Anda di halaman 1dari 7

Keperluan dalam kertas cadangan

1. Tajuk kajian
2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkaji dan Nama Sekolah yang lengkap
3. Latar Belakang Kajian/ Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian
6. Kumpulan Sasaran
7. Tindakan/Intervensi Yang Dicadangkan
8. Bahan-Bahan Yang DiPerlukan
9. Jadual Pelaksanaan Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULA


PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
“PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ”
Oleh:
Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi
pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang
lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu
menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab
2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan
lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang
perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan
berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk
mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka
soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi
majoritinya tidak pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru.
Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan
semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4
Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu.
Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-
langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya
terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya
tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang
mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2
digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak
mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah
dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang
senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan
kemerosotan markah mereka.

2. FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah
kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir,
keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa
langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkah-
langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana
soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah “Pistol dan Hammer on the stairs”.
Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula hasil
darab 2 digit.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

(i) Objektif Umum


Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2
digit bagi murid tahap 2.

(ii) Objektif khusus


 Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul
menggunakan bentuk ”Pistol dan Hammer”.
 Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
permainan.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti
berikut:
(i) Pemeriksaan buku sifir.
(ii) Ujian Pra

5.3 Tindakan yang dicadangkan

Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya
untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik ”pistol dan hammer on the
stairs” untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid
perlu lakukan iaitu:

(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.


(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor
dan menyesesaikannya)

5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer


Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas
transparent yang berlainan warna.

Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas “transparent” yang berlainan warna.
Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
Murid melakar “pistol” dan “hammer” menggunakan 2 kertas “transparent” yang
berlainan warna.
Kemudian gunting.

Contoh:

Pistol

Hammer

Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.

Contoh :

Pistol

Hammer

Langkah 3
 Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan “stairs” dan “answer
box”.
 Lubangkan bahagian tengah kotak.
CONTOH :

Stairs

Answer
boxes

(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan
menyelesaikannya).

Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan
menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan
masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-langkahnya ialah :

Langkah 1
Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics
sentences) untuk diselesaikan oleh murid.
contoh:
342 x 12 = ?

Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.


Cara dan pengisian nombor :
Letakkan “pistol” di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di
dalam kotak “pistol” .
Kemudian selesaikan jawapan.
Contoh:

3 4 2
Selesaikan

3 4 2
X 2
2 6 8 4

Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk “hammer” pada kertas yang sama, bertindan dengan
“pistol” .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.

Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana
barisan nombor pertama telah diisi oleh bentuk “ pistol”.
Contoh :

33 4 2
Selesaikan

3 4 2
X 2
1 2 6 8 4

Selesaikan

3 4 2
X 1
3 4 3

Langkah 3
Setelah jawapan “pistol” dan “hammer” dapat diselesaikan, murid akan
menggunakan bentuk “stairs” untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh : jawapan “pistol” = 684
jawapan “hammer” = 342

Contoh:

3 4 2

1 2

jawapan

6 8 4

jawapan
3 4 2

Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer
boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan “pistol” dan “hammer”.
Isikan di dalam kotak jawapan.
3 4 2

1 2

jawapan

6 8 4

jawapan
3 4 2

4 1 0 4

6. Bahan yang digunakan

Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-

 Gunting,
 pisau lipat ,
 pembaris ,
 magik pen / pensil
 kertas A 4
 transparent yang berlainan warna

7. Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tempoh


Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2 Menulis proposal kajian 2 minggu
3 Merancang tindakan – individu/kumpulan 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 1 minggu
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 2 minggu
6 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 1 minggu
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 2 minggu
8 Ujian untuk mengesan perubahan murid 1 minggu
9 Refleksi kajian 1 minggu
10 Menulis laporan kajian 2 minggu
11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu

Disediakan oleh,
Jurulatih Utama
Kajian Tindakan Negeri Johor

Anda mungkin juga menyukai