Anda di halaman 1dari 28

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK I

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK TUGASAN:
KERTAS KONSEP

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL IZZATI ASYIQIN BT BAHTIAR
(P98372)

PENSYARAH:
Dr. WAN MUNA RUZANNA BINTI WAN MOHAMMAD

1
HALANGAN GURU DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI BANTUAN
TERHADAP MURID BERKEPERLUAN KHAS

Abstrak
Kertas konsep ini membincangkan tentang penggunaan teknologi bantuan terhadap murid
berkeperluan khas dan deklarasi Biwako yang menjadi dasar kepada Program Pendidikan
Khas di Malaysia. Berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (TAM), penggunaan teknologi
bantuan dalam pengajaran ditakrifkan dari segi persepsi guru tentang teknologi dan sikap
mereka terhadap penggunaan teknologi. Fokus utama kertas konsep ini adalah untuk
mengupas mengenai halangan guru dalam mengaplikasikan teknologi bantuan dengan
menumpukan kepada empat aspek utama: (a) persepsi guru; (b) tahap pengetahuan dan
kesediaan guru; (c) latihan guru yang terhad dan (d) sumber dan akses yang terhad.
Metodologi kajian adalah berdasarkan tinjauan literatur yang dibuat berdasarkan pembacaan
10 artikel jurnal yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai sikap
yang positif terhadap kepentingan penggunaan teknologi bantuan sebagai alat pengajaran dan
pembelajaran untuk murid berkeperluan khas. Walau bagaimanapun, guru
mempunyai kemahiran yang rendah dalam penggunaan teknologi bantuan. Ini
menyebabkan mereka berasa kurang yakin dan sukar menguruskan aplikasi dalam
pengajaran. Guru juga kurang mendapat pendedahan dalam program persediaan dan bengkel
latihan bagi meningkatkan kemahiran terhadap penggunaan teknologi bantuan. Kekurangan
akses dan sumber terhadap penggunaan teknologi bantuan juga menbantutkan guru untuk
menggunakan teknologi bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan juga
turut diberikan seperti meningkatkan pembangunan professional dan latihan guru dan
meningkatkan penyediaan sumber dan akses kepada murid berkeperluan khas.
Kata Kunci: Halangan Guru, Teknologi Bantuan, Murid Berkeperluan Khas, Pembangunan
Profesionalisme

2
1.0 PENGENALAN
Revolusi digital menuntut agar beberapa perubahan dibuat dalam sistem pendidikan bagi
membentuk generasi pemikir dan berdaya saing pada masa hadapan. Penggunaan teknologi
dalam bilik darjah banyak memberi kesan yang baik dalam meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat seperti e-buku, video, visual dan buku
audio adalah kaedah pendidikan yang bukan hanya tertumpu kepada kaedah pengajaran
‘chalk and talk’ sahaja bahkan guru juga dapat mengaplikasikan pelbagai bahan pengajaran
bagi mempertingkatkan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah. Berdasarkan Akta
Pendidikan Individu Kurang Upaya (IDEA) (2004), teknologi bantuan merupakan sebarang
bentuk peralatan atau bahan bantuan atau perkhidmatan yang mempunyai potensi dalam
meningkatkan fungsi keupayaan dan perkembangan murid berkeperluan khas. Teknologi
bantuan merangkumi kedua-dua peranti teknologi rendah dan tinggi serta menggabungkan
teknologi yang direka khusus mengikut keperluan murid berkeperluan khas dan teknologi
generik yang boleh diaplikasikan untuk kegunaan murid tipikal.

Di Malaysia, pendidikan khas diberikan penekanan oleh pentadbiran negara


apabila Akta Pendidikan 1996 diwartakan. Mengikut Akta Pendidikan 1996, murid
berkeperluan khas terdiri daripada murid yang mempunyai masalah kognitif tetapi masih
mampu mendapat manfaat daripada pendidikan formal. Murid berkeperluan khas ini terdiri
daripada murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti sindrom down, autisme,
ketidakupayaan fizikal dan intelektual, kecelaruan emosi, gangguan bahasa dan komunikasi
serta pelbagai ketidakupayaan lain. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai
kemahiran tertentu yang dimiliki oleh murid. Oleh itu, mereka memerlukan teknologi
bantuan dan bahan bantu mengajar yang relevan serta bersesuaian mengikut keperluan dan
potensi mereka. Sebagai contoh, murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan
memerlukan teknologi bantuan dan bahan pengajaran khusus seperti mesin Braille supaya
hasil pembelajaran dapat dicapai secara maksimum seperti murid tipikal. Penggunaan
teknologi bantuan dapat membantu murid berkeperluan khas mendapat akses kepada bahan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan menjalankan tugasan pembelajaran dengan lebih
mudah. Ini turut menyediakan peluang kepada para guru untuk mencapai akses yang sama
kepada kurikulum dan penglibatan bilik darjah untuk murid berkeperluan khas (Conti,
Comodari & Buono, 2017).

3
2.0 RANGKA TINDAKAN BIWAKO

Negara-negara di dunia termasuk di Malaysia telah memulakan program bagi murid


berkeperluan khas yang berlandaskan daripada gesaan dan saranan deklarasi di peringkat
antarabangsa. Di antara deklarasi yang menjadi dasar kepada Program Pendidikan Khas di
Malaysia adalah Biwako Millennium Framework 2002 yang bertitik tolak daripada
pencapaian dan pembelajaran dari pelaksanaan garis panduan dasar yang diterima pakai
sebelumnya iaitu Decade: the Agenda for Action for the Asian and Pacific Decade of
Disabled Persons, 1993-2002. Rangka tindakan Biwako memberi tumpuan kepada dasar,
polisi dan amalan untuk individu kurang upaya Rangka tindakan Biwako memperkenalkan
tentang pendekatan berasaskan hak untuk pembangunan murid berkeperluan khas atau
individu kurang upaya. Ini bermakna Program Pendidikan Khas di Malaysia
bertanggungjawab dalam menyediakan pendidikan bersesuaian mengikut keperluan murid
berkeperluan khas dan meningkatkan akses untuk mereka bergerak dengan selamat dan bebas
dan menggunakan kemudahan dalam persekitaran yang dibina. Rangka tindakan ini turut
menggalakkan amalan inklusif di mana murid berkeperluan khas juga mendapat peluang
yang sama seperti murid tipikal tidak kira dalam aspek pendidikan, pekerjaan, akses mobiliti,
akses kepada teknologi bantuan dan lain-lain lagi.

