Anda di halaman 1dari 66

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

PEDAGOGI SEM 3
MODEL-MODEL
PENGAJARAN
MODEL PENGAJARAN
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan,pelaksanaan,penilaian dan
maklu balas.
Fungsi model pengajaran
Beri panduan kepada guru tentang langkah-
langkah mengajar supaya mereka boleh merancang
dan melaksanakan proses pengajaran.
Bentuk rangka pelajaran lengkap untuk penyelia
dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai
rujukan.
Panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas
serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran.
Model ekspositori
Model Ekspositori
Penerangan yang jelas dan terperinci
Konteks pengajaran,ekspositori merupakan
penyampaian maklumat atau isi kandungan
pelajaran secara langsung kepada murid-murid di
dalam kelas.
Cara penyampaian pelajaran melalui
penerangan,bercerita atau demonstrasi dengan
tujuan mengajar sesuatu.
Model Ekspositori
Guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid
mendengar serta memahami dan mengingatinya.

Murid-murid
Pengenalan Murid-murid mengingat
dan penerangan mendengar dan merekod
penerangan
isi pelajaran isi penting
Cara-cara penyampaian Model Ekspositori
Menerang,menginterpretasi dan menghuraikan idea dan
konsep daripada buku tesk.
Menerang sambil mendemonstrasikan cara melukis atau
membina bentuk-bentuk geometri.
Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah
berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari.
Menerang sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar.
Implikasi Model Pengajarn Ekspositori
Sesuai untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam
peringkat perkembangan.
Kebaikannya,guru dapat menjimatkan masa.
Tidak sesuai digunakan untuk keseluruhan waktu
mengajar (kaedah syarahan).
Kaedah yang paling berkesan dalam penyampaian
kemahiran,konsep dan prinsip matematik,sains dan
sebagainya.
Kaedah ini serupa dengan teori pembelajaran Ausubel
yang menggunakan Pengelola Awal untuk perkenalkan
pelajaran baru.
DAVID P. AUSUBEL
Ahli psikologi AS yang pertama mengemukakan teori
pembelajaran yang memberi penekanan kepada
resepsi yang bermakna.

Pembelajaran bermakna ialah satu proses di
mana pelajar sendiri mempunyai kesedaran
dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan
pembelajaran yang dipelajari adalah berguna
untuknya.
Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan
untuk menghafal sahaja, hasil pembelajaran
akan berupa hafalan dan tidak bermakna.
Pra syarat pembelajaran Ausubel:

Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan


tujuan yang positif terhadap pembelajaran.

Pengetahuan sedia ada dalam struktur


kognitif pelajar harus digunakan untuk
mengaitkannya dengan pelajaran baru.
Faktor yang mengganggu:
Peringkat perkembangan kognitif pelajar masih
rendah untuk fahami konsep yang lebih kompleks.

Kurang motivasi yang dapat mendorong pelajar


supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna.

Strategi pembelajaran seperti menghafal teorem,dan


langkah-langkah penyelesaian masalah akan
menggalakkan pembelajaran hafalan yangtidak
bermakna.
Strategi Pembelajaran Resepsi Yang
Bermakna :
Pengelola Awal (Advance Organiser)
Merupakan bentuk pernyataan hukum, definisi atau
lain-lain yang diperkenalkan kepada pelajar pada
permulaan.
Tujuan adalah untuk menggerakkan sturktur kognitif
pelajar yang sedia ada supaya dapat diintegrasikan
dengan konsep yang dipelajari.
Perhubungan Konsep
Guru harus menghubungkaitkan struktur
kognitif sedia ada dengan struktur yang
diajarkan.
Setiap konsep baru hendaklah dikaitkan rapat
dengan konsep yang telah ada dalam struktur
kognitif pelajar.
Pembezaan Progresif (Progressive
Differentiation) :

Merupakan persembahan terancang daripada umum


kepada ciri-ciri spesifik dan terperinci.

