Anda di halaman 1dari 16

Bab 6: Perkembangan Esei

BAB 6: PERKEMBANGAN ESEI

Diakhir Bab ini anda akan dapat:

Mengumpul maklumat untuk menulis esei


Membangunkan idea untuk menyokong sesuatu esei
Pilih sumber yang sesuai untuk esei
Mengembangkan perenggan ke dalam esei.

6.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, anda akan belajar cara memperkembangkan esei anda, sama seperti anda
lakukan untuk sesuatu perenggan. Untuk memperolehi seberapa banyak idea yang menarik,
anda boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjana idea-idea yang dapat
menyokong Pernyataan Tesis; anda. Kemudian anda boleh memilih dan menyusun idea-
idea dalam bentuk suatu pelan. Sebaik sahaja anda mempunyai pelan, anda sudah bersedia
untuk menulis esei.

Lihat gambar di sebelah.


Otomatik Kereta Apakah yang difikirkan oleh
Sport penulis?

Apakah yang dilakukan oleh


penulis?
Red
Penulis ini sedang menjana
Enjin idea-idea yang mungkin
Turbo digunakan dalam esei yang
akan ditulis.

1
Bab 6: Perkembangan Esei

6.2 STRATEGI PENGUMPULAN MAKLUMAT

Apa jua esei akademik yang anda menulis, anda mesti mengumpulkan data atau maklumat
daripada pelbagai sumber (Sepertimana dibincangakan dalam Topik 5). Secara umum,
terdapat TIGA sumber anda boleh merujuk untuk mendapatkan data atau maklumat (Lihat
Rajah 6.1); iaitu pengalaman peribadi, interaksi dengan orang lain dan membaca. Perlu
diingat bahawa berlainan jenis esei memerlukan berlainan jenis maklumat dan oleh demikian
keadah pengumpulan maklumat akan berbeza.

Pengalaman Pribadi

SUMBER Interaksi dengan Orang Lain


MAKLUMAT
Membaca

Rajah 6.1 Sumber Maklumat

(a) Pengalaman Peribadi


Sebagai penulis, anda adalah sumber pertama idea-idea untuk penulisan anda. Pengalaman
dan pendidikan anda sebelum ini akan membantu anda untuk bermula menulis sesetengah
esei akademik. Contohnya, terdapat sesetengah subjek atau kursus yang menulis esei tentang
Falsafah Pendidikan Saya atau Sistem Pendidikan Malaysia Terlalu Bertumpu kepada
Peperiksaan. Bagi tajuk-tajuk seperti ini, anda boleh menggunakan pengalaman serta
pendapat anda untuk menulis esei anda. Apa yang anda telah melalui serta apa yang anda
telah dipelajari boleh menjadi isi dalam penulisan anda. Walau bagaimana pun, anda
memerlukan lebih daripada pengalaman untuk tajuk-tajuk yang lain.

(b) Interaksi dengan Orang Lain


Selain pengalaman, anda juga boleh mendapatkan idea melalui interaksi dengan orang lain,
seperti berikut:

Anda boleh temuduga seorang pakar berkenaan


topik yang anda menulis
Anda boleh berbincang dengan rakan sebaya atau,
pelajar lain secara bersemuka atau atas talian
(online)
Anda boleh menjalankan suatu survey atau
tinjauan yang melibatkan sekumpulan orang
Anda boleh berbincang dengan tutor atau
pensyarah anda tentang tugasan anda

2
Bab 6: Perkembangan Esei

(c) Bacaan
Anda juga boleh membangunkan idea-idea melalui
pembacaan. Biasanya, pensyarah akan mencadangkan buku
atau artikel yang dapat membantu menulis esei anda.
Terpulang kepada anda untuk merujuk kepada bahan yang
sesuai. Berikut ialah bahan-bahan bacaan yang lazim dirujuk
oleh pelajar universiti apabila membuat tugasan mereka:
Artikel dalam jurnal
Bab-bab buku
Laporan penyelidikan
Tesis / disertasi
Majalah
Ensiklopedia
Laman web
Kamus dan sebaginya

Sepertimana dibincangkan dalam Bab 5, bahan-bahan yang disenaraikan di atas diperolehi


daripada perpustakaan fizikal atau perpustakaan digital atau atas talian. AeU telah
menyedikan pelbagai database atas talian (online database) yang mengandungi ratusan
artikel-artikel jurnal, buku, tesis, majalah dan laporan penyelidikan yang boleh diakses oleh
pelajar. Bahan-bahan ini membantu dalam penjanaan idea-idea untuk esei yang anda menulis.