Di bawah garis tindakan akses kepada maklumat dan komunikasi, termasuk teknologi
bantuan, rangka tindakan Biwako ini telah memperakukan beberapa perkara bagi
meningkatkan peluang dan mengekalkan tahap pembelajaran untuk murid berkeperluan khas:

i. Meningkatkan akses terhadap teknologi maklumat dan komunikasi untuk


memastikan murid berkeperluan khas mendapat hak keseronokan yang sama seperti
murid tipikal.
ii. Menggalakkan pengeluaran dan penyebaran maklumat awam dalam bahasa yang
boleh diakses dan cara komunikasi, termasuk bahasa biasa, melalui teknologi yang
boleh diakses.
iii. Meningkatkan kesedaran dan mempromosikan penggunaan bahasa isyarat, Braille,
alat komunikasi tambahan dan alternatif dan alat-alat teknologi lain yang boleh
diakses.
iv. Memudahkan akses untuk murid berkeperluan khas dalam perkhidmatan asas
termasuk perkhidmatan dari segi elektronik.

4
v. Meningkatkan akses kepada maklumat dan teknologi bantuan yang mematuhi konsep
reka bentuk sejagat dan piawaian kebolehaksesan yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa.
3.0 KERANGKA KONSEPTUAL
Model Penerimaan Teknologi menunjukkan bahawa keinginan bertingkah laku
(behavioral intention) untuk menggunakan teknologi adalah bergantung kepada sikap dan
persepsi seseorang terhadap teknologi, secara tidak langsung memberi kesan kepada
tanggapan kebergunaan (perceived usefulness) dan tanggapan mudah diguna (perceived ease
of use). Tanggapan kebergunaan merujuk kepada persepsi seseorang tentang kebergunaan
teknologi dari segi peningkatan produktiviti dan tanggapan mudah diguna pula merujuk
kepada persepsi seseorang bahawa sistem itu dapat digunakan dengan mudah dan bebas atau
sebaliknya apabila mempelajari atau menggunakan teknologi (Davis, 1989). Model TAM
ditunjukkan dalam Rajah 1 dibawah:
Rajah 1 Model Penerimaan Teknologi (TAM)

Kerangka konseptual dalam Rajah 2 menunjukkan halangan guru dalam penggunaan


teknologi bantuan terhadap murid berkeperluan khas.

5
Rajah 2 Kerangka Konseptual

Jika Model Penerimaan Teknologi (TAM) digunakan, maka ciri-ciri seperti tanggapan
kebergunaan (perceived usefulness), tanggapan mudah diguna (perceived ease of use) dan
penerimaan pengguna (user acceptance) dirujuk sebagai mempunyai kesan negatif dalam
menjayakan pelaksanaan dan penggunaan teknologi bantuan (David, 1989). Ini adalah
disebabkan oleh halangan-halangan yang dihadapi oleh guru seperti persepsi guru, tahap
pengetahuan dan kesediaan guru yang rendah, latihan guru yang terhad serta akses dan
sumber yang terhad boleh menyebabkan kesukaran kepada para guru pendidikan khas dalam
mengintegrasikan penggunaan teknologi bantuan di dalam bilik darjah.

4.0 HALANGAN DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI BANTUAN TERHADAP


MURID BERKEPERLUAN KHAS

Perkembangan teknologi telah mengubah evolusi proses pengajaran dan pembelajaran


daripada kaedah tradisi kepada kaedah yang lebih canggih. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa halangan yang dihadapi oleh guru untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi
bantuan terhadap murid berkeperluan khas. Aspek halangan tersebut dibincangkan seperti
berikut:

(a) Persepsi Guru

Persepsi guru memainkan peranan penting dalam menentukan sikap positif terhadap
penerimaan dan penggunaan teknologi bantuan terhadap murid berkeperluan khas.
Nordström, Nilsson, Gustafson. & Svensson (2018) menjalankan kajian bagi meneroka
persepsi guru pendidikan khas tentang sejauh mana interaksi murid dengan aplikasi membaca
dan menulis dalam tablet meningkatkan aspek kefahaman teks dan komunikasi teks. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan individu dalam persepsi guru terhadap penggunaan
teknologi bantuan, termasuk bagaimana penggunaan aplikasi boleh mempengaruhi motivasi
murid dan autonomi yang berasaskan teks pembelajaran. Kebanyakan guru pendidikan khas
mempunyai persepsi positif terhadap kesan penggunaan aplikasi teknologi bantuan (Conti,
Comodari & Buono, 2017; Nordström, Nilsson, Gustafson. & Svensson, 2018). Ini jelas
menunjukkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi memainkan

6
peranan penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus boleh
menjadi daya tarikan dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalam pembelajaran.
Walau bagaimanapun, terdapat keperluan bagi guru dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran teknologi memandangkan guru masih kurang latihan dan sokongan terhadap
penggunaan teknologi (Zhou, Parker, Smith dan Shirley, 2011). Kelemahan guru dalam
kemahiran penggunaan teknologi bantuan akan menyebabkan kesukaran kepada mereka
untuk mengaplikasikannya kepada murid berkeperluan khas. Ini akan menyebabkan guru
kurang motivasi sekali gus menyebabkan mereka enggan menggunakan langsung teknologi
bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini adalah konsisten dengan kajian Atanga, Jones, Krueger dan Lu (2019) yang
menyatakan bahawa keengganan guru, ciri-ciri murid, kerosakan peralatan dan masalah
pentadbiran turut menyumbang kepada faktor yang menghalang guru pendidikan khas dalam
menggunakan teknologi bantuan terhadap murid. Kajian Siyam (2018) turut mengkaji sikap
dan penerimaan guru pendidikan khas terhadap penggunaan teknologi bantuan dan faktor
yang mempengaruhi penggunaannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mempunyai
sikap yang positif terhadap kepentingan penggunaan teknologi bantuan sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran untuk murid berkeperluan khas. Tahap efikasi guru juga
memberi kesan yang paling ketara terhadap penggunaan teknologi dalam kajian ini. Ini
membuktikan bahawa tahap efikasi yang rendah akan menyebabkan guru pendidikan khas
berasa kurang yakin untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi bantuan dalam bilik
darjah. Tambahan pula, tahap efikasi guru telah banyak dikaji sebagai faktor yang
mempengaruhi penerimaan dan penggunaan teknologi. Efikasi diri adalah berdasarkan teori
pembelajaran kognitif Bandura (1977). Tahap efikasi merupakan salah satu aspek penting
dalam penerimaan guru terhadap teknologi bantuan kerana aspek ini yang menentukan sama
ada penggunaan teknologi akan dilaksanakan oleh guru terhadap murid berkeperluan khas
dalam bilik darjah, usaha dalam meningkatkan perkembangan murid dan sama ada halangan
terhadap penggunaan teknologi bantuan dapat diatasi.

