Anda di halaman 1dari 12

KAJIAN TINDAKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT INDAH

JALAN INDAH 19/5, TAMAN BUKIT INDAH

79100, ISKANDAR PUTERI, JOHOR

NAMA PENYELIDIK

WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN

TAJUK KAJIAN

Penggunaan Model Bukit Bundar Dalam Membantu Murid Tahun 2


Memahami Kemahiran Bundar Kepada Puluh Terdekat

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran


membundar di kalangan murid tahun 2 USM melalui pendekatan kaedah Bukit Epal.

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


Kemahiran membundar merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam
Matematik. Seramai 10 orang murid Tahun 2 USM dan seorang guru penyelidik terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian, temu bual, soal
selidik, latihan bertulis dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid kurang
mahir dalam membundar. Kesukaran memahami konsep bundar dan tidak dapat
membayangkan bagaimana membundar dengan kaedah garis nombor menyebabkan
murid-murid mengambil masa yang panjang untuk menyelesaikan soalan yang
berkaitan pembundaran. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan
kemahiran membundar ini. Sesi bimbingan dijalankan semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran selama seminggu pada hari Ahad hingga Khamis selama 10 minit bagi
setiap sesi. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat
peningkatan dari segi minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah
kajian tindakan dilaksanakan, keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan
prestasi murid. Semua murid kumpulan sasar saya dapat menjawab semua soalan
dengan tepat dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat
meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam
kemahiran membundar.

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU

Pada tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Matematik
Tahun 2 USM. Kelas 2 USM merupakan kelas yang kedua daripada tiga kelas dan
murid-muridnya berpotensi untuk mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam
Matematik. Untuk tujuan ini perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah membundar
dengan betul.

Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan


menjalankan latihan membundar secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan
latihan membundar, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati
mereka salah memberikan jawapan. Hal ini amat mengecewakan saya. Sepuluh orang
(25%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dengan betul kesemua 6 soalan dalam

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan, mungkin mereka boleh
menjawab dengan tepat.

2.0 ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN)

Kumpulan sasaran saya ialah murid tahun 2 USM iaitu seramai 10 orang.

Kemahiran membundar adalah sangat penting dalam Matematik. Sekiranya,


kemahiran ini tidak dapat dikuasai oleh murid dengan baik, maka kesukaran menjawab
soalan membundar nombor dan soalan-soalan yang berkaitan dalam tempoh masa
yang ditetapkan akan timbul.

Saya menggunakan kaedah Bukit Epal dalam kajian ini. Kajian ini berfokus
kepada meningkatkan kemahiran membundar dan juga supaya kaedah ini dapat
digunakan dalam penyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Di samping
itu, kajian ini secara tidak langsung dapat memupuk minat murid-murid terhadap
Matematik kerana membundar menjadi lebih mudah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Membantu meningkatkan kemahiran membundar di kalangan murid-murid


Tahun 2 USM dengan cepat dan tepat dan mampu menarik minat murid untuk
mempelajarai mata pelajaran Matematik.

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Murid dapat memberikan jawapan dengan tepat dan cepat iaitu menjawab
semua 6 soalan dengan betul apabila ditanya dalam bentuk soalan bertulis dalam
tempoh masa 10 minit..

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian yang akan dijalankan melibatkan 10 orang murid tahun 2 USM di


Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah yang dipilih sebagai kumpulan sasaran.
Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan kelas yang diajar oleh penyelidik.

5.0 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian ini
dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon
kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

5.1.2 Temu Bual

Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secara
tidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temubual ini secara tidak
langsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran
membundar.

5.1.3 Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk


mengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik dan kemahiran
membundar. Borang ini diisi oleh murid untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


5.1.4 Ujian Pra

Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid


dalam subtopik bundar. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. Soalan
ujian pra terdiri daripada 10 soalan subjektif dan murid-murid dikehendaki menjawab di
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tempoh masa menjawab adalah 10 minit.

5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan


pembelajaran, didapati kaedah membundar kaedah garis nombor menjadi masalah
kepada 10 orang murid Tahun 2 USM. Teknik membundar berbeza-beza (pelbagai cara
mengikut pemahaman masing-masing) antara seorang murid dengan murid yang lain.
Pada pendapat saya, kaedah Bukit Epal merupakan jalan yang paling baik.

5.2.2 Temu Bual

Hasil temu bual dengan kumpulan sasaran, saya dapati 10 orang (100%) murid
meminati mata pelajaran Matematik. 4 orang mengaku tidak tahu membundar dan
selebihnya mengatakan tahu sedikit tentang membundar.