6.3 KAEDAH MEMPERKEMBANGKAN ESEI

PERNYATAAN TESIS memberi idea utama tentang keseluruhan esei yang anda akan
menulis. Bagaimana pun, badan atau isi kandungan esei merupakan bahagian paling penting
yang perlu diperkembangakan. ulis penyataan tesis, anda perlu memberi idea tentang
kandungan esei anda. Ketika mengemukakan pernytaan tesis, anda sudah mengetahui
apakah isi yang akan menjadi badan esei. Adalah sangat berguna, jika anda mewujudkan
suatu pelan atau rangka esei yang anda menulis seperti ditunjukkan pada Rajah 6.1

Rangka esei yang dibincangan di atas satu cadangan sahaja. Setiap pelajar mungkin
menggunakan pendekatan tersendiri. Sesetengah penulis bermula dengan mengadakan
sumbangsaran untuk menjana idea dan diikuti dengan pembinaan perenggan berdasarkan
setiap idea yang dijana. Sesetengah penulis bermula dengan menulis ayat topik dan menulis
perenggan. Terpulang kepada anda untuk menggunakan pendekatan yang sesuai dengan
keperluan anda.

3
Bab 6: Perkembangan Esei

PERNYATAAN TESIS
- 2-3 Idea Utama yang
menyokong pernyataan tesis

IDEA UTAMA
- Untuk setiap Idea Utama,
mengemukan 2-3 Ayat Topik

PERENGGAN
- Setiap ayat topik ialah satu
Perenggan

PENYUSUNAN PERENGGAN
- Setiap perenggan disusun
secara logikal

Rajah 6.1 Rangka esei

Kaedah 1: SUMBANGSARAN UNTUK MENJANA IDEA

Cara pertama untuk mendapatkan pelan atau garis kasar


idea untuk sesebuah esei ialah dengan
menyumbangsaran idea dan mengkategori idea ke
dalam kumpulan. Setelah anda menulis penyataan tesis,
anda boleh menyumbangsaran idea di atas kertas atau
dalam komputer dengan mencatit apa-apa idea yang
boleh membangun penyataan tesis, ini termasuklah idea
utama, maklumat terperinci serta contoh, semuanya
dicampur aduk bersama.
Selepas anda membuat satu senarai idea-idea yang
berkaitan, anda perlu melihat kaitan bagi setiap idea
dan boleh menggugurkan mana-mana idea-idea yang
tidak menyokong penyataan tesis, dan kemudian
mencari "kumpulan perenggan". Misalnya, anda
menulis kenyataan tesis anda seperti berikut:

4
Bab 6: Perkembangan Esei

PERNYATAAN TESIS

Walaupun stres adalah berbahaya, namun terdapat banyak


cara positif untuk menanganinya.

Bersiar ditepi
Meluahkan Pemeriksaan
pantai
masalah kesihatan

Menonton
wayang Bersenam
Mempunyai
hobi

Berjumpa Berjumpa
ketua agama kaunselor

Berjumpa Tidur
kawan
Jaga makanan
Berjumpa
pakar psikologi

Rajah 6.2 Hasil idea-idea sumbangsaran

1. Setelah melakukan sumbangsaran, idea-idea yang dihasilkan disenaraikan di Rajah


6.2. Langkah seterusnya ialah untuk menggugurkan idea-idea yang tidak relevan.

2. Kemudian, pilih kumpulan idea-idea yang boleh dijadikan perenggan.


a. Sesetengah idea mungkin boleh dijadikan ayat topik;
b. selebihnya mungkin akan digunakan untuk menyokong ayat topik.
Berapa banyak perenggan yang anda boleh dapati dalam senarai di atas?

3. Dengan merujuk kepada pernyataan tesis, buat suatu pelan atau rangka yang terdiri
daripada beberapa perenggan untuk membina badan esei dengan ayat topik
masing-masing.
4. Pastikan di bawah setiap ayat topik ditulis contoh atau maklumat sokongan.
5. Seterusnya susun setiap perenggan secara koheren dan logikal dengan menggunakan
penanda wacana yang sesuai.

5
Bab 6: Perkembangan Esei

Kaedah 2: MENULIS AYAT TOPIK

Dalam Kaedah 1, penulis telah mengadakan sumbangsaran berdasarkan PERNYTAAN


TESIS dan idea-idea yang dikemukakan di kumpulkan untuk menjadikan beberapa
perenggan. Kaedah 2 berlainan sedikit kerana anda bermula dengan AYAT TOPIK. Rujuk
kepada contoh berikut:

PERNYATAAN TESIS

Memandangkan kafeteria pelajar mempunyai banyak


masalah, pihak kolej perlu melantik pentadbir baru agar ia
diuruskan dengan baik pada masa hadapan

Perhatikan bahawa PERNYATAAN TESIS di atas mempunyai dua idea utama. Lihat Rajah
di bawah. Idea pertama menyatakan MASALAH manakala idea kedua menawarkan
PENYELESAIAN. Lihat Rajah 6.3.

Bahawa
Bahawa seorang
kafeteria itu
pentadbir baru
mempunyai
dilantik
banyak masalah

Penyelesaian
masalah

Rajah 6.3 Dua idea utama

Oleh demikian, penulis mempunyai pilihan untuk membahagikan eseinya kepada dua siri
perenggan; satu siri perenggan menjelaskan masalah dan satu siri perenggan untuk
penyelesaian. Iaitu dua ayat topik- Lihat Jadual 6.1.

6
Bab 6: Perkembangan Esei

Penyataan Kerana kafeteria pelajar mempunyai banyak masalah, kolej


Tesis perlu melantik pentadbir baru agar ia diuruskan dengan baik di
masa hadapan.

Ayat Masalah kafeteria yang utama ialah makanan tidak


Topik # 1 menyelerakan, kebersihan yang kurang memusakan dan harga
makanan yang mahal
.
Ayat Pentadbir baru dapat membantu untuk memperbaiki keadaan
Topik #2 yang teruk.

Anda sentiasa boleh menyemak semula ayat topik ini kemudian, tetapi ia akan berperanan
sebagai panduan untuk membina perenggan seterusnya. Anda mungkin membina perenggan
pertama di dalam badan dengan memberi contoh kebersihan yang lemah, perkhidmatan yang
kurang efisien dan harga yang tinggi. Anda boleh membangunkan perenggan kedua dengan
menerangkan langkah-langkah yang diperlukan oleh pentadbir baru untuk menyelesaikan
masalah kafeteria.

Berikut ini ialah contoh pelan esei bagi pernyataan masalah di atas:

1. Pengenalan dan Penyataan Tesis


Penulis menulis ringkasan untuk isi-isi penting esei; juga dikenali sebagai "penyataan tesis".

Ayat topik # 1:
Masalah utama kafeteria ialah makanan yang tidak menyelerakan, kurang
kebersihan dan harga yang mahal.

Masalah 1: Kebersihan Kurang Memuaskan

Kawasan penyediaan makanan tidak bersih


Lantai kafeteria adalah kotor
Makanan tidak ditutup - terdedah kepada lalat.

Masalah 2: Perkhidmatan Lambat

Pelajar terpaksa menunggu 30 minit untuk nasi goreng


Pelajar perlu menunggu 15 minit untuk secawan teh
Terpaksa makan dengan kelam kabut supaya sampai ke kelas tepat pada
masanya

7
Bab 6: Perkembangan Esei

Masalah 3: Harga Terlalu Tinggi

Nasi goreng terlalu mahal


Kos kopi atau teh ialah RM2.00

Ayat Topik #2:


Pentadbir baru dapat melakukan banyak perubahan untuk memperbaiki keadaan yang
teruk.

Langkah 1: Set standad kualiti minimum

Melakukan pemeriksaan kebersihan kawasan dapur .


Menetapkan dan menguatkuasakan peraturan tentang piawaian kebersihan

Langkah 2: Mengatur semula susunan barisan perkhidmatan kaunter

Kaji barisan yang paling sibuk pada satu-satu masa


Tempatkan tukang masak dan juruwang di kaunter yang sibuk
Asingkan khidmat barisan kaunter minuman

Langkah 3: Kurangkan Harga

Makanan dan perkhidmatan yang lebih cepat akan menarik lebih ramai
pelanggan kafeteria
Kafeteria sudah boleh menurunkan harga

Kesimpulan

Nota: Anda perlu menyemak ayat perenggan,

Mengatur perenggan mengikuti susunan dalam pernyataan tesis


Membincangkan masalah dan kemudian penyelesaian

Anda kini mempunyai rangka yang jelas untuk menulis draf pertama esei.

6.4 MEMBUAT KEPUTUSAN TENTANG SUMBER MAKLUMAT

Sebagai pelajar universiti, anda perlu ambil tahu tentang sumber maklumat yang terdapat di
perpustakaan atau di Internet. Kejayaan akademik tidak bergantung hanya pada belajar
bagaimana untuk mengakses maklumat, apa yang penting adalah anda perlu tahu bagaimana
untuk menilai maklumat dan melihat jika ia sesuai dengan keperluan anda. Jumlah maklumat
yang diterima boleh menjadi besar, maka anda perlu membuat keputusan dari mana sumber
yang sesuai boleh digunakan. Ada beberapa sumber mungkin agak ketinggalan zaman, dan

8
Bab 6: Perkembangan Esei

sesetengahnya mungkin tidak tepat. Oleh sebab itu, anda seharusnya tidak hanya bergantung
pada sumber pertama yang diperolehi. Malah anda perlu menyemak kesesuaian setiap sumber
untuk keperluan tugasan anda.

Adakah sumber itu relevan dengan maklumat yang anda


perlukan?
Bermula dengan meniliti tajuk artikel atau buku,
panjangnya, jenis maklumat yang anda diperlukan dan
maklumat yang sedia ada.

Adakah sumber maklumat itu tepat?


Sekiranya anda bergantung kepada hanya beberapa sumber
sahaja dan sumber berkenaan dipersoalkan, anda digalakkan
merujuk kepada ulasan atau komen tambahan untuk
menentukan ketepatan maklumat tersebut. Bandingkan
dengan sumber lain untuk mengetahui pendapat mereka..

Adakah penulis atau sumber itu berat sebelah?


Kaji mengapa sumber itu ditulis atau untuk tujuan penulis. Dapatkan juga pandangan
kedua.

Adakah maklumat itu yang terkini?


Pastikan anda mendapatkan maklumat terkini. Jika anda menggunakan statistik atau
laporan data, ianya akan berubah sepanjang masa terutamanya fakta nombor dalam
bidang ekonomi dan perubatan. Perlu dipastikan bahawa hanya maklumat terkini akan
digunapakai.

Adakah penulis itu boleh dipercayai dan diharap?


Apakah kelayakan penulis itu? Sekiranya anda tidak pasti tentang hal ini, anda boleh
mendapatkan bantuan pegawai perpustakaan.

9
Bab 6: Perkembangan Esei

a) Bagaimana anda dapat memastikan keblehpercayaan dan kesahan bahan


yang diperolehi daripada internet?
b) Jelaskan bagaimana dengan membaca abstrak sesuatu jurnal, anda akan
dapat menentukan kesesuaian sebagai bahan rujukan untuk esei anda.

