Anda di halaman 1dari 16

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
SOALAN b) dan a)
JANUARY 2015 SEMESTER

NAMA

: M. JAMALUDDIN BIN MOHD. DAWI

NO. MATRIKULASI

: 730529015865001

NO. KAD PENGNEALAN : 730529015865


NO. TELEFON

: 012 7181340

E-MEL

: datukj@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.

ABSTRAK

2.

PENGENALAN

3.

RASIONAL

4.

MATLAMAT

5.

OBJEKTIF

6.

TEMA

7.

TARIKH

8.

SASARAN

9.

TENTATIF DAN CADANGAN PROGRAM

10.

CADANGAN PROGRAM

11

CADANGAN PERKAKAS DAN BAJET

12

12.

RUMUSAN

14

13.

BIBLIOGRAFI

15

14.

SOALAN (a) INTERNET DAN ICT TIMELINE

16

OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

KERTAS KERJA PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN MURID TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR TENGAH, MUAR

1.0 ABSTRAK
Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT pada abad ini adalah semakin
penting sejajar dengan perubahan zaman era ICT. Penggunaan ICT terutamanya dalam
pengajaran dan pembelajaran ataupun pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
(PPBK) banyak memberi kemudahan dan kebaikan bukan sahaja kepada guru tetapi juga
kepada pelanggan pendidikan iaitu para pelajar. Sepertimana menurut Thompson dan
Jogensen (1989) yang menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) menyediakan situasi pembelajaran secara aktif serta dapat meningkatkan
pengetahuan yang dialami, dibina, dimanipulasi, diuji dan diteroka oleh pelajar secara
langsung. Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan
pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan
keperluan kognitif mereka. Maka justeru itu, kertas kerja ini menumpukan usaha untuk
menggunakan teknologi mudah alih dan ciri-ciri multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Dengan menggunakan e-pembelajaran ini
maka boleh membawa kepada perubahan dan anjakan paradigma dalam pedagogi pengajaran
dan seterusnya berpotensi untuk dijadikan wadah baru dalam bidang pendidikan konvesional
di sekolah.
2.0 PENGENALAN
Abd. Rahim (2005) menyebut bahawa globalisasi ialah satu ideologi perubahan
budaya, sosial dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. Dalam konteks ini,
globalisasi menyebabkan wujudnya dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat,
konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya. Revolusi maklumat
yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi cabaran baharu kepada profesion
OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

perguruan,

di

samping

kemajuan

yang

berlaku

ini

perlu

dimanfaatkan

untuk

mempertingkatkan martabat keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21.


Munurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software,
telecommunication dan networks) Sesuatu yang nyata(tangible) contohnya komputer
peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya perisian.
Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat manusia. Proses pembelajaran juga berlaku
di mana-mana tempat pada sebarang masa. Kamus Dewan pula mentakrifkan pembelajaran
sebagai proses belajar untuk memperolehilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Hjetland
(1995) menyatakan teknologi boleh membuatkan kehidupan kita lebih mudah. Tugasan dan
rutin harian akan dipermudahkan. Beliau juga menyatakan bahawa teknologi dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi
untuk kerja-kerja pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul
maklumat, menganalisa data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar.
Pendekatan pengajaran secara tradisional dengan menyogok nota-nota seharusnya dikikis dari
pemikiran guru serta diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah
mendapatkan maklumat.
Jensen (1996) manyatakan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) lebih baik, daripada pelajar yang tidak
menggunakan perisianpengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Menurut
Hinich (1993) pula beliau menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer (PPBK) berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta
menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik. Perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK) juga berupaya berinteraksi secara terus dengan pengguna.
Kelebihan ini akan membolehkan guru mempunyai masa lebih untuk memberikan pemulihan
kepada pelajar-pelajar tertentu serta menanam minat pengguna untuk belajar Sebagai contoh
perisian Microsoft PowerPoint dan Adobe Photoshop mampu menjana idea dan kreativiti
pengajar dan pelajar.

OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Guru juga perlu membangunkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer yang memberikan impak kepada para pelajar dan proses pengajaran pembelajaran
itu sendiri. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah dapat menyampaikan maklumat, mesra
pengguna sepertimana yang disebut oleh Beattie dan Perason (1990) iaitu perisian yang
mesra pengguna ialah perisian yang membolehkan pengguna mengawal perisian secara
individu, tanpa bantuan fasilitator. Menurut Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna yang lain
termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh pengguna dan
arahan-arahan yang jelas serta ringkas. Ia juga mempunyai butang arahan yang tetap, teratur
dan piawai bagi memudahkan pengguna.
3.0 RASIONAL
Untuk memudahkan aktiviti pengaksesan internet di samping mempelbagaikan P&P guru di
peringkat sekolah, maka unit ICT juga berhasrat untuk memenuhi seruan Inovasi pihak
sekolah. Jadi beberapa tindakan telah dirancang sempena dengan seruan INOVASI ini.
Diharap apa yang kami rancang mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru, pihak
pentadbir dan PIBG sekolah.Inovasi ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua
pihak terutamanya kalangan. guru dan pelajar SK Pt. Bakar Tengah, Muar.
4.0 MATLAMAT
4.1 Melahirkan guru-guru yang lebih inovasi.
4.2 Murid boleh melayari laman web interaktif terutamanya bagi subjek Bahasa Malaysia.
4.3 Guru-guru lebih berani menggunakan cara P&P yang sesuai dengan dunia ICT.
4.4 Warga sekolah lebih senang mengakses internet dengan wireless dipasang ke setiap
pelusuk sekolah kelak.
4.5 Pelajar-pelajar lebih berminat datang ke sekolah.
4.6 Membantu pelajar yang kurang mampu/miskin untuk mengakses internet percuma.

OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

4.7 Dapat menikmati dunia internet tanpa bayaran.


4.8 Memetik bahan-bahan yang disediakan oleh guru dalam blog melalui internet.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Meluaskan pengalaman ICT di kalangan guru dan pelajar.
5.2 Membina keyakinan diri berinteraksi dengan komputer.
5.3 Memperdekatkan guru terutama sekali pelajar dengan dunia ICT
5.4 Melahirkan guru yang elit dengan blog dan laman web.
5.5 Mencungkil bakat ICT pelajar yang terpendam.
6.0 TEMA
"INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENUJU KE ABAD KE-21"
7.0 TARIKH
Sepanjang tahun 2015
8.0 SASARAN
7.1 49 orang pelajar Tahun 6 Pintar dan 6 Cerdas.
7.2 6 orang guru subjek teras Tahun 6

OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

9.0 TENTATIF DAN CADANGAN PROGRAM


Sebelum menjelaskan berkaitan cadangan program dan tentatif guru-guru hendaklah
mempunyai pengetahuan terlebih dahulu berkaitan ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer ini (PPBK) antaranya:
9.1 Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah
diprogramkan oleh guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.
Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya
mengandungi:

Kemahiran

Permainan dan simulasi

Analisis statistik

Mendapatkan maklumat

9.3 Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah:
1. Tutorial
2. Latihtubi dan latihan/ujian
3. Simulasi
4. Permainan
5. Tunjuk cara

OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

9.4 Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam
menghasilkan BBM. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang
boleh dihasilkan, terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja
kepada seseorang guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:
1. Penjimatan masa
2. Pemaparan maklumat lebih menarik
3. Pemupukan budaya berfikir
4. Agen motivasi

10.0 CADANGAN PROGRAM


10.1 Melayari dan mengkses laman sesawang ZOOM A dengan bayaran murah setahun
RM20.00 sahaja.

Rajah 2: Laman Sesawang Zoom-a


OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Rajah 3: Menu zoom-a yang boleh diakses oleh pelajar


Terdapat kandungan dan latihan bagi semua subjek teras

10.2 Murid membuat penerokaan dan membuat latihan kendiri melalui blog-blog secara
percuma samada di sekolah ataupun di rumah.

