengambil
langkah yang sesuai untuk memastikan mereka datang ke sekolah.

Pemerhatian yang dilakukan di pintu pagar sekolah pada waktu pagi semasa Program Sekolah
Penyayang dan Lambaian Mesra memberi imput mengenai pengangkutan yang digunakan oleh murid
untuk datang ke sekolah dan masa mereka tiba. Dengan ini, pengkaji dapat mengenal pasti murid dalam
kumpulan kritikal yang ponteng sekolah dan guru yang bertugas boleh dengan segera mengunjungi
rumah mereka. Ini dapat meningkatkan kadar kehadiran mereka. Keberadaan pengkaji di pintu pagar
membolehkan beliau berkenalan dengan ibu bapa yang hantar anak mereka ke sekolah. Perjumpaan
ini menyediakan peluang bagi beliau berkongsi maklumat mengenai perkembangan prestasi akademik
anak mereka.

Secara pemerhatian pengkaji dapat menilai keberkesanan program ini daripada perubahan
tingkahlaku murid dan guru yang terlibat. Pengkaji mendapati bahawa 8 daripada 10 murid dalam
kumpulan kritikal telah berusaha untuk hadir ke sekolah setiap hari. Kehadiran murid-murid dengan
senyuman dan rasa gembira semasa bersalam dengan guru di pintu pagar adalah bukti awal
keberkesanan program ini.

Pemerhatian juga membolehkan pengkaji menjalankan penyeliaan program ini sepanjang


pelaksanaannya. Beliau juga boleh mendapat maklumbalas secara lisan dari guru dan ibu bapa
mengenai pelaksanaan dan keberkesanan program ini. Seterusnya, beliau boleh memberi bimbingan
kepada guru-guru dan melakukan penambahbaikan sepanjang pelaksanaan program.

68
Analisis maklumbalas dari soal selidik menunjukkan bahawa guru dan pentadbir berpuashati
dengan pelaksanaan program ini. Mereka sebulat suara berpendapat bahawa program ini berjaya
mencapai objektif memastikan peratus kehadiran murid SKP lebih dari 95%. Mereka juga berpendapat
bahawa komitmen dan kerjasama yang diberi oleh pihak pentadbir dan guru-guru sekolah ini sangat
berkesan ke arah memastikan kejayaan program ini.

Hampir semua responden beranggapan bahawa peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah
berkesan dalam meningkatkan kehadiran murid. Mereka juga bersetuju bahawa murid lebih suka datang
ke sekolah selepas program ini dilancarkan.

Analisis Soal Selidik Program Target Kehadiran 95%

Bil Item Soalan % Ya % Tidak

1. Adakah anda puas hati dengan kehadiran murid


selepas program ini dilancarkan?
100 -

2. Adakah anda bersetuju bahawa murid lebih berminat


datang ke sekolah sekarang?
93.4 6.6

3. Adakah anda bersetuju bahawa sikap ibu bapa


merupakan faktor utama menentukan kehadiran
100 -
murid?

4. Adakah anda bersetuju bahawa peranan yang


dimainkan oleh pihak sekolah berkesan dalam
93.6 6.6
mengatasi isu ini?

5. Adakah anda bersetuju bahawa peranan yang


dimainkan oleh pihak PIBG dan komuniti berkesan
66.7 33.3
dalam mengatasi isu ini?

69
6. Adakah anda bersetuju bahawa program ini berjaya 100
meningkatkan peratus kehadiran murid?
-

7. Adakah anda setuju bahawa kerjasama guru dan 100


pentadbir sekolah berkesan dalam usaha mengatasi
-
isu ini?

8. Adakah anda bersetuju bahawa program ini harus 100 -


diteruskan?

Semua responden berpendapat bahawa sikap ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
menentukan peratus kehadiran murid. Ibu bapa yang peka terhadap pendidikan anak mereka akan
memastikan anak mereka datang ke sekolah setiap hari. Data menunjukkan terdapat 6% ibu bapa murid
SKP yang kurang mementingkan aspek pendidikan anak mereka dan ini yang menyebabkan peratus
kehadiran murid tidak dapat mencapai 95% yang ditargetkan oleh pihak sekolah dan KPM.