Penggunaan teknologi bantuan tidak dinafikan dapat meningkatkan minat murid


berkeperluan khas untuk meneroka kemahiran atau pengetahuan baharu. Kebanyakan guru
juga mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan teknologi bantuan dalam
pengajaran mereka. Berdasarkan kajian Alcon, et. al (2019), kebanyakan guru menyatakan
bahawa penggunaan robot dalam pendidikan boleh meningkatkan minat murid autistik. Akan
tetapi, penggunaannya juga boleh menjadi halangan kepada interaksi murid dalam dunia

7
sebenar atau menghalang murid untuk melakukan aktiviti lain. Dalam erti kata lain,
penggunaan robot menyokong matlamat pembelajaran jangka pendek tetapi boleh
membantutkan perkembangan sosial dan mengganggu keupayaan murid berkeperluan khas
untuk jangka panjang. Ini menjelaskan bahawa penggunaan robot mengurangkan peluang
murid berkeperluan khas untuk bermain dalam dunia sebenar dan membina interaksi sosial
dengan rakan sebaya sekali gus menghalang perkembangan sosio-emosi mereka. Oleh itu,
penggunaan teknologi bantuan perlu dijalankan secara cekap dan disesuaikan mengikut
konteks ketidakupayaan murid.

(b) Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru

Kemahiran dan pengetahuan guru terhadap penggunaan teknologi bantuan amat


diperlukan supaya hasil pembelajaran dapat dicapai secara maksimum oleh murid. Murid
berkeperluan khas tidak akan dapat menyedari manfaat daripada penggunaan teknologi
bantuan melainkan guru dapat mengintegrasikan teknologi bantuan ke dalam amalan
pengajaran mereka. Kajian Zhou, Parker, Smith dan Shirley (2011) menyatakan bahawa guru
kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi bantuan terhadap
murid bermasalah penglihatan. Kekurangan pengetahuan atau kemahiran berlaku
terutamanya dalam aspek seperti penggunaan literasi braille dan aplikasinya dalam
menyediakan perkhidmatan bantuan, teknologi bantuan untuk murid dengan pelbagai
ketidakupayaan, menetapkan peranti teknologi bantuan dan strategi dalam pengajaran aspek
khusus teknologi bantuan kepada murid bermasalah penglihatan. Kajian ini juga menyatakan
bahawa sebanyak 57.5% daripada 165 guru mempunyai keyakinan diri yang rendah dalam
menggunakan teknologi bantuan kepada murid berkeperluan khas. Tahap keyakinan guru
yang rendah dalam mengintegrasikan teknologi adalah disebabkan oleh kemampuan mereka
yang terhad untuk menerapkannya dalam pengajaran dalam bilik darjah secara berkesan.

Isu ini adalah disebabkan oleh kurangnya pendedahan guru mengenai aplikasi yang
terdapat dalam teknologi bantuan sebagai alat untuk membantu murid berkeperluan khas
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (Atanga, Jones, Krueger & Lu, 2019; Al-Zboon,
2019). Menurut Al-Zboon (2019), pengetahuan guru adalah terhad dalam penggunaan
teknologi berasaskan kandungan untuk pembelajaran kandungan tertentu. Guru
kurang kemahiran dalam penggunaan teknologi bantuan menyebabkan mereka kurang selesa

8
dan sukar menguruskan aplikasi dalam pengajaran (Ok, Hughes & Boklage, 2017). Ini
menunjukkan bahawa jurang pengetahuan dan kemahiran guru dalam teknologi bantuan
adalah salah satu faktor penting yang membawa kepada penggunaan teknologi bantuan yang
tidak mencukupi. Kajian Atanga, Jones, Krueger dan Lu (2019) yang mengkaji tahap
pengetahuan, persepsi, minat dan halangan guru dalam penggunaan teknologi bantuan
terhadap murid bermasalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 83% guru
tidak didedahkan dengan program secara formal berkenaan dengan teknologi bantuan dalam
kursus di universiti. Ini menunjukkan bahawa program pensiswazahan guru harus ditujukan
ke arah peningkatan pengetahuan guru dan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi
bantuan.

(c) Latihan Guru yang Terhad

Kekurangan latihan guru juga merupakan antara penghalang utama kepada


penggunaan dan pelaksanaan teknologi bantuan yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas. Guru pendidikan khas dilihat mempunyai
peluang yang terhad untuk dihantar berkursus dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi
bantuan di bilik darjah. Satu kajian dijalankan oleh Ok, Hughes dan Boklage (2017) bagi
meneroka persepsi guru terhadap penggunaan iPads dalam menyokong pengajaran dan
pembelajaran murid kurang upaya. Dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai
mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan iPads kepada murid autistik. Walaupun
begitu, guru melaporkan bahawa mereka tidak disediakan dengan latihan yang mencukupi
dalam menggunakan teknologi bantuan di bilik darjah. Secara khusus, kajian ini menyatakan
bahawa guru kekurangan latihan dalam pembelajaran profesional berkaitan iPads secara
formal. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana guru mengalami
kesukaran dalam menggunakan peralatan atau menguruskan aplikasi yang sesuai dengan
keperluan murid. Ini turut menjejaskan keberkesanan pengajaran guru secara tidak langsung
boleh menjejaskan perkembangan dan pencapaian murid. Keberkesanan pengajaran guru
bukan sahaja mampu mendorong murid berkeperluan khas untuk meningkatkan pelbagai
aspek kemahiran sosial dan akademik, malah turut mendorong ke arah pembinaan tingkah
laku yang positif.

