Anda di halaman 1dari 8

951

1st International Malaysian Educational Technology Convention

MODEL SISTEM PENGURUSAN MAKMAL MULTIMEDIA


Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, 1Rossafri Mohammad
Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
wajwy@usm.my
1
rossafri@usm.my

ABSTRAK
Kertas kerja ini membincangkan isu dan permasalahan oleh penyelaras makmal
ICT/Multimedia di sekolah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk melengkapkan
golongan pelajar dengan ilmu ICT. Peningkatan jumlah mata pelajaran berasaskan ICT di
sekolah ditambah dengan aktiviti Kelab Komputer sekolah serta Program Penggunaan
Makmal ICT untuk masyarakat setempat sepertimana yang disarankan oleh kerajaan
memerlukan tiga makmal ICT jika ingin menawarkan kesemua mata pelajaran berasaskan
ICT/multimedia di atas dan untuk itu peruntukkan sebanyak RM 1.3 billion (RMK9) telah
dikhaskan (KPM, 2006). Kesemua ini menggunakan makmal yang perlu diurus dan ditadbir
dengan baik dan berkesan. Walau bagaimanapun, tidak ada model pengurusan yang jelas
dan boleh digunakan dalam menguruskan makmal ICT/multimedia ini. Sungguhpun Model
Fryer (2000) dalam menguruskan makmal sekolah dikatakan digunakan sebagai asas tetapi
siasatan awal termasuk pemerhatian mendapati rata-rata penyelaras makmal ICT sekolah
tidak pernah didedahkan dengan perkara ini. Jika ada sekalipun, model yang
menggabungkan tiga elemen iaitu guru, pentadbir dan rakan pembimbing sudah dikira tidak
relevan pada masa kini. Ini kerana faktor teknologi tidak diambil kira sebagai satu elemen
yang boleh membantu dalam memantapkan pengurusan makmal sekolah. Malahan, sistem
rangkaian dan keselamatan ICT di makmal yang sering menjadi isu dan kerumitan bagi guru
penyelaras makmal juga tidak diambil kira dalam model tersebut.

PENGENALAN
Peningkatan jumlah mata pelajaran berasaskan ICT (Teknologi Informasi dan Komunikasi) di
sekolah seperti ICTL (Komputer Literasi untuk sekolah rendah dan menengah), Teknologi
Maklumat (untuk elektif Tingkatan Empat) dan tiga mata pelajaran berasaskan multimedia
(satu bidang dalam mata pelajaran vokasional Tingkatan Empat). Ini ditambah dengan aktiviti
Kelab Komputer sekolah dan Program Penggunaan Makmal ICT/multimedia untuk
masyarakat setempat sepertimana yang disarankan oleh kerajaan. Sesebuah sekolah
memerlukan tiga makmal ICT/multimedia jika ingin menawarkan kesemua mata pelajaran
berasaskan ICT dan multimedia di atas. Keseriusan kerajaan untuk merealisasikan hasrat ini
terbukti melalui RMK9 di mana peruntukkan sebanyak RM 1.3 billion dikhaskan bagi tujuan ini
(KPM, 2006). Kesemua ini menggunakan makmal yang perlu diurus dan ditadbir dengan baik
dan berkesan.
Sehingga masa kini, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dalam merealisasikan
hasrat melalui program-program pengkomputeran di sekolah mahupun untuk pengajaran dan
pembelajaran (p&p) dan pentadbiran kelas dan sekolah. Program-program peningkatan dari
segi kualiti dan kuantiti peralatan dan perkakasan, perhubungan dan sambungan Internet
(berwayar dan tanpa wayar), contohnya SchoolNet dan Projek Pengkomputeran Sekolah
(EPU).
Kerajaan juga tidak bersendirian dalam usaha ini, malah sektor swasta termasuk syarikat
pegangan kerajaan (GLC) juga dijemput untuk membantu seperti Coca Cola, Samsung
DigitAll, Intel, Fujitsu dan lain-lain lagi. Untuk GLC, kerajaan telah melancarkan program
sekolah angkat bagi setiap GLC di mana pihak syarikat akan menaja semua kos peralatan,
perkakasan dan penyelenggaraan (mungkin honorarium kepada pengajar) makmal
ICT/multimedia sekolah tersebut. Agensi-agensi luar juga telah terlibat dalam usaha ini,
contohnya United Nation Development Program (UNDP) dan Bank Dunia.