Hampir 33.3% daripada responden berpendapat bahawa peranan yang dimainkan oleh PIBG dan
komuniti kurang berkesan dalam mengatasi masalah kehadiran murid. Pengkaji berpendapat bahawa
rasa tidak puashati ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran dalam kalangan responden mengenai
peranan yang dimainkan oleh PIBG dan komuniti dalam usaha mengatasi masalah ini.

Sebenarnya, PIBG dan Ketua Kampung telah berjanji untuk memberi kerjasama yang jitu untuk
menangani isu ini. Proses melibatkan serta menetapkan peranan mereka dalam program ini masih
berada dalam pringkat perancangan dan akan dilaksanakan secepat mungkin. PIBG dan Ketua
Kampung menyedari kepentingan murid hadir ke sekolah setiap hari dan sedang mengambil tindakan
untuk berjumpa dengan ibu bapa untuk menanam sikap peka terhadap peningkatan akademik anak-
anak mereka.

Semua respondan juga sebulat suara bersetuju bahawa program ini diteruskan untuk memastikan
peningkatan peratus kehadiran murid. Pengkaji sedar bahawa usaha meningkatkan peratus kehadiran
murid adalah satu proses berterusan dan pihak sekolah tidak boleh leka dalam usaha mereka kerana
isu ini akan menjadi semakin serius.
70
Pengkaji lebih cenderung menggunakan aplikasi ekehadiran untuk mengumpul data kehadiran murid
kerana kaedah ini digunakan oleh PPD, JPN dan KPM. Pengumpulan data secara ini dapat
menyeleraskan data pengkaji dengan sumber rujukan PPD. Pengkaji juga mendapati bahawa kaedah
ini lebih mudah diperolehi dan lebih terperinci. Setiap pagi apabila maklumat kehadiran murid diperolehi
melalui guru kelas, kerani sekolah akan 'key-in' kehadiran murid ke dalam ekehadiran melalui Aplikasi
Pangkalan Data Murid (APDM). Satu salinan 'hardcopy' akan diberi kepada Penolong Kanan HEM untuk
difailkan dan satu salinan kepada pengkaji untuk dijadikan bahan rujukan.

Jadual 13: Perbandingan peratus kehadiran murid Januari hingga Mei 2017

Bil Bulan Peratus

1 Januari 94.37

2 Februari 94.17

3 Mac 93.96

4 April 94.18

5 Mei 94.39

Analisis data yang diperolehi dari aplikasi ekehadiran menunjukkan target peratus 95 % telah berjaya
dicapai pada kebanyakan hari dan peratus purata juga melepasi 95 %. Ini menunjukkan keberkesanan
program yang dijalankan untuk mencapai objektifnya. Penurunan peratus kehadiran murid ke 93.8 %
pada 16 Mei 2017 adalah kerana sekolah telah mengadakan Majlis Hari Guru pada hari itu dan ini telah
memberi kesan yang negatif kepada kehadiran murid. Tinjauan secara lisan melalui murid lain memberi
maklumbalas bahawa kawan-kawan mereka tidak hadir ke sekolah kerana mereka berasa malu kerana
tidak mampu membeli hadiah untuk diberi kepada guru mereka dan mereka bertindaka tidak hadir ke
sekolah. Pihak sekolah harus peka terhadap perkara ini dan memastikan perkara ini tidak berulang.

Pengkaji dapat mengesan bahawa peratus kehadiran murid dari 10 hingga 13 Mei 2017 adalah tinggi
kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun dilangsungkan. Dalam membuat analisis kehadiran pengkaji
perlu mengambil kira perkara 'tarikan' peperiksaan.

71
4.3 Rumusan keberkesanan pelaksanaan

Program Target Kehadiran 95% yang dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi isu kehadiran murid SKP
dirancang berdasarkan perancangan strategi yang dibuat dengan teliti demi memastikan kejayaannya.
Program ini diterima dengan baik oleh semua warga sekolah serta PIBG SKP demi mengatasi masalah
kehadiran murid untuk memastikan peningkatan prestasi akademik murid.

