Anda di halaman 1dari 15

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

1.0 1.1

PENDAHULUAN Pengenalan Dalam sistem pendidikan negara, setiap warganegara mempunyai hak

untuk menerima dan mengikuti pendidikan secara formal. Kerajaan telah melaksanakan sistem ini melalui Dasar Pendidikan Negara untuk

dikuatkuasakan dalam arus pembanggunan negara. Langkah ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang berjaya dalam bidang pendidikan yang diperlihatkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Kini, kerajaan telah mula memperkenalkan pembelajaran berasakan komputer ke dalam sistem pengajaran hususnya pembelajaran dalam

meningkatkan sistem pembelajaran yang sedia ada agar dapat merealisasikan pendemokrasian pendidikan di negara kita seterusnya melahirkan insan berilmu seiring dengan keperluan semasa. Penerapan modul sebegini bukan persaingan kepada sistem yang sedia ada sebaliknya pelengkap dan pengimbang dalam sistem pendidikan yang telah dilaksanakan sebelum ini sejajar dengan kemajuan teknologi dan persediaan untuk modal insan masa akan datang.

Kini proses dalam sistem pembelajaran turut berubah seiring dengan kemajuan teknologi maklumat. Menurut Ertmer (1999), menyatakan teknologi menambah nilai kepada kurikulum, ia tidak mempengaruhi perubahan kuantitatif, tetapi memudahcarakan perubahan kualitatif dengan mencapai matlamat yang lebih autentik dan kompleks. Mohd Nor Mamat (2000), berpendapat bahawa

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

kehadiran era maklumat atau gelombang dunia digital mula meresapi masyarakat umum sebagai suatu pakej yang tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan kita.

1.2

Definisi Konsep Pengertian menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1040), perkataan

modul terbahagi kepada dua definisi makna; 1. sebagai unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan komponen yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalamsesuatu yang lebih besar ; 2. Kursus, pelajaran (latihan dan sebagainya) yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. (Kamud Dewan Edisi Keempat Cetakan pada 2005:20) Perkataan Pembelajaran 1. segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh). 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan). Manakala perkataan berasaskan, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:82) pula bermaksud Dalam

menggunakan (bersandarkan) sesuatu sebagai asas, berdasarkan.

rujukan yang sama juga makna bagi komputer iaitu alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cekera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan (Kamud Dewan Edisi Keempat Cetakan pada 2005:20). Justeru apabila digabungkan menjadi rangkai kata Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer , dapat disimpulkan sebagai pembelajaran yang memberi suasana yang lebih interaktif dengan menekankan

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

penglibatan pelbagai sensori fizikal secara sepenuhnya dalam fungsi komputer pada asasnya. Proses pendidikan menggunakan modul sebegini digambarkan sebagai pembelajaran mencari ilmu dengan menggunakan komputer sebagai komponen kemudahan pemudah cara.

1.3

Objektif Kajian Mendefinisikan, menjelaskan, dan menerangkan prosedur Modul

Pembelajaran asaskan

Komputer. Dalam masa yang sama, kajian ini juga

menyatakan serba sedikit tentang sejarah perkembangan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer di negara kita dan mencirikan fasa dalam membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. Faedah dan kebaikan modul pembelajaran berasakan komputer juga dinyatakan.

1.4

Batasan Kajian Tumpuan kajian hanya berfokus untuk membincangkan tentang matlamat

pembelajaran berasaskan komputer, kebaikan dan faedah pembelajaran berasaskan komputer serta menekankan tentang pendekatan dan kaedah

yang digunakan khususnya dalam konteks pembelajaran Bahasa Melayu.

1.5

Kaedah Kajian Ke arah menyiapkan tugasan ini, saya menggunakan kaedah

kepustakaan dengan merujuk buku-buku bacaan, majalah-majalah, jurnal-jurnal, dan sebagainya. Malah sesetengah maklumat perlu dicari menggunaan internet.

