Anda di halaman 1dari 2

Wan Mohamad Nadzri Bin Wan Hasan Penghuni Blok Pinang, IPG kmpus Pulau Pinang, 11700 Gelugor,

Pulau Pinang. Jabatan Blok Kediaman, Ipg Kampus Pulau Pinang, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Tuan, Permohonan Untuk Tinggal Bersebelahan Dengan Bilik Rakan Sekumpulan. Berdasarkan penyataan di atas, saya Wan Mohamad Nadzri Bin Wan Hasan dan Tuan Mohd Hazmeer bin Tuan Mohd Isa sebagai penghuni blok Pinang (006) daripada kumpulan Matematik 1 PISMP ambilan Januari 2012 ingin membuat permohonan untuk tinggal bersebelah dengan rakan sekumpulan iaitu Muhamad Nur Amin bin Yusuf dan Muhamad Shafiq bin Dollah(Pi106) pada semester hadapan sesi 2013. 2. Tujuan saya memohon pengecualian ini adalah untuk memudahkan kami untuk membuat perbincangan atau kerja-kerja kursus yang melibatkan kerja secara berkumpulan. Hal ini disebabkan kami berempat mempunyai opsyen yang sama. Selain itu, kami juga mengalami kesulitan disebabkan perbezaan aras dengan pelajar kumpulan Matematik 1 PISMP ambilan Januari 2012 yang lain. Dengan ini, kami berdua berharap semoga permohonan kami ini akan mendapat pertimbangan daripada pihak tuan. kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian. Yang benar, .. (WAN MOHAMAD NADZRI B. WAN HASAN) Pelajar T1/S2 MT1, Penghuni Blok Pinang(006)

04 NOVEMBER 2012

Anda mungkin juga menyukai