Anda di halaman 1dari 3

PERDANA MENTERI (KERAJAAN)

( SUBJEK SEJARAH WAJAR DIJADIKAN SUBJEK TERAS )

Terima kasih Yang DiPertua Dewan,


Sahabat barisan kerajaan, seteru yang dihormati barisan pembangkang,
hadirin dan hadirat warga dewan yang bersidang,
Asaalamualaikum wbt.
Salam perdebatan dan salam syajaratun buat semua.
Usul gagasan cukup menarik iaitu,
“SUBJEK SEJARAH WAJAR DIJADIKAN SUBJEK TERAS”

Warga Dewan sekelian,


Terus kepada gerak kerja yang pertama, selaku perdana menteri, saya
akan menghuraikanpendefinisian usul, frasa demi frasa.
Secara etimologi kata sejarah itu sendiri berasal dari bahasa Arab
syajarah yaitu dari kata syajaratun yang artinya pohon. Bagi bangsa
Indonesia sejarah dapat berarti salasilah, asal-usul, riwayat. Wajar pula
mengikut Kamus Dewan Edisi ke lima ialah sepatutnya, semestinya atau
bersesuaian manakala subjek ialah mata pelajaran dan akhir sekali teras
pula bermaksud asas atau tonggak. Rangkuman definisi tajuk
menggambarkan bahawa subjek sejarah ini ialah tonggak bagi sesuatu
riwayat manusia, zaman mahupun negara.
Menyedari bahawa bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat. Kami bertiga pada hari ini hadir dan sepakat untuk
membawa usul ini memandangkan keperluan murid-murid wajib
mempelajari subjek sejarah, termasuklah peristiwa dan tokoh-tokoh
sejarah atas keperluan patriotisme dan sebagai panduan masa hadapan
membangunkan negara.

Dewan yang mulia,


Maka, lahirlah tiga hujah di perwakilan kerajaan bagi membawa
usul pada hari ini. Hujah pertama kami di bawah lembayung frasa:
“SUBJEK SEJARAH PANDUAN MANUSIA DAN JUGA NEGARA”
Duduk saya, bangkit pula Timbalan Perdana Menteri, akan
memberikan hujah kedua di bawah kata kunci
“SUBJEK SEJARAH MEMBANGKIT MORALITI MENAMBAH INTEGRITI”.
Dan hujah ketiga,
“SUBJEK SEJARAH MENCINTAI NUSA BANGSA, MEMUPUK
PATRIOTISME”
Duduk beliau, bangkit pula Menteri ketiga seperti biasa akan mematah
ranapkan terus pihak pembangkang.
Dewan yang mulia,
Terus kepada hujah pertama dari perwakilan kerajaan, di bawah kata
kunci,
“SUBJEK SEJARAH PANDUAN MANUSIA DAN JUGA NEGARA”
Salah satu fungsi sejarah adalah sebagai panduan bagi orang-orang yang
datang kemudian atau generasi berikutnya.
Maksud sejarah itu sendiri menurut bapa sejarah iaitu Herodatus
menerangkan tentang sesuatu perbuatan atau tingkah laku seseorang
pada masa lalu dan berkaitan dengan sebab dan akibat perbuatannya.
Melalui subjek sejarah, murid-murid akan mempelajari sesuatu peristiwa
yang telah lalu sama ada baik dan buruk. Murid-murid khususnya boleh
mempelajari tentang teladan peristiwa hitam seperti perang dunia
pertama yang berlaku pada tahun 1914 dan perang dunia kedua iaitu
pada tahun 1941 hingga tahun 1945. Perang ini juga melibatkan negara-
negara luar seperti Jepun dan British silih berganti menawan Tanah
Melayu. Peristiwa negeri Melaka yang terkenal sebagai pusat
perdagangan sekitar abad ke-15 jatuh yang kecundang kepada Portugis
dan Belanda juga boleh dijadikan panduan generasi yang akan datang.

Sidang Dewan Yang saya muliakan,


Justeru itu, pihak kami memohon agar usul kami iaitu, “Subjek Sejarah
Wajar menjadi Subjek Teras” diterima oleh seisi dewan yang mulia ini.

Mohon untuk terus mencadang. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai