Anda di halaman 1dari 44

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Ulasan Tesis
Keberkesanan Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual
Oleh :
Nurul Izzatie Binti Roslee
Fakulti Pendidikan Dan Bahasa
Open University Malaysia
2009

ABSTRAK
Abstrak memainkan peranan yang sangat penting dalam laporan penelitian atau karya tulis dalam
jurnal. Abstrak adalah bahagian pertama yang dibaca oleh pembaca (Paltridge and Stairfield,
2007:155; Pearce, 2005) dan merupakan elemen yang sangat penting peranannya dalam
mendorong pembaca untuk mebaca lebih jauh isi dari sebuah karya tulis ilmiah. Fungsi abstrak
adalah memberikan ringkasan isi dari dokumen yang akan dibaca oleh pembaca (Thomas, 2000).
Evans and Gruba (2002) menegaskan bahawa abstrak harus mengandungi tiga komponen utama,
yakni:
1. Mengapa penelitian dilakukan dan apa yang ingin dicapai (tujuan penelitian);
2. Metodologi penelitian yang digunapakai dan hasilnya;
3. Kesimpulan yang didapati daripada penelitian
Menurut sumber daripada Universiti Teknologi Malaysia (2002), abstrak hendaklah ditulis dalam
dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan diikuti oleh terjemahannya dalam Bahasa Inggeris di
halaman yang berikutnya. Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu paragraf serta tidak
melebihi 300 perkataan dalam satu halaman sahaja. Abstrak tidak sama dengan sipnosis atau
1

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

ringkasan tesis. Abstrak boleh ditulis satu langkau atau satu setengah langkau. Ia hendaklah
menyatakan dengan ringkas bidang kajian tesis, masalah yang hendak diselesaikan, cara
penyelesaian, proses penyelidikan dan keputusan yang diperolehi.
Menurut sumber Donna Velliaris (2009), perkataan abstrak berasal daripada perkataan Latin,
abstractum. Terdapat dua jenis abstrak utama: (1) abstrak diskriptif dan (2) abstrak informatif.
Abstrak adalah bahagian penting dalam tugasan akademik, yang paling kerap adalah dalam
tugasan laporan dan kertas penyelidikan. Abstrak adalah bahagian terakhir yang ditulis tetapi
adalah bahagian pertama yang dibaca apabila mereka ingin mempunyai gambaran keseluruhan
kertas kerja tersebut. Adalah dicadangkan supaya bahagian abstrak ditulis pada peringkat terakhir
kerana akan ada gambaran yang lebih jelas daripada semua penemuan dan kesimpulan.
Menurut sumber Donna Velliaris (2009), abstrak diskriptif secara amnya digunakan untuk kertas
sains sosial atau esei psikologi. Abstrak deskriptif selalunya pendek iaitu antara 50 hingga 100
perkataan sahaja. Abstrak deksriptif mempunyai bahagian-bahagian utama yang tertentu seperti;
1. Latar belakang
2. Tujuan kajian
3. Kepentingan khusus/ fokus kertas
4. Tinjauan kandungan (tidak selalu termasuk)
Bagi abstrak informatif pula, ia secara amnya digunakan untuk sains, kejuruteraan atau laporan
psikologi. Abstrak informatif ditulis dengan intipati laporan yang dibuat dalam kira-kira 200
patah perkataan. Bahagian-bahagian yang ditulis dalam abstrak informatif adalah lebih kurang
sama dengan abstrak diskriptif. Setiap bahagian ini mungkin terdiri daripada 1 hingga 2 ayat
sahaja. Bahagian-bahagian ini termasuklah;
1. Latar belakang
2. Matlamat atau tujuan penyelidikan
3. Kaedah yang digunakan
4. Penemuan/keputusan
2

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

5. Kesimpulan
ULASAN ABSTRAK
Pengkaji telah membuat abstrak yang memenuhi syarat-syarat atau mengikuti format-format
penulisan abstrak yang telah ditetapkan. Pengkaji telah menyatakan tujuan utama kajian ini
dibuat iaitu untuk meninjau keberkesanan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).
Selain itu, pengkaji turut menyatakan objektif kajian ini iaitu untuk meninjau tahap pengetahuan,
kefahaman, dan kemahiran guru-guru tentang KBKK serta untuk menilai tahap penyebatian atau
pengaplikasian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV. Objektif kedua kajian
adalah untuk mengkaji sama ada terdapat masalah semasa penerapan unsur-unsur KBKK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran PSV.
Pengkaji menyatakan kaedah atau metodologi yang digunakan semasa kajian beliau. Pengkaji
menggunakan kaedah soal selidik di mana responden kajian terdiri daripada 40 orang guru yang
mengajar PSV dari 10 buah sekolah rendah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Petaling Jaya. Data kajian yang dikumpul melalui soal selidik telah dianalisis dengan statistik
deksriptif (min, kekerapan dan peratusan).
Hasil penemuan atau dapatan kajian pengkaji diserapkan bersama dalam penulisan abstraknya.
Melalui kajiannya, hasil dapatan menunjukkan min keseluruhan bagi tahap pengetahuan,
kefahaman, dan kemahiran guru-guru tentang KBKK adalah tinggi iaitu 3.881. Selain itu, tahap
penyebatian atau pengaplikasian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV juga
menunjukkan min yang tinggi iaitu 4.06. Pengkaji juga telah mendapati beberapa masalah utama
dalam penyebatian KBKK ketika pengajaran dan pembelajaran PSV melalui kajiannya. Masalah
yang didapati termasuklah tahap pengetahuan sedia ada murid yang masih lemah, murid malas
berfikir, murid kurang bekerjasama dan sebagainya.
Walaupun abstrak yang ditulis oleh pengkaji ini agak memuaskan, tetapi bahagian kesimpulan
tidak dimasukkan. Bahagian kesimpulan penting untuk pembaca mengetahui objektif kajian ini
berjaya dicapai atau tidak.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

PENGENALAN
Pengenalan adalah satu bahagian di mana pengkaji perlu memberikan gambaran secara
keseluruhan kepada pembaca. Pengkaji perlu menyentuh aspek definisi konsep, di mana pengkaji
perlu menerangkan secara terperinci berkaitan tajuk yang dipilih. Pengkaji harus membolehkan
pembaca mendapat gambaran awal secara jelas apabila mereka membaca bahagian pengenalan
ini. Ulasan pengkaji bagi keseluruhan tajuk membantunya menyampaikan maklumat bagi
keseluruhan kajian yang dijalankan.
ULASAN PENGENALAN
Pengkaji membuat jangkaan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju dan pesat
membangun pada abad ke-21. Oleh itu, pengkaji menekankan modenisasi dan perkembangan
teknologi maklumat akan membawa pelbagai cabaran yang memerlukan tenaga manusia yang
cekap, cekal dan boleh berfikir. Pengkaji menerangkan permintaan terhadap tenaga manusia atau
model insan yang dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran berfikir dan belajar serta kemahiran
tinggi menjadi semakin ketara. Pengkaji menggunakan sumber Perkins (1986) yang
menerangkan antara kemahiran yang diperlukan ialah kecekapan dalam pengendalian maklumat,
bijak dalam menyelesaikan masalah dan berkomunikasi, serta mampu berfikir secara kritis dan
kreatif.
Pengkaji mengambil pandangan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang menekankan pembangunan sumber tenaga manusia yang berteraskan
penggunaan otak iaitu akal dan minda.
Pengkaji menjelaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah melakukan sedikit
perubahan atau reformasi ke dalam sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Antara usaha-usaha yang dilakukan bagi
menerapkan KBKK dalam sistem pendidikan ialah melalui kurikulum, kokurikulum, strategi
pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Pengkaji menyatakan bahawa KPM melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) meneruskan usaha mereka dengan memberikan pendedahan
kepada guru-guru tentang kaedah pelaksanaan unsur tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Pengkaji merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menerangkan perkembangan
daya intelek individu diberi penekanan bersama-sama dengan perkembangan rohani, emosi dan
jasmani. Pengkaji menekankan bahawa penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ke
dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat memberikan kesan yang positif terhadap
proses perkembangan seseorang individu. Pandangan ini selari dengan pernyataan Confucius di
mana beliau menyatakan bahawa:
Jika kita mengajar kanak-kanak apa yang harus difikir, kita mengehadkan mereka
kepada idea kita sahaja. Tetapi jika kita mengajar kanak-kanak begaimana berfikir, idea
mereka tidak terhad.
(John Arul Philips, 1997, H:49)
Pengkaji menjelaskan bahawa kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua domain utama
iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Pengkaji merujuk kepada Wan Abdul Kader Ahmad (2005) yang menyatakan kemahiran berfikir
secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan
atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Pengkaji menyatakan pula kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan bagi menghasilkan sesuatu yang
baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Pengkaji merujuk kepada Poh Swee Hiang (2005) dengan menyatakan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) merupakan asas untuk strategi atau proses membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
Pengkaji menjelaskan bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) bukanlah satu
mata pelajaran yang khusus yang diajar seperti subjek-subjek lain tetapi ia merupakan satu
strategi pengajaran dan pembelajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam subjek
yang diajar.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Pengkaji merujuk kepada tulisan Tengku Zawawi Tengku Zainal (2002) yang menyatakan
bahawa terdapat dua kaedah penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
secara penyebatian penuh dan penyebatian separa. Dalam kaedah penyebatian penuh, KBKK
disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran manakala bagi kaedah
penyebatian separa pula, unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah pengajaran
yang tertentu mengikut keperluan dan kesesuaian.
Pengkaji menyertakan tujuan atau objektif penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menurut hasil Som dan Dahalan (1995) yang seperti berikut:
1. Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak
2. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik
sama ada di dalam atau di luar sekolah
3. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
4. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit
5. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
6. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk
memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani
memberi pandangan dan kritikan.
Secara keseluruhannya, pengkaji berjaya menulis pengenalan dengan baik. Banyak aspek telah
diterangkan dan dijelaskan bersama hasil kajian lepas. Sumber-sumber yang dicari bertepatan
dengan topik kajian pengkaji dan melalui bacaan pengenalan, dapat diketahui juga tujuan kajian
ini patut dijalankan.