Cth :
Guru mengenalkan jenis-jenis haiwan seperti mamalia,
reptilia dan lain-lain.
Kemudian, guru mengenalkan ciri-ciri spesifik yang
terdapat dalam setiap jenis haiwan seperti haiwan
mamalia adalah beranak dan berdarah panas.
Penyesuaian Secara Integrasi
(Integrating Reconciliation)

Bahan yang baru dipelajari harus diubahsuai dan


diintegrasikan dengan maklumat terdahulu.

Cth :
Konsep berat-ringan boleh dikaitkan dengan konsep
panjang-pendek yang telah dipelajari dahulu melalui
cara perbandingan di antara panjang pendek jongkang-
jongkit dengan dacing.
RUMUSAN

Salah satu contoh utama dalam Model Ekspositori


iaitu : penyampaian pengajaran dengan bentuk
terakhir berdasarkan isi pelajaran yang dirancangkan
secara logik dan sistematik kepada pelajar; pelajar
mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang sedia ada
dengan menggunakan bahan pelaran baru dengan
inisiatf sendiri untuk belajar.
Proses Pengajaran berdasarkan
Model Pengajaran Robert Glaser

4 Komponen :

OBJEKTIF PENGETAHUAN KAEDAH


PENILAIAN
PENGAJARAN SEDIA ADA MENGAJAR

MAKLUM BALAS
OBJEKTIF PENGAJARAN
-Ditentukan oleh guru yang mana menerangkan hasil pembelajaran yang
dapat dicapai oleh pelajar selepas pengajaran yang berlaku
-Hasil pelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku dan perolehan
ilmu dan kemahiran
-Contoh : Hasil pelajaran 1.1.4 Menceritakan apa yang didengar.
Objektif Murid boleh menceritakan apa yang didengar.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
-Menurut Robert Glaser pengetahuan sedia ada ini sebagai tingkah laku
kemasukan dalam proses pengajaran.
-Ia merujuk kepada kebolehan intelek, daya motivasi, sosialisasi dan
budaya pelajar
-Penting untuk menentukan objektif pengajaran yang sesuai, merancang
dan melaksanakan rancangan pengajaran
KAEDAH MENGAJAR
-Terdiri daripada kaedah penyelesaian masalah, kaedah
demonstrasi, projek, bercerita dan lain-lain.
-Satu siri aktiviti pengajaran yang sistematik berlandaskan teori
pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN
-Merujuk kepada penaksiran hasil pelajaran terhadap proses
pengajaran yang telah dilakukan.
-Boleh dilakukan dengan cara aktiviti soal jawab, pemerhatian,
ujian formal dan ujian tidak formal.
-Guru dapat mengetahui kelemahan dan kebaikan aktiviti yang
dijalankan, sekiranya lemah, guru boleh mengubah suai
rancangan dan kaedah mengajar ke arah yang lebih berkesan.
IMPLIKASI
Untuk melaksanakan satu proses pengajaran
yang berkesan, ialah
1. Objektif pengajaran harus ditentukan sesuai
dengan pengetahuan sedia ada mereka.
2. Kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan
objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada
murid-murid.
3. Penilaian harus dijalankan ke atas segala proses
pengajaran dengan tujuan untuk mengesan punca-
punca kelemahan yang telah dikenal pasti, agar
guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya,
demi meningkatkan keberkesanan pengajaran
pada masa depan.
Merangkumi tiga peringkat :

Peringkat Proses Pengajaran


Menentukan objektif &
maklumat
Sebelum Menetukan kesediaan pelajar
I Pengajaran
Menentukan strategi
pengajaran
Menilai semula
II Semasa
Pengajaran Melaksanakan strategi dan
prosedur pengajaran

Menilai semula keberkesanan


Selepas strategi pengajar
III Pengajaran Menentukan semula kesediaan
pelajar
Membuat pengubahsuaian
Model Komunikasi (Model Wilbur Schramm)
MODEL SCHRAMM I