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

2.0 2.1

TEKNOLOGI KOMUNIKASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN Perkembangan Teknologi Komunikasi Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia Bermula pada tahun 1986, sebanyak 20 buah sekolah dipilih sebagai

projek perintis sebagai pengenalan kepada pembelajaran menggunakan komputer telah diajar secara formal kepada pelajar tingkatan empat. Dengan pencapaian yang memberangsangkan dalam projek ini, penglibatan bilangan sekolah telah ditambah sebanyak 60 buah pada tahun 1992. Dalam tempoh dan tahun yang sama program Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK) diperkenalkan seterusnya telah berkembang sehingga membawa kepada penglibatan 638 buah sekolah di seluruh negara sehingga 1997. Rentetan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia turut memperkenalkan mata pelajaran Pengajian Komputer dalam peperiksaan awam Sijil Peperiksaan Malaysia dan begitu juga di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia mulai tahun 1997. Literasi Komputer juga telah dilaksanakan di 90 buah sekolah tingakatan satu manakala Pengajaran dan Pembelakaran Berbantu Komputer dilaksanakan di 15 buah sekolah rendah bagi matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Manakala mata pelajaran Pengkomputeran bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia telah dilaksanakan di 14 buah sekolah menengah di setiap negeri dipilih dan dimajukan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad pada 1997.

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Pada tahun 1998, Teknologi Maklumat sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah mula ditawarkan bagi calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2000 selaku calon perintis bagi mata pelajaran ini. Menurut Abdul Latif Hj.Gapor (1999), Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Literasi Komputer (bagi menengah rendah tingakatan satu dan dua), Teknologi Maklumat (untuk tingkatan 4 dan 5) dan Pengkomputeran (untuk pelajar tingkatan 6). 3.0 MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN KOMPUTER Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer adalah merupakan asas kepada bagaimana pengajaran dan pembelajaran dapat dioperasikan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Penggunaan modul ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti khususnya pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan teknologi maklumat. Modul juga merujuk kepada maksud kursus pengajaran yang dapat dilaksanakan penyesuaian secara tersendiri dan bagi menghasilkan kemahiran yang dengan ingin dan tajuk,

kemahiran (1996) yang

objektif strategi

pembelajaran sesuatu

disampaikan. Heinich pembelajaran, modul

dalam

pengajaran

berkesan

perlulah

memperkenalkan

mempersembahkan kandungan yang baru, dilengkapi latihan dan refleksi, menguji keberkesanan dan menetapkan tindakan lanjutan sebagai pengayaan.

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

3.1

Objektif Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), tujuan utama

memperkenalkan modul dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah; I. Membolehkan pelajar belajar secara terancang, tersusun, berfikrah dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran II. Membantu guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat dalam pendidikan. III. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. 3.2 Kebaikan Kaedah Pengajaran Pembelajaran Bermodul Dengan adanya modul yang jelas dan konkrit, pembelajaran serta juga pengajaran dalam sistem pendidikan dapat memberikan kebaikan kepada pengguna khususnya pelajar. Kebaikan yang nyata jelas dengan adanya modul sebagai garis panduan utama adalah; a. Modul dapat memastikan penglibatan pelajar secara langsung dengan bahan pengajaran yang boleh memberi pengalaman baru. b. Pencapaian objektif yang diharapkan dapat ditentukan lebih awal dan ini akan mendorong pelajar berusaha mencapai objektif berkenaan.

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

c. Perancangan pengajaran bermodul mengikut perkembangan dan keupayaan pelajar dalam menguasai pengetahuan d. Perancangan pembelajaran mengikut masa yang ditetapkan dapat mendisiplinkan pelajar berusaha menguasai pengetahuan. Sebagai garis panduan bagi kursus atau pelajaran yang diperkenalkan, modul adalah memberikan kelancaran dan kelelasan dan objektif dan matlamat dalam menyampaikan ilmu dalam kandungan rancangan ilmu yang disasarkan seperti Bahasa Melayu amnya. 3.3 Reka Bentuk Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer Penghasilan reka bentuk pengajaran merupakan satu disiplin dalam sistem pendidikan yang memberi fokus kepada keutamaan terhadap proses penyampaian serta langkah dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sebagaimana dalam Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer. Penstrukturan reka bentuk pada modul adalah sebagai satu proses yang sistematik yang juga dapat menerangkan prinsip-prinsip pengajaran (Smith dan Ragan, 1993) serta membantu pendidik menentukan apa yang harus dipelajari oleh pelajar. Secara tidak langsung, penggunaan reka bentuk pengajaran yang berfikrah, tersusun dan bersesuaian dijangka boleh membawa kepada perubahan yang dikehendaki terhadap sikap, pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penghasilan reka bentuk modul pembelajaran yang efisyen. Berdasarkan pandangan Yusuf Hashim (1998), penggunaan reka bentuk pengajaran yang sistematik juga dapat meningkatkan pengajaran dalam

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

bilik darjah. Selain itu, penggunaan reka bentuk pengajaran juga menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus terhadap matlamat. Keadaan ini akan lebih praktikan dan hasil pembelajaran berasaskan modul akan lebih konstruk. 4.0 KAEDAH DAN PENDEKATAN Peringkat pengajaran adalah pendekatan pra-rancang berasaskan

pedagogi untuk menyampaikan maklumat terpilih, tersusun dan berkronologi dengan mengharapkan keberkesanan kepada pelajar dari aspek kemahiran, pengetahuan, pengajaran dan latihan. Kaedah pengajaran yang berorientasikan teknologi terkini merupakan satu strategi pengaplikasian pengetahuan dalam situasi sebenar mengikut mod yang sesuai dengan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu khususnya. Perancangan pengajaran yang teliti perlu, agar penyaluran maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Terdapat beberapa kaedah pengajaran yang dapat digabungkan dalam pengajaran dan pembelajaran modul perisian Authorware seperti kaedah pendekatan terancang, pendekatan projek,

perbincangan, tunjukcara dan kaedah eksplorasi penemuan. 4.1 Kaedah Pendekatan Terancang Penggunaan pendekatan yang terancang akan membolehkan pelajar belajar berdasarkan tahap keupayaan masing-masing. Pelajar akan mempunyai kawalan yang lebih ke atas pembelajarannya. Pendekatan ini penting bagi

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

memastikan kesediaan belajar seperti yang dinyatakan berdasarkan teori Piaget dan Thorndike yang menekankan kesediaan kognitif, kesediaan efektif dan kesediaan psikomotor (Ee Ah Meng, 1993). Pembelajaran berasaskan komputer dalam pendidikan secara terancang ini boleh dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran (guru menggunakan komputer) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan komputer). Menurut Johnson & Johnson (1994), kaedah pengajaran menggunakan skrip atau berstruktur (terancang) dapat digunakan secara berkesan sama ada dalam kumpulan mahu pun secara individu. pembelajaran terancang ini Oleh itu, kaedah pengajaran dan penggunaan komputer dalam

merangkumi

pendidikan berdasarkan; a) Pendekatan Aplikasi, b) Pendekatan Eksplorasian Penerolakaan, c) Pendekatan Simulasi, dan d) Pendekatan Tutorial. 4.2 Pendekatan Aplikasi Penerapan sistem perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD), dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti

pembelajaran.

Semasa proses pembelajaran berlaku, pelajar akan saling

mempelajari dan membantu sesama sendiri membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur dan bekerjasama (Brown, 1994: Perkin, 1992: Mclnerney dan Mcnerney, 1998). Mereka juga akan memberi tumpuan melakukan

pembelajaran autentik dengan mengkaji perhubungan antara ikon atau peralatan pengarangan

No. Matrik: J36302

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Menerusi kaedah ini juga akan membolehkan guru mengemukan masalah yang mencabar dengan mudah. Manakala dalam masa yang sama pelajar mampu meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam mencapai hasil pembelajaran yang difokuskan. Situasi ini mampu menggalakkan pelajar

