Anda di halaman 1dari 16

MENINGKATKAN KEMAHIRAN FAKTA ASAS MELALUI

PENDEKATAN BILANG TERUS, TOLAK SEPULUH , TAMBAH BERULANG &


BINA SIFIR

Oleh:
MD SHAH BIN ABDULLAH
Sekolah Kebangsaan Pt Jawa , Muar
(msabdullah61@gmail.com)

ABSTRAK

SK PT JAWA
Tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan kemahiran asas matematik.
Kepentingan kemahiran ini sekiranya tidak dikuasai oleh para murid pada peringkat
sekolah rendah lagi akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik
pada peringkat yang lebih tinggi. Atas kesedaran ini satu program akan dirancang
membantu meningkatkan kemahiran FAKTA ASAS MATEMATIK dIkalangan murid
melalui PENDEKATAN BILANG TERUS, TOLAK SEPULUH , TAMBAH
BERULANG & BINA SIFIR. Kemahiran FAKTA ASAS MATEMATIK merupakan
salah satu komponen asas matematik yang penting. Tinjauan awal telah dilakukan
melalui pemerhati ujian pra. Hasil ujian menunjukkan murid-murid kurang
MENGUASAI FAKTA ASAS . Ini menyebabkan murid-murid mengambil masa yang
panjang untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dan tidak menjawab soalan.
Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemahiran ini. Sesi
bimbingan dijalankan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran selama satu
bulan iaitu setiap hari waktu Matematik selama 1 jam bagi setiap sesi. Maklumat
daripada pemerhatian dan temubual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
minat, sikap dan pencapaian murid dalam Matematik. Setelah kajian tindakan
dilaksanakan, keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan prestasi murid.
Semua murid kumpulan sasar saya dapat menjawab semua soalan dengan tepat
dan cepat. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan
kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam menguasai fakta
asas mstematik

Kata Kunci: BILANG TERUS, TOLAK SEPULUH, TAMBAH BERULANG, BINA


SIFIR

LATAR BELAKANG

Kita sentiasa mendengar bahawa murid mengalami masalah dalam menambah ,


menolak , menghafal sifir dan membahagi. Mereka terus menganggap Matematik
merupakan satu mata muridan yang susah. Tambahan pula, ada yang berkata
bahawa Matematik adalah mata muridan yang membosankan. Mengapakah
keadaan demikian terjadi? Salah satu faktanya adalah salah faham tentang cara-
cara bagaimana murid-murid di sekolah rendah dan menengah memmuridi
Matematik. Sebagai contoh, pada masa dahulu apabila mengajar operasi darab di
sekolah rendah, guru cuma menulis sifir darab pada papan tulis dan murid
menyalinnya ke dalam buku latihan. Kemudian, murid-murid menghafalnya dan
meluahkan semuanya tanpa berfikir langsung apabila disoal oleh guru (Chien,
2000).
Selalunya, murid-murid lambat dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak
tahu bagaimana menyelesaikan soalan yang melibatkan empat operasi asas kerana
mereka lemah . Menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati corak adalah
berguna dalam memmuridi pendaraban dan pembahagian. Oleh itu, amalan
memfokus kepada kaedah yang lebih mudah yang dapat membantu murid untuk
menyelesaikan masalah harian dalam matematik

SK PT JAWA
1. PERANCANGAN

1.1 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Murid tahun 6 Amal terdiri daripada 2 tahap kebolehan dan kemampuan tersendiri.
Terdapat 21 orang murid di dalam kelas tersebut yang memerlukan perhatian
daripada saya sebagai guru matamuridan Matematik mereka. Mereka ini agak
kurang motivasi untuk belajar kerana tidak menguasai fakta asas Matematik.Tetapi
saya melihat mereka ini ada potensi untuk maju dalam muridan Matematik.

Kaedah PENDEKATAN BILANG TERUS, TOLAK SEPULUH , TAMBAH


BERULANG & BINA SIFIR menarik minat mereka. Saya merasakan situasi ini perlu
diteruskan kepada murid-murid ini untuk supaya pembelajaran di dalam topic lain
memudah dan mempercepatkan menjawab sebarang soalan berkaitan

1.2 FOKUS PROGRAM

Saya akan menggunakan kaedah PENDEKATAN BILANG TERUS, TOLAK


SEPULUH , TAMBAH BERULANG & BINA SIFIR untuk meningkatkan kemahiran
fakta asas dan membolehkan murid menyelesaikan soalan berkaitan operasi
TAMBAH TOLAK DARAB dan BAHAGI dengan cepat dan tepat.

1.3 OBJEKTIF PROGRAM

1.3.1 Objektif Am
Meningkatkan peratus kelulusan Matematik dalam peperiksaan UPSR
2021

1.3.2 Objektif Khusus


Murid dapat menguasai operasi FAKTA ASAS dengan menggunakan
PENDEKATAN BILANG TERUS, TOLAK SEPULUH , TAMBAH
BERULANG & BINA SIFIR.
Menimbulkan minat murid-murid terhadap matamuridan Matematik.

1.4 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada murid yang didapati gagal dalam ujian pra
sebelum ini. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang sederhana.

1.5 PROGRAM / PROJEK

1.5.1 KLINIK MATEMATIK

SK PT JAWA
1.5.2 Matlamat dan Objektif

i. Klinik Matematik ini diharapkan dapat membantu para murid


menghayati subjek matematik dengan lebih jitu, mampan, lagi
berkesan sehingga membolehkan mereka memajukan diri.
ii. Membantu para murid yang lemah untuk meningkatkan kuasa
penghayatan dan tahap pengertian matematik mereka
sehingga mampu meningkatkan kebolehan menerap matematik.
iii. Dengan mengikuti klinik ini para murid boleh menyelesaikan
masalah semasa yang mereka hadapi dan juga pada tahun-tahun
yang lebih tinggi nanti.
iv. Melalui klinik ini, kita berkemampuan untuk menyamaratakan
tahap dan taraf pengetahuan matematik di kalangan para murid
di dalam kelas. Klinik ini juga diharapkan mampu membantu
murid memahami kaedah pembelajaran matematik dan
menyeragamkan kaedah penyampaian.

1.5.3 Speksifikasi Program

2 PELAKSANAAN

2.1 Penubuhan Jawatankuasa Program

Pengerusi : En Md Shah Abdullah


Setiausaha : Pn Fairuz binti Kabun
AJK : En Khairul Anwar bin Sanip
En Muhammad Saiful Azuan bin Mustapha

2.2 TINJAUAN MASALAH

2.2.1 Ujian Pra

SK PT JAWA
Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian
murid-murid dalam FAKTA ASAS .Ujian pra dijalankan sebelum
sesi bimbingan bermula. Soalan ujian pra terdiri daripada 100
soalan SUBJEKTIF. Tempoh masa menjawab adalah 60 minit.

2.3 ANALISA TINJAUAN MASALAH

2.3.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, murid Tahun 6 Amal bermasalah untuk
memberikan jawapan dengan betul dan cepat apabila ditanya
tentang FAKTA ASAS secara lisan. Teknik PENYELESAIAN
juga berbeza-beza antara seorang murid dengan murid yang
lain.

2.3.2 Temubual.
Hasil temubual daripada kumpulan sasaran, saya dapati mereka
berminat dengan Matematik tetapi sukar untuk MENGUASAI
FAKTA ASAS. Alasan mereka, susah dan tidak faham
bagaimana hendak mengira dengan betul dan cepat.

2.4 PENGISIAN KLINIK MATEMATIK

2.4.1 Semua kelas bimbingan di Klinik Matematik ini akan dikendali oleh
guru-guru matematik dan dipantau oleh Pengerusi Panitia, Guru
Penolong Kanan Kurikulum

2.4.2 Lembaran kerja disediakan mengikut peringkat kemahiran dalam buku


teks.