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

LATAR BELAKANG MASALAH / PERNYATAAN MASALAH


Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalan-persoalan dan isu-isu yang
tersirat. Penyelidikan bermula berdasarkan sesuatu masalah yang wujud. Melalui rangsangan
masalah, pengkaji berfikir dan mengkaji bagaimana masalah yang dihadapi harus diatasi.
Sesuatu masalah yang dipilih atau dikaji mestilah masalah yang jitu dan konkrit. Apabila
timbulnya masalah, maka perlulah mencari jalan penyelesaiannya. Oleh itu, mengenal pasti
masalah merupakan peringkat pertama dalam menjalankan sesuatu penyelidikan.
ULASAN LATAR BELAKANG MASALAH / PERNYATAAN MASALAH
Pengkaji menceritakan latar belakang topik yang dikaji iaitu kemahiran berfikir dengan
menyatakan bahawa kemahiran berfikir sudah lama dipekenalkan tetapi penggunaannya dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran mula serius pada sekitar penghujung tahun 80an. Pengkaji
menerangkan bahawa pelaksanaan ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) iaitu melahirkan insan atau masyarakat yang progresif, berdaya pemikiran tinggi, inovtif
dan memandang jauh ke hadapan. Pengkaji menyatakan lagi bahawa Kementerian Pelajaran
Malaysia (1997) telah menyarankan penggunaan KBKK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi semua mata pelajaran di semua peringkat pengajian di Malaysia khususnya di
peringkat ekolah rendah.
Pengkaji menerapkan kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
menyediakan pelajar yang dapat mengharungi dunia yang semakin mencabar pada masa akan
datang. Pengkaji juga menyatakan bahawa hal ini tidak akan tercapai jika mereka tidak dilatih
dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus ke arah untuk menjadi pemikir yang tinggi daya intelek
dan mindanya. Oleh itu, pengkaji menekankan bahawa peranan guru penting dalam membentuk
perkembangan intelek pelajar iaitu dengan menyebatikan atau menyepadukan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji menggunakan kajian Sufean (1995) terhadap mahasiswa yang melanjutkan pengajian
ke peringkat ijazah sarjana yang terdiri daripada guru-guru, pensyarah kolej dan guru-guru besar
dan telah mendapati bahawa sekumpulan kecil mahasiswa yang keluar sebagai pendidik dari
pusat pengajian tinggi masih kurang menguasai KBKK.
7

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Pengkaji merujuk kajian yang sama oleh Sufean (1995) telah mendapati bahawa kebolehan bakal
guru siswazah tidak mencapai tahap kecemerlangan dari segi kebolehan mengkritik dan
mengemukakan idea serta cadangan yang relevan.
Pengkaji merujuk juga pada kajian yang dijalankan oleh Chen Chew Fong (1999) kepada muridmurid tahun 6 dalam mata pelajaran Sains dan keputusan telah menunjukkan bahawa ramai
pelajar yang masih belum menguasai KBKK dengan baik. Hal ini adalah disebabkan oleh
kelemahan guru untuk menguasai pengetahuan asas terhadap komponen-komponen KBKK serta
kurang keyakinan dalam menggunakan pendekatan KBKK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pengkaji menyatakan bahawa antara faktor yang menyumbang kepada penyepaduan unsur
KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru-guru masih terikat dengan kaedah
pengajaran konvensional. Kaedah pengajaran ini tidak menggalakkan pelajar untuk berfikir
kerana mereka hanya perlu menerima dan memahami apa sahaja yang disampaikan atau
diberikan oleh guru. Pengkaji menunjukkan bahawa perkara ini telah diakui oleh Bekas Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Wan Mohd. Zahid, dimana beliau menyatakan
kebanyakkan pengajaran guru sekadar memindahkan maklumat daripada sumber pengajaran
kepada pelajar tanpa memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir.
Pengkaji menyatakan 3 persoalannya seperti berikut:
1. Sejauhmanakah guru-guru mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang
secukupnya tentang KBKK?
2. Adakah guru-guru dapat menyebatikan atau menyepadukan KBKK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah masalah-masalah yang selalu dihadapi oleh mereka semasa penerapan KBKK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Pengkaji menyatakan masalah berdasarkan persoalan-persoalan penting yang telah dikenal pasti
dan berkait dengan masalah yang dikaji. Pernyataan masalah yang berbentuk persoalan
membolehkan jawapan diperolehi secara jelas dan tepat.
8

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Persoalan-persoalan yang baik mesti bersifat boleh diukur dan mempunyai pembolehubah yang
jelas. Hal ini membantu penulis tidak terkeluar daripada landasan dalam penetapan objektif
kelak. Masalah yang dikemukakan juga mestila boleh dikaji secara teratur dan bersifat boleh
diulang.
Pengkaji menyatakan bahawa kajian ini dijalankan untuk meninjau sama ada guru-guru yang
mengajar Pendidikan Seni Visual mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran yang jelas
tentang KBKK dan mengaplikasikannys dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
kajian ini, pengkaji dan pembaca dapat mengenalpasti masalah-masalah yang lazim dihadapi
oleh guru-guru dalam menyepadukan KBKK semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengkaji juga menyatakan secara keseluruhannya kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana
keberkesanan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).
Secara keseluruhannya, ulasan pengkaji dalam bahagian ini masih memuaskan. Pengkaji jelas
dengan apa yang hendak dikajinya dan faham bagaimana untuk mengkajinya. Sumber yang
dicari bersesuaian dengan topik yang dikaji tetapi sumbernya tidak disokong oleh data statistik
yang lengkap. Akan tetapi, ada sesetengah sumber yang diterapkan dalam bahagian ini tidak
disertakan tahun dapatan sumber tersebut. Pengkaji juga tidak menyatakan dengan jelas cara-cara
mengkaji masalah yang timbul. Menurut Mohd. Majid Konting (2000), penyelidikan pendidikan
perlu dijalankan secara saintifik. Cetusan masalah yang ada mesti bersesuaian untuk memenuhi
kriteria saintifik.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian dilakukan adalah untuk menunjukkan arah dan memberi panduan kepada kajian
yang dilakukan. Dalam bahagian ini, pengkaji boleh menentukan objektif-objektif kajian yang
akan dijalankan olehnya. Objektif kajian yang baik memberi panduan tentang apa yang perlu
dicapai dan juga menunjukkan cara-cara untuk mencapai objektif tersebut.
Merujuk kepada Kamus Dewan (2010), objektif berasal daripada perkataan objek. Objektif
adalah sasaran sebenar penyelidik. Objektif berbeza daripada matlamat kerana matlamat adalah

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

jangkaan umum hasil daripada sesuatu proses atau aktiviti. Objektif mestilah sesuatu yang boleh
diukur.
Kebiasaannya, objektif akan dibuat selepas seseuatu masalah telah dikenalpasti dan mempunyai
potensi serta nilai kajian. Objektif perlu dinyatakan dengan jelas. Objektif kajian adalah tujuan
khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
ULASAN OBJEKTIF KAJIAN
Pengkaji menyatakan 3 objektif kajian seperti berikut:
1. Untuk meninjau tahap pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran guru-guru Pendidikan
Seni Visual tentang Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK).
2. Untuk menilai tahap penyebatian atau pengaplikasian Kemahiran Berfikir secara Kritis
dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
3. Untuk mengkaji sama ada terdapat masalah semasa penerapan unsur-unsur KBKK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual.
Berdasarkan objektif-objektif di atas, pengkaji telah menggunakan objektif yang kurang sesuai
seperti objektif yang ketiga. Susah untuk dicerap kerana untuk menjawab objektif itu,
jawapannya mungkin ada atau tidak ada sahaja. Bagi membentuk objektif yang jelas,
pengkaji hendaklah menggunakan perkataan yang tepat dan boleh dicerap. Menurut Mohd.
Majid Konting (2009), pemilihan perkataan mengenalpasti bersesuaian bagi menyatakan
sesuatu objektif dan digunakan untuk hasil penyelidikan yang ingin dicapai dan mudah dicerap.
Secara keseluruhannya, objektif yang dikaji bertepatan dengan tajuk kajian. Pemilihan perkataan
digalakkan lebih kepada perkataan yang boleh dicerap.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang baik biasanya menjelaskan apa yang hendak dikaji, bagaimana hendak
mengkaji dan setakat mana ia perlu dikaji. Persoalan kajian perlu mengandungi unsur-unsur

10

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

penjelasan istilah yang digunakan. Penjelasan istilah boleh dilakukan dengan menggunakan
kaedah penerangan definisi.
Persoalan kajian yang jelas dan sering diaplikasi ditulis dengan menyatakan masalah berdasarkan
kepada persoalan-persoalan penting yang telah dikenal pasti dan berkaitan dengan masalah yang
dikaji. Penggunaan perkataan seperti apakah, adakah, bagaimanakah, setakat manakah
dan lain-lain membantu memperoleh jawapan secara tepat dan jelas.
ULASAN PERSOALAN KAJIAN
Pengkaji menyatakan 3 persoalan kajian. Persoalan-persoalan yang dinyatakan berkait dengan
objektif kajiannya. Tiga persoalan yang dibina oleh pengkaji adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran guru-guru Pendidikan Seni Visual
tengtang Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)?
2. Adakah guru-guru Pendidikan Seni Visual menggunakan atau mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual?
3. Adakah guru-guru Pendidikan Seni Visual menghadapi masalah semasa penerapan unsurunsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?
Secara keseluruhannya, persoaln kajian yang diketengahkan oleh penulis adalah betul dan tepat.
Pengkaji menggunakan kaedah menyatakan masalah dalam persoalan di mana ini akan
membantu pengkaji sentiasa berada pada laluan yang betul dan tidak terpesong daripada objektifobjektif yang ditetapkan.
ULASAN SIGNIFIKAN KAJIAN
Signifikan kajian juga boleh dikenali sebagai kepentingan kajian. Menurut pengkaji, terdapat
beberapa sebab kajian dijalankan.

