Anda di halaman 1dari 15

Kajian Tindakan Jawi tahun 3

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

ISI
KANDUNGAN
N

HALAMA

Penghargaan

Abstrak

10

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

11

2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan


12

11 -

3.0 Objektif Kajian

12

4.0 Kumpulan Sasaran

12

5.0 Tindakan yang dicadangkan :


5.1 Tinjauan Masalah
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.3 Melaksanakan Tindakan

13
13
13 - 17

5.4 Penilaian

17

5.5 Refleksi Kajian

17

6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya


- 18

17

7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

18

8.0
Rujukan
9.0 Lampiran
- 20

18
19

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.


Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada hadrat ilahi kerana
dapat menyiapkan kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada saya untuk
melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
sewaktu P&P khususnya.

Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha


menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara,
mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang.
Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas
dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan
mengadakan kajian tindakan .

Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara,


guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang
seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga
adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu
yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan
memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan

modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian
tindakan ini hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan
bertaraf dunia dapat dijayakan.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN JAWI MELALUI


PROGRAM
BIJAK JAWI

Pn. Faizah binti Haji Ahmad

SK. Dato Panglima Kinta, Jalan Tun Perak, 30200 Ipoh ,Perak.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kefahaman murid tahun 3


terhadap ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab. Seramai 25 orang pelajar
tahun 3 , SK. Dato Panglima Kinta , Ipoh dan seorang guru terlibat dalam kajian
ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal


dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati ejaan

perkataan pinjaman bahasa Arab kerana perkataan pinjaman ini tidak dieja
mengikut suku kata sebagaimana perkataan-perkataan jawi yang lain.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik mengingati ejaan perkataan
pinjaman bahasa Arab dan membezakan perkataan pinjaman dan bukan
perkataan pinjaman.

Teknik Bijak Jawi murid telah didedahkan kepada teknik Bijak Jawi selama 60
minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu . Keputusan ujian
telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula
menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan perkataan
pinjaman bahasa Arab dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk
perkataan pinjaman bahasa Arab melalui teknik Bijak Jawi.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama


pelajar tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah
ketidakmahiran mereka menjawab perkataan pinjman dalam bahasa arab dan
bahawa Inggeris.Walaupun soalan in hanya melibatkan 40 markah tetapi
kebanyakan pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah
terdapat pelajar yang tidak menjawab langsung.Ramai pelajar yang

menjawikan perkataan pinjaman mengikut kaedah ejaan jawi sedangkan


perkataan pinjaman tidak boleh dieja dengan kaedah ejaan jawi tapi dikekalkan
ejaan pinjaman tersebut. Justeru itu pelajar sukar mendapat markah A dalam
matapelajaran Jawi. Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam PKSR
Matapelajaran Jawi masih kurang.
Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata
pelajaran Jawi tahun 3 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar
akan meninggalkan soalan bahagian ejaan jawi pinjaman bahasa Arab atau
Inggeris atau memberikan jawapa yang tidak betul ejaannya.Pelbagai alasan
yang mereka berikan contohnya , .susah la ustazah, tak tau la.!, tak
reti ustazah! dan sebagainya .Ekoran daripada masalah itu, kadang-kadang
saya menjadi keliru dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran saya.
Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan sesetengah pihak
termasuk murid dan ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran
Jawi adalah senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai
ejaan jawi kerana tidak mengenali huruf jawi.Berdasarkan beberapa faktor di
atas, saya rasa terpanggil untuk membaiki keadaan ini dengan melaksanakan
Kajian Tindakan menggunakan Program yang saya namakan Bijak Jawi.

2.0

ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

(a)
Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian
ejaan pinjaman .
(b)

Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.

(c)
Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan
peperiksaan.

Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab
soalan matapelajaran jawi bahagian ejaan perkataan pinjaman mengikut jadual
dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi menggalakkan
murid dari tahun 3 yang menjawab matapelajaran jawi agar sentiasa
berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya mendapat
markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 3 dapat menjawab
soalan matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah maksimum
atau 35 hingga 40.

3.2

Objektif Khusus :

(a)
Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian
ejaan perkataan pinjaman .
(b)
Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap
soalan tersebut.
(c)
Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua
soalan dengan betul.
(d)
Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif
semasa sesi perbincangan atau P&P terutama aktiviti ejaan jawi bahagian
perkataan pinjaman .
(e)

4.0

Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar tahun 3. Sampel ini terdiri daripada 17
orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki. Saya mengambil keputusan
untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar tahun 3 bagi membolehkan
semua murid menikmati insentif ini dan dapat menunjukkan hasil sebagaimana
yang diharapkan.

