Anda di halaman 1dari 15

QUALITATIVE RESEARCH IN EDUCATION

TAJUK:

PERLAKSANAAN KELAS LITERASI KOMPUTER DI SEKOLAH MENENGAH

1.1 PENGENALAN

Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) yang diperkenalkan pada tahun 1992 secara rintis di 60 buah sekolah menengah merupakan titik permulaan kepada program Literasi Komputer di kalangan pelajar sekolah menengah.

(Yong,N.Y,2003)

Sekolah-sekolah ini dibekalkan dengan sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan 20 buah komputer pelajar, satu komputer guru dan satu pelayan. Satu garis panduan untuk pelaksanaan program ini telah diedarkan ke sekolah melalui surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1992 KP(PPK) 8601/01/0400/Jld ll (91) bertarikh 17 Februari 1992.

Pada tahun 2005, selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta dapatan kajian keperluan yang dijalankan di bawah program Partners In Learning (PIL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd, kandungan program Literasi Komputer sekolah menengah telah disemak semula.

Hasil dari semakan semula ini, program ICT Literacy for Secondary School diperkenalkan dan akan dilaksanakan di sekolah menengah mulai 2007. ICT Literacy for Secondary School Guideline disediakan sebagai panduan bagi membantu guru untuk melaksanakan program Information and Communication Technology Literacy for Secondary School dengan jayanya.

Sebilangan Pelajar tidak menghadiri kelas Literasi Komputer. Kehadiran yang tidak konsisten menyebabkan sedikit sebanyak proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Oleh itu, penyelidik ingin melihat apakah faktor yang mendorong pelajar bersikap sedemikian.

Matlamat penyelidikan ini adalah untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas tentang perlaksanaan Literasi Komputer di sekolah dengan mengambil kira aspek memahami pelajar berkaitan kehadiran, minat, masa, kekangan yang dihadapi. Kajian ini untuk memberi fokus kepada beberapa isu:

-Persepsi guru dan pelajar terhadap perlaksanaan kelas ICTL di sekolah -Cabaran dan masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan ICTL

Apakah Persepsi guru dan pelajar terhadap perlaksanaan kelas ICTL di sekolah
Apakah cabaran dan masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan ICTL? Mengapakah kehadiran pelajar adalah tidak konsisten bagi kelas Literasi Komputer? Apakah faktor yang mendorong pelajar ke Kelas Literasi Komputer? Bagaimanakah persepsi pelajar mengenai Program Literasi Komputer?
8

2.1 Tinjauan Penulisan Berkaitan Kajian mengenai perlaksanaan teknologi dalam organisasi telah bermula lebih kurang 1950 - an lagi. Revolusi yang pantas memerlukan perubahan pendekatan bagi menyelaraskan pengurusan teknologi. (Applegate et al., 1999).

Menurut Wiseman (1985), mengkelaskan 3 era bagi terma objektif untuk penggunaan sistem maklumat iaitu bagi memperbaiki kecekapan dalam pemprosesan maklumat, memperbaiki kehendak maklumat yang diperlukan dan memperbaiki strategi persaingan dalam aktiviti semasa.

10

Disamping itu menurut Telem (1996) mempersembahkan rangkakerja bagi perlaksanaan teknologi pengurusan di sekolah yang meliputi 5 komponen iaitu teknikal, struktural, piskososial, nilai dan matlamat, serta komponen pengurusan. Lima rangkakerja komponen ini dengan nyata dapat menunjukkan perubahan dalam penggunaan dan perlaksanaan ICT di sekolah sebagai satu proses yang kompleks dan memerlukan pemerhatian yang mendalam.

11

5 fasa dalam perlaksanaan ICT di sekolah telah dikenalpasti termasuk (Mooij & Smeets ., 2001) iaitu keperluan penggunaan ICT bagi satu atau lebih bagi tenaga pengajar, meningkatkan kesedaran dikalangan warga sekolah tentang keperluan ICT bagi semua tahap, menekankan penyediaan peralatan ICT di sekolah, menekankan inovasi dan latihan ICT, menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan secara bebas tanpa mengira masa dan tempat.

12

3.1 Setting
Sekolah yang dipilih ialah sebuah sekolah di kawasan bandar Miri dan merupakan sekolah asrama harian biasa.
3.2 -Kajian Kes

Kajian kes secara individu di Institusi (sekolah) Januari hingga March 2010 (3 bulan)
3.3 Persampelan Jumlah participant - semua pelajar tingkatan 1 dan 2 Sampel saiz : 30 hingga 60 pelajar

13

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

1)Pemerhatian - Pemerhatian tidak rasmi (informal observation) di dalam kelas -memberi peluang untuk memahami situasi sebenar. 2) Menganalisis bahan dan dokumen (buku kehadiran, buku latihan pelajar, folio Contoh Soalan Temubual pelajar) 3) Temubual Jenis temubual dijalankan ialah semi structure interview * Namun ianya boleh dibuat berdasarkan kesesuaian dan persepsi participant.

14

Applegate, L.M.,McFarlan, F.W. and McKenney, J.L. (1999), Corporate Information Systems Management, McGraw-Hill, Irwin, New York, NY. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Kurikulum kursus dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah bestari. Kuala Lumpur. Chua Yee (2002) Modelling and supporting ICT Implementation in secondary schools, Computers & Education, Vol.36, pp.265-81. Mooij, T. and Smeets, G.(2001), Qualitative Research and Case Study Applications in Education, Jossey-Bass, San Francisco, CA. Telem, M. (1996), MIS implementation in schools: a systems socio-technical framework, Computers Education, Vol.27 No.2,pp.85-93. Wiseman,C. (1985). Chapter 1, in Ward, J. (1995)(Ed.), Principles of Information Systems Management, Routledge, London. Yong,N.M .2003. ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: isu-isu dan cabaran yang dihadapi. Prosiding Seminar: Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bangi: Fakulti Pendidikan. UKM.

15

Anda mungkin juga menyukai