11

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

1. Maklumat yang dikumpul akan digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan


Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
2. Dapat mengenalpasti tentang tahap kefahaman dan penguasaan guru-guru Pendidikan
Seni Visual tentang KBKK serta bantu mereka memahami kelemahan dalam
menyepadukan unsur KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Diharap dapat membantu perancang kurikulum khususnya Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) dalam melaksanakan program KBKK.
Secara keseluruhannya, pengkaji hanya menyatakan signifikan kajian ini kepada guru-guru
Pendidikan Seni Visual dan perancang kurikulum. Adalah digalakkan supaya pengkaji
mengaitkan signifikan kajian ini kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, universiti-universiti
perguruan, Jabatan Pelajaran Negeri, pihak pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan juga
masyarakat.
ULASAN DEFINISI ISTILAH
Pengkaji telah menerapkan beberapa istilah dalam bahagian ini. Istilah-istilah ini diharap boleh
membantu pembaca mengenali dengan lebih jelas penggunaan istilah-istilah tersebut dalam
kajian ini. Antara istilah-istilah yang telah didedinisikan adalah seperti berikut.
1. Keberkesanan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), keberkesanan membawa maksud berkesannya


sesuatu tindakan.

2. Kemahiran Berfikir

Edward de Bono dalam buku beliau I am Right You Are Wrong (1990)
mendefinisikan berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam
minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci
untuk mencapai sesuatu tujuan.

12

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

3. Kemahiran berfikir secara kritis

kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan


atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan
sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alas
an dan bukti yang munasabah. Contoh-contoh kemahiran berfikir ialah
membanding beza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan, membuat sekuens, menerang sebab, membuat ramalan, mengusul
periksa andaian, membuat inferens, mengesahkan sumber maklumat.

4. Kemahiran Berfikir secara kreatif

Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menjana idea dan


menghasilkan idea yang pelbagai, baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak atau gagasan. Contoh- contoh kemahiran berfikir secara
kreatif ialah menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai, mencipta analogi,
mencipta metafora.

5. Pengajaran dan pembelajaran

Atan Long dalam bukunya Pedagogi, Kaedah Am Mangajar, pengajaran dan


pembelajaran merupakan proses interaksi yang berlaku antara tiga komponen
penting iaitu guru, murid da nisi pelajaran dalam bilik darjah. Ketiga-tiga
komponen tersebut saling berhubung antara satu sama lain.

Secara keseluruhannya, penulis tesis telah memberikan definisi istilah-istilah yang digunakan
dengan menyertakan juga kenyataan maksud istilah dari pengkaji yang lain.
ULASAN BATASAN KAJIAN
Pengkaji menjalankan kajian kepada 40 orang guru berpengalaman mengajar Pendidikan Seni
Visual. 10 buah sekolah rendah yang dipilih di sekitar Wilayah Persekituan Kuala Lumpur dan
Petaling jaya sahaja. Dalam bahagian ini, penulis tesis tidak menyatakan secara terperinci berapa
ramai orang guru lelaki dan berapa ramai orang guru perempuan yang membuat kajian itu.

13

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

BAB 2
KAJIAN LITERATUR
PENGENALAN KAJIAN LITERATUR
Menurut Justus Randolph (2009), menulis kajian literatur yang rosak merupakan salah satu
faktor kegagalan disertasi. Jika kajian literatur cacat, maka seluruh disertasi mungkin akan cacat.
Munurut Boote and Beile (2005), penyelidik tidak boleh melakukan penyelidikan penting tanpa
memahami dulu kesusasteraan dalam bidang kajian.
Dalam kajian amalan pemeriksa disertasi Australia, Mullins and Kiley (2002), mendapati bahawa
pengkaji biasanya mula mengkaji disertasi dengan harapan ia boleh membantu dalam kajian
mereka. Tetapi kajian literatur yang kurang berkualiti ditulis akan menyebabkan disertasi mereka
bermasalah pada akhirnya. Untuk menjaminkan penulisan kajian literatur yang berkualiti,
pengkaji perlu menumpu pada kaedah-kaedah pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan
dalam literatur yang dikaji.
Menurut Justus Randolph (2009), terdapat banyak sebab praktikal dan saintifik untuk
menyediakan kajian literatur. Salah satu sebab praktikalnya adalah bahawa ia adalah satu cara
untuk menunjukkan bahawa penulis berpengetahuan dalam bidang kajiannya termasuklah
perbendaharaan kata, teori, pembolehubah utama dan fenomena, kaedah dan sejarahnya.
Menurut Cooper (1984), terdapat 5 peringkat untuk menjalankan kajian literatur.
1. Rumusan masalah
2. Pengumpulan data
3. Penilaian data
4. Analisis dan taksiran
5. Persembahan awam

14

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Maka, daripada hasil bacaan para pengkaji, bolehlah kita rumuskan bahawa tujuan kajian
literatur ialah untuk menjelaskan kajian yang akan dijalankan berdasarkan maklumat dan
pengetahuan yang tepat tentang hubung kait topik yang hendak dikaji.
Menurut Mohd. Majid Konting (2000), literatur yang berkaitan penting untuk dikaji oleh penulis
kerana ia akan membantu penulis untuk mendapatkan gambaran yang sebenar berkaitan masalah
yang hendak dikaji. Beberapa sumber sering digunakan bagi mendapatkan karya-karya berkaitan
dalam sesuatu bidang yang dikaji. Di antara sumber-sumbernya ialah kamus dan istilah,
ensiklopedia, jurnal, abstrak dan indeks, panduan kepada penerbitan, buku panduan dan
pangkalan data, bibliografi, penerbitan ulasan, panduan perseorangan dan institusi, risalah, bahan
pandang dengar dan bahan-bahan rujukan am .
Selain sumber-sumber yang dinyatakan oleh Mohd. Majid Konting (2000), bahan-bahan kajiankajian lepas yang boleh menjadi rujukan kita juga termasuklah tesis, kertas kerja, prosiding, buku
malah dokumen-dokumen yang berkaitan. Namun, ia bergantung kepada tahap keutamaan,
seperti contohnya jika kita ingin menetapkan teori yang akan kita gunakan dalam kajian kita,
rujukan daripada keratan akhbar dan kertas kerja masih tidak memadai. Malah kita perlu mencari
sumber yang kukuh hasil daripada penulisan buku daripada sarjana terbabit dan juga jurnaljurnal terkini yang dihasilkan.
Terdapat beberapa bahagian penting yang amat memerlukan kita merujuk kepada kajian literatur
seperti pembangunan teori kajian, perkembangan reka bentuk kajian dan juga cara pengumpulan
dan penganalisaan data. Pendek kata, semua aspek dalam penulisan tesis memerlukan sumber
rujukan literatur yang betul bagi membuktikan perbincangan kajian kita bersifat saintifik dan
empirikal.
ULASAN KAJIAN LITERATUR
PENGENALAN
Pengkaji merujuk kepada dua sumber sahaja dalam membuat pengenalan topik kajiannya.
Sumber pertama dipetik daripada sumber buku Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif,
keluaran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.
Ucapan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohomad pada Februari 1991
15

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

sewaktu pelancaran Wawasan 2020, menytakan bahawa untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju, apa yang lebih penting ialah kita perlu menggunakan sepenuhnya apa yang
berada di antara kedua-dua telinga kita, yakni minda kita, bukan apa yang berada di antara bahu
kita, iaitu kekuatan atau apa yang berada di antara dua tapak kaki kita, iaitu sumber semula jadi.
Sumber ini memberikan pengenalan kepada kita mengenai kepentingan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Sumber ini agak lama jika dibandingkan dengan masa kajian tesis ini
dilakukan. Sumber yang lama kurang sesuai kerana kemungkinan besar telah berlaku perubahan
dalam tempoh masa yang lama ini. Sumber ini merupakan sumber ucapan daripada ahli politik.
Walaupun ia diterbitkan dalam buku, akan tetapi susah kita hendak carikan kepastian sumber
ucapannya. Secara keseluruhannya, saya merasakan sumber ini tidak sesuai.
Sumber kedua didapati dari sumber Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 1997. Pengkaji menggunakan kata-kata daripada Dr. Noor Azmi B.
Ibrahim, Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum pada masa itu. Beliau menegaskan bahawa
menjelang abad ke-21, pembangunan dijangka jauh lebih pesat. Oleh yang demikian, bagi
menghadapi cabaran dari pelbagai aspek, Malaysia memerlukan rakyat yang boleh berfikir
secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan yang tepat dan menyelesaikan masalah
dengan sempurna, seterusnya mencapai Wawasan 2020.
Sumber ini turut menyokong kajian penulis tesis ini untuk mengkajikan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Akan tetapi, sumber ini juga bermasalah seperti sumber pertama.
Sumber yang didapati ini terlalu lama iaitu pada tahun 1997 dan sumber ini adalah petikan katakata daripada seorang ahli politik juga. Tidak dapat dikesan kepastian kata-kata mereka kerana
tiada sumber yang disertakan bersama. Maka, saya merasakan penggunaan sumber ini tidak
sesuai.
Pengkaji membuat rumusannya sendiri dengan menerangkan keperluan kemahiran berfikir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menyatakan bahawa dengan perkembangan
semasa, bidang pendidikan di Malaysia telah pun mengalami banyak perubahan terutamanya dari
aspek kurikulum pendidikan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan di seluruh Malaysia pada tahun 1983 dan