mencari jawapan sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan mencuba mengikut arahan yang terkandung dalam modul. Menurut Siti Fatimah (1998), prinsip utama kaedah ini juga adalah merujuk kepada penemuan pelajar menerusi perbuatan secara mendengar dan membaca. Di dalam modul ini, pelajar dikehendaki melakukan aktiviti dan berusaha mendapatkan penyelesaian yang rasional sebagai jawapan kepada permasahan yang dikemukakan mengikut aras. 4.3 Pendekatan Eksplorasi Penemuan Melalui kaedah ini, pelajar akan lebih bebas untuk meneroka penggunaan komputer berdasarkan fungsi pada aplikasi yang digunakan. Dalam keadaan ini pelajar akan mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. Selain itu, mereka akan melalui sendiri demontrasi yang dilakukan mengikut babak serta modul yang disediakan dan mereka juga boleh mengawal sendiri pembelajaran mereka (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Kaedah ini juga membolehkan pelajar meneroka item pengarangan yang terdapat di dalam perisian pengarangan ini seterusnya menggunakannya bagi menghasilkan pengalaman sebenar.

No. Matrik: J36302

10

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Di samping kebebasan pelajar dalam meneroka segala tapak dalam perisian yang berorientasikan komputer ini, guru juga harus memantau dan mengawal penerokaan dari aspek masa kerana wujud mungkin memakan masa yang terlalu panjang. Namun yang pasti, konteks kebebasan dalam meneroka secara sendiri juga akan mendorong pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran serta memberi peluang kepada guru menerapkan pelbagai teori seperti konstruktivisme, multiple intelligence, dan banyak lagi ilmu psikologi pendidikan yang mampu meningkatkan mentaliti pelajar secara amnya. 4.4 Pendekatan Simulasi Kaedah simulasi yang diaplikasikan dalam model pembelajaran yang berasaskan komputer adalah pendekatan yang menjadikan suasana

pembelajaran lebih berkonsepkan realiti. Pelajar dapat berinteraksi secara lebih aktif menggunakan komputer berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membuat tugasan dan

sebagainya (Zakaria Kasa dan Aida Suraya Yunus, 2001). Pendekatan ini juga merupakan kaedah yang sesuai untuk proses pembelajaran yang mana konsep dan proses pembelajaran disalurkan mengikut interpretasi pereka modul dalam apa juga bidang ilmu terutama Bahasa Melayu. Pelajar juga boleh melihat sendiri tetingkap yang sebenar dalam melakukan setiap aktiviti berdasarkan fungsi yang diguna pakai dlam perisian. Kaedah simulasi menjadikan penggunaan keupayaan komputer secara terbaik dengan pendekatan teknik:

No. Matrik: J36302

11

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

Mengawal pelbagai pembolehubah.

Komputer boleh mengurus

pelbagai pembolehubah serentak. Hasilnya, ia dapat menggambarkan secara realistik fenomena yang kompleks, seperti pembangunan dan perubahan sesuatu bandaraya atau fizikal badan semasa bergerak. Pelajar boleh memanipulasikan pembolehubah ini untuk meninjau kesan ke atas sistem yang dimodelkan.

Persembahan

yang

dinamik.

Keupayaan

komputer

untuk

mempersembahkan maklumat secara dinamik adalah sangat penting dalam simulasi. Penyusunan alatan bersimulasi boleh berubah seperti sebenar, dan proses seperti pembesaran tumbuhan dapat

digambarkan secara grafik.

Masa kawalan. Komputer dapat menetapkan atau mengubah masa bagi membolehkan pembelajaran sesuatu fenomena lebih perlahan (perkembangan populasi) atau lebih cepat (tindak balas kimia). Komputer juga boleh menggambarkan situasi sejarah.

Kesan peluang. Kebanyakan simulasi memasukkan elemen peluang atau rawak supaya menjadikannya lebih realistik, membolehkan pelajar berinteraksi dalam keadaan berbeza pada ketika berbeza.

Penerapan kaedah simulasi dalam pembelajaran berasaskan komputer juga membolehkan pengguna merasai suasana pembelajaran berada dalam keadaan lebih realistik. Simulasi boleh direka dalam pelbagai situasi dan pendekatan antaranya dalam bentuk dialog, menggunakan alatan atau merasai sendiri interaksi bersama perisian komputer. Model atau pendekatan yang

No. Matrik: J36302

12

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

realistik akan lebih efaktif dalam digunakan untuk menerangkan konsep atau prosedur. Kaeadah simulasi dapat dilihat dari dua perspektif iaitu untuk pengajaran serta pembelajaran. 4.5 Pendekatan Tutorial Melalui pendekatan ini, pembelajaran tutorial digunakan untuk menyampai kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dengan berorintasikan pembelajaran perisian secara komputer tutorial ini sebagai agen penyampai. Proses

merangkumi

pembelajaran

ekspositori,

demontrasi sesuatu pembelajaran yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem dan modul serta latihan yang terkawal. Pendekatan ini juga akan; mempersembahankan maklumat, membimbing pelajar, menyediakan latihan, menilai pencapaian pelajar, dan secara tidak langsung juga menilai modul pengajaran secara keseluruhannya. Pendekatan ini adalah lebih mudah untuk diadaptasi oleh guru yang bertindak sebagai penyampai maklumat utama dengan merujuk model tradisional pengajaran dan pembelajaran (Clack dan Sun, 1996). demikian, dalam berwaspada melaksanakan sebarang pengajaran kesilapan secara dalam tutorial, guru penyampaian Namun perlu boleh

kerana

mengakibatkan pembaziran masa, tenaga, penghalang penggunaan komputer yang produktif, dan penyalahgunaan kemudahan. Pendekatan pembelajaran secara tutorial ini juga sesuai digunakan dalam situasi sais kelas yang luas serta

No. Matrik: J36302

13

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

mengandungi ramai pelajar, dan penyeliaan oleh guru ganti akan menjadi lebih mudah. Dalam aplikasi tutorial, komputer dianggap peranan pengajaran peringkat awal bagi guru atau tutor untuk berfungsi. Melalui komputer segala persembahan berkaitan isi kandungan yang terkini dan menaksir pembelajaran. Tutorial secara khususnya mengandungi pengetahuan utama yang terurus. Satu atau lebih laluan dibuat menerusi pengetahuan tersebut bersandarkan objektif

pembelajaran yang khusus dan ujian dalaman pembelajaran pelajar. Tutorial berasaskan komputer mempunyai kelebihan dari aspek :

Soalan

pelengkap.

Latihtubi,

tutorial

melalui

komputer

juga

mempunyai kelebihan interaktiviti. Pelajar mesti memainkan peranan aktif dan maklum balas segera juga diberikan.

Cabangan. Tutorial berkomputer juga bercabang secara automatik, yang mana menyesuaikan aturan persembahan kandungan,

berpandukan jawapan pelajar terhadap soalan pelengkap melalui Pemulihan atau pengayaan.

Persembahan dinamik. Komputer dapat mempersembahkan maklumat secara dinamik melibatkan audio dan video.

Penyimpanan rekod.

Tutorial berkomputer dapat menjaga rekod

pelajar secara automatik.

5.0

PENUTUP

No. Matrik: J36302

14

COLLIN ANAK NYAYUM

BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA

5.1

Kesimpulan Oleh itu sekarang ini dalam sistem pendidikan yang sedia dalam apa juga

bidang ilmu kini diterapkan penggunaan ICT atau Information Communication Technology dalam menjadikan preses pengajaran seterusnya pembelajaran agar lebih efisyen. Pengenalan Modul Berasaskan Komputer dalam pendidikan adalah sesuatu yang wajar dengan peranan komputer sebagai alternatif kepada pemudah cara setiap tugas dalam penyampaian, serta latihan. Lantas perisian modul pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial biasanya direka bentuk berdasarkan kepada model transimisi yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan mudah diadaptasi oleh guru. (Clack dan Sun, 1996). Reka bentuk setiap bahan pengajaran dan pembelajaran yang

berasaskan komputer khususnya dalam pengajaran bahasa amat memerlukan perancangan yang sistematik bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai selari dengan Dasar Pendidikan Negara. Penguasaan dan kecenderungan kakitangan pengajar juga harus memiliki kemahiran serta pendedahan yang tinggi dalam mengendalikan juga menterjemahkan Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer dalam pengajaran yang lebih berfokuskan komputer sebagai bahan utama dalam menyampai, memproses, dan melatih pelajar berdasarkan keupayaan perisian yang disediakan dengan efisyen.

No. Matrik: J36302

15

COLLIN ANAK NYAYUM

Anda mungkin juga menyukai