2.4.3 Kemahiran mengumpul semula dalam operasi tambah, tolak,


darab dan bahagi.

2.4.4 Murid diberi bimbingan berdasarkan kelas masing-masing.

2.4.5 Proses rawatan pemulihan fakta asas dilaksanakan.

2.4.6 Dapatan daripada rawatan pemulihan dimaklumkan kepada


murid dan terapi pemulihan dilaksanakan secara individu agar
rawatan susulan akan memberi impak yang optima.

2.5 Kaedah rawatan seperti berikut

2.5.1 Murid-murid didedahkan dan dibimbing melalui pendekatan seperti berikut

SK PT JAWA
A. Penambahan
- Bilang terus

8 + 9 = 17
Murid akan sebut 8 dan terus bilang ;
“ 8 “ 9 10 11 12 13 14 15 16 17

B. Penolakkan
-Tolak sepuluh

2412 -99=

C. Pendaraban
-Tambah berulang

278x6=

SK PT JAWA
D. Pembahagian
- Bina sifir

483÷7

3.0 Pengawalan program

3.1 Strategi dan kaedah kawalan

3.2 Jadual pengawalan program

SK PT JAWA
4.0 Penilaian dan Refleksi

4.1 MERHATIAN:
Berdasarkan pemerhatian , kumpulan sasaran murid-murid ini mula menunjukkan
minat. Murid-murid mula bersaing untuk memberikan jawapan yang tepat tanpa
mengira.

4.2 REFLEKSI PROGRAM

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati program klinik matematik
fakta asas ini memberi impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid
meningkatkan kemahiran fakta asas. Hasil dapatan dari program menunjukkan,
peningkatan pencapaian murid dalam ujian pasca. Walau bagaimana pun latih tubi
perlu dilaksanakan dengan lebih kerap supaya ramai lagi murid dapat
menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan betul

Jadual 2: Perbandingan Pencapaian Murid Antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

SK PT JAWA
4.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Program ini telah dilaksanakan dalam tempoh 1 BULAN .Sewaktu pembelajaran Matematik
di kelas, murid-murid akan dibimbing menggunakan pendekatan seperti di atas . Selepas itu,
kumpulan sasar telah diuji dengan ujian pasca.

Dengan bimbingan dan latih tubi , murid – murid senang dan cepat untuk menyelesaikan
soalan. Tetapi ada dikalangan murid agak lambat untuk menguasai kemahiran fakta asas
darab dan bahagi

5.0 PENGAWALAN PROJEK/ PROGRAM

Dalam fasa ini pengurus projek hendaklah memastikan semua sumber projek adalah
mencukupi dan mengambil Tindakan sewajarnya bagi memperoleh sumber yang masih
tiada.
Pengurus projek juga perlu mengurus dan menyelaras kan semua ahli pasukan agar dapat
supaya projek inovasi ini dapat dijalankan mengikut jadual, kos dan tempoh masa yang
ditetapkan. Pengurus projek perlu mempunyai kemahiran kepimpinan dan kemahiran
mengurus insan sebagai alat kompetensi bagi memastikan agar projek berjalan seiring
dengan kerjasama padu ahli pasukan.

Tugas paling utama bagi pengurus projek ialah memastikan projek inovasi amalan
terbaik ini dapat dilaksanakan sepertimana yang terdapat pada plan projek sepertimana
yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.0. Serentak dengan itu pengurus projek perlu
memantau , mengawal dan melaporkan pelaksanaan aktiviti supaya output projek dapat
diselesaikan mengikut jadual, spesifikasi dan kualiti yang ditetapkan

Rajah 3.0 : Aktiviti-aktiviti dalam Fasa Pelaksanaan dan Kawalan Projek

SK PT JAWA
GARIS MASA (TIMELINE) PdP-PEMBELAJARAN AMALAN TERBAIK
SUBJEK ,MATEMATIK
SK PT JAWA, MUAR

CONTOH:
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5
26 Julai 2020- 3hb Ogos 9hb Ogos 2020- 16hb Ogos 30hb Ogos 2020-
29hb Julai 2020 2020- 6hb 13hb Ogos 2020 2020- 3hb September
Ogos 2020 19hb Ogos 2020 2020

MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5


26 hb Julai2020- 3 hb Ogos 2020- 9 hb Ogos 2020- 16 hb Ogos 2020- 30 hb Ogos
19 hb Julai 2020 6 hb Ogos 2020 13 hb Ogos 2020 19 hb Ogos 2020 2020- 3 hb
September 2020

PSV PSV PSV PSV PSV


(Kandungan Aktiviti Aktiviti Aktiviti Pameran/
Pembelajaran)
Pembentangan
Murid Murid Murid
Murid
memulakan menghasilkan menghasilkan Murid mempamer
menyanyikan
lagu ikan. proses karya secara karya secara dan
penyediaan berperingkat. berperingkat. membentangkan
Murid menonton bahan/alatan. hasil karya
video mengenai
jenis-jenis ikan Murid membuat
dalam laut
(Youtube). lakaran idea
tentang binaan
Murid menonton arca ikan dalam
cara penghasilan kumpulan.
stabail/arca ikan
Murid mula
menghasilkan
karya secara

SK PT JAWA
berperingkat.

BAHASA BAHASA BAHASA


INGGERIS INGGERIS INGGERIS
(Kandungan Aktiviti Aktiviti/
Pembelajaran) Pembentangan
- Hasil Kerja
Murid Membentangkan
mengenalpasti format surat - Menulis surat
format surat kiriman tidak kiriman tidak
kiriman tidak rasmi. rasmi
rasmi/gaya menggunakan
-
bahasa yang maklumat yang
Membincangkan
digunakan. telah dipelajari
tentang isi
dan dibincangkan
kandungan surat
dalam kumpulan.
(aktiviti pantai)
-
Membentangkan
hasil kerja
masing-masing.

SEJARAH SEJARAH SEJARAH


(Kandungan (Perbincangan (Aktiviti
Pembelajaran) kumpulan) kumpulan)

Murid mencatat Murid


menyenaraikan Murid
kronologi
kesan campur menyatakan idea
kedatangan
tangan British yang rasional
British sehingga
campur tangan dalam dengan cara
dalam pentadbiran dan mempertahankan
pemerintahan. sosioekonomi. kedaulatan
perairan negara.

Murid membina
diorama
berasaskan
maklumat
pertahanan
perairan negara.

BAHASA BAHASA BAHASA


MELAYU: MELAYU: MELAYU:
(Kandungan Murid membuat Murid
Pembelajaran) aktiviti : menyatakan
Murid melafaz kelebihan dan
dan memahami 1. Menyatakan cara melindungi
komponen

SK PT JAWA
pantun pantun. terumbu karang
2. Memahami
dan
menerangka
n isi pantun.

5.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Memandangkan kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam program ini mampu
menarik minat dan meningkatkan kemahiran fakta asas murid, kaedah lain juga
boleh diterapkan bagi membantu murid menguasai fakta asas. Kaedah seperti Petak
Sifir boleh ditambah dalam program untuk,klk membantu murid.

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran MatematikTahun 6


Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Matematik Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran TAHUN 6

Mazniyah MdJaafar, Muhammad hussin, S. L Choo, Mohd Zubir Embong,


Aminuddin Mohd Sani, Zakiah Adris (1995). Modul Kajian Tindakan, Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia, Kuala Lumpur.

SK PT JAWA
SK PT JAWA
SK PT JAWA
SK PT JAWA
SK PT JAWA

Anda mungkin juga menyukai