Anda di halaman 1dari 21

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN:
PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN
DAYA INGATAN MURID SLOW LEARNER TERHADAP
KONSEP SAINS

NAMA PENGKAJI:
SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN
PISMP G 7.2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

1.0

Pendahuluan
Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan
dengan berteraskan masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu
melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin keharmonian hidup secara
optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan
dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti
adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan
bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

1.1

Pengenalan
Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pendidkan di Malaysia telah
mengalami anjakan paradigma kearah pembentukan negara maju menjelang tahun
2020. Perubahan abad ke 21 menyaksikan cabaran yang lebih besar di dalam
senario dunia pendidikan dan persekolahan. Cabaran era globalisasi, liberasi dan
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberi impak yang lebih besar
terhadap permantapan sistem pendidikan di negara kita.
Kemajuan dan sumbangan sains membuatkan kehidupan bertambah maju
dan berkualiti khususnya dari segi inovasi dan pembikinan peralatan dan teknologi
baru. Untuk ini, pendidikan Sains di Malaysia mestilah benar- benar berkualiti untuk
membolehkan Negara terus maju dalam arus perkembanagan sains dan teknologi di
peeringkat global. Hanya sesuatu yang logik diterima sebagai fakta sains. Jika tidak,
perkara ini dianggap salah, khayalan atau tidak saintifik ( Tajul Ariffin Noordin,2010).
Pembelajaran adalah

proses membina penyampaian yang bermakna oleh

guru terhadap pelajar. Oleh itu, di sepanjang proses ini, kesalahan pelajar tidak
penting, tetapi pembelajaran berfungsi untuk mengorganisasikan dunia pengalaman
seseorang pelajar. Menurut Fosnot (1996), pembelajaran

bukanlah bermatlamat

perubahan tingkah laku atau kemahiran tetapi lebih menekankan kepada pembinaan
konsep dan pemahaman yang mendalam.

Tiga elemen di dalam bidang Sains iaitu pengetahuan, kemahiran , sikap


saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan
2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Sains. Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka
konsep bagi bagi murid memahami keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran Sains
adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran Sains yang
memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai- nilai murni yang diterima di persekitaran
budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam
mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan
perkembangan dunia Sains dan Teknologi. Oleh itu, murid harus membina
pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka.
Di samping itu juga, pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat
sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains yang
mempunyai impian untuk melahirkan modal insan yang mempunyai keseimbangan
diri terutama dari segi perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam bagi
melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan
berfikiran positif dalam membentuk suasana yang selesa kepada agama, nusa dan
bangsa.
Kehilangan minat murid terhadap matapelajaran Sains juga sering dikaitkan
dengan rendahnya penguasaan konsep asas murid. Mata pelajaran Sains
mempunyai struktur dan isinya dapat disusun mengikut hieraki. Perkara ini
membawa

implikasi

seseorang

perlu

mengusai

asas

sebelum

menguasai

pengetahuan yang berikutnya. Oleh yang demikian, kegagalan menguasai konsepkonsep asas secara berterusan menyebabkan murid ketinggalan dan sukar
memahami pengajaran di tahap yang lebih tinggi. Untuk memupuk sikap positif murid
terhadap matapelajaran Sains, bantuan dan bimbingan guru sangat diperlukan.
Kini, penguasaan pengetahuan ilmu Sains adalah salah satu keperluan yang
penting dan merupakan panduan utama bagi menentukan tahap perkembangan dan
kemajuan sesebuah negara. Kecenderungan dalam pembinaan keperluan dan aset
sesebuah negara telah pun menjadikan ilmu Sains menduduki tangga teratas dalam
senarai kepentingan

bagi melonjakkan nama negara dari segi kecekapan,

kemodenan dan kemajuan. Oleh itu wajarlah jika konsep Sains itu ditekankan dalam
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

di

dalam

mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.


3

kelas

agar

murid

dapat

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengalaman mengendalikan proses pengajaran semasa menjalankan latihan
pratikum pada fasa 1 dan fasa 2 banyak membantu pengkaji mengenalpasti masalah
murid dalam pembelajaranya. . Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang
lalu, pengkaji telah mendapati bahawa murid- murid daripada Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) mengikuti proses pembelajaran mata pelajaran Sains pada
tahap yang sederhana Proses pengajaran dan pembelajaran banyak dijalankan
dalam bilik darjah sahaja. Penerokaan adalah aspek yang penting dalam proses
saintifik (Zuraida ,2003). Melalui penerokaan, kanak- kanak dapat mengembangkan
kemahiran

seperti

membuat

pencerapan

,mengelas

dan

membina

soalan

(Johnston,1996).
Masalah utama yang dihadapi oleh murid slow- learner adalah sukar untuk
mengingati sesuatu fakta atau konsep Sains yang telah dipelajari. Kebiasaanya,
kanak- kanak dikenalpasti pada peringkat awal setelah didapati tidak dapat
menguasai

kemahiran

membaca,

menulis dan

mengira

dalam

pendidikan.

Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di


peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak- kanak normal dengan
kanak- kanak slow- learner kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara.
Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan, permasalahan mereka dapat
dikesan (Jamila 2005).
Berdasarkan pengalaman pengkaji, murid- murid menunjukkan minat yang
tinggi untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Contohnya, mereka tidak sabar
untuk mengetahui isi pengajaran setiap kali tibanya waktu pengkaji untuk mengajar
Sains. Mereka begitu teruja apabila pengkaji menjalankan eksperimen berkaitan
dengan topik yang dipelajari. Contohnya terdapat beberapa orang murid akan
bertanya Cikgu, bila kita nak belajar tentang animal walaupun pada minggu itu
masa untuk Sains telah tamat. Disamping seronok menjalankan eksperimen, muridmurid diperkenalkan dengan konsep dan istilah sains yang berkaitan. Mereka juga
diterangakan tentang prosuder atau langkah- langkah yang terlibat semasa
melakukan eksperimen.

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Penglibatan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Sains juga memudahkan guru untuk merangka aktiviti yang mencabar dan
meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Walaubagaimanapun, mereka mengalami
kesukaran untuk mengingat konsep asas Sains semasa pembelajaran dalam kelas.
Sebagai contoh, mereka tidak nama haiwan berdasarkan konsep pembiakan haiwan
iaitu haiwan yang beranak dan haiwan yang bertelur. Murid keliru dengan namanama haiwan daripada kumpulan makanan haiwan ataupun habitat haiwan. Apabila
disoal di dalam kelas, murid memberikan jawapan yang salah.
Mempelajari mata pelajaran Sains adalah suatu perkara yang menyeronokkan
sekiranya murid dapat memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari. Murid
mempunyai minat untuk belajar mengaitkan aktiviti dengan objek atau kehidupan
persekitaran mereka. Bagi mereka, dunia ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan
benda yang menarik serta penuh misteri yang perlu diterokai dan difikirkan (Sharifah
Norhaidah,2003). Kebiasaanya, sebagai pengukuhan untuk menguji tahap ingatan
murid, pengkaji akan bersoal jawab dengan murid terlebih dahulu mengenai konsep
Sains yang telah dipelajari pada seisi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasil
daripada soal jawab tersebut, murid gagal untuk memberikan jawapan yang tepat.
Misalnya, pengkaji meminta

murid menyenaraikan haiwan yang mempunyai

cangkerang. Oleh yang demikian, murid gagal mengingati konsep ciri- ciri fizikal
haiwan yang bercangkerang.
Selain daripada itu, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, murid- murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar tentang haiwan
dan tumbuhan. Penglibatan aktif murid dalam kelas menyebabkan murid dapat
memahami konsep Sains yang diajar. Akan tetapi, apabila keesokan harinya atau
sesi pengajaran dan pembelajaran yang baru, murid tidak dapat mengingati konsep
yang telah diajar kerana keliru dengan konsep Sains yang baru dipelajari dengan
pengetahuan sedia ada mereka. Misalnya, pada minggu lepas murid diajar tentang
habitat haiwan manakala pada seisi pengajaran seterusnya, murid diterangkan
tentang ciri fizikal haiwan. Murid keliru dengan nama- nama haiwan tersebut kerana
tidak dapat mengelaskan haiwan mengikut kumpulan- kumpulan tertentu seperti
habitat haiwan, kumpulan makanan haiwan, ciri fizikal haiwan dan cara pembiakan
haiwan.

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Masalah ini menyebabkan murid gagal mengaitkan pembelajaran yang


baru dengan pengetahuan sedia ada murid. Masalah ini merisaukan pengkaji kerana
proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang perlu dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada murid.

Hal ini terjadi kerana murid tidak mempunyai

sebarang nota atau rujukan yang boleh dilihat ataupun dibaca. Mereka sekadar
menjawab soalan daripada lembaran kerja yang diberikan sebagai latihan
pengukuhan selepas mengajar tentang sesuatu konsep. Apabila, belajar tentang
konsep baru, lembaran kerja murid tidak menyentuh tentang konsep Sains yang
telah dipelajari dahulu. Contohnya, murid telah mempelajari tentang suhu badan
haiwan yang berdarah panas dan berdarah sejuk pada sesi pembelajaran minggu
lepas, manakala pada minggu ini murid mempelajari tentang habitat haiwan. Apabila
disoal semula tentang kumpulan suhu badan haiwan, murid gagal untuk
mengelaskannya.
Justeru itu, pengkaji harus memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi
masalah yang dihadapi oleh murid slow- learner kelas Ixora. Memandangkan
kaedah yang digunakan sebelum ini seperti kaedah lati tubi tidak membantu murid
untuk mengatasi masalah yang timbul. Intervensi yang ingin diaplikasikan harus
sesuai dengan tahap kognitif murid dan membantu murid untuk menjana kemahiran
berfikir mereka.

1.3 Refleksi Nilai Pengajaran


6

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Berdasarkan pengalaman pengkaji menjalani latihan pratikum di tiga


buah sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan (latih tubi, chalk
n talk)
Kemampuan mengingat adalah satu faktor penting dalam proses pembelajaran
seseorang murid. Mengingat fakta dan konsep adalah salah satu daripada
kompenan kemahiran asas belajar untuk menyelesaikan soalan soalan tahap
penialaian tinggi melibatkan peringkat analisis, sintesis, dan penilaian ( berdasarkan
aras pembelajaran Taksonomi Bloom). Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin
(2001), mengingat boleh didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang berkaitan
dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik di
samping dibantu oleh bahan atau alat sokongan untuk peneguhan daya ingatan
terhadap sesuatu perkara yang dilakukan, umpamanya belajar dengan alat visual
atau audio yang mampu merangsang deria dengar dan lihat secara serentak.
Lee Shok Mee ,1997 berkata, tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari
menjadi sia- sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula, kebolehan mengingat menjadi
asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai
pembelajaran. Oleh itu, kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan
menjejaskan prestasi murid. Justeru itu, calon tersebut dianggap gagal dalam
pembelajaran.
Penggunaan kad poket ini juga berkaitan rapat dengan implikasi teori
perkembangan kognitif Piaget yang banyak membantu guru dalam meningkatkan
pembelajaran sains murid dari segi inkuiri penemuan iaitu dimana pembelajaran
sains harus berdasarkan kegiatan hands-on yang menggunakan sumber yang
konkrit. Selain daripada itu,

aktiviti hands on dan minds- on haruslah

mengikut kesesuaian kognitif murid supaya murid dapat memahami dan


mengadptasi konsep yang dipelajari ke dalam skemanya (Poh Swee Hiang, 2000).

2.0 Fokus kajian


2.1 Isu Kajian
Bagi tujuan mengenalpasti masalah yang dinyatakan dalam refleksi
pengajaran dan pembelajaran, tinjauan awal masalah perlu terlebih dahulu
dilakukan. Tinjauan awal perlu dilakukan kerana pengkaji ingin kenal pasti
7

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

kumpulan sasaran yang menghadapi masalah mengingati konsep Sains. Justeru


itu, dua kaedah kumpul data yang digunakan iaitu analisis dokumen dengan
menyemak buku kerja murid dan menjalankan ujian diagnostik.
2.1.1 Tinjauan Awal
Semasa menjalani latihan pratikum fasa III, pengkaji telah diberi peluang
untuk mengajar mata pelajaran Sains. Sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran, ujian diagnostik dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap
penguasaan murid dalam memahami konsep Sains.
Instrumen soalan diagnostik digubal berpandukan huraian sukatan pelajaran
sains bagi murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Set soalan mengandungi
dua bahagian yang membawa markah sebanyak 50 markah. Iaitu bahagian A
sebanyak 30 soalan berbentuk objektif dan pada bahagian B mengandungi 4
soalan subjektif dimana setiap soalan dipecahkan kepada 5 soalan. Pada bahagian
B, murid dikehendaki mengisi tempat kosong, memadankan jawapan, mengelaskan
kumpulan haiwan dan melengkapkan jadual.
Soalan ujian yang dirangka berkisar tentang benda hidup yang melibatkan
haiwan dan tumbuhan. Murid disoal tentang konsep asas benda hidup. Contohnya
adalah apakah keperluan asas manusia, cara pembiakan haiwan, kumpulan
makanan haiwan, habitat haiwan, suhu badan haiwan, ciri- ciri fizikal haiwan dan
cara haiwan bergerak. Manakala, soalan berkaitan tumbuhan pula disoal tentang
bahagian- bahagian pokok, cara tumbuhan melindungi diri

dan menentukan

keperluan asas tumbuhan.

2.1.2

Analisis Tinjauan Awal


Analisis dokumen dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan subjek kajian. Bagi ujian diagnostic, peratusan digunakan untuk
menilai pretasi subjek kajian.
Ujian diagnostik
Buku kerja murid.

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

*kak yong ni saya x hurai ag.nti saya send balik

2.1.3

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


Dalam memilih fokus kajian yang berkualiti. Terdapat beberapa kriteria yang
perlu

diketengahkan. Antaranya adalah kebolehtadbiran, kepentingan,

kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan kepada pihak sekolah.


Kebolehtadbiran

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Fokus kajian yang ditetapkan boleh ditadbir kerana pengkaji sendiri mengajar
mata pelajaran Sains semasa menjalani pratikum pada fasa ketiga. Oleh itu,
intervensi dapat dijalankan semasa pengkaji menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas. Kaedah pelaksanaannya
juga mudah dan bersistematik.
Kepentingan
Fokus kajian ini akan memberikan kepentingan yang besar kepada murid
slow- learner itu sendiri. Hal ini kerana , sains amat berkait rapat dengan
proses kehidupan manusia yang dilalui sepanjang tempoh hayatnya. Perkara ini
penting kerana akan membantu murid membuat perkaitan dengan isi
pembelajaran yang baru.
Kebolehgunaan.
Intervensi yang ingin diaplikasikan merupakan

kaedah pratikal yang tidak

memerlukan pemikiran yang abstrak. Justeru itu, peta minda dapat membantu
subjek kajian dalam penambahan penbendaharaan kata Bahasa Melayu Selain
itu, boleh dikaitkan dengan mata pelajaran yang lain seperti Matematik dan
Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, Sains adalah perkara yang dilalui oleh setiap
orang dalam proses kehidupan.
Kawalan
Aktiviti intervensi yang dijalankan mampu dikawal sendiri oleh pengkaji tanpa
melibatkan orang lain. Antara aspek yang boleh dikawal oleh pengkaji adalah
masa untuk menjalankan interversi, subjek kajian dan pemilihan tajuk untuk
menjalankan intervensi tersebut. Pengkaji tidak perlu menganggu waktu guru
lain untuk menjalankan intervensi seperti yang dirancang.
Kolaborasi
Dalam memastikan

intervensi

yang

dijalankan

oleh

pengkaji

mampu

memberikan keputusan yang positif, kolaborasi dengan pihak- pihak tertentu


perlu dilakukan agar fokus kajian ini berkualiti. Kolaborasi dengan pihak sekolah
akan banyak membantu pengkaji mengumpulkan data. Kolaborasi dengan
rakan pengkaji juga perlu untuk meminta bantuan merakamkan video serta
membantu dalam membuat pemerhatian kepada subjek kajian. Kolaborasi

10

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

dengan pensyarah pembimbing harus dilakukan agar segala maklumat dalam


pengumpulan data dan ujian diagnostik merupakan data yang sah.
Kerelevanan kepada pihak sekolah
Fokus kajian ini akan membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi muridmuridnya. Intervensi yang dijalankan akan membantu meningkatkan motivasi
kendiri murid secara tidak langsung. Perkara ini akan mengurangkan masalah
displin murid tersebut.

2.2 Tinjauan Litetatur berkaitan dengan Isu Kajian


Pengenalan.
Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi
pembelajaran yang lebih berkesan terhadap murid- murid. . Pembelajaran secara
hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat
membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di bagi murid
bermasalah pembelajaran.
2.2.1 (teori/model/pendekatan/strategi berkaitan)
Manakala,menurut Goodman,pengalaman pembacaan murid akan lebih
bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau
diketahui mereka. Oleh yang demikian, kaedah pandang sebut amat
bersesuaian untuk diaplikasikan dalam menjalankan intervensi ini.
Teori Pembelajaran Ausebel- Novak cuba memberikan satu huraian
atau gambaran tentang bagaimana pembelajaran mengambil tempat dalam
diri seseorang pelajar itu. Seterusnya bagaimana pelajar itu memproses
maklumat baru dan bagaimana maklumat itu disimpan. Dua istilah yang sering
digunakan dalam teori ini ialah pembelajaran hafalan berlaku apabila
maklumat yang dipelajari tersimpan secara arbotari di dalam struktur kognitif
individu. Dengan kata lain, maklumat baru tidak mempunyai hubungan
psikologikal dengan konsep- konsep lain dalam makna- makna mereka
(Novak ,1990)
Bagi mencapai pembelajaran bermakna dengan berkesan, Novak telah
menenkankan akan pentingnya pelajar- pelajar mempunyai pengetahuan
tentang proses membina pengetahuan . Salah satu caranya adalah membina
peta minda. Peta minda membantu pelajar memahami bahawa konsep

11

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

memperolehi makna yang mereka lalui dengan konsep lain ( Siti Janah,
1999).
Pada umumnya, peta minda sangat berguna untuk mengetahui
persoalan tentang perubahan- perubahan dalam pengetahuan sains pelajar
dan kemahiran- kemahiran penyelesaian masalah, mengolah data dan
pencapaian dalam ujian penyelesaian masalah yang sukar. Ia juga membantu
pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

2.2.2 ( Kajian Lepas yang berkaitan)

Kajian tentang penggunaan peta minda


Mengikut Novak (1990), peta minda merupakan teknik pedagogi untuk
menolong pelajar- pelajar memilih secara menyeluruh bagaimana konsep- konsep
baru dihubungkan dengan konsep- konsep terdahulu yang telah dipelajari. Peta
minda dapat membantu pelajar menyusun konsep dan perkaitan antara satu sama
lain. Penglibatan pelajar dalam proses pemetaan membolehkan mereka mendalami
kefahaman mengenai apa yang dipelajari.
Kajian oleh Aziziah (2000), adalah bertujuan mengkaji keberkesanan
penggunaan peta minda sebagai kaedah pengajaran dalam matapelajaran Sains
Tingkatan 1. Kajian ini dijalankan untuk menilai penerimaan serta kesediaan pelajar
menggunakan peta minda. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen
ujian pra dan ujian pasca dengan sampel kajian seramai 58 orang pelajar. Hasil ujian
pra menunjukkan pencapaian awal pelajar kedua- dua kumpulan adalah sama. Hasil
ujian pasca menunjukkan peningkatan pencapaian bagi kedua- dua kumpulan
12