Selain itu, guru juga tidak mempunyai peluang yang mencukupi untuk meningkatkan
kualiti kerjayanya. Kurang pendedahan dalam program persediaan guru adalah disebabkan

9
oleh kekurangan akses kepada pakar teknologi bantuan dalam pendidikan khas yang boleh
menyediakan latihan yang berkualiti tinggi kepada guru (Hakim & O'Bannon, 2008). Latihan
dan bengkel pembangunan professional bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
teknologi bantuan masih tidak mencukupi untuk para guru pendidikan khas kerana
melibatkan kos yang tinggi (Alcorn, et. al, 2019; Zhou, Parker, Smith & Shirley, 2011). Ini
juga selaras dengan kajian Al-Zboon (2019) yang menyatakan bahawa guru tidak mendapat
persediaan dan latihan yang mencukupi mengenai teknologi bantuan dan ini menjadi
halangan kepada pelaksanaan teknologi bantuan yang berkesan di dalam pengajaran dan
pembelaran untuk murid berkeperluan khas. Calon guru tidak disediakan dengan latihan yang
cukup dalam penggunaan teknologi bantuan semasa program persediaan guru. Ini
mengakibatkan kemampuan mereka untuk menerapkan penggunaan teknologi bantuan ketika
bekerja sebagai guru tidak mencukupi. Responden juga melaporkan amalan tidak beretika
dalam penggunaan teknologi bantuan. Latihan dalam perkhidmatan guru pendidikan khas
juga dikritik kerana mengabaikan tujuan program teknologi bantuan (Murray & Rabiner,
2014). Menurut Zhou, Parker, Smith dan Shirley (2011), kekurangan dari segi kualiti
program dan latihan yang sedia ada adalah disebabkan oleh sokongan dan sumber yang tidak
mencukupi dalam teknologi bantuan kepada guru pendidikan khas. Ini menyebabkan
pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi bantuan untuk murid
berkeperluan khas adalah terhad secara tidak langsung membantutkan kecekapan murid
dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran.

Kajian Ahmed Hassan Hemdan Mohamed (2018) menyatakan bahawa sikap guru
pendidikan khas terhadap teknologi secara umumnya adalah positif. Kajian ini turut
menyatakan bahawa sesetengah guru mempunyai masa yang terhad untuk menggunakan
teknologi disebabkan oleh kurangnya pengalaman atau latihan dalam menggunakan teknologi
yang ada. Persepsi para guru tentang kekurangan latihan boleh dikaitkan dengan kurangnya
pengetahuan guru mengenai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar terhadap penggunaan
teknologi. Tambahan pula, aktiviti pembangunan dan latihan professional untuk para guru
juga tidak ditawarkan secara teratur. Ini menunjukkan guru masih lagi tidak mempunyai
persediaan yang cukup dalam penggunaan dan pelaksanaan teknologi bantuan terhadap murid
berkeperluan khas. Tambahan pula, sesetengah guru juga kekurangan masa yang tersedia
untuk menghadiri bengkel latihan dalam menggunakan teknologi bantuan terhadap murid
berkeperluan khas dan kekurangan masa kerana beban pengajaran. Oleh sebab itu, program
persediaan dan latihan guru perlu dijalankan dengan lebih berkesan agar usaha untuk

10
memantapkan lagi kualiti guru dalam penggunaan teknologi bantuan bagi murid berkeperluan
khas akan terlaksana. Teknologi perlu dimasukkan dalam program persediaan untuk guru
pendidikan khas dan hendaklah meliputi pelbagai aspek seperti sistem pengurusan
pembelajaran, platform akademik, aplikasi pengesanan tingkah dan teknologi bantuan sosial
(Siyam, 2018). Dapatan kajian-kajian ini menjelaskan bahawa latihan dan pembangunan
professional untuk para guru merupakan faktor penting bagi menentukan kualiti guru dan
kualiti pengajaran.dalam pelaksanaan penggunaan teknologi bantuan kepada murid
berkeperluan khas.

(d) Sumber dan Akses yang Terhad

Kekurangan sumber juga merupakan penghalang kepada penggunaan teknologi


bantuan di dalam bilik darjah. Atanga, Jones, Krueger dan Lu (2019) menjalankan kajian
terhadap 62 orang guru pendidikan khas bagi murid bermasalah penglihatan dan meninjau
persepsi peribadi mereka terhadap halangan dalam penggunaan teknologi bantuan. Secara
keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa 30 orang guru memilih kebolehgunaan
peralatan dan 29 orang guru memilih kekurangan sumber kewangan sebagai halangan guru
yang paling utama dalam pelaksanaan teknologi bantuan di dalam bilik darjah. Oleh sebab
itu, mereka kebiasaannya enggan menggunakan teknologi bantuan kepada murid
berkeperluan khas. Menurut Siyam (2018), guru mendapati bahawa teknologi sukar untuk
diaplikasikan kepada murid berkeperluan khas, khususnya apabila terdapat kelemahan dari
segi sumber yang tidak mencukupi serta kekurangan sokongan teknikal dan akses kepada
internet. Sokongan teknikal adalah satu lagi sumber penting dalam pelaksanaan teknologi
bantuan yang tidak digunakan dengan berkesan atau masih belum mencukupi. Secara amnya,
tanpa adanya sokongan teknikal yang berkesan, guru masih belum bersedia atau kurang
mahir dalam menyelesaikan isu berkaitan dengan teknologi. Masalah teknikal termasuklah
alatan teknologi yang tidak berfungsi, capaian internet yang internet lambat dan penggunaan
teknologi yang sudah lapuk didapati sebagai penghalang utama bagi guru (Ahmed Hassan
Hemdan Mohamed, 2018). Ini jelas menunjukkan bahawa bahawa halangan-halangan
teknikal boleh menjejaskan penyampaian arahan dan aliran semula jadi aktiviti di bilik darjah
dan ini secara tidak langsung menghalang guru untuk menggunakan teknologi dalam aktiviti
pembelajaran mereka.

11
Kajian Osam, Opoku, Dogbe, Nketsia dan Hammond (2019) dijalankan terhadap 35
ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya bagi mengkaji persepsi ibu bapa terhadap
penggunaan teknologi bantuan kepada kanak-kanak kurang upaya di Ghana. Kajian ini
menyatakan bahawa murid yang mempunyai ketidakupayaan menerima akses yang terhad
dalam penggunaan teknologi bantuan. Ini boleh dikaitkan dengan stigma negatif masyarakat
terhadap murid berkeperluan khas. Stigma negatif masyarakat Ghana telah mengakibatkan
diskriminasi dan pengecualian individu kurang upaya dari masyarakat. Oleh kerana itu, murid
yang mempunyai ketidakupayaan tidak diberikan peluang yang cukup untuk mengakses
perkhidmatan asas seperti pendidikan. Kebanyakan ibu bapa bersetuju bahawa penggunaan
teknologi bantuan diperlukan untuk anak mereka. Walau bagaimanapun, seramai 21 ibu bapa
di mana anak-anak mereka menggunakan pelbagai alat teknologi bantuan menyatakan
bahawa kos yang tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan penggunaan
teknologi bantuan menjadi faktor penghalang kepada penggunaan peranti secara berterusan.
Manakala sebanyak 14 ibu bapa di mana anak-anak mereka tidak menggunakan sebarang
peranti bersetuju bahawa kekurangan sokongan kewangan menyebabkan mereka gagal untuk
memberi akses yang maksimum kepada anak mereka dalam penggunaan teknologi bantuan.
Ini juga selaras dengan kajian Alcorn et. al (2019) yang menyatakan kebanyakan guru
bersetuju bahawa penggunaan alat teknologi memerlukan kos yang tinggi. Pendanaan yang
tidak mencukupi serta kesukaran dalam menguruskan peralatan menjadi penghalang kepada
penggunaan teknologi bantuan terhadap murid berkeperluan khas (Al-Zboon, 2019).
Sehubungan dengan itu, peruntukan sumber kewangan dan penyediaan peralatan dan alat
teknologi yang lengkap di sekolah perlu dirancang sebaik-baiknya supaya kanak-kanak yang
mempunyai ketidakupayaan boleh mendapat akses kepada penggunaan alat teknologi bantuan
dan perkhidmatan kesihatan yang sesuai.

Kajian Osam, Opoku, Dogbe, Nketsia dan Hammond (2019) turut menyatakan
bahawa kebanyakan teknologi bantuan tidak sesuai dan tidak memenuhi keperluan murid
yang mempunyai ketidakupayaan. Kebanyakan ibu bapa yang terlibat dalam kajian ini
bersetuju bahawa alat teknologi bantuan tidak disesuaikan untuk memenuhi keperluan anak-
anak mereka atau persekitaran fizikal mereka. Mereka turut menyatakan bahawa alat
teknologi bantuan untuk murid dengan ketidakupayaan tidak mengikut ciri-ciri persekitaran
di Ghana. Ini jelas menunjukkan bahawa persekitaran fizikal yang tidak mesra pengguna dan
tidak memenuhi keperluan semua murid secara tidak langsung boleh menjejaskan akses
kepada penggunaan teknologi bantuan untuk murid berkeperluan khas. Kajian ini selaras

12
dengan kajian terdahulu yang mendapati bahawa pelaksanaan teknologi bantuan untuk murid
yang mempunyai ketidakupayaan telah dibuat tanpa mengambil kira keunikan keperluan
individu dan persekitaran murid (Visagie, Eid & Mannan, 2017). Sesetengah ibu bapa juga
menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai beberapa kemudahan di rumah untuk
membolehkan anak-anak mereka menggunakan teknologi bantuan. Tambahan pula, ada ibu
bapa yang menyatakan bahawa walaupun mereka mempunyai akses kepada teknologi
bantuan, stigma masyarakat terhadap murid berkeperluan khas menyebabkan mereka
berhadapan dengan persepsi negatif dan diskriminasi masyarakat. Ejekan dengan
menggunakan nama panggilan dan nama alat teknologi bantuan bagi menggambarkan murid
berkeperluan khas boleh memberi impak yang negatif terhadap penggunaan teknologi
bantuan (Osam, Opoku, Dogbe, Nketsia dan Hammond, 2019). Ini menunjukkan bahawa
sikap negatif terhadap murid berkeperluan khas menyebabkan mereka tidak mendapat
layanan yang sama rata dalam masyarakat.

5.0 CADANGAN

Teknologi bantuan boleh memberikan impak besar kepada kehidupan murid


berkeperluan khas. Hasil kajian daripada kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat
beberapa halangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan teknologi bantuan terhadap
murid berkeperluan khas. Persepsi negatif guru terhadap penggunaan teknologi, tahap
pengetahuan dan kemahiran guru yang rendah, latihan perguruan yang terhad dan sumber dan
akses yang terhad terhadap penggunaan teknologi bantuan ini boleh menjadi penghalang
kepada guru mengaplikasikan penggunaan teknologi bantuan terhadap murid berkeperluan
khas di dalam bilik darjah. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan bagi mengatasi
halangan dalam penggunaan teknologi bantuan supaya murid berkeperluan dapat mencapai
dan mengekalkan pembelajaran selaras dengan murid tipikal.

Penggunaan teknologi perlu disesuaikan untuk memenuhi keperluan perkembangan


khusus murid supaya murid boleh mendapat manfaat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Program persediaan guru perlu dijalankan secara sistematik dan menyeluruh
terhadap latihan penggunaan teknologi bantuan. Kualiti program persediaan guru juga perlu
dimantapkan lagi dan distruktur semula agar subjek asas teknologi bantuan diperkenalkan
semasa di peringkat universiti supaya guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara asas. Program pembangunan professional adalah penting bagi meningkatkan

13
pengetahuan dan kemahiran guru dalam penggunaan teknologi bantuan kerana proses
pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas adalah lebih mencabar daripada murid
tipikal. Mereka perlu diberikan latihan yang sesuai berdasarkan sikap dan ciri keperibadian
mereka untuk mengintegrasikan alat teknologi ke dalam pengajaran.