16

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

1989. Kedua-dua Kurikulum Bersepadu ini menitikberatkan metodologi inkuiri dan secara tidak
langsung mendorong kaedah berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Rumusan sub-tajuk yang dibuat oleh pengkaji difikirkan sesuai untuk saya kerana dia telah
menyatakan kepentingan topik ini dikaji olehnya.
ULASAN TEORI-TEORI BERKAITAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Ulasan Teori Pembelajaran Kognitif
Pengkaji menggunakan 3 sumber untuk menyatakan teori pembelajaran kognitif.
Pengkaji menggunakan

kajian Woolfook (1998) yang menyatakan pendapat ahli psikologi

kognitif bahawa pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapatkan, menyimpan,
mengingat dan menggunakan ilmu. Sehubungan itu, mereka juga berpendapat bahawa ilmu
pengetahuan yang diperoleh adalah hasil pembelajaran dan kuasa ilmu yang mendorong
seseorang belajar.
Pengkaji tidak menyatakan nama-nama ahli psikologi kognitif yang menyatakan pendapat
mereka sebegitu. Ini menjadikan kajian literatur sumber ini kurang memuaskan. Dengan adanya
senarai nama ahli-ahli psikologi kognitif, kajian pengkaji akan menjadi lebih kuat untuk
memberikan gambaran mengenai teori pembelajaran kognitif. Sumber yang digunakan juga
terlalu lama jika dibandingkan dengan masa kajian kertas ini. Sumber yang dicarikan walaupun
sumber primer, tapi sumber itu hanya menyokong pendapat sahaja. Digalakkan pengkaji mencari
hasil kerja primer ahli-ahli psikologi kognitif supaya pengkaji lebih memahami teori sebenar
pembelajaran kognitif dan bukannya melalui rumusan bacaan tokoh yang lain. Maka, secara
kseluruhannya, saya merasakan sumber kajian literatur ini kurang memuaskan.
Sumber kedua yang pengkaji gunakan adalah hasil kajian daripada Anderson et.al. dalam kajian
Woolfolk pada tahun 1998. Anderson et.al. menyatakan bahawa manusia secara aktif memilih,
mengamal, memberi perhatian, menghindar, merenung kembali dan membuat banyak keputusan
tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam persekitaran bagi mencapai matlamat mereka.
Secara amnya, saya tidak dapat mengaitkan kata-kata daripada sumber itu dengan teori
pembelajaran kognitif. Saya lebih merasakan sumber itu sesuai untuk menerangkan kepentingan
17

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

kemahiran berfikir. Sumber yang digunakan merupakan sumber sekunder daripada hasil kerja
Woolfolk, jadi saya merasakan pengkaji boleh mengkaji hasil kerja primer Anderson et.al. untuk
mengetahui lebih banyak teori pembelajaran kognitif yang hendak disampaikan oleh mereka.
Sumber ketiga didapati daripada Slavin (1997) yang mengatakan pembelajaran adalah proses
aktif minda yang berfokus kepada maklumat penting, menapis maklumat tidak penting dan
menggunakan maklumat sedia ada untuk membuat pemilihan.
Pengkaji masih menggunakan sumber yang lama dan sumber ini hanya sesuai jika Slavin adalah
ahli psikologi kognitif yang berpengaruh. Tidak dinyatakan kajian yang dilakukan oleh Slavin
dalam kajian literatur pengkaji ini. Secara amnya, adalah digalakkan pengkaji menyertakan
kajian yang dibuat oleh penulis sumber itu supaya maklumat yang dikemukakan menjadi lebih
relevan dan mudah diterima kerana ada bukti yang menyokongnya.
Ulasan Taksonomi Bloom
Pengkaji mengambil sumber daripada Anderson dan Krathwohl (2001) yang menceritakan
sedikit biodata Benjamin Bloom pada mulanya. Pengkaji menyatakan Benjamin Bloom
merupakan seorang ahli psikologi pendidikan dan beliau telah berjaya membentuk satu
klasifikasi tahap intelektual dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Taksonomi yang
diutarakan oleh Bloom merangkumi tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.
Pengkaji menyenaraikan enam tahap pembelajaran kognitif Benjamin Bloom iaitu:
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian
Sumber yang didapati oleh pengkaji ini adalah hasil kajian Anderson dan Krathwohl pada tahun
2001. Saya merasakan adalah lebih memuaskan jika pengkaji sendiri merujuk kepada teori
18

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Benjamin Bloom. Hasil bacaan dan pemahaman daripada Anderson dan Krathwohl mungkin
berbeza daripada bacaan dan pemahaman pengkaji. Jadi, adalah digalakkan pengkaji
menggunakan sumber primer.
Pengkaji mengambil sumber kajian daripada Harrow (1972) yang mengatakan domain afektif
merangkumi tingkah laku yang berkait dengan sikap, minat, perhatian, mengambil berat,
tanggungjawab dan nilai. Domain ini juga berkait dengan emosi, sikap dan apresiasi. Harrow
melengkapkan taksonomi psikomotor Bloom dengan mencadangkan enam tahap iaitu:
1. Perlakuan refleks
2. Pergerakan asas
3. Keupayaan persepsi iaitu imbangan
4. Keupayaan fizikal
5. Kemahiran pergerakan
6. Komunikasi tidak merewang
Pengkaji mengkaji taksonomi psikomotor Bloom dengan lebih mendalam melalui bacaan
Harrow (1972). Sumber ini agak lama. Kebolehgunaan sumber ini tidak dapat dipastikan pada
zaman baru ini kerana masyarakat berubah mengikut peredaran masa.
Pengkaji membuat rumusan bahawa Taksonomi Bloom (1956) sering digunakan sebagai rujukan
dalam menentukan aras kesukaran item ujian dalam sistem pendidikan negara kita. Hal ini
disebabkan oleh Bloom menekankan kepada pemikiran pada tahap asas hinggalah tahap paling
tinggi.
Pengkaji mengaitkan Taksonomi Bloom dengan sistem pendidikan di negara kita. Pengkaji
menekankan Taksonomi Bloom dengan kepentingan pemikiran.

19

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Ulasan Konsep Pemikiran


Pengkaji menyatakan bahawa ramai pakar psikologi yang tidak bersetuju tentang definisi
pemikiran kerana masing-masing mempunyai taksiran tersendiri tentang apakah sebenarnya
pemikiran.
Pengkaji mengambil sumber kajian daripada Costa (1985) yang memberikan definisi umum
dengan menyifatkan pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan-rangsangan luar oleh
minda melalui deria-deria yang kemudian diproses dan digunakan.
Pengkaji mengambil sumber daripada Dewey (1933) yang menyatakan bahawa pemikiran
sebagai usaha memeriksa dan menimbang sesuatu butir maklumat dengan teliti berdasarkan
kriteria tertentu.
Pengkaji mengambil kajian daripada Sigel (1984) yang menyatakan pemikiran meliputi aktivitiaktiviti seperti refleksi, pengkonsepan dan penyelesaian masalah.
Pengkaji mengambil kajian Bourne, Ekstrand dan Dominowski (1971) yang memberikan
pendapat mereka dengan menyifatkan pemikiran sebagai suatu proses kompleks yang melibatkan
proses-proses mental yang menentukan tingkah laku.
Pengkaji manggunakan kajian Chaffee (1988) yang mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti
mental yang mempunyai tujuan dan tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran
sendiri dan pemikiran orang lain.
Pengkaji menggunakan sumber Mayer (1983) yang mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti
kognitif yang melibatkan pengetahuan, pengamatan dan menghasilkan sesuatu. Aktiviti ini
berlaku dalam minda dan dikenal pasti berdasarkan tingkah laku yang dipamerkan. Pemikiran
adalah proses yang melibatkan manipulasi pengetahuan dalam sistem kognitif. Pemikiran adalah
proses yang terarah dan mengakhiri dengan tingkah laku yang bersifat menyelesaikan dan
ditujukan ke arah penyelesaian sesuatu masalah.
Pengkaji mencari sumber daripada Swartz (1989) yang menekankan bahawa kebolehan berfikir
dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu
terhad. Swartz menyatakan pengetahuan yang sedia ada tidak mencukupi. Pemikiran
20

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya
dengan maklumat baru.
Pengkaji membuat rumusan sendiri yang menyatakan bahawa terdapat pelbagai takrifan
mengenai pemikiran dan setiap satunya mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, jika dilihat kembali kepada definisi-definisi tersebut, terdapat beberapa
aspek pemikiran yang ditekankan, iaitu:
1. Pemikiran adalah satu proses mental yang memerlukan engetahuan
2. Pemikiran melibatkan pengolaha kemahiran mental tertentu
3. Pemikiran ditujukan ke arah penyelesaian masalah
4. Pemikiran menghasilkan tingka laku
5. Pemikiran adalah satu sikap
Secara keseluruhannya, pengkaji telah mencari banyak sumber yang membantu pengkaji
meneliti konsep pemikiran. Pengkaji juga membuat rumusan sendiri selepas membaca dan
mengkaji semua sumber yang dicari.
Ulasan Pemikiran Kritis dan Pemikiran Kreatif
Pengkaji menggunakan sumber pendapat daripada Dewey (1933) yang menyifatkan pemikiran
kritis sebagai pemikiran reflektif, iaitu memikir dengan mendalam dan memberi pertimbangan
yang serius tentang sesuatu.
Pengkaji juga menggunakan hasil pemikiran Ennis (1985) yang mentakrifkan pemikiran kritis
sebagai pemikiran reflektif yang bertumpu kepada memutuskan sama ada sesuatu itu boleh
dipercayai atau tidak. Ennis juga menjelaskan bahawa pemikiran kritis menggalakkan individu
menganalisis pernyataan-pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah sebelum
membuat kesimpulan.
Pengkaji mendapatkan hasil kajian daripada Fisher (1992) yang menerangkan bahawa pelajar
yang diajar berfikir secara kritis akan:

21

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

1. Belajar cara menyoal iaitu, bila hendak menyoal dan jenis soalan yang hendak ditanya.
2. Belajar bagaimana menaakul iaitu, bila menggunakan menaakul dan kaedah penaakulan
yang hendak digunakan.
Pengkaji menyatakan pendapat bahawa pemikiran kreatif dikaitkan dengan pemikiran yang asli
dan kewujudan idea-idea baru. Pengkaji menyatakan pemikiran kreatif melibatkan penghasilan
sesuatu lukisan, sajak, teori saintifik, iklan yang inovatif, jenaka yang luar biasa dan sebagainya.
Pemikiran kreatif juga melibatkan keberanian mencabar strategi yang lazimnya digunakan, iaitu
berkebolehan melihat sesuatu situasi daripada sudut yang berlainan.
Pengkaji menggunakan sumber daripada Halpern (1984) yabg menyokong taksiran pengkaji
mengenai pemikiran kreatif. Halpern mentaksirkan bahawa pemikiran kreatif adalah kebolehan
membina kombinasi idea-idea bagi memenuhi sesuatu keperluan.
Menurut Perkins (1984) pula, pemikiran kreatif disifatkan sebagai menghasilkan sesuatu yang
kreatif, iaitu hasil pelajar diuji berdasarkan kriteria bagi menentukan sama ada hasil itu benarbenar kreatif atau asli.
Secara keseluruhan, dalam topik ini, pengkaji juga telah memcari sumber daripada pengkajipengkaji lepas untuk membantu pengkaji memahami dengan lebih sempurna lagi mengenai
pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Pengkaji sendiri juga mempunyai pandangan sendiri dan
disokong oleh tokoh-tokoh yang berkaitan dalam bidang kajian ini.
Ulasan Alat-alat Berfikir
Dalam sub tajuk ini, pengkaji telah memperkenalkan empat jenis alat berfikir dan pengkaji telah
membuat penerangan setiap satunya dengan jelas.
1. Peta minda
Suatu lakaran grafik sebagai satu cara untuk mencatat nota dengan ringkas dan berkesan.
2. Pengurusan grafik (Graphic Organizer)
Pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat
tentang sesuatu idea
22

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Mengikut Som dan Dahalan (1986), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau
lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis
atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan
berkesan
3. Cognitive Research Trust (CoRT 1)
Mengandungi tujuh teknik iaitu PMI, CAF, C&S, AGO, FIP, APC dan OPV.
4. Soalan dan penyoalan
Alat dalam bentuk pertanyaan yang boleh digunakan untuk mencungkil dan mendapatkan
maklumat, meninjau kefahaman dan mendapatkan pendapat dari seseorang.
Dalam bahagian ini, pengkaji tidak menyatakan sebab dia menerangkan kepentingan alat-alat
berfikir dalam kajiannya. Pengkaji juga tidak menyertakan sumber hasil cariannya dalam
mencari bahan tersebut. Adalah digalakkan disertai sumber rujukan dan juga dinyatakan
kepentingan alat-alat berfikir dalam kajian ini supaya pembaca boleh mendapat pengetahuan
yang lebih jelas.
Ulasan Kepentingan Kemahiran Berfikir
Pengkaji memberi penjelasan bahawa matlamat pendidikan sekolah rendah ialah membekalkan
ilmu dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pengkaji menyatakan bahawa
dengan dunia semakin mencabar, kemahiran 3M masih belum mencukupi untuk pelajar
mengharungi kehidupan pada masa akan datang.
Oleh itu, pengkaji menerangkan bahawa satu lagi kemahiran yang perlu dimasukkan dalam
matlamat ini ialah kemahiran berfikir. Pengkaji menyatakan bahawa apabila matlamat ini
dibentuk secara eksplisit, maka guru atau pendidik akan sentiasa sedar untuk menyampaikannya.
Pengkaji juga menyelitkan pepatah Cina yang berbunyi Beri kanak-kanak seekor ikan, dia akan
dapat makan ikan pada hari tersebut, tetapi jika kita ajar kanak-kanak kemahiran menangkap
ikan, maka dia akan dapat makan ikan seumur hidupnya untuk membuktikan bahawa kemahiran
berfikir sangat penting bagi melahirkan kanak-kanak yang dapat menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan pada masa hadapan.
23

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Pengkaji juga menyatakan kemahiran berfikir penting untuk memenuhi tuntutan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu ... menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, jasmani dan emosi (JERI). Pengkaji menerangkan bahawa JERI bertujuan untuk
melahirkan individu yang bijaksna dan bermoral.
Pengkaji menyatakan juga bahawa kemahiran berfikir juga diperlukan dalam merealisasikan
Wawasan 2020 yang bertujuan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dan sejahtera.
Pengkaji merujuk kepada Khalid Mohd Nor dan Mohd Amir Sharifuddin dalam kertas kerja di
Seminar Kecemerlangan Berfikir, yang telah menyarankan satu strategi berfikir yang
memerlukan pemindahan paradigma dari berfikir secara tradisional kepada berfikir secara lebih
kreatif, membangun, meneroka dan proaktif. Mereka juga menambah bahawa penekanan perlu
diberi kepada percambahan idea dan kemahiran berfikir.
Secara keseluruhannya, pengkaji telah menunjukkan kepentingan kemahiran berfikir dalam sub
tajuk ini. Melalui hasil tulisan pengkaji, semua kepentingan telah dapat dilihat dengan jelas.
Ulasan Mengapakah Pengajaran Pemikiran Kurang Ditekankan?
Pengkaji menggunakan rujukan Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) dan menyatakan dalam
pelaksanaan Kurikulum Bersepadu, satu daripada aspek penting yang disarankan ialah para
pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi mereka seharusnya dapat
menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional dalam semua
situasi. Oleh itu, untuk mencapai hasrat ini, peluang meningkatkan daya intelek perlu
diwujudkan supaya pemikiran yang kritis dan analitis menjadi salah satu aspek yang penting
dalam setiap aktiviti pengajaran.
Pengkaji menyatakan bahawa pengajaran di sekolah-sekolah masih kurang memberi perhatian
kepada perkembangan daya pemikiran pelajar. Pengkaji memberikan beberapa sebab mengapa
pengajaran pemikiran tidak ditekankan.
Pertama, pendapat setengah-setengah guru bahawa pelajar perlu terlebih dahulu menguasai
semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum mereka boleh digalakkan berfikir.
Tetapi sesudah mengajar semua fakta dan konsep, masa pula tidak mengizinkan untuk
menggalakkan mereka berfikir.
24

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Kedua, penekanan peperiksaan yang mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingat


kembali fakta. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi sesetengah guru untuk memberi
banyak fakta dan mengutamakan penghafalan dan kurang menggalakkan pelajar berfikir tentang
fakta yang dipelajari. Pengkaji menggunakan sumber Markle (1977) yang telah mengatakan
bahawa amalan ini bercanggah dengan salah satu prinsip utama pembelajaran yang menyatakan
bukan apa yang disampaikan kepada pelajar tetapi apa yang mendorong mereka melakukan
sesuatu ke atas maklumat itu yang menyebabkan berlakunya pembelajaran.
Ketiga, pandangan setengah-setengah guru bahawa pengajaran kemahiran berfikir akan
mengambil masa yang banyak serta membebankan guru. Oleh itu, lebih memadai jika pengajaran
pemikiran ditumpukan kepada pelajar yang pintar sahaja.
Keempat, pengakuan setengah-setengah guru bahawa mereka sendiri tidak tahu cara
mempertingkatkan daya pemikiran pelajar mereka. Guru-guru sudah biasa mengajar pelajar
untuk menghadapi peperiksaan dan mereka berasa ragu-ragu apabila dicadangkan supaya daya
pemikiran pelajar diperkembangkan. Mereka berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai
maklumat untuk peperiksaan dan memperkembangkan daya pemikiran adalah dua matlamat
yang berlainan dan bercanggah.
Di bahagian ini, pengkaji telah meneragkan sebab-sebab mengapa pengajaran pemikiran kurang
ditekan. Kurang sumber yang dirujuk tetapi hasil tulisan pengkaji amatlah bertepatan dengan
keadaan masyarakat pada masa kajian dijalankan. Adalah digalakkan pengkaji menggunakan
lebih banyak sumber yang berkaitan supaya maklumat yang diberi lebih menarik.
Ulasan Kaedah Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Pengkaji menggunakan kajian Glaser (1984) yang mengatakan kemahiran kognitif harus diajar
semasa mengajar mata pelajaran tertentu, dengan alasan bahawa ia adalah sebahagian daripada
cara memperolehi ilmu pengetahuan yang spesifik.
Pengkaji menggunakan sumber tulisan Marzano dan Marzano (1987) yang berpendapat bahawa
dengan mengajar pengetahuan secara terpisah daripada konteks adalah sangat lemah dan tidak
mencukupi.

Dalam laporan mereka, Jabatan Pendidikan New York Albany (1985) telah

mengumpulkan ilustrasi bagaimana guru-guru di New York berusaha untuk memperbaiki


25

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

kebolehan pelajar untuk berfikir secara logik dan kreatif. Mereka telah mencipta program
berfikir merentas kurikulum daripada Kinergarden hingga Grade 12.
Pengkaji menyatakan bahawa Walla Walla School di Washington juga telah mencipta satu projek
berdasarkan Kemahiran Berfikir Marzano yang menekankan tentang persediaan belajar, isi
kandungan mengenai berfikir dan kemahiran asas menerang sebab yang terbukti berjaya.
Pengkaji menyatakan banyak penulisan tentang berfikir memaparkan perdebatan sama ada
kemahiaran berfikir patut diajar secara terpisah atau digabungkan dalam mata pelajaran sedia
ada.
Pengkaji menggunakan sumber daripada Deborah, Gough (Ros et. al, 1993) yang telah
merumuskan 5 kajian tentang isu ini dan menamakan beberapa strategi yang boleh digunakan
untuk mengajar kemahiran berfikir paras tinggi. Tema yang menyatukan kajian ini ialah
kepercayaan yang kemahiran berfikir tidak sepatutnya diajar secara terpisah sebaliknya
disepadukan merentas kurikulum.
Pengkaji menyatakan mereka yang menyokong supaya pemikiran kritis diajar dalam mata
pelajaran berhujah bahawa semakin seseorang itu mengetahui dan memahami sesuatu mata
pelajaran, kualiti pemikiran mereka terhadap mata pelajaran tersebut juga bertambah. Adalah
didapati bahawa program yang menjalinkan pengajaran berfikir dalam mata pelajaran boleh
meningkatkan prestasi.