952

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Institusi sekolah juga telah diminta untuk bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha
mengurankan jurang digital dengan memberikan perkhidmatan ICT kepada masyarakat
setempat. Maka, lahirlah program makmal ICT/multimedia di sekolah digunakan untuk
masyarakat di sekeliling atau berhampiran sekolah.
Selain daripada melancarkan program Sekolah Bestari pada tahun 1997 dan program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bagi
semua sekolah pula, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggalakkan
semua guru tidak mengira opsyen masing-masing untuk mengintegrasikan ICT/multimedia
dalam p&p masing-masing.
Jadual 1: Matapelajaran baru (berasaskan ICT) bagi 2004-2008
Kategori Sekolah
Sekolah Harian Biasa

Mata Pelajaran
Teknologi Maklumat
Grafik Berkomputer
Produksi Multimedia
Literasi Komputer (ICTL) untuk sekolah rendah & menengah
Projek Pasang Sendiri Komputer.

Sekolah Teknik

Pengaturcaraan,
Multimedia Kreatif
Sistem Rangkaian Komputer

Walau bagaimanapun, tidak ada model pengurusan yang jelas dan boleh digunakan dalam
menguruskan makmal ICT/multimedia ini. Sungguhpun Model Fryer (2000) dalam
menguruskan makmal ICT/multimedia sekolah dikatakan digunakan sebagai asas dalam
menguruskan makmal ICT di sekolah tetapi siasatan awal termasuk pemerhatian mendapati
rata-rata penyelaras makmal ICT sekolah tidak pernah didedahkan dengan perkara ini. Jika
ada sekalipun, model yang menggabungkan tiga elemen iaitu guru, pentadbir dan rakan
pembimbing sudah dikira tidak relevan pada masa kini. Ini kerana faktor teknologi tidak
diambil kira sebagai satu elemen yang boleh membantu dalam memantapkan pengurusan
makmal sekolah. Malahan, sistem rangkaian dan keselamatan ICT di makmal yang sering
menjadi isu dan kerumitan bagi guru penyelaras makmal juga tidak diambil kira dalam model
tersebut.
Senario pada hari ini menampakkan pengurusan yang lemah akibat daripada guru-guru
termasuk guru penyelaras makmal yang bertukar-tukar dan tidak ada modul khas yang
diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menguruskan makmal
ICT/multimedia tersebut. Malahan, penyelaras makmal kurang diberikan latihan dan
pendedahan mengenai pengurusan makmal yang cekap. Kesannya, makmal ICT/multimedia
tidak dapat berfungsi seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan. Bertambah serius lagi
apabila ada di kalangan pentadbir sekolah yang menutup makmal disebabkan pelbagai
masalah terutamanya teknikal.
Kertas kerja ini cuba mengupas dan membincangkan dapatan yang diperolehi daripada fasa
siasatan awal dengan mengadakan beberapa siri lawatan dan temuduga berfokus yang dibuat
oleh pengkaji ke beberapa sekolah, PPD dan BTPN mengenai pengurusan makmal
ICT/multimedia sekolah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Multimedia
Pengajaran berbantukan multimedia boleh didefinisikan sebagai satu integrasi elemen-elemen
teks, audio, grafik, animasi dan video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan
persembahan untuk membolehkan pembelajaran signifikan dan menghidupkan suasana
maklumat (Edgar, 1992 & Hofstetter, 1995). Definisi ini disokong oleh (Rozinah, 2000) yang
mengatakan bahawa integrasi audio, video, teks, animasi dan visual dengan komputer
sebagai platform boleh menyelesaikan masalah pengajaran supaya lebih bermakna dan
efektif. Asasnya, integrasi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat
membantu pelajar untuk mencapai objektif pengajaran dengan memahami isi

953

1st International Malaysian Educational Technology Convention

kandungan/mesej yang hendak disampaikan oleh guru. Terlalu banyak kajian yang telah
dijalankan sama ada di peringkat antarabangsa dan kebangsaan yang mengakui kenyataan
ini.
Apa yang lebih menarik dalam membincangkan integrasi multimedia dalam pengajaran adalah
sokongan oleh pakar-pakar psikologi pendidikan yang mengatakan bahawa sesuatu
pengajaran akan boleh dirancakkan dan meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk
memahami sesuatu tajuk yang kompleks mahupun abstrak. Barron (1995) mengatakan
bahawa integrasi multimedia dalam p&p boleh menjimatkan masa dan kos. Ini kerana guru
hanya bertindah sebagai fasilitator sahaja. Ada pula yang menyokong dengan mengatakan
faktor visual sebenar sama ada visual statik atau bergerak boleh merealisasikan proses
sebenar sesuatu kejadian (Mona, Wan Ahmad Jaafar dan Maizurah, 2001) dan ini sudah tentu
memudahkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik yang biasanya menggunakan kognitif
untuk menvisualisakan sesuatu proses.
Makmal ICT/multimedia Sebagai Pusat P&P
Mengikut Panduan Program Pengkomputeran di Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan, KPM pada tahun 2002, fungsi makmal ICT/multimedia sekolah adalah
seperti berikut:

Bilik operasi (hub/serber/router/perisian/sistem utitiliti)


Bilik pengajaran (kelas yang formal/pembelajaran kendiri)
Bilik latihan (kursus dalaman / Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)
Faciliti/kemudahan staf (e.g. membina bahan pengajaran)
Sumber maklumat (e.g. mencari bahan rujukan melalui Internet)

Adalah jelas bahawa makmal ICT/multimedia sekolah mempunyai banyak fungsi dan peranan
dalam memberi dan melengkapkan ilmu pengetahuan kepada pelajar dan guru. Ini tidak
termasuk makmal digunakan untuk aktiviti kelab komputer sekolah dan mungkin makmal
ICT/multimedia juga digunakan untuk masyarakat setempat.
Implikasinya, jika kesemua fungsi di atas dipenuhi, maka perkakasan dan peralatan komputer
di makmal akan mengalami kadar
kepenggunaan yang tinggi dan mungkin boleh
mendatangkan masalah teknikal yang banyak. Di negara ini, masalah di atas boleh menjadi
lebih serius lagi dengan jumlah PC yang terhad berbanding dengan jumlah pelajar dan guru
jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti yang dilaporkan oleh Bahagian Sekolah
(KPM, 2007) seperti Jadual 2 di bawah.
Jadual 2: Bilangan & Penggunaan PC - Perbandingan Antara Negara Maju terpilih dengan
Malaysia (KPM, 2007)
Item
Nisbah PC:Murid
PC Makmal ICT
PC Guru dalam kelas
PC Guru di bilik Guru
PC Kegunaan Umum

Finland
1:4
15-25
Ada
Ada
Ada (kantin,
koridor, ruang
terbuka)

Ireland
1:7
15-25
Ada
Ada
Ada

Malaysia
1:40
10/20/40
Tiada
Inisiatif sendiri
Inisiatif sendiri

Masalah kadar kepenggunaan yang tinggi dan masalah teknikal boleh diminimumkan jika
penyelaras makmal mempraktikkan model pengurusan makmal yang baik.
Model Pengurusan Makmal ICT/multimedia
Pengurusan didefinisikan sebagai satu tingkah laku menentukan kedudukan (setting) gol, visi
dan misi Greer (1992). Pengurusan yang cekap dengan pengurus yang berilmu sudah tentu
akan membantu sesebuah organisasi mencapai objektifnya. Bagi menguruskan sesebuah
makmal ICT/multimedia, Fryer (2000) telah membentuk satu model pengurusan yang

