Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN BERGAMBAR DAN DOKUMENTASI PLC - LESSON STUDY

PANITIA MATEMATIK SIRI 2 / 2018

1.0 PENDAHULUAN

“Professional Learning Community (PLC)” merupakan elemen baru dalam pendidikan


masa kini yang bertujuan untuk melihat perkembangan professional guru di sekolah.
Pelaksanaan “Lesson Study” dalam PLC pula bertujuan membentuk jati diri guru-guru
ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru, diharapkan dengan
pelaksanaan “Lesson Study” ini, guru-guru akan dapat memahami konsep satu kitaran
pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sempurna di sekolah.

2.0 RASIONAL

Guru Matematik merupakan aset yang penting untuk mencakna generasi sempurna.
Kejayaan guru itu bukan sahaja diukur kepada kemenjadian muridnya, tetapi juga
terjelma melalui semangat berpasukan dan tanggungjawab mereka terhadap
profesion keguruannya, masyarakat dan negara.

3.0 MATLAMAT

Aktiviti dalam “Lesson Study” ini dapat melatih atau meningkatkan kemahiran guru-
guru Matematik menjurus kepada kecemerlangan akademik, kualiti kepimpinan dan
sahsiah terpuji yang boleh dimanfaatkan kepada murid-murid, diri sendiri dan
masyarakat.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memahami konsep dan pelaksanaan satu kitaran “Lesson Study” di sekolah

4.2 Menggunakan “Lesson Study” sebagai satu pendekatan perkembangan


professional guru-guru di sekolah

4.3 Membina semangat sepasukan dan bekerjasama yang bertanggungjawab


dalam melaksanakan sesuatu program

4.4 Meningkatkan nilai-nilai keperibadian dan profesionalisme seseorang guru

4.5 Memantapkan kualiti kepimpinan seseorang guru


5.0 ANJURAN

Panitia Matematik

6.0 TAJUK PROGRAM

Lesson Study

7.0 TARIKH

31 Oktober 2018 (Rabu)

8.0 MASA

0710 – 0810 Pagi

9.0 TEMPAT

Kelas 1 Dedikasi

10.0 SASARAN

 Murid-Muird Kelas 1 Dedikasi


 Guru-Guru Panitia Matematik

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

RM10.00 – Photostat bahan PdP murid

12.0 DAPATAN

12.1 Penambahbaikan Keberkesanan PdP

 Pelbagaikan aktiviti yang menarik berpusatkan murid


 Kepelbagaian penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang menarik
mewujudkan suasana permainan berkaitan tajuk tersebut

12.2 Keberkesanan pembelajaran pelajar

 Murid lebih memberikan fokus sewaktu proses pengajaran dan


pembelajaran dalam kumpulan lebih kecil
 Semua murid melibatkan diri dalam setiap aktiviti
12.3 Hubungan rakan guru “Lesson Study Group”

 Saling bertukar,memberi serta menerima pendapat dan idea secara


positif
 Bekerjasama dalam panitia

12.4 Penguasaan guru dalam kandungan pelajaran

 Guru menguasai kandungan pelajaran dengan baik

12.5 Aplikasi strategi PdP

 Membuat penambahbaikan dan diaplikasikan dalam sesi pengajaran


dan pembelajaran rakan yang lain

13.0 PENUTUP

Melalui program PLC ini, diharapkan dapat memberikan peluang kepada ahli
panitia Matematik supaya professional keguruan mereka ke arah yang lebih
cemerlang, berkemahiran dan berkeyakinan dalam pelbagai bidang. Program
inii merupakan permulaan yang baik untuk pendidikan yang berkualiti. Ia
menggalakkan semua guru untuk bekerjasama dan berkongsi ilmu untuk
menambah pengetahuan masing-masing. Segala kelemahan dan kekurangan
semasa aktiviti akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

_______________________ ________________________
(MOHD HAZWAN BIN HOT) (PUAN ROHAH BINTI IMAT)
Setiausaha Panitia Matematik 2018 Ketua Panitia Matematik 2018
SK Abang Abdul Rahman SK Abang Abdul Rahman
Saratok Saratok
LAPORAN BERGAMBAR

Aktiviti PdPc Matematik

Anda mungkin juga menyukai