Kenyataan ini disokong oleh kajian yang menunjukkan bahawa

pemikiran kritis boleh diajar dengan berkesan dalam konteks mata pelajaran.
Ulasan Penggalak dan Halangan Kepada Kemahiran Berfikir
Di bahagian ini, pengkaji menyenaraikan penggalak dan penghalang kepada kemahiaran berfikir.
Ulasan Penggalak kepada kemahiran berfikir
1. Bahan-bahan pengajaran yang menyumbang kearah berfikir. Pengkaji menjelaskan
bahawa bahan-bahan tersebut mestilah sesuai, mencabar, terkini dan berupaya
mencungkil kemahiran berfikir individu.
2. Kesedaran tentang kepentingan kemahiran berfikir perlu didedahkan kepada pentadbir
dan penyelia sekolah. Hal ini penting supaya mereka dapat menghayati dan yakin tentang
26

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

kepentingannya. Dan seterusnya diharapkan mereka dapat menwujudkan suasana yang


memberangsangkan untuk pelajar-pelajar di sekolah.
3. Peruntukan kewangan penting bagi program pengajaran dan pembelajaran aspek
kemahiran berfikir bagi menjayakannya.
4. Kerjasama masyarakat termasuklah ibubapa, guru, pentadbir dan ahli masyarakat yang
lain perlu untuk menunjukkan dan mengamalkan budaya berfikir dalam kehidupan
seharian. Pengkaji memberi contoh seperti ibu bapa melibatkan anak-anak dalam
menyelesaikan masalah kerana pengalaman sedemikian membantu mereka di masa
hadapan.
Ulasan Halangan kepada kemahiran berfikir
1. Pengkaji menjelaskan bahawa perkara utama yang menyebabkan seseorang gagal dalam
berfikir ialah kegagalannya untuk mengenal pasti masalah yang hendak diselesaikan.
Teknik mengenal pasti masalah ini amat penting dan boleh dipelajari supaya kita berjaya
dalam menguruskan kerja harian.
2. Pengkaji menjelaskan bahawa individu itu sendiri juga merupakan halangan kepada
kemahiran berfikir. Pengkaji menyatakan bahawa kemahiran berfikir ini luas dan ia
mencakupi pemikiran kritis, kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Oleh itu, jika individu itu sendiri berasa takut untuk mengambil risiko, malu, tidak mahu
mencari pengetahuan tentang kemahiran berfikir maka dia tidak akan dapat berfikir di
luar pola pemikiran yang biasa.
3. Halangan yang terakhir adalah peluang. Pengkaji menyatakan bahawa pendedahan
kepada kemahiran berfikir haruslah bermula dari peringkat rendah kerana di sini
bermulanya penanaman sikap seseorang individu.
Secara keseluruhannya, dalam sub topik ini, pengkaji menceritakan penggalak dan penghalang
kepada kemahiran berfikir. Tiada sumber yang diguna tetapi hujah-hujah yang dikemukakan
termasuk akal.

27

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Ulasan Rumusan
Pengkaji menjelaskan bahawa penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting dan ini bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab mereka
denga sebaiknya supaya pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tercapai dengan jayanya.
Secara keseluruhannya, pengkaji telah menggunakan banyak sumber bukan sahaja dari dalam
negara malah luar negara untuk membantu pengkaji mengenali lebih banyak topik yang
dikajinya. Akan tetapi, dirasakan sumber dari luar negara lebih banyak jika berbanding dengan
penggunaan sumber dari dalam negara. Mungkin ini adalah disebabkan kurangnya kajian yang
dijalankan di dalam negara kita. Sumber yang dikaji oleh pengkaji terlalu lama. Kebanyakkannya
sudah lebih daripada 15 tahun kajian dan ke atas. Hal ini juga mungkin disebabkan tiada tokoh
yang menjalankan kajian dalam topik ini. Maka, pengkaji menghadapi masalah mencari sumber
yang terkini. Ada sesetengah tulisan pengkaji tidak melibatkam sumber kajian daripada pengkaji
lain atau tokoh-tokoh. Maka, ketepatan huraian daripada pengkaji harus dinilai terlebih dahulu
daripada pembaca supaya tidak menerima maklumat yang kurang ketepatannya. Walaupun
begitu, secara keseluruhannya, maklumat yang diberikan oleh pengkaji amat banyak dan
bertepatan dengan topik yang dikaji oleh pengkaji.

28

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
PENGENALAN METODOLOGI
Menurut Mohd. Majid Konting (2000), metodologi kajian dalam pendidikan merujuk kepada
cara kita mendapatkan maklumat atau bahan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dalam
penyelidikan pendidikan. Sekiranya pengkaji gagal menggunakan kaedah pengumpulan data
yang berkesan, ini akan menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan
beban maklumat.
Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu kajian yang
dilakukan. Pengkaji perlu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang ingin dijalankan
terlebih dahulu.
ULASAN REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang
diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan analisis
deskriptif untuk mengumpul data dan maklumat kuantitatif berkenaan dengan keberkesanan
pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Kaedah penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan bermatlamat untuk menerangkan
sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Jadi, ia sesuai digunakan dalam kajian ini iaitu dengan
melihat keberkesanan pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Pengkaji menyatakan instrumen yang disediakan merupakan satu set item yang direka untuk
mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru-guru tentang KBKK serta
tahap pengaplikasian atau penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. Selain itu, pengkaji juga membentuk item untuk mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa penerapan unsur-unsur KBKK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
29

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

ULASAN SAMPEL KAJIAN


Menurut Mohd. Majid Konting (2000), persampelan adalah strategi penyelidikan di mana
pengkaji mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu yang
menganggotai populasi tersebut. Dengan erti kata lain, individu yang diambil melalui
persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. Maklumat yang
didapati daripada sampel boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi yang
dikaji.
Pengkaji telah melibatkan 40 orang guru dari 10 buah sekolah. Kesemua guru tersebut
mempunyai pengalaman mengajar subjek Pendidikan Seni Visual. Kesemua sekolah yang dikaji
adalah daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sahaja.
Secara keseluruhannya, pengkaji memilih sampel yang bersesuaian dengan tajuk kajiannya.
Akan tetapi, adalah lebih memuaskan jika pengkaji memperkenalkan lagi jantina guru supaya
data yang dikaji menjadi lebih lengkap.
ULASAN INSTRUMEN KAJIAN
Menurut Mohd. Majid Konting (2000), instrumen kajian atau alat penyelidikan adalah penting
untuk mencapai objektif sesuatu kajian atau penyelidikan. Instrumen kajian akan menentukan
sama ada data dan maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi atau tidak.
Instrumen kajian hendaklah dapat digunakan untuk mengukur pemboleh-pembolehubah yang
dikaji. Pengkaji harus memilih instrumen yang dapat dipastikan kesahan, kebolehpercayaan dan
kesesuaian dalam kajian yang akan dijalankan.
Kebanyakkan pengkaji memilih instrumen soal selidik dalam menjalankan penyelidikan
pendidikan untuk mendapatkan data kerana ia sesuai digunakan jika populasi yang terlibat amat
besar jumlahnya. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta,
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Keupayaan soal selidik menggunakan sampel
yang banyak akan meningkatkan ketepatan anggaran statistik sampel untuk menganggar
parameter populasi dan membantu mengurangkan ralat persampelan.

30

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Pengkaji juga menggunakan instrumen soal selidik dalam membuat kajian ini. Pengkaji
menjelaskan bahawa soal selidik merupakan satu instrumen yang mudah untuk ditadbir, dan
data-data yang akan diperolehi mudah untuk diproses, menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Penngkaji telah menyesuaikan item-item soal selidik daripada Kung Jek Len dalam laporan
kajian Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (1998) yang telah dilaksanakan kepada
guru pelatih di Maktab Perguruan Gaya.
Instrumen soal selidik kajian pengkaji dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu,
1. Demografi responden.
Bahagian ini terdiri daripada item-item berkaitan dengan butir-butir peribadi reponden
seperti jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar serta kehadiran kursus
KBKK.
2. Pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru PSV tentang KBKK
Bahagian ini terdiri daripada 8 item yang menguji tahap pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran responden tentang KBKK.
3. Penyebatian KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Bahagian ini juga terdiri daripada 8 item yang menguji tahap penyebatian atau
penyepaduan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV.
4. Pandangan dan masalah pelaksanaan KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan terbuka iaitu memerlukan responden
mengemukakan pandangan serta masalah yang dihadapi semasa menerapkan KBKK
dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.
Kesemua item dan skor pengkaji diukur berdasarkan skala Likert.
Secara keseluruhannya, instrumen kajian yang dibina oleh pengkaji sesuai digunakan dan
bertepatan dengan objektif dan persoalan kajian.