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

eksperimen dan kumpulan kawalan, walaubagaimanapun peningkatan pencapaian


yang lebih diperhatikan berlaku pada kumpulan eksperimen (yang menggunakan
peta minda) berbanding kumpulan kawalan (diajar kaedah konvensional). Hal ini
bermakna pengajaran dengan menggunakan peta minda adalah lebih berkesan
dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains berbanding
dengan kaedah biasa.
Melati 2008, kajian dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap
dan penggunaan peta konsep sebagai alat pengajaran di kalangan guru berbeza
pengalaman dan menentukan hubungan di antara pengetahuan dan sikap terhadap
penggunaan peta konsep di kalangan guru- guru Sains di Melaka. Kajian yang
dijalankan berbentuk kajian tinjauan yang dilaksanakan melalui instrumen soal
selidik. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Seramai 136 orang guru Sains dari 20
buah sekolah telah diambil secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa tahap
pengetahuan , sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru guru Sains di
sekolah menengah Negeri Melaka berada di tahap yang tinggi.
Manakala kajian oleh Aimi Shazmani 2008 yang bertujuan untuk mengetahui
perbandingan kesan dari penggunaan dua kaedah pengajaran iaitu Kaedah Peta
Minda dan Kaedah Inkuiri terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains
Biologi Tingkatan 4 dalam topik Fotosintesis. Fokus utama kajian ini adalah untuk
melihat di antara dua kaedah ini yang dapat memberikan peningkatan yang lebih
baik ke atas pencapaian pelajar. Bilangan sampel kajian adalah seramai 60 orang
pelajar tingkatan 4 sains tulen yang dipilih secara rawak berkelompok. Instrumen
kajian yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca Ujian-t juga
digunakan untuk melihat samaada wujud ataupun tidak perbezaan signifikan antara
pembolehubah-pembolehubah bagi kajian ini pada aras signifikan iaitu 0.05. Data
dianalisis dengan mengunakan perisianStatistical Package For Social Science 14.0
(SPSS 14.0). Keputusan analisis menunjukkan bahawa perbezaan min antara ujian
pra dan ujian pasca bagi kumpulan Kaedah Peta Minda ialah sebanyak 11.87 iaitu
23.4%. Manakala, perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan
Kaedah Inkuiri ialah sebanyak 16.53 iaitu 31.8%. Kesimpulannya, Kaedah Inkuiri
telah memberikan kesan yang lebih baik. terhadap pencapaian pelajar tingkatan 4
dalam topik Fotosintesis dengan perbandingan min sebanyak 4.66 iaitu 4.7%.

13

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Kajian

yang

dijalanakan

oleh

Fatihah

2007

bertujuan

menyelidik

keberkesanan penggunaan peta minda dalam menguasai subtopik Mitosis dan


Meiosis bagi Subjek Biologi di kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains. Reka bentuk
kajian adalah berbentuk kajian kuatitatif yang bersifat kajian ekperimen secara kuasi.
Bilangan sampel adalah seramai 60 orang pelajar Tingkatan Empat Sains dari
sebuah sekolah menengah di.Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan soalan ujian
untuk mendapatkan data. Soalan ujian ini terdiri daripada 12 soalan objektif dan 2
soalan struktur. Kajian rintis dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan ujian.
Semua data dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan median, mod
dan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian

Hasil kajian

menunjukkan peta minda berkesan membantu pelajar dalam menguasai subtopik


mitosis dan meiosis.
Kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Siti Sara, 2010
yang bertujuan melihat sejauh mana kaedah pembelajaran mengunakan teknik
peta minda bersaiz poket dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta
mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains dalam meningkatkan pencapaian dan
prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dalam tajuk Pelbagai sumber dan Bentuk
Tenaga . Melibatkan seramai 60 orang pelajar dari sebuah kelas dalam Tingkatan
Satu di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar pada tahap
pencapaian yang pelbagai dalam mata pelajaran Sains. Kajian yang akan
dijalankan ini adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujian pra pada peringkat
awal kajian (sebelum pengkaji memulakan aktiviti pembelajaran) dan diikuti oleh
ujian pos (selepas aktiviti P&P yang dirancang telah dilaksanakan).
Di samping itu juga, hasil daripada penyelidikan tindakan yang dilakukan
olen Nurzazaliza 2010, melihat sejauh mana penggunaan peta minda dapat
membantu dalam meningkatkan keupayaan murid untuk mengingati fakta Sains
bagi tajuk Living Things Undergo Life Processes. Responden dalam kajian ini
terdiri daripada 20 orang murid dari Tahun 4 Profesor, yang memperoleh markah
sederhana dan rendah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian bulanan. Data
dikumpulkan melalui ujian iaitu ujian pra dan ujian pos serta temubual. Hasil
analisis data mendapati responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pos
jika dibandingkan dengan ujian pra dengan seorang responden yang berjaya
14

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

memperoleh markah penuh dalam ujian pos. Keputusan ini telah disokong lagi
dengan sokongan daripada data temubual yang dilakukan. Empat responden
telah dipilih dalam temubual ini dan berdasarkan temubual tersebut keempatempat responden mengakui penggunaan teknik peta minda berjaya membantu
mereka untuk mengingati fakta- fakta sains dalam tajuk yang dipelajari sekaligus
membantu dalam menjawab soalan ujian yang dilakukan. Keputusan keseluruhan
kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik peta minda adalah berkesan
dalam membantu murid untuk meningkatkan keupayaan mengingati fakta Sains
bagi tajuk Living Things Undergo Life Processes. Beliau juga mencadangakn
supaya teknik ini diaplikasikan bagi tajuk sains yang lain serta menumpukan
kepada kemahiran yang betul bagi penggunaan peta minda dalam pengajaran
serta pembelajaran seperti konsep peta minda yang sebenar

Istilah kajian
Berikut dinyatakan beberapa istilah bagi perkataan atau rangkai kata bagi tajuk
kajian penyelidikan ini. Perkara ini perlu untuk kefahaman yang tepat dan jitu bagi
tajuk kajian supaya tujuan penyelidikan dapat dicapai secara maksimum.
1. Peta minda
Peta minda adalah kunci utama untuk seseorang memantapkan daya
ingatan yang rumit serta menguasai isi- isi penting sebuah buku. Cetusan idea
Tony Buzan : seorang pakar Minda agung sejagat
(Dilip
Mukerjea, 1996)
2. Peta Konsep
Gambarrajah gambarajah yang mengandungi konsep- konsep dan
perkataan penghubung ( Abu Hassan, 1998)
Konsep sains(maksud konsep sains)
*kena bgtau peta minda dari persepktif kajian kita.

15

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Dalam konteks kajian ini, bentuk peta minda yang digunakan adalah
carta alir. .

3.0 Objektif Kajian


Bahagian ini menyatakan objektif umum dan objektif khusus kajian.

Melalui

objektif ini, diharapkan pengkaji mampu untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan daya ingatan murid slow- learner menggunakan kaedah peta
minda terhadap konsep Sains.
3.2 Objektif khusus
Melalui kaedah peta minda ini,
1. Murid boleh mengisi maklumat pada rajah grafik dalam peta minda
yang dirangka oleh pengkaji.
2. Murid boleh membina peta minda sendiri tanpa bantuan pengkaji
sekurang- kurangnya tiga bahagian.
3.3 Persoalan kajian
Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan- soalan berikut :
1. Bagaimanakah penggunaan peta minda mampu meningkatkan daya
ingatan murid slow- learner terhadap konsep Sains.
2. Sejauh manakah bahan sokongan (peta minda) dapat membantu murid
slow-learner dalam mengingat konsep Sains.
4.0 Kumpulan sasaran
Kandungan bagi tajuk ini menjelaskan secara terperinci profil murid yang terlibat
dalam kajian
16

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

4.1 Kumpulan sasaran


Seramai empat orang murid yang terdiri daripada kelas Ixora telah
dikenalpasti untuk dijadikan subjek kajian tentang penggunaan peta minda bagi
meningkatkan daya ingatan murid dalam mata pelajaran Sains. Keempat- empat orang
murid lelaki yang terlibat dalam kajian ini. Lingkungan umur murid- murid tersebut
sekitar 11 tahun. Mereka semua mempunyai masalah slow-learner. Profil demografi
subjek kajian diperincikan dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 2.
Masalah tingkah laku subjek kajian yang telah dikenalpasti di dalam kelas tersebut adalah
suka berborak- borak dengan rakan sebelah semasa pengkaji sedang menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, mereka juga tidak menumpukan
perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akibat daripada tingkah
laku tersebut, subjek kajian tidak dapat mengingat isi pelajaran yang telah disampaikan
oleh pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji berusaha untuk membantu murid menginganti
konsep penting dalam sains menggunakan peta minda secara menyeluruh.
Jadual 2
Bil.

Nama

Jantina

Umur

Kategori

murid

tingkalh laku pasif


semasa proses
pengajaran dan

*penyakit dia

pembelajaran.
Berborak dengan rakan

Murid A

:Lelaki

Murid B

Lelaki

sebelah
Melakukan kerja rumah

3
4

Murid C
Murid D

Lelaki
Lelaki

bagi subjek lain


Melihat ke luar kelas
Berangan- angan

17

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

5.0 Tindakan yang dicadangkan


5.1 Kitaran Kajian 1
5.1.1 Perancangan
5.1.2 Tindakan
5.1.3 Pemerhatian
5.1.4 Refleksi
5.2 Cara pengumpulan Data / Penganalisisan Data
5.3 Cara Menganalisis Data
Analisis data kajian dibuat dengan cara tertentu berdasarkan jenis
instrumen kajian yang telah digunakan.
Data temubual.
5.4 Perancanagan Pelaksanaan Tindakan
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
5.4.1 Jadual pelaksanaan
Berikut adalah jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan yang akan
dijalankan. Kawasan yang berlorek menunjukkan tempoh masa yang akan dijalankan
pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan.
Bil
1
2
3
4