Selain itu, program bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penggunaan


teknologi bantuan bagi murid berkeperluan khas adalah wajar dilaksanakan agar semua pihak
boleh mendapat manfaat bersama. Peruntukan sumber kewangan dan persediaan peralatan
dan alat teknologi yang mencukupi di sekolah-sekolah juga amat diperlukan supaya dapat
memberi kemudahan akses terhadap penggunaan teknologi bantuan bagi murid berkeperluan
khas. Guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak bangsa supaya
mereka dapat mencapai potensi perkembangannya. Langkah yang proaktif ini perlu
dilaksanakan oleh semua pihak, bukan sahaja guru malah pihak kementerian, sekolah, ibu
bapa dan masyarakat juga perlu bekerjasama dalam meningkatkan peluang murid
berkeperluan khas terhadap penggunaan teknologi bantuan.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, tujuan utama penggunaan teknologi bantuan adalah untuk


memberikan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada murid berkeperluan khas
supaya mereka dapat mengembangkan pelbagai kemahiran dan mendapat keperluan
pembelajaran yang sama seperti murid tipikal. Kepentingan teknologi bantuan terhadap
murid berkeperluan tidak boleh diabaikan. Penggunaan teknologi bantuan di dalam bilik
darjah boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan. Isu-isu
yang menjadi halangan dalam penggunaan teknologi bantuan perlu dititik beratkan dan
tindakan sewajarnya perlu diambil bagi memperluaskan lagi kemahiran dan pengetahuan para
guru pendidikan khas untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi bantuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

14
Rujukan
Ahmed Hassan Hemdan Mohamed (2018). Attitudes of special education teachers towards
using technology in inclusive classrooms: a mixed-methods study. Journal of
Research in Special Educational Needs, 18(4): 278-288.
Alcorn, A.M. et. al (2019). Educators' Views on Using Humanoid Robots With Autistic
Learners in Special Education Settings in England. Frontiers in Robotic and AI,
6(107):1-15.
Atanga, C., Jones, B.A, Krueger, L.E. & Lu, S. (2019). Teachers of Students With Learning
Disabilities: Assistive Technology Knowledge, Perceptions, Interests, and Barriers.
Journal of Special Education Technology, 1-13.
BIWAKO. (2007). Biwako Millennium Framework. Jepun: BIWAKO.
Conti, D., Comodari, E. & Buono, S. (2017). Personality factors and acceptability of socially
assistive robotics in teachers with and without specialized training for children with
disability. Life Span and Disability, 20(2): 251-272.
Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of
information technology. MIS Quarterly, 13(3): 319-340
Al-Zboon, E. (2019). Assistive technologies as a curriculum component in Jordan: Future
special education teachers’ preparation and the field status. Assistive Technology,
12(4): 1-6.
Individuals with Disabilities Education Improvement Act Amendments of 2004 (IDEA,
2004b) 20 U.S.C. §1400 et seq. (2004). Diambil pada 15 Disember 2019, daripada
http://www.ed.gov/policy/speced/leg/idea/idea.pdf
Murray, D. & Rabiner, D. (2014). Teacher use of computer-assisted instruction for young
inattentive student. Implications for implementation and teacher preparation. Journal
of Education and Training Studies, 2(2).
Nordström, T., Nilsson, S., Gustafson, S. & Svensson, I. (2018). Assistive technology
applications for students with reading difficulties: special education teacher’s
experiences and perceptions. Disability and Rehabilitation: Assistive Technology,
14(8): 798-808.
Osam, J.A., Opoku, M.P., Dogbe, J.A., Nketsia, W. & Hammond, C. (2019). The use of
assistive technologies among children with disabilities: the perception of parents of
children with disabilities in Ghana. Disability and Rehabilitation: Assistive
Technology, 11, 1-8.
Ok, M.W.,Hughes, J.E. & Boklage, A. (2017). Teaching and Learning Biology With iPads
for High School Students With Disabilities. Journal of Educational Computing Research,
56(6): 1-9.
Siyam, N. (2018). Factors impacting special education teachers’ acceptance and actual use of
technology. Education and Information Technologies, 24, 35-57.

15
Visagie, S., Eide A.H. & Mannan, H. (2017). A description of assistive technology sources,
services and outcomes of use in a number of African settings. Disability and
Rehabilitation: Assistive Technology, 12(7):705–712.
Zhou, L., Parker, A.T., Smith, D.W. & Shirley, G. (2011). Assistive Technology for Students
with Visual Impairments: Challenges and Needs in Teachers’ Preparation Programs
and Practice. Journal of Visual Impairment & Blindness, 105(4): 197-210.

LAMPIRAN
(Sintesis Literatur Berkaitan Halangan Guru dalam Penggunaan Teknologi Bantuan terhadap
Murid Berkeperluan Khas)

16
17
Pengarang Isu/Masalah Tujuan Kajian Metodologi Dapatan Implikasi
(Tahun)

1. Teachers of Students With Learning Disabilities: Assistive Technology Knowledge, Perceptions, Interests, and Barriers
Atanga, C., - Kurang Untuk mengkaji Sampel: 62 guru bagi 83% menyatakan bahawa Latihan yang mencukupi
Jones, B.A, pendedahan tahap murid bermasalah mereka tidak didedahkan diperlukan oleh guru dalam
Krueger, dalam program pengetahuan, pembelajaran dengan teknologi bantuan di penggunaan teknologi
L.E. & Lu, persediaan guru persepsi, minat universiti. Guru mempunyai bantuan. Program persediaan
Kaedah pengumpulan
S. (2019). dan halangan persepsi positif terhadap guru juga harus ditujukan ke
- Kurang data: Soal selidik
guru dalam penggunaan teknologi arah peningkatan
persediaan dan
penggunaan Kaedah analisis data: bantuan. Guru kurang pengetahuan guru dan
latihan dalam
teknologi Kaedah Kuantitatif persediaan dan latihan dalam kemahiran yang berkaitan
penggunaan
bantuan penggunaan teknologi dengan teknologi bantuan
teknologi bantuan
terhadap murid bantuan. 30 orang guru

- Kurang selesa bermasalah memilih kebolehgunaan

untuk pembelajaran peralatan dan 29 orang guru

melaksanakan memilih kekurangan sumber

penggunaan kewangan sebagai halangan

teknologi bantuan guru. Keengganan guru, ciri-


ciri murid, kerosakan
peralatan halangan dalam
penggunaan teknologi bantuan
terhadap murid.

2. Assistive Technology for Students with Visual Impairments: Challenges and Needs in Teachers’ Preparation Programs and Practice

18
Zhou, L., - Guru kurang Untuk mengkaji Sampel: 172 guru bagi Kurangnya pengetahuan dan Program persediaan guru
Parker, pengetahuan dan persepsi guru murid bermasalah kemahiran guru terhadap perlu dijalankan secara
A.T., kemahiran mengenai penglihatan penggunaan teknologi sistematik dan menyeluruh
Smith, pengetahuan bantuan. Guru juga kurang terhadap latihan penggunaan
- Kurang Kaedah pengumpulan
D.W. & mereka terhadap keyakinan terhadap teknologi bantuan. Subjek
kemahiran untuk data: Soal selidik
Shirley, G. teknologi kemampuan mereka mengajar khusus teknologi bantuan
mengajar murid
(2011). bantuan. Kaedah analisis data: teknologi bantuan terhadap perlu diterapkan dalam
menggunakan
Kaedah kuantitatif murid bermasalah penglihatan. program persediaan guru.
peranti
57.5% daripada 165 guru

- Kurang mempunyai keyakinan diri

keyakinan untuk yang rendah dalam

mengajar menggunakan teknologi

menggunakan bantuan. Kurangnya kualiti

teknologi bantuan program latihan guru yang


sedia ada disebabkan oleh
kekurangan sumber untuk
teknologi bantuan.

3. Assistive technologies as a curriculum component in Jordan: Future special education teachers’ preparation and the field status

Al-Zboon, - Tahap Untuk meneroka Sampel: 15 guru Mereka tidak mendapat Meningkatkan kualiti
E. (2019) keyakinan guru persepsi guru pendidikan khas persediaan dan latihan yang program penyediaan guru

19
yang rendah pendidikan khas mencukupi mengenai pendidikan khas dan
dalam terhadap Kaedah pengumpulan teknologi bantuan. penstrukturan semula sistem
mengintegrasikan persediaan data: temu bual semi Kemampuan mereka untuk pendanaan untuk
teknologi ke mereka untuk struktur menerapkannya ketika bekerja memudahkan penyediaan
dalam pengajaran menggunakan sebagai guru tidak mencukupi. teknologi.
teknologi Kaedah analisis data: Penggunaan teknologi bantuan
- Latihan yang
bantuan dan Kaedah Kualitatif dalam bidang adalah tidak
tidak mencukupi
status bidang mencukupi. Responden juga

- Ruang terhad berkenaan melaporkan amalan tidak

dalam kurikulum, dengan beretika dalam penggunaan

kekurangan penggunaan teknologi bantuan. Sikap

sumber dan teknologi negatif, pendanaan yang tidak

persepsi negatif bantuan. mencukupi, kesukaran dalam


menguruskan peralatan, dan
- Kesukaran halangan masa.
menguruskan
peralatan

4. Factors impacting special education teachers’ acceptance and actual use of technology

Siyam, N. - Guru mendapati Mengkaji sikap Sampel: Guru mempunyai sikap positif Menyediakan latihan yang
(2018) bahawa teknologi guru pendidikan 150 guru pendidikan terhadap penggunaan mencukupi kepada guru
sukar untuk khas terhadap khas teknologi di mana mereka tentang penggunaan alat

20
diintegrasikan, penggunaan cenderung untuk teknologi. Teknologi perlu
khususnya apabila teknologi serta Kaedah pengumpulan menggunakan teknologi dalam dimasukkan dalam program
terdapat faktor yang data: Soal selidik amalan kelas. Tahap efikasi persediaan untuk guru
kekurangan dari mempengaruhi guru memberi kesan yang pendidikan khas dan
segi latihan, masa, penggunaannya Kaedah analisis data: paling ketara terhadap hendaklah meliputi pelbagai
alat dan sumber dengan Kaedah kuantitatif penggunaan teknologi. Akses aspek seperti sistem
yang tidak menggunakan kepada teknologi tidak pengurusan pembelajaran,
mencukupi serta empat luaran memberi kesan kepada platform akademik, aplikasi
kekurangan pembolehubah kemudahan penggunaan. pengesanan tingkah dan
sokongan teknikal seperti perkaitan teknologi bantuan sosial.
pekerjaan, akses
kepada
teknologi,
efikasi diri dan
masa.

5. Attitudes of special education teachers towards using technology in inclusive classrooms: a mixed-methods study

Ahmed - Penggunaan Meneroka sikap Sampel: 250 guru bagi Sikap guru pendidikan khas - Memperuntukkan sumber
Hassan teknologi guru di guru pendidikan murid bermasalah terhadap teknologi umumnya kewangan dan menyediakan
Hemdan sekolah boleh khas ke arah pembelajaran, 90 guru positif. sekolah dengan peralatan dan
Mohamed dipengaruhi oleh menggunakan bagi murid dengan Guru bersetuju bahawa alat teknologi yang

21
(2018) penerimaan teknologi dalam kecacatan intelektual perancangan yang lebih diperlukan
mereka terhadap bilik darjah dan 88 guru bagi murid sistematik diperlukan untuk
- Melaksanakan bengkel
murid dengan yang inklusif bermasalah membantu mereka belajar
pembangunan profesional
ketidakupayaan pendengaran. aplikasi teknologi baru.
yang berterusan untuk para
Kebanyakan guru menyatakan
- Kurang Kaedah pengumpulan guru
bahawa aktiviti pembangunan
sokongan, masa data: Temu bual semi
professional ada dijalankan
dan sumber dari struktur, soal selidik
tetapi tidak ditawarkan secara
pentadbiran
Kaedah analisis data: teratur. Persepsi para guru
sekolah
Kaedah campuran tentang kekurangan latihan

- Kurang boleh dikaitkan dengan

kemahiran dan kekurangan pengetahuan

latihan dalam mengenai kemahiran yang

melaksanakan diperlukan oleh pelajar untuk

penggunaan menggunakan teknologi.

teknologi

6. Assistive technology applications for students with reading difficulties: special education teacher’s experiences and perceptions

Nordström, - Kurang latihan Untuk meneroka Sampel: 54 guru Dapatan menunjukkan Murid dengan kesukaran
T., Nilsson, dan sokongan persepsi guru pendidikan khas & 59 perbezaan individu dalam membaca boleh
S., terhadap pendidikan khas murid dengan kesukaran persepsi guru terhadap menggunakan aplikasi
Gustafson, penggunaan tentang sejauh membaca penggunaan aplikasi untuk membaca dan menulis dalam
S. & teknologi mana interaksi tujuan interaksi teks, termasuk alat mudah alih. Penggunaan
Svensson, murid dengan bagaimana penggunaan teknologi bantuan perlu

22
I. (2018). - Kesukaran aplikasi Instrumen: Soal selidik aplikasi mempengaruhi dijalankan secara cekap dan
menggunakan membaca dan motivasi murid dan autonomi disesuaikan mengikut konteks
Kaedah analisis data:
teknologi menulis dalam yang berasaskan teks ketidakupayaan murid.
Kaedah campuran
tablet pembelajaran. Kebanyakan Latihan dan sokongan juga
- Keupayaan
meningkatkan guru pendidikan khas Gred 4 diperlukan.
pengguna untuk
aspek asimilasi mempunyai persepsi positif
mendapatkan
teks dan terhadap kesan penggunaan
akses dan untuk
komunikasi teks aplikasi teknologi bantuan.
menghasilkan
teks

7. Educators' Views on Using Humanoid Robots With Autistic Learners in Special Education Settings in England

Alcorn, - Kesukaran untuk Untuk meneroka Sampel: 31 guru Guru menyatakan kesediaan Merancang penggunaan robot
A.M. et al. memahami robot persepsi guru pendidikan khas yang untuk mempelajari tentang secara menyeluruh dalam
(2019). sebagai alat yang terhadap mengajar murid penggunaan robot supaya hasil amalan sedia ada supaya
mempunyai penggunaan Autisme pembelajaran dapat dapat memberi manfaat yang
potensi untuk robot humanoid disampaikan kepada murid berterusan kepada murid
Kaedah pengumpulan
digunakan dalam sebagai alat Autisme. Guru bersetuju Autisme.
data: Temu bual semi
pendidikan atau pendidikan penggunaan robot akan

23
terapi. kepada murid struktur menyebabkan kos yang tinggi.
Autisme. Penggunaan robot boleh
- faktor teknikal Kaedah analisis data:
meningkatkan minat murid
iaitu keperluan Kualitatif
Autisme tetapi ia juga boleh
dalam
menjadi halangan kepada
penggunaan robot
interaksi dalam dunia sebenar.
yang mudah,
Penggunaan robot boleh
cepat dan boleh
menyokong matlamat
digunakan.
pembelajaran jangka pendek
tetapi mengganggu keupayaan
kanak-kanak untuk jangka
panjang.

8. Personality factors and acceptability of socially assistive robotics in teachers with and without specialized training for children with disability

Conti, D., Banyak kajian Untuk menilai Sampel: 114 guru Perasaan gembira dan minat Guru perlu diberikan latihan
Comodari, tertumpu kepada faktor ramalan yang tinggi boleh dikaitkan yang sesuai berdasarkan sikap
E. & ciri pengguna, dan sikap Kaedah pengumpulan dengan penggunaan robot di dan ciri keperibadian mereka
Buono, S. penerimaan robot guru terhadap data: Borang soal mana guru bersetuju bahawa untuk mengintegrasikan alat
(2017) dalam bilik darjah penggunaan selidik inventory Big robot boleh meningkatkan teknologi ke dalam
dan interaksi robot bantuan Five, Eurobarometer aktiviti harian mereka. Guru pengajaran.
antara pengguna sosial dalam mempunyai persepsi positif
dan robot tetapi aktiviti Kaedah analisis data: terhadap penggunaan alat

24
kurang pengajaran Kaedah Kuantitatif teknologi yang mampu
difokuskan pada disesuaikan mengikut
perspektif guru keperluan dan tingkah laku
sosial. Guru tanpa
pengkhususan lebih suka
menggunakan robot semasa
aktiviti mengajar mereka.

9. The use of assistive technologies among children with disabilities: the perception of parents of children with disabilities in Ghana

Osam, J.A., - Kanak-kanak Mengkaji Sampel: 35 ibu bapa - Kebanyakan ibu bapa - Menyediakan kemudahan
Opoku, kurang upaya persepsi ibu yang mempunyai anak bersetuju bahawa penggunaan akses kepada ibu bapa untuk
M.P., tidak diberikan bapa terhadap kurang upaya teknologi bantuan diperlukan mendapatkan perkhidmatan
Dogbe, peluang yang penggunaan untuk anak mereka. kesihatan dan teknologi
J.A., cukup dalam teknologi Kaedah pengumpulan bantuan
- Kos yang tinggi untuk
Nketsia, W. pendidikan bantuan kepada data: Soal selidik
mendapatkan perkhidmatan - Menyediakan bantuan
& disebabkan oleh kanak-kanak tinjauan
kesihatan dan penggunaan kewangan untuk menyokong
Hammond, kemiskinan dan kurang upaya
teknologi bantuan. pelaksanaan tekologi bantuan
C. (2019) kekurangan Kaedah analisis data:

25
perkhidmatan Kaedah Kualitatif - Persekitaran fizikal di Ghana - Meningkatkan mobiliti
khusus di sekolah. adalah tidak mesra dan OKU
mempengaruhi mobiliti orang
- Kurang dana - Meningkatkan kesedaran
kurang upaya.
pembiayaan, tentang OKU
koordinasi yang - Kebanyakan teknologi

lemah, sokongan bantuan tidak sesuai dan tidak

yang lemah dari memenuhi keperluan kanak-

kakitangan dan kanak kurang upaya.

kesukaran dalam - Stigma negatif masyarakat


menguruskan
peranti.

10. Teaching and Learning Biology With iPads for High School Students With Disabilities

Ok, M.W., - Guru sering Meneroka Sampel: Helena, guru - Penggunaan iPads - Menyediakan latihan
Hughes, menghadapi bagaimana pendidikan khas yang meningkatkan interaksi dua profesional dan pendidikan
J.E. & cabaran untuk iPads digunakan mempunyai 11 tahun hala (murid dan guru, murid untuk para guru
Boklage, menyesuaikan diri untuk pengalaman mengajar dan murid) dan meningkatkan meningkatkan kemahiran
A. (2017) dengan arahan, menyokong pembelajaran murid dalam mengintegrasikan
Kaedah pengumpulan
bahan dan pengajaran dan teknologi dalam pengajaran
data: Temu bual - Guru kurang latihan dalam
prosedur untuk pembelajaran
pembelajaran profesional - Membantu guru pendidikan
memenuhi murid kurang Kaedah analisis data:
berkaitan iPad secara formal khas memilih aplikasi yang
keperluan murid upaya dalam Kajian Kes Kualititatif
sesuai bagi memenuhi
kurang upaya kelas biologi - Guru kurang pengetahuan
keperluan murid dan

26
dalam kelas sains dan penggunaan teknologi matlamat pengajaran
berasaskan kandungan untuk
- Kurang
pembelajaran kandungan
pengetahuan dan
tertentu
persediaan dalam
penggunaan - Kesukaran dalam
teknologi bantuan menguruskan aplikasi dan
halangan masa.

27
28

Anda mungkin juga menyukai