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


5.2.3 Soal selidik

Jadual 1: Soal Selidik Berkaitan Matematik dan Kemahiran Membundar

SETUJU TIDAK SETUJU

BIL PERKARA
BIL % BIL %

1 Minat mata pelajaran Matematik 10 100 0 0

Minat subtopik “bundar” dalam topik


Nombor Bulat
2 8 80 2 20

Berupaya membundar kepada


puluh terdekat
3 9 90 1 10

Mudah lupa kaedah membundar


untuk rumah yang lebih besar
4 6 60 4 40

Bosan dengan kaedah yang diajar


oleh guru
5 3 30 7 70

Berupaya menjawab dengan tepat


soalan membundar sekiranya
tempoh masa menjawab
6 dipanjangkan 10 100 0 0

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


5.2.4 Ujian Pra

Jadual 2: Pencapaian Murid-murid Tahun 2 USM Dalam Ujian Pra

UJIAN PRA
Bilangan soalan yang betul (10 soalan)
BILANGAN %

menguasai

tidak menguasai

Jumlah 40 100

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Sebanyak 2 aktiviti telah dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran


membundar di kalangan murid kumpulan sasaran saya. Aktiviti tersebut ialah:

AKTIVITI 1: PENDEDAHAN KAEDAH BUKIT EPAL.

a) Aktiviti ini melibatkan guru menerangkan kepada murid-murid cara membundar


menggunakan kaedah Bukit Epal.
b) Guru menggunakan medium ict iaitu powerpoint dan juga kad imbasan rajah
bukit.
c) Pendekatan ini diulang sebanyak 2 kali iaitu 2 hari pdpc di dalam kelas.
d) Pendekatan ini dilaksanakan dan murid berjaya menguasai kaedah ini dengan
betul.

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


AKTIVITI 2: PEMANTAPAN KAEDAH BUKIT EPAL

a) Aktiviti ini merupakan aktiviti bertulis. Murid diberikan 10 soalan setiap sesi.
b) Murid perlu menjawab 10 soalan membundar dalam tempoh masa 10 minit.
c) Murid dikehendaki menyelesaikan soalan membundar dengan merujuk kad
rajah bukit.
d) Aktiviti ini diulang setiap hari dengan set soalan yang berbeza selama 3 hari
berturut turut.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN

5.4.1 AKTIVITI 1: PENDEDAHAN KAEDAH BUKIT EPAL

Murid didedahkan dengan kaedah Bukit Epal selama 1 minggu iaitu hari Isnin
dan Rabu. Aktiviti ini dijalankan selama 10 minit setiap hari.

Pertama sekali, penerangan tentang cara membundar menggunakan kaedah


Bukit Epal ini. Kemudian, murid dilatih untuk menyelesaikan soalan bundar dengan
menggunakan kaedah Bukit Epal dengan betul,

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


Contoh membundar kaedah Bukit Epal

Soalan: bundarkan 324 kepada puluh terdekat.

4 5
6
3
7
2
+ 0 nombor di dalam epal 8
1
1. Gariskan digit pada nilai 9 tempat
0
puluh dan lukiskan epal pada + 1 nombor di dalam epal digit
tersebut
berserta tangkai epal yang condong kepada digit di sebelah kanan.

324
2. Tangkai epal menunjukkan epal pada bukit 4, maka epal akan bergolek
sehingga ke bawah.
3. Maka, digit yang di dalam epal akan ditambah dengan kosong iaitu 2+0=2.

+0

3 2 4 = 320
4. Murid perlu ditegaskan bahawa nombor selepas epal akan menjadi sifar.
5. Jawapan akan menjadi 320.

5.4.2 PEMANTAPAN KAEDAH BUKIT EPAL

Selepas menjalankan Aktiviti 1, saya menjalankan Aktiviti 2 pula.

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


Berikut ialah langkah-langkah bagi Aktiviti 2.

i. Guru meminta murid menjawab 10 soalan bundar dalam lembaran kerja yang
diberikan.

ii. Murid-murid diminta menjawab soalan masing-masing dalam tempoh 10 minit.


iii. Kemudian guru menyemak jawapan bersama sama murid.

PEMERHATIAN:

Aktiviti 1 dijalankan selama 2 hari berturut-turut dan aktiviti 2 juga dijalankan selama 3
hari berturut-turut. Daripada pemerhatian guru, kumpulan sasaran berjaya menjawab
kesemua 10 soalan bundar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka juga dapat
menjawab soalan bundar dengan betul sambil merujuk kad rajah bukit. Mereka dapat
menjawab dengan tenang.

REFLEKSI:

Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini berbanding sebelum sesi
bimbingan dilaksanakan. Terdapat perubahan yang ketara iaitu mereka dapat
menjawab dengan tepat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Lebih membanggakan
mereka dapat menyiapkan lebih awal dari tempoh masa tersebut.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan yang
dijakankan ini telah memberi impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran membundar. Hasil dapatan dari kajian tindakan ini
menunjukkan peningkatan murid dalam ujian pasca.

Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bilangan soalan yang betul UJIAN PRA UJIAN PASCA


(10 soalan)
BILANGAN % BILANGAN %
10 18 56.25 30 93.75
menguasai 8 2 6.25 2 6.25
6 2 6.25 0 0

4 2 6.25 0 0
tidak
menguasi
2 8 25 0 0

Jumlah Murid 32 100 32 100

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Memandangkan kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam kajian tindakan


ini mampu menarik minat dan meningkatkan kemahiran membundar murid, saya
bercadang untuk melaksanakan kajian tindakan tentang menambah atau menolak
tahap 1. Kesemua ini akan dijalankan pada tahun hadapan.

BIBLIOGRAFI

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN


Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Panduan Perkembangan Pembelajaran
Murid (PPPM) Tahun 2, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur.

Mazniyah Md Jaafar, Muhammad hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong, Aminuddin


Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

KAJIAN TINDAKAN WAN MOHAMAD NADZRI BIN WAN HASAN

Anda mungkin juga menyukai