6.5 CONTOH PERKEMBANGAN ESEI

Seperti yang anda telah pelajari perenggan adalah kumpulan ayat-ayat berkaitan yang
membincangkan satu idea utama. Perenggan mungkian pendek atau panjang. Sesuatu
perenggan itu haruslah cukup panjang agar anda boleh membangunkan idea utama dengan
jelas. Apabila beberapa perenggan digabungkan, anda akan membentuk sebuah esei. Esei-
esei terdiri daripada:

1. Pengenalan (perenggan pengenalan)


2. Badan (satu atau lebih perenggan)
3. Kesimpulan (perenggan kesimpulan)

Pengenalan Kafeteria pelajar mempunyai banyak masalah, dan pelajar


telah membuat laporan kepada pihak kolej beberapa kali
namun tiada tindakan yang diambil untuk memperbaiki
keadaan.

Badan Antara masalah-masalah kafeteria berkenaan ialah tahap


kebersihan yang kurang memusakan, perkhidmatan yang
lembat dan harga makanak yang tinggi. Kawasan penyediaan
makanan juga tidak bersih. Malah, lantai kafe juga amat
kotor seolah-olah tidak pernah dibersihkan. Makanan tidak
ditutup dan terdapat banyak lalat dan dicelah-celah longkang
dijumpai tikus.

Layanan juga tidak memuaskan kerana pelajar terpaksa


menunggu lama untuk bukan sahaja memesan makanan
tetapi untuk membayar. Pelajar perlu menunggu sekurang-
kurang 15 minit hanya untuk secawan kopi apatahkan lagi
untuk menunggu pesanan sepiring nasi goreng.

10
Bab 6: Perkembangan Esei

Tidak cukup dengan itu, pelajar juga dibebani dengan harga


makanan yang tinggi. Secawan kopi atau teh berharga
RM2.00, harga yang agak keterlaluan jika dibandingkan
dengan kedai-kedai lain. Tetapi apa yang tidak masuk akal
ialah apabila segelas air kosong dikenakan bayaran 50 sen.
Ramai pelajar telah membuat aduan kepada pihak kolej
tetapi apa jua tindakan tidak diambil.

Kesimpulan Masalah di kafeteria sudah wujud selama enam bulan, dan


sudah tiba masanya pihak kolej bertindak mengatasi masalah
ini sekiranya mahu menarik lebih ramai pelajar ke kafeteria.

Perenggan dalam esei seharusnya mengikut urutan tertentu dan perlu mesti berkaitan
untuk mencapai koheren. Ini bermakna perenggan dalam esei harus disusun dalam urutan
yang jelas dan logikal.

6.6 PENYUSUNAN PERENGGAN

Adalah penting untuk memastikan bahawa perenggan dan keseluruhan esei anda mengikut
susunan yang logikal. Anda digalakkan membuat perancangan awal dan pastikan setiap
prenggan itu disusun dengagn mengikuti urutan yang logikal. Berikut ini ialah beberpa jenis
susunan perenggan yang lazim digunakan (Lihat Rajah 6.4)

Jenis-jenis susunan
perenggan

Susunan
Susunan
mengikut
mengikut masa
kepentingan
Rajah 6.4: Jenis susunan yang sering digunakan dalam susunan perenggan

a) Susunan mengikutu masa perenggan disusun mengikut bila sesuatu peristiwa


berlaku. Contohnya, jika anda menulis esei berunsur sejarah dan setiap perenggan
merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada sesuatu tahun. Perenggan pertama ialah
tentang peristiwa pada tahun 1956; perenggan kedua merujuk kepada peristiwa pada
tahun 1957 dan seterusnya.

11
Bab 6: Perkembangan Esei

b) Susunan mengikut kepentingan perenggan disusun menurut keutamaan.


Contohnya, faktor ekonomi dibincangan dalam perenggan pertama kerana ia adalah
paling penting. Perenggan kedua membincang tentang faktor sosial dan seterusnya.

Bagaimana pun, terpulang kepada anda bagi menentukan susunan perenggan. Anda boleh
menyusun peranggan dalam apa jua susunan bergantung kepada isi kandungan esei tertentu.