Aktiviti

Febuari
1 2 3 4
1
Pengumpulan Data

Mac
2 3

April
3

Pemerhatian
Temubual
Ujian Pra
Ujian Pos
Perlaksanaan Tindakan

5
6
7
8

Perancangan
Tindakan
Tinjauan
Refleksi
6

Jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan

Berikut adalah perancangan penuh proses kajian tindakan daripada mula


penerimaan tugasan.

18

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Perkara / Aspek tindakan

Tarikh

Taklimat kajian tindakan

Jan 2012

Praktikum

Feb Mei 2012

Penyerahan kertas kerja cadangan

1 April 2012

Intership

Ogos 2012

Penulisan laporan kajian tindakan

Ogos Sept 2012

Penyerahan penulisan kajian tindakan

Sept 2012

Seminar Kajian Tindakan

Oktober 2012

5.4.2 Kos kajian


Bil

Bahan

Kuantiti

Kos (1 Unit)

Kos
Keseluruhan

1.

Kertas A4

1 Rim

RM 12 X 1

RM 12.00

2.

Dakwat Cetakan Komputer

1 Set

RM 150 X 1

RM 150.00

3.

Gam

RM 2 X 1

Jumlah Keseluruhan

RM 2.00
RM 164.00

RUJUKAN
Azizah Abdullah. 2000. Keberkesanan penggunaan peta minda dalam
matapelajaran Sains di kalangan pelajar tingkatan satu. Projek Penyelidikan
Program Sarjana Falkuti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
19

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Abu Hassan Kassim (1998). Pengajaran dan Pembelajaran Kimia KBSM. Skudai
: Universiti Teknologi Malaysia. Monograf.
Ausubel, D,P. Novak .J.D and Hanesien (1978). Educational Psychology. A
Cognitive View. 2nd Education New York
Fosnot, C. T (1996). Constructivism : A Psychological Theory of Learning. In C.T
Fosnot (Ed), Constructivism : Theory , Perpectives and Pratice. New York :
Teachers College Press.

Grisstith, A.K & Perston, K.R. (1992). Grade-12 Student Misconception Relating
Of Foundemental Chracteristics Of Atom and Molecules. Journal Of Research
In Science Teaching. 29 (6), 611-628.
Kinchin, I.M. (2000a). Using Concept Map to Reveal Understanding : A Two Tier
Analysis, School Sciene Riview.

Mei Chng dan Meng Seah, (1994). PSP: Primary Science 6 Teaching Guide.
Second Edition. Singapore : CDIS.
Melati binti Ahmad.2008. Kajian terhadap pengetahuan, sikap dan penggunaan
peta konsep di kalangan guru sains di Melaka.sarjana pendidikan,ukm bangi
Mukerjea D. (1996). Superbrain, Brainfinity, Braindancing. Retrieved
Ogos 30, 2003 from http:// www.dilip @pacific.com.sg.
Norihan Bt Abd. Ghani (2005), Kajian Keberkesanan Pengajaran Menggunakan
Peta Konsep Bagi Subtopik ikatan ion dalam mata pelajaran kimia tingkatan
4.sarjana muda pendidikan sains UPSI.
Novak. J. D. (1990). Consept Mapping : A Useful Tool For Science Education.
Journal Of Research In Science Teaching. 27 (10) : 937-947
Ong Eng Tiek. (2000). Kajian Sains dan Teknologi Untuk Sekolah Bestari.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berkonsepkan Sekolah Bestari.
Pulau Pinang : Pusat SEAMEO.
Siti Janah Bt Abdullah, (1999). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsep Bagi
Mengatasi Miskonsespi Dalam Biologi Tingkatan Empat. Ijazah Sarjana
Pendidikan UPM, Serdang, Selangor.
Yoton bin As un (2002). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam proses
pembelajaran tajuk ekosistem dinamik bagi pelajar tingkatan 4 sains. Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Sains UPSI, Tanjung Malim, Perak

20

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

21

Anda mungkin juga menyukai