31

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

ULASAN KAJIAN RINTIS


Sebelum kajian sebanar dijalankan, pengkaji telah menjalankan kajian rintis terlebih dahulu bagi
memurnikan lagi alat kajian. Kajian rintis telah dijalankan kepada 20 orang guru yang tidak
terlibat dalam kajian ini. Pengkaji menyatakan tujuan menjalankan kajian rintis seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah berhubung dengan pemahaman dan interpretasi terhadap itemitem soal selidik.
2. Mendapatkan maklum balas daripada responden yang menjawab agar soal selidik dapat
dimurnikan.
Pengkaji mendapati semua item soal selidik dapat difahami dengan jelas melalui kajian rintis
tetapi terdapat sedikit perubahan yang perlu dilakukan terhadap arahan soalan. Walau
bagaimanapun, hal ini tidak memberi kesan yang besar terhadap keseluruhan item soal selidik.
Maka, item-item soal selidik dikekalkan untuk kajian sebenar.
ULASAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Pengkaji menyatakan tujuan kajian ini dijalankan iaitu untuk meninjau keberkesanan
pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dengan itu, untuk mendapatkan data bagi memenuhi
objektif dan persoalan kajian, soal selidik akan dijalankan kepada 40 orang guru yang
mempunyai pengalaman mengajar dalam subjek Pendidikan Seni Visual di 10 buah sekolah
rendah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
ULASAN ANALISIS DATA
Pengkaji menerangkan bahawa data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical
Packages For The Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Data statistik deskriptif seperti min,
kekerapan dan peratusan akan digunakan bagi merumuskan perkara-perkara berikut:
1. Demografi responden seperti jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar
serta kehadiran kursus KBKK
2. Tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru-guru tentang KBKK
32

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

3. Tahap penyepaduan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV


4. Pandangan dan masalah yang dihadapi oleh guru terhadap pelaksanaan KBKK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran PSV
Pengkaji telah merujuk kepada sumber Kalsom Saleh (2008) dalam membuat penentuan
penilaian terhadap min berdasarkan perkiraan berikut:
Kriteria penentuan nilai min
Tahap

Julat Min

Kurang baik

1.00 hingga 2.33

Sederhana

2.34 hingga 3.67

Baik

3.68 hingga 5.00

RUMUSAN
Secara kesimpulannya, pada bab ini pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai
reka bentuk, sampel kajian, instrumen kajian yang digunakan, nilai kebolehcpercayaan instrumen
dan cara menganalisis data dalam kajian ini bagi mengumpul data dan maklumat yang
diperlukan. Kesemua sub topik telah dihuraikan dengan baik.

33

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

BAB 4
ANALISIS DATA
PENGENALAN ANALISIS DATA
Dalam bab ini, pengkaji akan membuat analisis ke atas data yang telah didapatinya melalui soal
selidik. Bab ini penting kerana pentaksiran atau analisis dan penulisan laporan ini penting untuk
menyempurnakan penyelidikan yang dilakukan. Pengkaji akan mentaksir, mengupas, menulis
dan menyebarkan penemuan penyelidikan berdasarkan data dan maklumat berkaitan yang telah
diperoleh. Pentaksiran maklumat penting untuk menentukan objektif penyelidikan. Taksiran akan
lebih teratur jika dibuat berpandukan objektif kajian. Menurut Mohd. Majid Konting (2000),
sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan kupasan terhadap masalah yang dikaji. Kupasan
yang jelas dan mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran yang tepat dan berkesan
terhadap fakta-fakta yang diperolehi.
Di dalam sub topik ini, pengkaji menjelaskan tujuan bab ini iaitu membincangkan secara
terperinci tentang hasil dapatan kajian yang diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan
kepada 40 orang guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual dari 10 buah sekolah rendah sekitar
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
Pengkaji juga menyatakan bahawa dapatan kajian akan dianalisis menggunakan Statistical
Packages For The Social Science (SPSS) versi 11.0. Dapatan kajian akan dimuatkan dalam
bentuk statistik deskriptif yang dibentuk dalam jadual.
Perbincangan analisis data ini akan menyentuh berkenaan dengan profil responden, pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran guru-guru tentang KBKK, penyepaduan KBKK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran PSV serta pandangan dan masalah yang dihadapi oleh guru
terhadap pelaksanaan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV.

34

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

ULASAN ANALISIS DEMOGRAFI RESPONEN


Pengkaji menjelaskan bahawa dalam bahagian ini hanya akan membincangkan analisis deskriptif
berkaitan dengan demografi responden seperti jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman
mengajar serta taburan kekerapan menghadiri kursus KBKK.
Berdasarkan analisis kajian, didapati responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 20
orang guru lelaki (50%) dan 20 orang guru perempuan (50%).
Analisis kajian mendapati bahawa daripada 40 orang responden, responden yang berumur di
antara 25 hingga 30 tahun adalah seramai 19 orang (47.5%), responden yang berumur 30 hingga
35 tahun seramai 111 orang (27.5%), responden yang berumur 36 hingga 40 tahun seramai 2
orang (5%), responden yang berumur 41 hingga 45 tahun seramai 4 orang (10%), responden
yang berumur 46 hingga 50 tahun seramai 9 orang (2.5%) dan akhir sekali responden yang
berumur 51 tahun dan ke tas seramai 3 orang (7.5%).
Menurut analisis kajian pengkaji, seramai 16 orang guru (40%) yang mempunyai kelayakan
akademik sehingga Sijil Pelajaran Malaysia. 11 orang guru (27.5%) yang mempunyai kelayakan
akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Seramai 12 orang guru (30%) yang mempunyai Ijazah
Sarjana Muda dan 1 orang guru (2.5%) mempunyai kelayakan Sarjana.
Analisis kajian menunjukkan seramai 19 orang guru (47.5%) mempunyai pengalaman mengajar
di antara 1 hingga 5 tahun, 10 orang guru (25%) mempunyai pengalaman mengajar 6 hingga 10
tahun, 4 orang guru (10%) mempunyai pengalaman mengajar di antara 11 hingga 15 tahun, 3
orang guru (7.5%) mempunyai pengalaman mengajar di antara 16 hingga 20 tahun dan 3 orang
guru juga (7.5%) yang mempunyai pengalaman mengajar di antara 26 hingga 30 tahun. Hanya 1
orang guru (2.5%) yang mempunyai pengalaman mengajar di antara 21 hingga 25 tahun.
Mengikut analisis kajian, seramai 14 orang guru (35%) yang menyatakan bahawa mereka pernah
menyertai kursus KBKK manakala 26 orang guru (65%) tidak pernah mengikuti sebarang kursus
KBKK.

35

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

ULASAN ANALISIS DESKRIPTIF BAGI SETIAP KONSTRUK


Pengkaji menjelaskan bahawa dalam bahagian ini akan membincangkan analisis deskriptif bagi
setiap konstruk iaitu berkaitan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru tentang KBKK,
penyepaduan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV serta pandangan dan
masalah yang dihadapi oleh guru berkenaan terhadap pelaksanaan KBKK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran PSV.
Dapatan kajian pengkaji terhadap tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru-guru
tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif secara keseluruhannya menunjukkan min
yang tinggi. Maka bolehlah dirumuskan bahawa tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
guru-guru tentang KBKK adalah pada tahap yang baik.
Analisis kajian tentang penyebatian KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran PSV
menunjukkan min yang tinggi juga iaitu 4.06. Dengan itu, boleh dirumuskan bahawa tahap
penyebatian atau penyepaduan KBKK ke dalam pengajaran dan pembelajaran PSV adalah pada
tahap yang baik.
Analisis kajian untuk pandangan dan masalah penyebatian KBKK dalam PSV menunjukkan
bahawa 6 orang guru (23.08%) menyatakan bahawa masalah utama yang dihadapi ketika
menyebatikan KBKK ke dalam PSV adalah disebabkan oleh tahap pengetahuan sedia ada murid
yang lemah. 4 orang guru (15.38%) menyatakan bahawa masalah murid malas berfikir dan 4
orang guru (15.38%) menyatakan bahawa murid kurang bekerjasama semasa proses pengajaran
dan pengajaran. 4 orang guru (15.38%) menyatakan masalah utama adalah kekangan masa ketika
menyebatikan KBKK ke dalam PSV.
3 orang guru (11.54%) menyatakan murid tidak berminat terhadap subjek PSV dan 3 orang guru
(11.54%) yang menyatakan masalah kemampuan pemikiran murid yang berbeza. Hanya 2 orang
guru (7.70%) menyatakan bahawa masalah penyebatian KBKK ke dalam PSV berpunca daripada
kurangnya pendedahan tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kepada guru.
Berdasarkan analisis kajian yang diperoleh, terdapat dua cadangan yang mendapat peratusan
tertinggi iaitu 23.53%. antara cadangan tersebut ialah memperbanyakkan penggunaan teknologi

36

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

atau alat bantu mengajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran PSV serta menyediakan
buku panduan mengajar yang khusus tentang penyebatian KBKK dalam PSV.
Secara keseluruhannya, pengkaji telah menjalankan analisis kajian dengan baik. Kesemua
analisis yang dibuat bertepatan dengan objektif kajian dan persoalan kajian. Analisis kajian yang
didapati membantu pengkaji membuat rumusan dengan baik.
ULASAN PERBANDINGAN ANTARA GURU LELAKI DAN GURU PEREMPUAN
BAGI SETIAP KONSTRUK
Pengkaji menjalankan ujian-t untuk melihat perbandingan min antara lelaki dan perempuan bagi
setiap konstruk.
Melalui analisis kajian tentang perbandingan antara guru lelaki dan perempuan bagi tahap
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang KBKK, didapati bahawa min bagi guru lelaki
ialah 3.86 manakala min bagi guru perempuan pula ialah 3.90. Apabila analisis ujian-t dilakukan
terhadap min-min tersebut, didapati perbezaan min tersebut adalah tidak signifikan, t(38)=-0.30,
SE=0.12, p=0.76. Keputusan ini menunjukkan bahawa guru lelaki dan guru perempuan tidak
mempunyai perbezaan dalam tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang KBKK.
Pengkaji juga membandingkan guru lelaki dan perempuan bagi tahap penyebatian KBKK dalam
pengajaran dan pembelajaran PSV. Didapati min bagi guru lelaki ialah 4.11 manakala min bagi
guru perempuan pula ialah 4.01. Ujian-t yang dilakukan ke atas min-min tersebut menunjukkan
bahawa perbezaan min tersebut adalah tidak signifikan, t(38)=0.86, SE=0.11, p=0.39. Keputusan
menunjukkan bahawa guru lelaki dan perempuan tidak mempunyai perbezaan tahap penyebatian
KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV.
ULASAN HUBUNGAN ANTARA UMUR BAGI SETIAP KONSTRUK
Pengkaji mencari hubungan antara umur dengan setiap konstruk dengan menggunakan analisis
korelasi.
Analisis korelasi menunjukkan bahawa hubungan antara umur dengan tahap pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran tentang KBKK mempunyai korelasi yang signifikan, r=0.50, p=0.00.
Keputusan menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru-guru tentang
37

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

KBKK dipengaruhi oleh umur. Hal ini bermakna semakin meningkat usia guru, semakin tinggi
tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang KBKK.
Analisis korelasi menunjukkan bahawa hubungan antara umur dengan tahap penyebatian KBKK
dalam pengajaran dan pembelajaran PSV juga mempunyai korelasi yang signifikan, r=0.50,
p=0.00. Oleh itu, keputusan menunjukkan bahawa tahap penyebatian KBKK dalam pengajaran
dan pembelajaran PSV dipengaruhi oleh umur. Hal ini bermakna bahawa guru yang lebih tua
lebih mahir dalam menyebatikan KBKK semasa proses pengajaran dan pembelajaran PSV.
ULASAN RUMUSAN
Pengkaji mendapati pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran PSV telah menunjukkan keberkesanannya.
Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajiannya. Pengkaji juga telah
menerangkan hasil dapatannya. Penerangan yang dibuat senang difahami. Pengkaji juga
menyertakan jadual dan rajah yang sesuai supaya membantu penerangannya.

38

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
ULASAN PENGENALAN BAB 5
Pengkaji menerangkan bahawa dalam bab ini akan dikemukakan rumusan, perbincangan serta
cadangan daripada dapatan-dapatan yang diperolehi berdasarkan kepada objektif-objektif yang
dinyatakan dalam Bab 1.
ULASAN RUMUSAN HASIL KAJIAN
Pengkaji membincangkan rumusan dapatan berkenaan dengan keberkesanan pelaksanaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual. Pengkaji membuat rumusan keseluruhan bahawa kajian dijalankan ke atas 10 buah
sekolah rendah yang dipilih secara rawak di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Petaling Jaya. Selain itu, hanya 40 orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar dalam
subjek Pendidikan Seni Visual sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif
digunakan untuk mendapatkan taburan kekerapan, min dan peratus bagi mengenalpasti tahap
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru-guru tentang KBKK, tahap penyebatian KBKK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV serta pandangan dan masalah yang dihadapi
oleh guru dalam menyebatikan KBKK ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran PSV.
Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru-guru tentang KBKK
serta tahap pengaplikasian atau penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ketika
mengajar Pendidikan Seni Visual adalah baik.
Pengkaji juga menyatakan beberapa masalah yang telah dikenalpasti yang mengganggu
kelancaran proses penerapan unsur KBKK semasa proses pengajaran dan pembelajaran PSV.
Kebanyakan masalah tersebut adalah berpunca daripada murid itu sendiri.
Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi perbandingan di
antara tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang KBKK mengikut jantina. Dapatan
kajian juga menunjukkan perbezaan min yang tidak signifikan di antara perbezaan jantina
dengan tahap penyebatian KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.
39

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

Namun begitu, analisis korelasi menunjukkan perbezaan signifikan di antara perhubungan antara
umur dengan konstruk-konstruk tersebut.
ULASAN PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
Pengkaji dalam dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
guru-guru tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah baik. Pengkaji mendapat
pernyataan ini berdasarkan nilai skor min yang diperolehi bagi konstruk tersebut iaitu 3.88.
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara guru lelaki dan
guru perempuan terhadap tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang KBKK.
ULASAN

TAHAP

PENYEBATIAN

KBKK

DALAM

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN PSV
Pengkaji menganalisiskan dapatan kajian dan mendapati bacaan min bagi konstruk ini sangat
tinggi iaitu 4.06. Maka ini telah menunjukkan bahawa tahap penyebatian KBKK ke dalam
pengajaran dan pembelajaran PSV adalah sangat baik. Pengkaji juga mendapati dapatan kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara guru lelaki dan guru perempuan terhadap tahap
penyebatian KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.
ULASAN

PANDANGAN

DAN

MASALAH

YANG

DIHADAPI

DALAM

MENYEBATIKAN KBKK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pengkaji menyatakan bahawa berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa masalah utama
yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam menyebatikan KBKK semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menyatakan kesemua masalah tersebut berpunca
daripada murid itu sendiri.
ULASAN KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN
Pengkaji membuat kesimpulan bahawa dapatan kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni Visual telah dilaksanakan dengan berkesan. Buktinya adalah melalui bacaan
nilai min yang tinggi bagi setiap konstruk iaitu 3.88 bagi tahap pengetahuan, kefahaman dan
40

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

kemahiran guru tentang KBKK dan 4.06 bagi tahap pnyebatian KBKK dalam pengajaran dan
pembelajaran PSV. Pengkaji menyatakan bahawa berdasarkan dapatan kajian juga didapati
beberapa masalah yang mengganggu kelancaran penyebatian kemahiran berfikir ketika proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual telah dikenalpasti. Antaranya ialah tahap
pengetahuan sedia ada murid yang masih lemah, muris malas untuk berfikir, murid tidak mahu
bekerjasama dan sebagainya. Pengkaji menyatakan bahawa segala persoalan kajian telah
dijawab.
ULASAN IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Pengkaji menyatakan bahawa kajian ini telah menunjukkan reformasi pendidikan yang dilakukan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap sistem pendidikan telah menampakkan hasilnya.
Pengkaji berharap hasil kajian ini dapat membantu semua pihak khususnya perancang kurikulum
supaya pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual dapat dipertingkatkan. Pengkaji mengemukakan
cadangannya iaitu menyediakan satu panduan mengajar yang khusus tentang penyebatian KBKK
dalam Pendidikan Seni Visual serta memastikan guru yang mengajar PSV mempunyai
pengetahuan serta kemahiran tentang KBKK.
ULASAN CADANGAN KAJIAN LANJUT
Pengkaji menyatakan kajiannya hanya dijalankan di 10 buah sekolah rendah di sekitar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ke atas 40 orang responden sahaja. Maka, pengkaji
mencadangkan kajian selanjutnya dijalankan kepada guru-guru di sekolah luar bandar supaya
perbandingan di antara guru bandar dan luar bandar terhadap pelaksanaan KBKK dalam
pengajaran dan pebelajaran PSV dapat dilihat. Pengkaji juga berharap kajian selanjutnya boleh
melibatkan sampel yang lebih besar supaya maklumat yang diperolehi akan lebih terperinci.
Pengkaji juga mencadangkan agar menjalankan penilaian dalam bentuk temubual serta
pemerhatian terhadap murid-murid supaya dapat menilai perhubungan keberkesanan KBKK
terrhadap murid-murid.

41

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

ULASAN KESIMPULAN
Pengkaji membuat kesimpulan singkat iaitu guru perlu mempunyai pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran tentang KBKK bagi memastikan penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual tercapai dengan jayanya.

42

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

BAB 6
RUMUSAN KESELURUHAN
Secara kesimpulannya, pengkaji telah menulis tesisnya dengan baik dan memenuhi ciri-ciri
teknikal yang diperlukan secara umum seperti mempunyai abstrak yang ringkas dalam dwi
bahasa, pengenalan yang ringkas tetapi padat, penyataan masalah yang bertepatan dengan
masalah yang dialami di masyarakat, objektif dan persoalan kajian yang bersesuaian dan boleh
diukur, kajian literatur yang berkaitan dari dalam dan luar negara, metodologi kajian yang
bersesuai dengan objektif, dapatan kajian yang dibincangkan dengan teliti serta rumusan,
perbincangan dan cadanga kajian yang diberi boleh diterima guna oleh kebanyakkan komuniti
profesional.
Penggunaan bahasa dalam tesis ini senang difahami. Pengkaji menerangkan denga jelas bagi
setiap bahagian yang ditulisnya. Penulisan bibliografi dan indeks tersusun mengikut susunan
abjad.
Secara keseluruhannya, pengkaji berjaya menghasilkan sebuah tesis yang bermutu dan boeh
dijadikan rujukan kepada semua pihak yang berkaitan.

43

KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL

BIBLIOGRAFI
Boote, D. N., & Beile, P. (2005). Scholars before researchers: On the centrality of the dissertation
literature review in research preparation. Educational Researcher, 34(6), 3-15. Cooper
(1984)
Cooper, H. M., (1984). The integrative research review: A systematic approach. Applied social
research methods series (Vol. 2). Beverly Hills, CA: Sage. Evans, D., and Gruba, P.
(2002). How to write a better thesis. Carlton South, Victoria: Melbourne University
Press.
Donna Velliaris, (2009). Writing an Abstract. Australia: The University of Adelaide.
Randolph, Justus (2009). A Guide to Writing the Dissertation Literature Review. Practical
Assessment, Research& Evaluation, 14(13).
Mohd. Majid Konting, (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mullins, G., & Kiley, M. (2002). "It's a PhD, not a Nobel Prize": How experienced examiners
assess research theses. Studies in Higher Education
Paltridge, B., and Satrfield, S. (2007). Thesis and Dissertation Writing in A Second Language. A
Hanbook for Supervisors. London: Routledge.
Pearce, L. (2005). How to examine a thesis. Berkshire, England: Society for Research into
Higher Education and Open University Press.
Thomas, S.A. (2000). How to Write Health Science papers, Dissertations and Theses. London:
Harcourt Publishers. Ltd.
Universiti Teknologi Malaysia, (2002). Panduan Menulis Tesis dan Saliana E-Thesis. Johor
Darul Tazim

44

Anda mungkin juga menyukai