5.0

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,


tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan
dengan mengutip data seperti yang berikut :

Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.

Latihtubi menjawab soalan 4, bahagian B matapelajaran jawi.

Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan ejaan pelajar.

5.2

Analisa Tinjauan Masalah

Keputusan akhir tahun 2010


1. Murid yang lulus menjawab soalan bahagian perkataan pinjaman bahasa
Arab adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan
mereka hanya meneka jawapan yang diberi.
2. Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan murid-murid lemah pada
mengenal perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak boleh mengeja perkataan
pinjaman tersebut.
3. 10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal
huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.

5.3

Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Program Kamus Ejaan Jawi

Cara Pelaksanaan :

Guru menyediakan 5 perkataan pinjaman bahasa Arab sehari yang di


ambil daripada buku teks yang dipelajari dan menjadikannya kamus.

Lima ejaan pinjaman bahasa Arab akan ditulis oleh guru dipapan
kenyataan pada setiap hari dan murid diminta menyalin lima ejaan pada setiap
hari iaitu setiap hari isnin jumaat.


Pelajar akan menghafal ejaan tersebut dan akan ditasmik bacaannya
oleh guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki ditasmik
terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.

Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik bacaan
mereka .

Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan


mestilah di dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan
bukti.

Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan


kelas dengan mengadakan tasmik / spelling setiap kali waktu pelajaran jawi
(satu masa pada setiap minggu).

Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid


akan menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan
ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan ketika P&P matapelajaran jawi
atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat dan
waktu balik.

Pemerhatian

Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti 1 mendapat sambutan yang


memberangsangkan oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh untuk
mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga
memberangsangkan dimana 20 daripada 25 pelajar telah disemak ejaan mereka
secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. Perkataan pinjaman yang diberi
susah untuk mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya
mereka meminta untuk ditambah perkataan iaitu lebih daripada 5 perkataan
sehari.

Refleksi
Hasil daripada aktiviti 1 didapati murid dapat menguasai ejaan tanpa
dipengaruhi ejaan jawi mengikut suku kata. Hasil program ini juga didapati
markah bagi mengenal perkataan pinjaman meningkat dan murid dapat
membezakan antara ejaan pinjaman bahasa Arab, Inggeris dan bukan pinjaman.

Aktiviti 2 : Pogram bijak kamus.

Cara Pelaksanaan ;

Setelah pelajar dapat mengeja perkataan yang diberi pelajar diminta


untuk mengingati cara menulis perkataan tersebut . Penekanan diberikan cara
menyambung perkataan dengan memberi penekanan jenis huruf yang boleh
disambung dan huruf yang tidak boleh disambung.

Pelajar diajar cara-cara mencatat dan mengeja iaitu mencatat perkataan


yang bersambung dan perkataan yang bercerai .

Latih tubi menulis ejaan dalam masa satu hari dan mengingati perkataan
yang bersambung.

Latih tubi menulis perkataan yang telah dieja iaitu menulis perkataan
yang bersambung tanpa melihat ejaan tersebut.

Aktiviti ini memerlukan sebuah lagi buku , walau bagaimanapun murid


boleh meggunakan buku pada aktiviti 1 untuk menjimatkan kos dan buku
tersebut akan disemak oleh guru.

Murid juga boleh menjalankan aktiviti meneka ejaan dan tulis bersama
pelajar lain.

Pemerhatian
Buku akan diberi kepada setiap murid untuk dijadikan kamus didapati
digunakan dengan sepenuhnya. Buku itu juga dijadikan oleh mereka sebagai
buku latihan menulis setelah mengingati ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab
yang telah diberi.
Ada murid menyediakan buku khas untuk mereka menjalankan latihan ejaan
yang telah
diberi. Setelah mereka menguasai menulis didapati mereka dapat menyebut
ejaan perkataan pinjaman bahasa Arab dengan baik.

Refleksi

Saya sangat gembira apabila didapati murid bersemangat berlumba-lumba


dengan rakan mereka untuk memperbanyakkan ejaan dan seterusnya dapat
menulis ejaan tersebut. Mereka juga menggunakan waktu terluang mereka
dengan menguji minda sesame rakan mereka mengenai ejaan yang diberi.
Pertandingan berpasangan banyak membantu mereka untuk lebih berusaha.
Bagi murid yang kurang mendapat mengeja kerana masalah tidak mengenal
huruf , mereka akan diberi tumpuan istimewa oleh guru iaitu mereka akan
berjumpa guru pada setiap pagi (sebelum P&P) untuk diberi bimbingan.