OUM JANUARI 2015

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Rajah 4: Blog percuma Tatabahasabm.tripod.com

Rajah 5 & 6: Ada penerangan dan latihan topikal percuma di


Tatabahasabm.tripod.com
OUM JANUARI 2015

10

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Rajah 7: Belajar dan bermain permainan Bahasa Inggeris


kendiri di
http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en/kids-games

10.3 Pemasangan internet secara wireless merangkumi seluruh kawasan sekolahdengan


pemasangan router tanpa wayar agar warga sekolah boleh mengkases internet secara
percuma di kawasan sekitar sekolah. Dengan adanya kemudahan ini maka semakin
mudahlah para pelajar dan guru menggunakan peranti tanpa wayar seperti komputer
peribadi dan tablet untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer dan ICT.

Rajah 8: Router tanpa wayar

OUM JANUARI 2015

11

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Dengan adanya router tanpa wayar ini maka segala kemudahan komunikasi
seperti muzik, gambar, email, kemudahan berchatting, perkongsian data dapat dilakukan
dengan lebih lancar bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT.

Rajah 9: Kemudahan dan perkongsian yang boleh dicapai


dengan adanya router tanpa wayar internet.

11.0 CADANGAN PERKAKASAN DAN BAJETNYA.


Bil. NAMA ALAT
1.
SERVER

ANGGARAN HARGA (RM)


1200 - 3500
Dari lelong.com

OUM JANUARI 2015

12

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

Bil. NAMA ALAT


2.
KABEL NETWORKING (LAN)

ANGGARAN HARGA (RM)


30 METER RM 60.00 x 3 =
RM180.00
Dari lelong.com

3.

ROUTER WIRELESS
Sebuah RM 65.00 x 6 =RM 390

4.

LCD PROJEKTOR
Sebuah RM 800.00 - RM 1500

5.

PENCETAK 3 DALAM 1
Model Canon MG3170 3-in-1
WiFi Colour Printer with CISS
RM 310.00

OUM JANUARI 2015

13

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

12.0 RUMUSAN
Komputer memainkan peranan penting dalam membangunkan perisian PPBK. Ciri
interaktif yang ada pada sesebuah komputer berpotensi untuk meningkatkan motivasi belajar
jika ia digunakan dalam pendidikan. Teori-teori pembelajaran yang dikemukakan oleh ahliahli psikologi dari mazhab behaviouris, kognitif dan konstruktivis perlu dijadikan dasar
utama untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu perisian
pendidikan. Mengaplikasikan teori-teori pembelajaran semasa membangunkan sesuatu
perisian PPBK juga perlu untuk memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Rekabentuk untuk membina sesuatu pengajaran berdasarkan perisian PPBK perlu
menarik, objektif perlu ada supaya pelajar mempunyai gambaran apa yang akan berlaku. Ciriciri tutorial dan latih-tubi pula menetapkan maklumbalas perlu diberi setelah konsep baru
diperkenalkan dan ia mestilah membantu pelajar untuk mencapai objektif. Latihtubi pula
berfungsi untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar dengan latihan yang berulangulang.Tentang kebolehan memori pula, maklumat yang memberi makna tertentu adalah lebih
mudah untuk dipelajari dan diingati. Maklumat baru tersebut juga perlu dikaitkan dengan
pengetahuan sedia pelajar supaya mereka dapat belajar dengan lebih mudah dan efektif.
Dalam rekabentuk perisian PPBK, guru dan pelajar boleh menggunakan aplikasi lebih ringan
dan mesra pengguna sepertimana yang terdapat di dalam perisian android. Guru dan murid
boleh berkongsi maklumat dan data dengan menggunakan perisian lebih ringan seperti
WhatsApp, WeChat, Skype, Facebook, Tweeter dan lain-lain lagi.

Disediakan oleh,
(M. JAMALUDDIN B. MOHD. DAWI)
Penyelaras Bestari
SK. Pt. Bakar Tengah, Muar

OUM JANUARI 2015

14

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

BIBLIOGRAFI
Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Billings, D., & Kowalski K. (2004). Teaching Learners from Varied Generations. The Journal
of Continuing Education in Nursing, 35(3), 104-105.
Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur, 27
November.

OUM JANUARI 2015

15

HBEF23
03

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

IBM's 1st comercial


scientific computer
being build
1st commercial
dial-up
Internet access

Domain
name
system
was
created

Mobil
e
Intern
et

Acces

1st web
page
created

Googl
e
Searc
h

OUM JANUARI 2015

16

Anda mungkin juga menyukai