Sumber Isyarat Destinasi


(rangsangan) Enkod (mesej) Dekod (orang)
Dikembangkan daripada Model Shannon dan
Weaver.
Bermula dengan rangsangan dikenali sebagai
sumber, kemudian dienkod-mentafsir sumber
Diikuti dgn menghantar mesej dlm bentuk
isyarat
Selepas mesej diterima,didekod dgn serta
merta dan disalurkan ke destinasinya.
MODEL SCHRAMM II
Lanjutan drpd Model Scramm 1
Proses komunikasi dgn bidang pengalaman orang
yang mnyampai mesej dan orang yang menerimanya.
Berkesan berlaku apabila bidang pengalaman
bertindih antara dua pihak iaitu di antara sumber
dengan destinasi.
Rangsangan dienkod dan mesej didekod adalah
berdasarkan bidang pengalaman masing-masing
MODEL SCHRAMM III

mesej
Pengenkod Pendekod
Pentafsir Pentafsir
pendekod pengenkod
mesej
Dikembangkan drpd model pertama
dan model kedua.
Menghuraikan komunikasi sebagai
interaksi antara dua pihak, iaitu kedua-
dua pihak yang memainkan peranan
sebagai penyampai mesej serta
penerimanya.
IMPLIKASI MODEL KOMUNIKASI
Berkesan hanya berlaku dalam bidang pengalaman
yang bertindih di antara sumber (guru) dengan destinasi
(murid)
Keberkesanan PnP bergantung kepada kebolehan murid
mentafsir mesej guru yang disampaikan.
Komunikasi berkesan berlaku guru menyampaikan
pelajaran dengan cara yang mudah difahami oleh murid.
Akitiviti perbincangan dan aktiviti soal jawab di antara
guru dengan murid, atau murid dengan murid sering
berlaku dalam proses komunikasi di bawah Model
Schramm II
MODEL INTERAKSI
(Model Pengajaran Sim)
- Sim mengemukakan model pengajarannya
dengan melibatkan interaksi antara 5
komponen seperti berikut;

OBJEKTIF

GURU PERSEKITARAN MURID

ISI

RAJAH : MODEL PENGAJARAN SIM


- Menurut Sim, proses pengajaran yang berlaku
adalah melalui interaksi di antara guru dan
murid,
dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu
persekitaran yang tertentu.
- Keberkesanan sesuatu proses pengajaran
bergantung kpd kebijaksanaan seorang guru
menentukan objektif dan isi pelajaran yang
berkaitan dengan komponen persekitarannya.
- Guru harus cekap menggunakan teknik mengajar
yang sesuai untuk melaksanakan proses
pengajaran
melalui interaksi di antara guru dan murid
dengan
objektif dan isi pelajaran dalam persekitarannya.
1. Interaksi di antara guru, murid dan
objektif (apabila objektif menjadi fokus)

OBJEKTIF

GURU MURID

a) Objektif pelajaran yg ditentukan guru harus


berdasarkan kebolehan mental dan fizikal murid.
b) Objektif pelajaran yg ditentukan oleh guru boleh
dicapai oleh murid dalam masa pembelajaran yg
diperuntukan.
c) Objektif pelajaran yg ditentukan guru adalah
eksplisit.
2. Interaksi di antara guru, murid dan isi pelajaran (apabila isi
pelajaran menjadi fokus)

ISI PELAJARAN

GURU MURID

a) Isi pelajaran yg ditentukan guru hedaklah sesuai


dengan kebolehan dan minat murid
b) Isi pelajaran yg dirancangkan oleh guru hendaklah
sistematik supaya murid mudah mengikutinya.
c) Isi pelajaran yg disampaikan oleh guru hendaklah
mengikut kaedah mengajar dan strategi pengajaran
yg sesuai supaya murid dapat memperolehinya
dengan berkesan serta bermakna.
1. Interaksi di antara guru, murid dan persekitaran
(apabila persekitaran menjadi fokus)

PERSEKITARAN

GURU MURID
a) Keadaan tempat belajar yg dikelolakan guru harus
sesuai dengan perkembangan intelek, emosi, rohani
dan sosial murid.
b) Alat bantu mengajar yg digunakan oleh guru
haruslah dapat dilihat dengan jelas, mudah difahami
dan boleh digunakan oleh murid dalam pelajaran.
c) Kemudahan-kemudahan di tempat belajar haruslah
dapat memperkaya proses pengajaran.
Implikasi Model Pengajaran Sim
1) Objektif pelajaran harus ditentukan secara eksplisit an
mengikut kebolehan murid.
2) Isi pelajaran harus dipilih berdasarkan objektif
pelajaran dan dirancang secara sistematik mengikut
kaedah yang sesuai.
3) Guru hendaklah menggunakan kaedah mengajar dan
strategi pengajaran yang sesuai.
4) Guru hendaklah memupuk perhubungan yang baik
dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang
sihat.
5) Persekitaran belajar hendaklah sesuai dengan
kedudukan sosioemosi dan budaya murid.
MODEL PEMPROSESAN
MAKLUMAT
MENGIKUT TEORI GAGNE :
Rangsangan-rangsangan dari luar akan diterima
dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.

Maklumat ini akan di tafsir dalam stor


ingatan,kemudian dihantar ke stor ingatan jangka
panjang.

Proses terakhir ia akan dihantar kepada


penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
TEORI PROSES PEMBELAJARAN GAGNE :
Persekitaran

Rangsangan-
Pelaksanaan
rangsangan
Penggerak
Rakaman deria
tindak balas

Stor ingatan Stor ingatan


jangka pendek jangka panjang
GAGNE TELAH MENGENAL PASTI DAN
MENYARANKAN LAPAN FASA :

1.Fasa Motivasi (jangkaan ) Manusia belajar kerana didorong oleh


motivasi tertentu.Motivasi juga merupakan tindakan yang
menimbulkan motifnya supaya berusaha belajar.Motivasi digunakan
untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar.

2.Fasa tanggapan ( kefahaman) Melibatkan pemerhatian dan


pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan.Seseorang akan memilih
serta membeza rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.
3. Fasa penyimpanan (pemerolehan) Rangsangan yang
telah dipilh akan di bawa oleh sistem saraf ke dalam
str ingatan jangka pendek.Rangsangan tersebut akan
direkod dengan ringkas dan tersendiri.
4. Fasa penahanan (stor ingatan) Sebahagian atau
keseluruhan rangsangan akan disalurkan dan
disimpan dalam stor jangka panjang.Fasa ini
dinamakan fasa penahanan,iaitu menyimpan
maklumat,peristiwa atau pengalaman yang diperolehi
dengan cara yang sistematik.
5. Fasa mengingat kembali (mencari)
Tindakan mencari maklumat atau
pengalaman yang telah disimpan dalam stor
jangka panjang.Biasanya maklumat yang
disusun secara sistematik dan tepat boleh
diingat kembali dengan lebih cepat.

6. Fasa generalisasi (pndahan) Seseorang


individu boleh mengingat kembali maklumat
dalam stor ingatan jangka panjang dan
menggunakannya untuk situasi yang serupa
atau sama.
7. Fasa prestasi (gerak balas) Boleh dilihat
dan diukur daripada perubahan tingkah
lakunya sebaik sahaja isyarat rangsangan
diberikan.
8. Fasa maklum balas (peneguhan) Berlaku
setelah seseorang individu telah
bertindak balas dengan prestasi atau
perubahan tingkah laku yang tepat.
LAPAN JENIS PEMBELAJARAN UNTUK
MEMPEROLEHI MAKLUMAT :