Kerjasama yang jitu yang diterima dari warga SKP ke arah menjayakan program ini menggambarkan
gaya kepimpinan Puan Aslinda Binti Saari, Guru Besar SKP, yang dapat memastikan bahawa setiap
warga SKP memahami dan menghayati hala tuju sekolah demi mencapai objektif dan matlamat sekolah.

Program ini juga dapat menyedarkan murid, guru, ibu bapa, PIBG dan komuniti setempat mengenai
kepentingan murid hadir ke sekolah setiap hari. Maklumbalas secara informal melalui perbualan mesra
dengan komuniti setempat yang diperolehi oleh pengkaji menunjukkan bahawa maklumat serta mesej
yang ingin disampaikan kepada ahli komuniti melalui program ini berjaya disampaikan. 94% daripada
ibu bapa murid sekolah ini peka terhadap prestasi akademik anak mereka dan memberi kerjasama yang
jitu untuk memastikan anak mereka hadir ke sekolah setiap hari. 6% ibu bapa masih lagi bersikap negatif
tetapi PIBG dan Ketua Kampung sedang berusaha mendekati mereka dan meningkatkan kesedaran
mereka dalam hal ini.

PIBG dan Ketua Kampung telah berusaha mengadakan satu Program Motivasi Keibubapaan
dengan kerjasama UiTM cawangan Sungai Siput, Perak pada 17 Mei 2017. Dalam program ini, mereka
memasukkan tajuk 'Kepentingan Murid Hadir Ke Sekolah'. Ini menunjukkan sikap keperihatian dan
keinginan untuk berkerjasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi masalah kehadiran sekolah.

Setelah menerima maklumat dari GBK mengenai kumpulan murid kritikal, pengkaji mendapati
bahawa 8 daripada 10 murid dalam kumpulan ini tidak lagi ponteng sekolah. Mereka nampak lebih ceria
dan seronok datang ke sekolah. Kebanyakkan murid yang tidak datang ke sekolah memberi alasan
tidak sihat atau pun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jumlah murid yang ponteng tanpa
sebab yang munasabah mengalami penurunan dan pihak sekolah berharap perkara ini akan berterusan.
72
Peneguhan positif yang diberi melalui pengiktirafan kehadiran murid kritikal dan kelas yang dapat
memastikan 100% kehadiran setiap minggu memberi kesan yang positif terhadap kehadiran murid. Guru
kelas dan murid berusaha memastikan bahawa kelas mereka dapat mencapai kehadiran 100% setiap
minggu. Ini dapat menimbulkan persaingan yang sihat di antara kelas.

Murid-murid dari kumpulan kritikal seronok menerima hadiah dari GBK setiap pagi apabila mereka
hadir ke sekolah. Ini menjadi satu dorongan yang positif bagi mereka. Murid yang menerima
pengiktirafan sebagai Johan Kehadiran Bulanan berasa bangga dan mempengaruhi murid lain supaya
berusaha mendapat pengiktirafan yang sama.

Secara keseluruhan program ini membawa perubahan yang positif terhadap kehadiran murid. Pihak
sekolah dapat meningkatkan peratus kehadiran murid melebihi 95%, iaitu, target yang ditetapkan oleh
KPM. Pihak sekolah sangat yakin mengenai keberkesanan program ini dan membuat keputusan untuk
menjalankan program ini secara berterusan. Sokongan dan kepercayaan terhadap keberkesanan
program ini juga disuarakan melalui soal selidik yang telah dijalankan oleh pengkaji, di mana semua
respondan mensyorkan supaya Program Target Kehadiran 95% ini diteruskan.

BAB 5

REFLEKSI

5.1 Aspek kepimpinan dan pengurusan

73
Puan Aslinda Binti Saari, guru besar SKP, memainkan peranan yang penting dalam memastikan
kejayaan program ini. Beliau menunjukkan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan teladan oleh
pengkaji, yang berhasrat menjadi seorang guru besar kelak. Guru besar mempamirkan pelbagai gaya
kepimpinan yang bukan sahaja memastikan pencapaian objektif program ini, malahan menjadi
inspirasi dan motivasi kepada guru-guru dan pengkaji.

