Anda di halaman 1dari 3

Contoh Kertas Kerja Amalan Terbaik: PROJEK AMALAN TERBAIK DALAM P&P

1.            KATEGORI
Pembelajaran Melalui Projek

2.            TAJUK
TEMA                                  :  DUNIA TEKNOLOGI
SUBTEMA                            :  KENDERAAN AIR

3.            KAEDAH / TEKNIK


Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P &
P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran  melalui projek melalui penghasilan buku skrap

4.            SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid
menghasilkan buku skrap sendiri melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting. 
Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air. 
Seterusnya murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru.  Guru akan
menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran membaca, menulis, melukis,
mewarna, menggunting.  Guru akan mengadakan pertandingan  menghasilkan buku skrap di antara
kumpulan.  Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah.

5.            KUMPULAN SASARAN


Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.

6.            JUMLAH MURID


25 orang

7.            LATAR BELAKANG


Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid  kepada dua
belas  kumpulan kecil.  Murid akan dibahagikan dalam  12  kumpulan yang mana 11 kumpulan terdiri
daripada  2 orang murid, manakala kumpulan ke 12 terdiri daripada 3 orang murid.   Pemenang dengan
buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. Pembantu Pengurusan Murid akan
membantu guru membuat pemilihan kumpulan mana yang berjaya menghasilkan buku skrap paling
kemas dan cantik untuk dijadikan pemenang.      

8.            RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK


Penggunaan pembelajaran melalui projek di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid
lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil
kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan
meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap aktiviti yang telah dilakukan.
9.            STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN
BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan yang betul
BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul

10.          KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN


Pembelajaran berpusatkan murid dan guru.  Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P &
P ini ialah menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap

11.          PERINCIAN AKTIVITI


 Langkah-langkah pelaksaaan:
1.        Guru menunjukkan slaid powerpoint yang mengandungi nama-nama kenderaan air kepada murid
(Rujuk Lampiran)
2.       Guru memperkenalkan nama-nama kenderaan air kepada murid.
3.       Murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar guru
4.       Kelas dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil.
5.       Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan-menghasilkan buku skrap
6.       Guru menunjukkan cara menghasilkan buku skrap tersebut.
7.       Murid perlu menulis kembali nama-nama kenderaan air, mewarnakan gambar kenderaan air yang telah
disediakan, melukis gambar kenderaan yang diketahui, menggunting gambar mengikut petak yang
disediakan
8.       Pertandingan menghasilkan buku skrap paling kemas dan paling cantik.

12.          KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN


PFK 1.2.14           Menyurih menggunakan templet atau objek.
KTI 1.1.5             Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
KTI 1.2.3           Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar
PSE 3.2.7              Berkongsi idea, barangan dan peralatan

13.          KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P


Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui hasil kerja murid pada akhir proses pengajaran
dan pembelajaran.

14.          NYATAKAN NILAI MURNI YANG DITERAPKAN


Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling
bekerjasama di dalam memastikan kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di dalam pertandingan
ini.  Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan di dalam diri kanak-kanak ini.
15.          KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK INI
Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana aktiviti ini melibatkan
pelbagai kemahiran-membaca, menulis, mewarna, menggunting.  Di samping itu, murid juga lebih
menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja
yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan
meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap projek yang telah dilakukan.

16.          IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)


Dapat melahirkan murid yang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan.  Murid juga dapat menunjukkan
kebolehan masing-masing seperti kemahiran menulis, mewarna dan menggunting.

Lampiran.

Anda mungkin juga menyukai