1.Pembelajaran melalui isyarat Merupakan bentuk


pembelajaran yang primitif .Contohnya,seseorang
mempelajari isyarat kilat sebagai petir dan hari akan hujan.
2.Pembelajaran stimuli (tindak balas )
Menghubungkaitkan tindak balas yang dirancang dan
dirangsangkan dengan tindak balas individu,demi
manghasilkan perubahan tingkah laku.
4. Pembelajaran melalui rantaian Pelbagai hubungkait
daripada pembelajaran tindak balas untuk mencapai
peringkat yang lebih tinggi.
5. Pembelajaran melalui asosiasi verbal Merupakan bentuk
asas pembelajaran bahasa.
6. Pembelajaran melalui pelbagai pembezaan Pembelajaran
untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai
rangsangan.
7. Pembelajaran konsep Pembelajaran membentuk
konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan ciri-ciri
yang sama.
8. Pembelajaran prinsip Pembelajaran perkaitan dua atau
lebih konsep yang telah dipelajari.
9. Pembelajaran penyelesaian masalah Pembelajaran
melalui proses berfikir,iaitu memikir cara penyelesaian
masalah dengan menggunakan konsep dan prinsip yang
telah dipelajari.
Kesimpulan :Proses pembelajaran bermula daripada
rangsangan-rangsangan diluar,rangsangan-rangsangan yang
dipilih menjadi bahan pembelajarannya bergantung kepada
motivasi luaran atau dalaman.Apabila prestasi atau perubahan
tingkah laku dapat diperlihatkan,maka pembeajaran dikatakan
telah berlaku. Aspek-aspek utama iaitu
kesediaan,motivasi,pengamatan,penanggapan,ingatan dan
lupaan dan pemindahan adalah berkait rapat dengan proses
pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.
Teori Pengajaran dan
Pembelajaran Konsep:Bruner
Bruner ( 1973 ) menggunakan perkataan pengkategorisasi sebagai
pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan
perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut
ciri-ciri yang sama.
Maka, konsep ialah pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam
fikiran mengenai sesuatu tanggapan , gagasan atau idea.
Mengikut Bruner, fungsi konsep utama ialah menyusun maklumat
kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea
dengan tujuan memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka
ragam dengan lebih mudah dan ringkas.
Cara pengkategorisasi ini akan membolehkan kita mengenal pasti,
memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih
mudah.
Teori Pengajaran Bruner
Teori Pengajaran harus menentukan butir-butir
pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai
motivasi pelajar.
Bahan-bahan pembelajaran harus distrukturkan secara
sistematik supaya mudah dipelajari
Teori Pengajaran harus menentukan cara yang paling
berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan
pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah
dipelajari
Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda
selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya pelajar
mendapat kepuasan dalam pelajarannya.
Implikasi Pengajaran
Pembentukan Konsep
Teorem Pembelajaran Matematik
Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik, Bruner dan Kenney membuat kajian dan
pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas matematik.
Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep,
prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili
konsep, prinsip atau hukum matematik itu.
Teorem Tatatanda
Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan
kognitif pelajar
Teorem Kontras dan Variasi
Prosedur perkenalan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit
melibatkan operasi kontras dan variasi
Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan
dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran,
guru haruslah menggunakan konsep, prinsip atau kemahiran untuk
mengaitkannya dengan konsep, prinsip atau kemahiran yang baru,
MENURUT TABA :

Konsep dibentuk dengan tepat melalui


penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam
suatu sistem yang sesuai.
PERINGKAT PEMILIHAN SESUATU
KONSEP
Peringkat penyusunan data :
- Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan
ciri-ciri persamaan dan perbezaannya.
2) Peringkat membentuk konsep :
- Menggolong dan mengelaskan fakta-fakta
berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi
kategori tertentu.
Peringkat membentuk hukum :
- Menbuat kesimpulan@generalisasi ke atas
hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang
di bentuk dalam peringkat 2.
Peringkat aplikasi :
- Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi
baru.
CONTOH STRUKTUR PENGETAHUAN
MENGIKUT MODEL TABA
Matapelajaran : Sains
Pembentukan Konsep : Ciri-ciribenda hidup
Pemilihan dan pemeringkatan isi pelajaran :

Peringkat Isi pelajaran


1. Penyusunan data Contoh-contoh benda hidup dan benda bukan
hidup untuk mengenal pasti ciri-ciri perbezaan.
2. Pembentukan konsep Mengelaskan ciri-ciri seperti bertumbuh,
membiak, bernafas, berkumuh dan bergerak
untuk menjadi satu kategori tertentu.
3. Pembentukan hukum Membuat generalisasi : Benda-benda hidup
boleh bertumbuh, membiak, bernafas,
berkumuh dan bergerak.
4. Aplikasi Mengenal pasti benda-benda hidup yang lain
berdasarkan generalisasi yang telah didapati.
IMPLIKASI MODEL TABA
DALAM BILIK DARJAH
Mengaitkan struktur pengetahuan dengan proses perancangan
dan pembelajaran.
Semasa proses perancangan pelajaran, perkara-perkara yang
hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data, pembentukan
konsep, membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit ke
abstrak.
Di dalam proses pembelajaran, teknik meningkatkan daya
pemikiran pelajar adalah penting untuk memperolehdan
menguasai generalisasi atau prinsip yang abstrak.
MODEL INKUIRI
Merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan
jawapan@kesimpulan daripada soalan,@daripada masalah yang
dikemukakan.
Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan
bermasalah,membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian,
menjalankankajian siasat dan membuat rumusan@mendapatkan
jawapan.
Antara contoh soalan bermasalah yang diselesaikan melalui kaedeah
inkuiri :
-Bagaimanakah pokok bernafas?
-Apakah faktor-faktor yang membawa kepada masalah
pencemaran?
-Mengapakah buaya tidak boleh dikelaskan sebagai amfibia?
MODEL INKUIRI SAINS
Digunakan untuk menkaji prinsip, fenomena, dan ciri-
ciri unsur sains
Proses kajian adalah berlandaskan kepada lima
langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan dalam
Model Dewey seperti berikut :

Mengenal Mencari Membuat Menguji Menilai


pasti maklumat hipotesis hipotesis dan
masalah rumusan membuat
rurmusan

Rajah 2.11 : Proses penyelesaian masalah


PROSES PENYELESAIAN
MASALAH
Mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami
dan mengenal pasti aspek-aspek yang penting yang
terkandung dalam masalah.
Mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul
bahan-bahan@fakta-fakta yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah.
Membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi
dan cara menyelesaikan masalah.
Menguji hipotesis proses pelaksanaan strategi dan
aktiviti penyelesaian.
Menilai dan membuat rumusan aktiviti penilaian dan membuat
rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam
proses penyelesaian masalah.
MODEL INKUIRI SOSIAL
Digunakan untuk mengkaji topik-topikyang berkaitan dengan bidang
kemasyarakatan dan kemanusiaan.
Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,
temubual@soal selidik.
Menegaskan proses interaksi sosial. Ia merangkumi enam langkah seperti berikut
:
3.Memberi
4.Perbincangan
2.Pembentukan definisi kepada
hipotesis Kesahan hipotesis
hipotesis oleh
murid
6.Membuat
kesimpulan atau
1.Pembentukan 5.Mencari
rumusan
masalah oleh sokongan untuk
guru Rajah 2.12 : Model inkuiri sosial hipotesis
MODEL INKUIRI JURIS PRUDENTIAL
Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti
Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Sastera.
Berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.
Di dalam aktiviti pengajaran dan penbelajaran, terdapat dua jenis teknik
inkuiri iaitu :
inkuiri terbimbing - memerlukan guru membimbing murid-murid
menjalankan segala proses kajian.(sesuai digunakan di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah rendah)
inkuiri terbuka murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan.
segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri.(sesuai digunakan di
peringkat sekolah menengah atas dan peringkat lebih tinggi)
MODEL INKUIRI SUCHMAN

-Diperkenalkan oleh Richard Suchman


-Andaiannya bahawa strategi-strategi yang digunakan
oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh
digunakan sebagai model pengajaran dalam mata
pelajaran sekolah, khasnya mata pelajaran sains.
LANGKAH-LANGKAH MODEL
INKUIRI SUCHMAN
Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan.
Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukakan.
Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpulkan
data yang berkaitan.
Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan
tujuan membentuk teori yang berkaitan.
Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan
atau syarat yang berkaitan dengan teori yang telah dibentuk.
Guru dan pelajar bersama berbincang dan menganalisis proses inkuiri
yang dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang
telah didapati dahulu.
IMPLIKASI MODEL INKUIRI SUCHMAN
DALAM PROSES PENGAJARAN

Menentukan objektif pelajaran mengikut tahap kebolehan pelajaran


dan menyediakan bahan pelajaran yang sesuai.
Merancang langkah-langkah membentuk sesuatu konsep, prinsip,
ataupun teori dengan jelas dan terperinci.
Membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong
daripada objektif pelajaran.
Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses inkuiri
dengan guru memainkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan.
Selepas peringkat akhir inkuiri, guru harus memberi ulasan atau
penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

Anda mungkin juga menyukai