Guru besar mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire, di mana pengkaji diberi kebebasan penuh
dalam proses perancangan dan pelaksanaan program ini. Beliau bersifat pasif dan memantau
perkembangan pelaksanaan program ini. Sebagai Pengerusi Mesyuarat Program Target Kehadiran 95%
beliau mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dalam mengenalkan program ini kepada guru dan
mencungkil pendapat mereka mengenai kesesuaian dan pelaksanaan program ini. Seterusnya, beliau
bersikap autokratik apabila menetapkan ahli jawatankuasa dan penentuan tugas setiap guru.

Guru besar membuat pemantauan pelaksanaan program ini secara berterusan. Apabila kehadiran
kurang memuaskan beliau telah bertindak menggerakkan warga sekolah supaya berkunjung ke rumah
murid. Beliau juga menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan kejayaan program ini.
Perhimpunan rasmi sekolah akan digunakan beliau sebagai landasan untuk sentiasa mengingatkan
murid tentang kepentingan hadir ke sekolah setiap hari. Guru besar menyampaikan maklumat kehadiran
murid kepada YDP PIBG dan menggesa beliau supaya bersama bertindak menyelesaikan masalah ini.

Kejayaan program ini, sebahagian besarnya, adalah kerana usaha guru besar yang dapat
mempengaruhi guru-guru, staf solongan, staf swasta dan murid-murid untuk bertungkus lumus demi
memastikan peratus kehadiran meningkat.

Guru besar SKP juga menggunakan gaya kepimpinan situasi, beliau memberi arahan secara
autokratik kepada guru-guru yang kurang berpengalaman setelah tugas mereka digariskan dengan jelas.
Mereka tidak diberi ruang untuk mempersoalkan tugas yang diberi atau berkongsi pendapat. Guru-guru
lama yang berpengalaman diberi peluang berkongsi pendapat dan diberi tugas mengikut kebolehan
mereka. Pengalaman guru lama ini digunakan untuk menjayakan progam ini. Gaya kepimpinan situasi

74
yang diutarakan oleh Hersey dan Blanchard (1993), dihayati secara mendalam oleh guru besar dan
beliau menggunakannya dengan berkesan untuk memastikan kejayaan program ini.

Rajah 4: Gaya Kepimpinan Situasi

Guru besar telah menyerahkan pelaksanaan dan penyelerasan program ini kepada pengkaji dan
tidak langsung masuk campur dalam pengurusannya. Beliau hanya melibatkan diri sekiranya didapati
kekangan dalam pelaksanaannya atau terdapat tanda-tanda awal objektif program tidak akan dicapai.
Dalam keadaan di mana autokratik authoriti diperlukan beliau menggunakan kuasa mutlak guru besar
untuk memastikan perjalanan program ini bergerak lancar.

Beliau bertindak mengadakan Mesyuarat AJK PIBG untuk membawa isu ini kepada perhatian ibu
bapa dan melibatkan mereka secara aktif dalam penyelesaiannya. Tindakan ini diambil selepas
berbincangan bersama Jawatankuasa Induk program ini yang sebulat suara berpendapat bahawa
kerjasama ibu bapa dalam menghadapi isu ini masih tidak memuaskan. Ahli-ahli jawatankuasa berasa
bahawa tanpa kerjasama daripada 6% ibu bapa yang bersikap negatif terhadap perkembangan
akademik anak-anak mereka objektif program ini tidak akan dicapai. Gaya kepimpinan demokrasi yang
diamalkan oleh guru besar dalam menerima pendapat ahli-ahli jawatankuasa mendorong beliau untuk
berhadapan dengan AJK PIBG.

75
Beliau mengarahkan PK HEM untuk kemukakan isu ini semasa Mesyuarat AJK PIBG. Ini
menunjukkan kecekapan beliau dalam pengamalan protokol dalam kepimpinan. Penetapan tugas
mengikut jawatan dan perkongisan tanggungjawab adalah tanda seorang pemimpin yang dinamik.
Semasa perbincangan isu ini oleh AJK PIBG, guru besar menggunakan kepakaran birokrasi beliau
untuk menjuruskan pemikiran AJK ke arah penyelesaian masalah yang diharapkan oleh pihak sekolah.
YDP dan Naib YDP mengemukakan cadangan bahawa isu berkenaan dengan ibu bapa murid yang
tegar ponteng sekolah diserahkan kepada mereka dan Ketua Kampung untuk diselesaikan.
Seterusnya, pengkaji, sebagai PK Pentadbiran, mencadangkan penubuhan Skuad Jom Ke Sekolah
yang dianggotai oleh ibu bapa dan komuniti setempat untuk menolong sekolah menyelesaikan masalah
kehadiran murid. Cadang ini diterima sebulat suara dan Setiausaha PIBG ditugaskan untuk menyelaras
pembentukan skud ini.