954

1st International Malaysian Educational Technology Convention

menggabungkan tiga elemen penting iaitu guru pakar, rakan pembimbing (pelajar) dan
juruteknik.
Bagi Fryer, seseorang penyelaras mestilah sudah mencapai tahap pakar dalam bidang ICT di
mana guru ini boleh dijadikan pakar rujuk daerah dalam penasihatan kaedah dan teknik yang
berkesan dalam mengaplikasi teknologi dalam pengajaran. Untuk itu, beliau mestilah bersedia
untuk memberikan penasihatan secara on-call konsultasi tetap walaupun untuk seorang guru.
Beliau juga mampu menawarkan siri kursus dalaman untuk guru-guru dalam satu daerah dan
dipantau oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
Rakan Pembimbing (pelajar) pula bertindak sebagai pembantu dalam membimbing @
mengajar rakan-rakan yang lain dengan pemantauan guru. Bimbingan ini akan berkurang
mengikut masa apabila lebih ramai pelajar akan menjadi lebih mahir dan dapat membantu
rakan yang lain pula. Kumpulan ini juga boleh menyelia penggunaan komputer yang betul bagi
mengurangkan kerosakan pada perkakasan. Untuk itu, pihak pentadbir sekolah digalakkan
untuk memberikan kredit kepada kumpulan ini jika bimbingan di buat dalam waktu sekolah.
Bagi memastikan ilmu dan pengetahuan mereka segar dan meningkat, mereka juga
digalakkan untuk diberikan satu projek IT yang boleh dibuat di luar waktu sekolah.
Juru teknik pula bertindak sebagai sokongan dalam hal-hal berkaitan teknikal dan
troubleshoot bagi komputer di makmal dan komputer di kelas. Segala keselamatan peralatan
adalah tanggungjawab beliau. Beliau juga bertanggungjawab dalam kerja penyelenggaraan
laman web sekolah dan juga penyelenggara Intranet (jika ada). Antara tugas lain beliau juga
adalah:

Kerja-kerja pengurusan data (back-up)


Kerja-kerja
belanjawan
bagi
pengurusan
dan
pembangunan
makmal
komputer/multimedia sekolah.
Kerja-kerja pengkeranian clerical work dan guru hanya bertindak sebagai pengesah
(adanya ruangan tandatangaan penyelaras makmal/guru di setiap dokumen,
contohnya, jadual penggunaan makmal).
Wajib menghadiri kursus-kursus teknikal (tidak boleh diganti oleh guru ICT).
Kerja-kerja lain yang melibatkan teknologi tinggi (contohnya pendawaian, rangkaian,
dll.)
Jika ada pusat sumber (beliau perlu membantu dalam membangunkan sistem rekod
sirkulasi).

Fryer berpendapat, jika gabungan ketiga-tiga elemen ini dibuat dengan betul, masalah teknikal
dan lebihan kerja akan diminimumkan dan ini akan membawa kepada pengurusan sesebuah
makmal itu lebih cekap.
Model NICT (2004) yang diperkenalkan oleh Majlis Teknologi Maklumat Negara pula
menggariskan panduan dalam membuat dasar dan strategi bagi menguruskan makmal di
sekolah. Terdapat lima komponen teras yang perlu dipatuhi oleh pentadbir sekolah dalam
merancang polisi dan strategi pengurusan makmal iaitu:

Pengurusan dan Kepimpinan


Pengajaran dan Pembelajaran
Pembangunan Pelajar
Pembangunan Profesionalisme Staf
Pembudayaan dan Pemantauan

Walau bagaimanapun, model ini agak umum dan boleh dikatakan ditujukan khas kepada
pentadbir sekolah dan tidak melibatkan penyelaras makmal yang bertindak sebagai executive
dalam melaksanakan segala perancangan melalui garis panduan yang telah dibuat sebelum
itu.

955

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Isu dan Permasalahan


Dapatan daripada lawatan dan ke beberapa buah sekolah dengan temuduga berfokus secara
kaedah open interview mendapati masalah kerumitan teknikal adalah merupakan masalah
yang paling utama yang membimbangi penyelaras-penyelaras makmal ICT di sekolah.
Mereka tidak bimbangkan sangat masalah kerosakan PC tetapi kepada komponen-komponen
seperti hub, router dan serber yang memerlukan kemahiran setting dan pengujian. Ini kerana
kesemua komponen ini bertindak bagi membolehkan jaringan Internet dan pemindahan data
berfungsi. Masalah seperti server down sering menghantui penyelaras-penyelaras makmal.
Apabila ditanya mengenai, rata-rata mereka mengakui bahawa kurang mahir dalam
maintainance dan networking.
Permasalah kedua terbesar adalah kesukaran untuk membaikpulih perkakasan yang rosak.
Ini kerana sistem pembelian dan hak jaminan yang tidak membenarkan penyelaras makmal
membaiki sendiri sebarang kerosakan. Antara masalah yang berkiatan yang dilaporkan
adalah response dari pihak berkenaan yang agak lewat dan masalah seperti ini sudah tentu
menggangu proses p&p. Tidak kurang juga dilaporkan masalah keselamatan ICT seperti
perisian dan data yang rosak akibat daripada serangan dan jangkita virus, worm, spyware,
malware, spam dan sebagainya.
Dapatan yang lebih menarik daripada temuduga berfokus ini adalah mengenai pengetahuan
penyelaras-penyelaras makmal ICT mengenai model pengurusan yang digunakan oleh
mereka di mana kebanyakkan mereka kurang arif adanya model yang boleh dijadikan
panduan untuk menguruskan makmal ICT/multimedia. Ini membuktikan bahawa kurang
pengetahuan untuk menjadikan penyelaras makmal begitu profesional dalam menguruskan
makmal ICT/multimedia mereka.
Apabila ditanya mengenai masalah lain dalam pengurusan makmal, mereka mengatakan
bahawa kebimbangan adalah daripada tugas dan tanggungjawab clerical atau pengkeranian
yang perlu dibuat apabila menjawat jawatan tersebut. Tugas tersebut adalah penyediaan
laporan dan rekod untuk Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
(BTPN), PPD dan pentadbir sekolah. Mereka juga mengatakan bahawa ada kalanya arahan
oleh JPN dan BTPN berbeza mengikut anjuran program ICT masing-masing seperti Jadual 3
di bawah.
Jadual 3: Tugas dan Tanggungjawab Pengkeranian Penyelaras Makmal ICT
Peringkat Laporan/Rekod

Tugas

JPN / PPD

Membangunkan pangkalan data untuk


(i) Inventori Makmal,
(ii) Rekod Kerosakan,
(iii) Rekod Penggunaan Makmal
Manual Penggunaan Alat
Buku Pendaftaran Alamat Emel Guru / Pelajar
Buku Inventori untuk Harta-harta Makmal
Buku Rekod Laporan Kerosakan/Lawatan Penyenggaraan
Buku Log Penggunaan Makmal Komputer/Buku Lawatan
Buku Log Penggunaan PC (untuk setiap komputer)
Buku Log Pergerakan Alat (untuk mengesan peminjaman
PC, pencetak dll.)
Peraturan Makmal (dokumen dan poster)
Fail Makmal Komputer
Perancangan Tahunan
Jadual Waktu Penyenggaraan Komputer

Pentadbir Sekolah

Jadual Waktu Latihan Dalaman (guru & pelajar)


Jadual Waktu Pembersihan Makmal
Fail Kelab Komputer

956

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Inisiatif Persendirian
Terdapat juga inisiatif yang dikira persendirian dibuat oleh pentadbir sekolah dengan guru
penyelaras makmal ICT/multimedia masing-masing bertujuan untuk memantapkan
pengurusan makmal ICT sekolah.
Bagi sekolah harian biasa, adalah jelas bahawa komponen rakan pembimbing seperti yang
dicadangkan oleh Fryer (2000) telah digunakan dalam memantapkan pengurusan makmal.
Pengkaji juga telah melawat sebuah sekolah rendah di Negeri Perak yang telah memenangi
banyak anugerah dalam pengurusan makmal komputer sekolah dan mendapati bahawa
komponen rakan pembimbing telah dimanfaatkan dengan sepenuhnya dalam memantapkan
pengurusan makmal.
Pengkaji juga telah melawat dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di utara Semenanjung
untuk melihat cara pengurusan makmal di sekolah-sekolah ini. Adalah dijelaskan bahawa
pengurusan makmal di MRSM adalah dikira cekap di mana pihak Majlis Amanah Rakyat
(MARA) akan memastikan bahawa semua perkakasan, peralatan, sistem operasi, sistem utiliti
dan perisian aplikasi pengguna berada di tahap yang tinggi, terkini dan mampu meningkatkan
ilmu pelajar. Ini kerana pihak MARA mahukan semua pelajar mereka didedahkan dengan
teknologi terkini bagi melengkapkan mereka untuk persediaan ke peringkat pengajian yang
lebih tinggi nanti.
Pengkaji juga telah melawat dua sekolah yang dikira elit di bawah KPM iaitu sekolah
berasrama penuh (SBP). Apa yang berbeza daripada sekolah harian biasa adalah adanya
elemen Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang mesti dipatuhi oleh penyelaras makmal atau guru
ICT dalam semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Walau bagaimanapun, KPI ini
adalah untuk pemantauan dan rekod pentadbir sekolah sahaja. Namun begitu, sistem
pematuhan kepada KPI ini telah menampakkan impak yang positif kepada kualiti pengurusan
makmal ICT/mulmedia di sekolah tersebut.
Masalah teknikal yang kompleks yang menjadi masalah utama penyelaras makmal dalam
menguruskan makmal ICT/multimedia sekolah telah disedari oleh pihak BTPN apabila
pengkaji membuat temuduga dengan pihak tersebut. Tindakan BPTN adalah mewujudkan
satu pasukan yang dikenali sebagai Pasukan Konfigurasi Rangkaian (PKR) yang
bertanggungjawab untuk membantu penyelaras makmal ICT/multimedia sekolah dengan
mengadakan kursus dan bimbingan dalam hal berkaitan teknikal. Walau bagaimanapun
pasukan ini tidak begitu mempunyai masa untuk memberi perkhidmatan secara on-call bagi
membantu penyelaras makmal ICT/multimedia menyelesaikan masalah teknikal di makmal
ICT masing-masing tetapi lebih kepada bimbingan dan tunjuk ajar bagi memantapkan
kemahiran maintainance dan networking penyelaras-penyelaras makmal ICT.
Sebuah PPD di Negeri Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan yang dipanggil
Pasukan Gerak Khas di mana ahli-ahli pasukan ini terdiri daripada Jurulatih Utama (JU)
peringkat Daerah yang mempunyai kemahiran yang agak tinggi. Pasukan ini boleh dipanggil
oleh pihak sekolah yang mengalami masalah teknikal di makmal ICT/multimedia masingmasing. Walau bagaimanapun, konsep pasukan ini adalah latihan dan bimbingan kepada
penyelaras makmal apabila mereka dipanggil datang ke sekolah. Tiada bayaran tertentu
dikenakan tetapi atas ehsan daripada pihak sekolah. Pihak PPD merasakan penubuhan
pasukan ini boleh meminimumkan masalah teknikal yang dihadapi oleh penyelaras makmal
ICT/multimedia di daerah tersebut.

PERBINCANGAN
Dapatan daripada siasatan awal ini menjelaskan bahawa kekurangan ilmu pengetahuan
pengurusan menjadi punca menyumbang seseorang penyelaras makmal tidak mempunyai
masa untuk menguruskan sesebuah makmal dengan cekap. Ini kerana kekurangan ini akan
menyebabkan beban kerja penyelaras akan menjadi luar daripada biasa dan ditambah pula
dengan kekurangan ilmu teknikal. Pentadbir sekolah dan Penyelaras makmal pula selalunya
mementingkan arahan yang diterima yang bersifat top-down yang mana pada masa kini pihak
KPM dan JPN amat mementing kepada keceriaan, keselamatan, keindahan makmal.

957

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Keselamatan perkakasan dan peralatan yang baik memerlukan penyelenggaraan dan


penyenggaraan yang berkualiti. Maka barulah aspek kepenggunaan yang maksimum dapat
direalisasikan. Tanpa mengetahu ilmu dan model pengurusan yang berkesan menyebabkan
guru penyelaras makmal dibebani dengan tugas yang sepatutnya bukan tugas dan
tanggungjawab beliau, contohnya pembina dan penyelenggara laman web sekolah. Apabila
guru penyelaras makmal ini sudah cekap dari segi teknikal, biasanya beliau akan dilantik
sebagai resource person bagi sekolah dan daerah (dikenali sebagai Jurulatih Utama). Ini akan
menambahkan lagi beban dan kekangan masa beliau yang sepatutnya masa tersebut
digunakan untuk menguruskan makmal sekolah dengan lebih baik lagi.
Keadaan menjadi lebih parah lagi kerana tidak ada peruntukkan khas daripada pihak KPM
dan JPN yang memberikan masa mengajar yang kurang daripada jumlah biasa kepada
penyelaras makmal ICT berbanding jawatan-jawatan lain seperti guru pusat sumber, guru
kaunseling dan guru SPBT. Sebaliknya pengurang masa ini adalah tertakluk kepada budi
bicara pentadbir sekolah sahaja.
Penempatan juruteknik di sekolah perlu diperluaskan. Mengikut laporan Bahagian Sekolah
(2007) sebanyak 537 perjawatan juruteknik yang telah diluluskan untuk tahun 2006-2010
sedangkan makmal ICT/multimedia di sekolah menengah sahaja ada lebih kurang 1800 buah.
Bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan iaitu untuk menjadikan makmal ICT/multimedia
untuk masyarakat setempat, pengkaji berpendapat program ini perlulah dibuat secara over
and above di mana guru penyelaras makmal diberikan bayaran tambahan atas perkhidmatan
ini. Soal keselamatan perkakasan dan peralatan makmal juga difikirkan kerana jumlah
pengguna sesebuah komputer akan meningkat. Untuk itu, sekolah yang ingin memulakan
program ini seharusnya telah mempunyai seorang juruteknik yang telah ditempatkan.
Bagi memantapkan pengurusan makmal sekolah, pengkaji amat menyarankan agar model
pengurusan makmal yang dicadangkan oleh Fryer digunakan sebagai asas dalam
pengurusan makmal ICT/multimedia di sekolah. Pengkaji juga bersetuju dengan pengenalan
KPI untuk diperluaskan di sekolah-sekolah harian biasa.
Untuk pada masa akan datang, pihak KPM perlulah memikirkan untuk membentuk satu
simulasi pengurusan yang lengkap (dalam bentuk template) yang merangkumi semua arahan
pihak atasan dan diberikan kepada penyelaras makmal bagi memudahkan tugas mereka
seharian.
PENUTUP
Adalah diharapkan dengan dapatan daripada siasatan awal dengan perbincangan yang
komprehensif di dalam kertas kerja ini yang telah mengupas isu dan permasalahan
pengurusan makmal ICT/multimedia di sekolah akan dapat memberi input kepada pembuat
dan pengubal dasar berkaitan dengan makmal. Ini akan dapat memastikan bahawa
pengurusan makmal ICT/multimedia akan berada di suatu standard yang boleh dibanggakan
dan membawa kepada peranan dan fungsi makmal seperti yang diharapkan terutama dalam
membantu guru mengintegrasikan teknologi dalam p&p mereka. Pastinya faedah yang lebih
besar adalah kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan mewarisi guna tenaga negara pada
masa akan datang.
RUJUKAN
Barron, A. (1995) Digital Audio in Multimedia, Active Learning, 32(4), 190-193
Fryer, W. A. (2000) [Online], [Diakses 1 Mac 2007] Strategies for Managing School Computer
Labs and Classroom Computers. www.wtvi.com/teks/labsstrategies
Hofstetter, F. T. (1995). Multimedia Literacy. New York, McGraw-Hill.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Putrajaya:EPRD.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) [Online], [Diakses 1 Oktober 2007] Laporan Amalan
Terbaik: Dapatan Lawatan, Bahagian Sekolah.
www.moe.gov.my/bs/index.php?option=com_content&task=view&id=64&Itemid=56

958

1st International Malaysian Educational Technology Convention

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (2004) [Online], [Diakses 1 Oktober 2007] Model
pengurusan Makmal ICT di Sekolah, Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC)
http://www.mosti.gov.my/opencms/opencms/MostePortal/NITC/NITCIntro.html)
Mona Masood, Wan Ahmad Jaafar, W. Y. & Maizurah, O. (2001) Potensi Visual 2-Dimensi
dan 3-Dimensi Dalam Memperkayakan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui
Multimedia, Kertas kerja yang dipersembahkan semasa Seminar Kepelbagaian Dalam
Teknologi Instruksional, Isu dan Cabaran, 11-14 September 2001, Klang.
Rozaimi Yahafi (2006), Cikgu Tashir Role Guru Model ICT, Pendidik, Bil 24/Mei,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai