Anda di halaman 1dari 11

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN FORMULA

PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH
PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS

Oleh:
Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor

1.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan
Matematik. Bagi pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan
penguasan sifir tetapi bagi kelas yang lemah mereka lambat untuk menghafal sifir.
Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu menggunakan sifir itu. Yang menjadi
masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab 2 digit bagi kelas 4
cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan lemah.
Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkahlangkah yang perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya
memberi soalan berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan
cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk mencari hasil darab 2 digit pasti mudah.
Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka soalan darab 2 digit mereka
tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi majoritinya tidak
pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya
masih keliru. Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya

tidak faham. Saya terangkan semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10
orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4 Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2
digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu. Mereka hanya menulis
soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-langkah
pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya
terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara
penerangan saya tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain.
Apakah cara yang mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat
menjawab soalan pendaraban 2 digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak
membuat latihan yang diberikan dan tidak mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih
lambat dan lemah dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari
cara yang betul atau formula yang senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti
masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan kemerosotan markah mereka.

2.

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2
digit adalah kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas
menghafal sifir, keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan
semula dan kadang-kala mereka lupa langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat
latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru
dan lupa langkah-langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang
untuk mendapatkan markah kerana soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap
mudah sahaja.

Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk
mainan dalam pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah Pistol
dan Hammer on the stairs. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang
dibina untuk mengaplikasikan formula hasil darab 2 digit.

3.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:

4.

(i)

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi
formula pendaraban 2 digit bagi murid tahap 2.

(ii)

Objektif khusus
a Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan
betul menggunakan bentuk Pistol dan Hammer.
b Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil
darab 2 digit.
c Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
bentuk permainan.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang
terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu

5.

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah
berdasarkan seperti berikut:
(i)
Pemeriksaan buku sifir.
(ii)
Ujian Pra
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
(i) Pemeriksaan buku sifir
Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil
darab 2 digit. Antara soalan yang diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir
di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:
a.
b.
c.

2321 X 12
1245 X 24
1437 X 38

d.
e.

5241 X 65
3282 X 97

Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :


Peratus markah murid dalam soalan sifir
Markah
Bil murid Peratus
Lulus (3-5 markah )
20
67%
Gagal (0-2 markah )
10
33%

(ii) Ujian Pra


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang
sentiasa mendapat 0-2 markah di dalam soalan sifir. Tujuannya adalah
untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam
mengira hasil darab 2 digit.
Analisis daripada ujian Pra.
Bil soalan betul
5
4
3
2
1
0

Bil muird
6 ( 60%)
4 (40%)

Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:


(a)
penguasaan sifir yang kurang cekap.
(b)
Mendarab angka puluh dahulu contohnya 305 x 24
(mereka mendarab 2 dahulu)
(c)
Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan
kedua
Contohnya :
365
Kesilapan
ditemui
X 24

1460

730

(d)

2190
Pengumpulan semula nombor yang salah.

5.3 Tindakan yang dicadangkan


Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan
sasaran saya untuk memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik
pistol dan hammer on the stairs untuk mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2
aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:
(i)
(ii)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.


Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi
nombor
dan menyesesaikannya)

5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan


(i)

Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer


Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas
transparent yang berlainan warna.
Langkah 1
Setiap
murid
akan

menggunakan 4 kertas transparent yang berlainan warna.

Murid
akan
membuat
kotak
yang sama
besar pada
setiap
kertas tersebut.
Murid m
elakar
pistol
dan
hammer

menggunakan 2 kertas transparent yang berlainan warna.


Kemudi
an
gunting.

Langkah 2
Gu
nting
bahagian
tengah setiap kotak
untuk
dijadikan
lubang nombor.

Langkah 3
q Menggunaka
n kertas

transparent yang lain pula lakarkan stairs dan answer box.


Lubangkan bahagian tengah kotak.

(ii)

Aktiviti
2 : Menembak
dan memahat
dengan tepat.

(mengisi nombor dan


menyelesaikannya).
Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua
dengan menembak dan memahat pada sasaran yang tepat ( mengisi
nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkahlangkahnya ialah :
Langkah 1
Guru
akan

memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics


sentences) untuk diselesaikan oleh murid.
contoh:
342 x 12 = ?
Murid
akan
mula men
gisikan no
mbor pada
pistol
dahulu.
Cara
dan
pengisian
nombor :

Letakkan pistol di atas sehelai kertas dan mulakan dengan


mengisi nombor di dalam kotak pistol .
Kemu
dian
selesaikan
jawapan.

Langkah 2
S
eteru
snya,
letakkan
bentuk
hammer
pada kertas yang sama, bertindan dengan pistol .
Mula
mengisi
nombor.
S
elesai
kan
jawapan.
Nota:
Pada langkah ini, murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja
lagi kerana barisan nombor pertama telah diisi oleh bentuk
pistol.

Langkah 3
Setel
ah

jawapan pistol dan hammer dapat diselesaikan, murid akan


menggunakan bentuk stairs untuk di isikan dengan jawapan yang
telah dibuat.
contoh :
jawapan pistol
= 684
jawapan hammer = 342

Langkah 4
Lan
gkah
akhir
ialah
dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
Car
i
hasil
tambah
bagi
jawapan
pistol
dan hammer.
Isikan di
dalam
kotak
jawapan.

6.

Bahan yang digunakan


Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :

Gunting,
pisau lipat ,
pembaris ,

7.

magik pen / pensil


kertas A 4
transparent yang berlainan warna

Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil

Aktiviti

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal


Menulis proposal kajian
Merancang tindakan individu/kumpulan
Melaksanakan tindakan aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1
Melaksanakan tindakan aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2
Ujian untuk mengesan perubahan murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah.

Tempoh
Pelaksanaan
1 minggu
2 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu
1 minggu
2 minggu
1 minggu

Anda mungkin juga menyukai