Gaya kepimpinan guru besar memainkan peranan yang sangat dinamik dalam memastikan
pencapaian objektif program ini secara berterusan. Gaya kepimpinan yang dipamirkan oleh GB SKP
secara tidak langsung telah menampakkan hasilnya, walaupun tidak begitu ketara pada peringkat
awalnya.

5.2 Kekuatan Program

Selain dari gaya kepimpinan guru besar, kerjasama yang jitu dari warga SKP merupakan sebab utama
kejayaan program ini. Setiap orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memberi
76
kerjasama dan komitmen yang tinggi ke arah pencapaian objektif program ini. Makna peribahasa ' berat
sama dipikul, ringan sama dijinjang' dapat dihayati sepenuhnya oleh pengkaji dalam usaha
melaksanakan program ini. Objektif dan matlamat program ini diterima dan dipikul sebagai hala tuju
bersama oleh semua orang dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka untuk menjamin kejayaannya
sangat mengkagumkan.

PK HEM dan PK Kokurikulum sentiasa ada di pintu pagar pada waktu pagi untuk menyambut
ketibaan murid ke sekolah. Pada waktu inilah, perbincangan mengenai kekuatan dan kekangan program
ini serta penambahbaikan yang perlu dilakukan diadakan. Segala tindakan yang perlu, diambil dengan
segera untuk memastikan kelancaran jentera program ini. Pada masa ini juga, murid yang tidak hadir
dikenal pasti dan tindakan susulan seperti menelefon ibu bapa atau mengaktifkan tindakan 'Jejak Ke
Pintu ' dilakukan.

Guru kelas serta guru pembantu kelas sentiasa memainkan peranan mereka dalam mengingatkan
murid mengenai kepentingan hadir ke sekolah. Mereka juga berusaha menasihat dan membimbing
murid yang suka ponteng. Dorongan yang diberikan oleh kedua guru ini jelas berkesan dengan
pencatatan kehadiran penuh oleh kebanyakkan kelas. Kelas-kelas yang dianggap bermasalah telah
berjaya mencatatkan kehadiran penuh sepanjang minggu dan memenangi hadiah. Ketekunan dan
ketabahan guru-guru SKP dalam usaha mereka meningkatkan kehadiran murid dan memastikan
kejayaan program perlu dipuji.

Pengawal keselamatan sekolah memberikan kerjasama yang tinggi untuk memastikan murid datang
ke sekolah. Kesedaran beliau mengenai kepentingan program ini kelihatan dalam cara beliau sentiasa
sedia membantu menjayakan Program Sekolah Penyayang. Beliau berdiri di depan pintu pagar dan
bersalaman dengan murid yang hadir. Beliau juga bersalaman dengan ibu bapa atau penjaga yang
hantar anak mereka ke sekolah. Kerelaan beliau berkerjasama merupakan satu kekuatan kepada guru
dan pentadbir yang menjalankan program ini.

77
Staf swasta yang lain juga bersama memainkan peranan mereka dengan memantau murid-murid
yang datang awal ke sekolah supaya keselamatan mereka terjamin. Staf ini juga berperanan sebagai
perantaraan antara sekolah dan kominiti setempat dengan menerangkan kepentingan, matlamat dan
objektif program ini kepada mereka.

Staf sokongan juga memainkan peranan dalam memastikan kejayaan program. Mereka membantu
dari segi penyebaran maklumat kepada komuniti setempat. Mereka juga bertanggungjawab untuk
memastikan kehadiran murid direkodkan secara atas talian dengan cepat dan tepat. Staf ini juga
ditugaskan untuk menghubungi melalui telefon ibu bapa murid yang tidak hadir. Segala surat menyurat
program ini dibuat oleh staf sokongan dan sebarang kesulitan yang dihadapi oleh guru-guru dalam
berhubung dengan ibu bapa diselesaikan oleh mereka.