CONTOH: Berikut ini ialah suatu Penyataan Tesis:

Pelakon Jackie Chan dan Michelle Yeoh mempunyai banyak persamaan.

Merujuk kepada pernyataan tesis di atas anda mungkin mengemukakan tiga perenggan
dengan ayat topik berikut:

1) Kedua-dua mereka sanggup melakukan adegan-adegan merbahaya tanpa


menggunakan pengganti.
2) Mereka berdua amat terkenal sebagai pelakon aksi di Asia, Amerika Syarikat dan
Eropah.
3) Kedua-dua mereka berkebolehan memegang watak komedi selain memegang watak
sebagai hero.

Oleh kerana terdapat banyak persamaan di antara kedua-dua pelakon berkenaan adalah
wajar anda menyusun perenggan-perenggan satu demi satu seperti ditunjukkan dalam
Jadual di bawah.

SUSUNAN PERENGGAN

Pengenalan dan Pelakon Jackie Chan dan Michelle Yeoh mempunyai


ayat tesis banyak persamaan

Ayat topik #1 Mereka berdua sanggup melakukan adegan-adegan


merbahaya

Ayat topik Mereka terkenal di merata dunia.

Ayat topik Mereka berdua juga boleh memegang watak komedi.

Kesimpulan Memang terbukti bahawa Jackie Chan dan Michelle


Yeoh mempunyai banyak ciri-ciri yang sama.

12
Bab 6: Perkembangan Esei

Pernyataan Tesis:

PENGGUNAAN INTERNET UNTUK PENDIDIKAN HARUS DIGALAKKAN

Dengan merujuk kepada pernyataan tesis di atas, nyatakan apakah:

a) Apakah perenggan 1 harus membincang?


b) Apakah perenggan 2 harus membincang?
c) Apakah perenggan 3 harus membincang?
d) Apakah perenggan 4 harus membincang?

6.7 MENGHUBUNGKAITKAN PERENGGAN

Ayat dalam perenggan seharusnya mengalir dengan lancar, manakala perenggan dalam esei
harus dihubungkan dengan jelas dari satu perenggan ke perenggan yang berikutnya. Apabila
anda menulis esei, jangan membuat hubungkait yang tidak logik dari satu perenggan ke
perenggan yang lain. Sebaliknya, beri panduan kepada pembaca anda dengan
menghubungkan ayat pertama dari setiap perenggan baru kepada pernyataan tesis atau
perenggan sebelumnya. Rajah 6.5 menunjukkan empat cara untuk menghubungkan
perenggan,

CARA
MENGHUBUNGKAN
PERENGGAN

Rujuk pada perkataan


Ulang kata kunci atau atau idea dari Guna penanda
idea dari ayat tesis perenggan yang wacana
sebelumnya

Rajah 6.5 Empat cara untuk menghubungkan perenggan

13
Bab 6: Perkembangan Esei

(a) Mengulangi Kata Kunci atau Idea dari Penyataan Tesis


Ayat topik dalam rangka esei berikut mengulangi kata kunci dan idea daripada penyataan
tesis.

Pernyataan Tesis: Meluangkan masa untuk menikmati keindahan alam semulajadi dapat
mententeramkan pemikiran seseorang.

Ayat Topik #1: Bersiar-siar di hutan atau berkelah di tepi pantai boleh mengenangkan
fikiran serta mencetus idea-idea baru menyelesaikan masalah.

Ayat Topik #2: Mendekati dengan alam semulajadi dapat memberi perspektif baru kepada
masalah yang dihadapi.

.
Perhatikan bahawa ayat topik #1 mengenangkan fikiran mengulangi kata kunci
mententeramkan pemikiran pada penyataan tesis dengan menggunakan perkataan lain.

(b) Rujuk kepada Perkataan atau Idea dari Perenggan Sebelumnya


Lagi satu cara menghubungkaitan perenggan ialah dengan mengaitkan ayat akhir sesuatu perenggan
dan menggunakannya bagi perenggan seterusnya. Rujuk kepada contoh berikut:

Adakah anda sanggup mengambil risiko untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah
anda lebih suka dengan pekerjaan tetapi tetapi gaji sederhana atau pekerjaan yang tidak
tetap tetapi gaji tinggi? Adakah anda mempunyai kegigihan dan tenaga tinggi? Jika anda
menjawab YA kepada semua pertanyaan ini, anda mungkin mempunyai personaliti Jenis
T menurut Dr. Frank Farley.

Menurut Farley, orang Jenis T ("T" bermaksud "Thrill") adalah orang yang berani mengambil
risiko. Beliau percaya bahawa sebanyak 30 peratus daripada orang boleh kategorikan
sebagai memilik personaliti jenis T.. Mereka adalah orang yang berani mencuba dan mereka
sanggup melakukan sesuatu yang luar biasa.

Perhatikan bahawa, frasa .....personaliti Jenis T diperluaskan dalam ayat pertama pada
perenggan seterusnya.

(c) Gunakan Penanda Wacana


Penanda wacana merupakan kata atau rangkai kata yanh menjadi jambatan atau penghubung
idea dalam penulisan untuk menghasilkan esei yang lebih jelas. Kekata itu menjadi penanda
kepada pembaca bahawa penulis sedang membuat perbandingan, membuat kesimpulan,
memberi contoh, menunjukkan urutan masa dan sebagainya. Berikut ialah contoh-contoh kata
penanda wacana atau peralihan ungkapan.

14
Bab 6: Perkembangan Esei

a) Penanda tambahan selain itu, tambahan pula, lagi pun, juga


b) Penanda akhibat dengan demikian, oleh itu, sebagai akhibatnya, jadi, lantas,
justeru, lantaran itu
c) Penanda contoh atau ilustrasi misalnya, umpamannya, contohnya, khususnya,
terutamanya, seperti kata
d) Penanda keterangan atau penjelasan dengan kata lain, ringkasnya, sebenarny,
jelaslah bahawa, seperti manay yang diketahui, yakni, iaitu.
e) Penanda kesimpulan akhirnya, kesimpulanya, pada keseluruhannya
f) Penanda masa / waktu dan urutan pertamanya, kemudian, lazimnya, selepas itu,
pada masa sekarang ini, beralih ke hujah selanjutnya
g) Penanda perbandingan sebagai perbandingan, demikian juga dengan
h) Penanda sebaliknya namun demikian, tetapi, namun, jika tidak

15
Bab 6: Perkembangan Esei

Maklumat esei boleh dikumpulkan dari pengalaman peribadi, melalui interaksi dengan
orang lain dan juga pembacaan.

Satu rangka esei mesti dibina melalui sumbang saran atau dengan menulis ayat-ayat topik
selepas maklumat dikumpulkan.

Adalah penting untuk memastikan sumber-sumber maklumat adalah tepat, terkini dan
relevan kepada keperluan maklumat anda.

Esei seharusnya terdiri dari perenggan pengenalan, badan, dan kesimpulan yang
dihubungkan bersama-sama untuk membentuk esei.

Byleen, E., Reid, J. M. & Byrd, P. (1998). Looking ahead: Developing skills for
academic 2. writing. Heinle & Heinle Publishers.
Fawcett, S. & Sandberg, A. (2000). Evergreen: A guide to writing. Houghton
Mifflin.4.
Folse, K. S., Muchmore-Vokoun, A., & Solomon, E. V. (1999). Great essays: An
5. introduction to writing essays. Boston & New York: Houghton Mifflin.
Hartmann, P. and Blass, L. (1999). Quest 1: Reading and writing in the academic
world. 6. McGraw Hill.
Hogue, A. and Oshima, A. (2006). Introduction to academic writing. Pearson
Education.7.
Hollowell, I.M., Levernier, J. A., & Parks, A. F. (1986). Structuring paragraphs: A
guide 8. to effective writing. 2nd ed. New York: St. Martins
.

16

Anda mungkin juga menyukai