Sasaran utama program ini , iaitu murid, memainkan peranan mereka dalam memastikan
pencapaian objektif dengan memberikan kerjasama yang baik. Mereka memahami hasrat pengkaji
membuat program ini dan berusaha untuk memastikan kejayaannya. Murid-murid juga tertarik dengan
hadiah, ganjaran dan pengiktirafan yang diberi. Walaupun, nilai hadiah itu tidak tinggi, murid masih
menghargai pengiktirafan yang diberi dan berusaha untuk memenanginya setiap minggu. Mereka juga
menasihat, memujuk dan mendorong kawan-kawan mereka supaya tidak ponteng sekolah. Ada juga
dalam kalangan mereka yang berani lawan kata-kata ibu bapa dan menjelaskan kepada mereka
kepentingan hadir ke sekolah setiap hari.

Terdapat ramai ibu bapa murid SKP yang menyedari kepentingan program ini dan mereka
memastikan anak mereka sentiasa hadir ke sekolah. Ada pula dalam kalangan ibu bapa yang sanggup
berusaha untuk menasihat ibu bapa yang masih bersikap negatif dan kurang berkerjasama dalam
penyelesaian isu ini. Pengkaji sendiri telah terdengar beberapa ibu bapa bertukar pendapat mengenai
kepentingan hadir ke sekolah dan memuji tindakan pihak sekolah dalam usaha mengatasi masalah ini.

PIBG SKP yang sentiasa bersama pihak sekolah dalam semua usaha berkaitan dengan peningkatan
prestasi sekolah, tidak ketinggalan dalam memberi kerjasama yang jitu dalam menjayakan program ini.
78
YDP dengan segera meluluskan peruntukkan yang dipohon oleh pengkaji untuk menjalankan program
ini, setelah diberi pencerahan mengenai kepentingannya. Dalam Mesyuarat AJK PIBG yang pertama
cadangan untuk berkerjasama denga pihak sekolah dalam usaha menyelesaikan masalah ini diterima
sebulat suara. PIBG sedia maklum kepentingan murid hadir ke sekolah dan berhasrat memastikan
objektif program ini dicapai.

Pengkaji berpendapat sebab utama program ini dapat mencapai kejayaan dalam jangkamasa yang
pendek ialah aspek pendorongan secara 'soft touch', iaitu pujukan dan dorongan positif. Dorongan
yang diberi dengan cara pengiktirafan, ganjaran dan hadiah merupakan faktor utama ia mendapat
sambutan dari guru, staf sokongan, staf swasta, PIBG, ibu bapa dan murid. Dengan tiadanya, unsur
denda dan hukuman, murid berasa selesa dan terpengaruh untuk memberi kerjasama dan berusaha
menjayakan program ini.

Program Sekolah Penyayang, dengan menunggunya guru di pintu pagar sekolah dengan senyuman
mesra serta menghulur tangan untuk bersalaman dengan mereka, murid terdorong untuk menyambut
belaian kasih ini dan beriktiar hadir ke sekolah setiap hari. Pengkaji dan GBK berjumpa dengan murid
kritikal dan berbual mesra dan memberitahu mereka kepentingan datang ke sekolah setiap hari.
Pengkaji dan GBK juga berkongsi perasaan seronok kerana mereka berada di sekolah. Murid-murid
kritikal ini, dipujuk dan diberi hadiah setiap hari supaya mereka rasa bahawa guru menghargai kehadiran
mereka di sekolah.

Kejayaan program ini adalah kerana setiap orang yang terlibat dalam pengendalian program percaya
dan yakin kepentingan dan keberkesanannya untuk mengatasi masalah murid ponteng sekolah.

5.3 Kelemahan projek

Program ini ada beberapa kelemahan tetapi kekuatannya lebih banyak dan lebih berkesan untuk
memastikan program ini diteruskan. Kelemahan yang paling ketara adalah kekangan masa
pengendalian 'Program Target Kehadiran 95%' ini. Semua orang yang terlibat dengan program ini
79
meluahkan rasa tidak puas hati dengan 6 minggu yang diperuntukkan untuk pengendalian program ini.
Ahli jawatankuasa program dengan persetujuan guru besar dan YDP PIBG berhasrat untuk
meneruskan program ini untuk memastikan peratus kehadiran 95 % murid SKSI berterusan. Masa
juga merupakan faktor utama 'Skuad Jom Ke Sekolah' tidak dapat beraktif kerana ia masih lagi dalam
proses pembentukan. Program yang melibatkan kerjasama dengan PIBG dan JKKK mengambil masa
untuk dilaksanakan kerana terdapat banyak 'red tape' dan birokrasi apabila sekolah berhubung dengan
pihak luar.

Guru-guru juga mengalami masalah untuk memperuntukkan masa untuk 'Program Ke Pintu Depan'
kerana mereka perlu menjalankan PdP mengikut jadual waktu. Mereka terpaksa minta guru lain untuk
menolong mereka berkunjung ke rumah anak murid. GBK dan PK HEM terpaksa bertindak kunjung ke
rumah murid setiap hari dan ini merupakan satu beban kepada mereka kerana tugasan rasmi mereka
terpaksa ditangguhkan.

Sikap segolongan kecil ibu bapa yang negatif dan kurang memberi kerjasama merupakan cabaran
yang paling hebat yang terpaksa dihadapi oleh warga SKP. Ibu bapa ini, walaupun sedikit sahaja,
kurang bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka dan tidak memberi kerjasama
kepada pihak sekolah dalam memastikan kehadiran anak mereka ke sekolah. Terdapat juga situasi
dimana murid merayu dan ingin hadir ke sekolah tetapi dihalang oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa ini,
ada banayak sebab dan alasan untuk menahan anak mereka dari hadir ke sekolah. Guru dan wakil
pentadbir telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendampingi mereka dan membuat pencerahan
mengenai kepentingan hadir ke sekolah dan tanggungjawab mereka untuk memastikan anak mereka
hadir ke sekolah tetapi tidak berjaya mengubah sikap mereka.
Terdapat juga ibu bapa yang mengambil kesempatan menggunakan guru sebagai 'bas sekolah'
untuk membawa anak mereka ke sekolah. Guru-guru terpaksa pergi ke rumah murid untuk membawa
mereka ke sekolah kerana ibu bapa mengadu tiada kenderaan untuk hantar anak ke sekolah.

5.4 Cadangan Penambahbaikan

Berdasarkan kepada dapatan kekuatan dan kelemahan yang dinyatakan dalam laporan ini maka
untuk pelaksanaan pada masa hadapan program ini akan dimantapkan lagi pelaksanaannya khususnya
80
dalam aspek pengelolaan projek. Antara perkara yang dicadangkan untuk penambahbaikan pada masa
hadapan ialah;

i) Berusaha untuk mendapatkan permuafakatan dengan ahli PIBG untuk membentuk squad pantau
murid tidak hadir di setiap kampung dan penglibatan agensi luar yang bersedia untuk mengembeling
tenaga bersama menjayakan projek ini. Idea dan tenaga daripada semua pihak akan memantapkan
setiap program yang dijalankan oleh pihak sekolah.

ii) Program ini perlu dilakukan lebih awal , sebaik-baiknya pada awal tahun agar murid yang kurang
berupaya dari segi kemampuan kewangan boleh bersedia untuk menjelaskan bayaran secara beransur-
ansur.

iii) Mencadangkan supaya PIBG membiayai sebahagian kos yang perlu ditanggung oleh guru yang
menyertai program ini. Menerusi cara ini kos yang perlu dibayar oleh murid-murid dapat diminimumkan
dan ini sudah tentu akan membolehkan lebih ramai murid berpeluang untuk menyertai projek ini.
Cadangan ini tidak mengubah komitmen PIBG yang sedia ada iaitu menyediakan dana bagi tujuan
pengangkutan dan sewaan dewan jika projek ini dijalankan di luar sekolah.

iv) Projek ini pada masa hadapan dicadangkan tidak akan dilakukan pada hari persekolahan biasa,
sebaliknya diadakan pada hari Sabtu sama ada pada minggu kedua atau keempat. Langkah ini adalah
satu strategi dalam meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kebisingan yang boleh
mengganggu tumpuan murid yang mengikuti projek ini. Proses pengajaran dan pembelajaran kelas
biasa yang tidak terlibat dalam projek ini juga tidak terganggu.

v) Pelaksanaan projek ini pada masa hadapan juga akan mengambil kira tahap kefahaman peserta
dengan menggantungkan poster merangsang minat murid untuk datang ke sekolah. Langkah ini bagi
memberi penjelasan yang lebih lanjut agar murid yang melihat poster tersebut akan merangsangkan
minat untuk hadir ke sekolah.

vi) Untuk membolehkan lebih ramai murid hadir ke sekolah dan mencapai tahap kehadiran yang
dikehendaki oleh JPN dan PPD, konsep Air Asia iaitu “Now Everyone Can Fly” akan diterapkan pada
pelaksanaan akan datang. Jika Air Asia memberi peluang semua orang boleh terbang dengan kos

81
penerbangan yang sangat kompetitif, maka projek ini juga akan menggunakan strategi yang sama iaitu
berusaha mengurangkan kos dengan strategi menjalin hubungan kerjasama atau partnership dengan
agensi luar. Dengan cara ini kos dapat diminimumkan dan semua murid boleh “terbang” dalam konteks
kehadiran ke sekolah yang berkesan.

viii) Konsep pelaksanaan projek pada tahun ini adalah berasaskan kepada Hadiah Galakan Hadir Ke
Sekolah Setiap Bulan. Untuk memastikan nilai tambah pelaksanaan pada masa hadapan, konsep “Blue
Ocean Strategy” akan diterapkan.

Penutup

Kecemerlangan akademik murid mempunyai kaitan yang rapat dengan kehadiran mereka.
Kecemerlangan akademik itu pula sering menjadi fokus pengukuran prestasi bagi pihak berkepentingan
dan ibu bapa. Projek Target Kehadiran 95% yang diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti
kecemerlangan murid dalam pelajaran menerusi amalan hadir ke sekolah setiap hari. Perkara yang
diberi penekanan mencakupi gaya pembelajaran pintar, teknik membaca, teknik mengingat,
pengoptimuman penggunaan minda dan pengurusan masa yang bijak.

Pada keseluruhannya projek ini sangat berjaya dan penglibatan semua pihak dalam memastikan
kejayaannya sangat mengagumkan. Semua murid yang menyertai projek ini tidak akan dibiarkan begitu

82
sahaja, bahkan akan terus dipantau perkembangannya oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
Adalah diharapkan penganjuran projek ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan
kapasiti murid ke arah pemupukan cintakan sekolah dalam memartabatkan kualiti murid.

RUJUKAN

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan( 2011 ). Gaya Kepimpinan di Tempat Kerja. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Anthony Yeo ( 1996 ) Menangani Masalah Tekanan. Singapore & Kuala Lumpur: Times Books
International.

83
Atan Long (1988). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Bass, G.M. dan Greay, W.T. (1996). Education Research Abstracts. AccountingEducation, (1), 238-242.

Baharin Abu (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Projekmes in HEI in
Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK.

Dr .Kasmini Kassim ( 1993 ). Memahami Jiwa Kanak-kanak . Petaling Jaya: Kafa Rina Holdings. Sdn.
Bhd

Haji Muhamad bin Jantan ( 1993 ). Membina Ibubapa Profesional Dalam Konteks Psikologi
Keibubapaan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise

Hairuddin Mohd Ali & Muhammad Bustaman Abdul Manaf ( 2009 ) Perancangan Strategik Sekolah.
Kuala Lumpur :PTS Professional

James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah ( 2013 ). Kepimpinan Instruksional Satu Panduan Praktikal.
Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Amin H.A Shariff ( 1998 ). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Mohamad Daud Hamzah (1994 ). Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distrbutors Sdn. Bhd

Prof.Madya Md Shah ( 2009 ). Siapa Anda, Siapa Saya. Kuala Lumpur : E1 Publications. Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali ( 2013 ). Belajar Melalui Bermain. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distrbutors Sdn. Bhd

84
85

Anda mungkin juga menyukai