Aktiviti 3 : Program Bijak Jawi

Cara Pelaksanaan :

Setelah aktiviti 1 dan 2 telah diikuti oleh murid, aktiviti 3 akan dijalankan
oleh guru.

Guru mengumpulkan soalan soalan yang berkaitan untuk diedarkan


kepada pelajar.

25 orang pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu cemerlang,


sederhana dan berpotensi.

Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan mengikut


format masa sebenar dalam kertas peperiksaan.

Pelajar menjawab soalan dalam masa yang telah ditetapkan .

Jawapan pelajar dianalisis dan disemak oleh guru dengan serta-merta


dengan cara membuat perbincangan bersama pelajar.

Pemerhatian

Setelah soalan diedarkan kepada mereka, didapati mereka bersemangat


untuk menjawab . Mereka juga dapat menjawab soalan tanpa mengambil masa
yang lama .
Didapati mereka betul-betul memahami soalan yang diberikan kepada mereka
dan dapat menjawabnya dengan penuh yakin.

Refleksi

Selepas mereka menjawab soalan , didapati mereka lebih berkeyakinan


untuk menjawab soalan bagi perkataan pinjaman bahasa Arab dan tidak lagi
keliru dengan kaedah ejaan tulisan jawi yang bukan perkataan pinjaman.
Walau bagaimanapun masih ada yang salah cara menyambung ayat tapi
dapat menyebut perkataan pinjaman dengan baik. Ini adalah kerana mereka
pada asalnya masih belum mengenal huruf-huruf jawi dengan baik.Kumpulan
murid ini akan diberi bimbingan pemulihan dan diadakan aktiviti yang serupa
secara pengulangan apabila mereka telah menguasai dan mengenali semua
huruf jawi.
Apabila disemak didapati bilangan murid yang mendapat kelulusan adalah
menggalakkan berbanding sebelum ini iaitu 23 daripada 25 orang murid telah
dapat menjawab soalan pinjaman bahasa Arab tanpa gagal dan manakala 12
orang daripadanya didapati cemerlang

5.4

Penilaian
Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.

Kerja tulis mereka diperiksa supaya mereka dapat menguasai kemahiran


menyambung huruf dan memantau kekemasan tulisan dan tulisan boleh
dibaca. Di dalam peperiksaan tidak ada yang mendapat E , tetapi masih ada
yang mendapat D tetapi boleh diperbaiki . Kerja menulis murid mulai kemas
dan dapat menyiapkan kerja dengan cepat.

5.5

Refleksi Kajian

Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah focus


kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 23
orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E manakala
bakinya mendapat D iaitu mendapat 35 dan 38 markah.Keberangkalian untuk
penambahan lulus adalah tinggi.

6.0

CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapatkan markah
bagi bahagian perkataan pinjaman bahasa Arab . Ini turut membantu
peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain
adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan.
Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih

berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum


P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untuk matapelajaran Jawi
hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses
menjalankan aktiviti kurang lancar.
Pada peringkat awal aktiviti, guru terpaksa mengingatkan murid untuk
menyalin perkataan yang ditulis dipapan kenyataan. Ada murid yang tidak
menyalin dengan alasan lupa dan murid ini telah diberi amaran dan denda.
Denda yang saya gunakan adalah dengan menyuruhnya menyalin satu muka
surat setiap satu perkataan dan mengingat perkataan tersebut . Masanya adalah
selepas P&P, murid ini dipanggil dan diberitahu kepada ibubapa untuk
lambat mengambil pelajar tersebut. Responnya selepas itu tiada lagi pelajar
yang tidak menyalin , mereka pasti menyalin di papan kenyataan atau
menyalinnya dengan kawan mereka.

7.0

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil.

Aktiviti

Tempoh / Tarikh
pelaksanaan

1.

Mengenal pasti masalah dan mengumpul data


awal

28 April 2011

2.

Menulis kertas cadangan / proposal kajian

04 Mei 2011

3.

Merancang tindakan (individu / panitia)

11 Mei 2011

4.

Melaksanakan tindakan aktiviti 1

18 Me 2011

5.

Membincangkan masalah yang timbul dalam


tindakan 1

22 Mei 2011

6.

Melaksanakan tindakan aktiviti 2

15 Jun 2011

7.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data


awal

8 April 2011

8.

Menulis Proposal Kajian

22 Oktober 2011

9.

Merancang tindakan (individu / panitia)

11 Mei 2011

10.

Melaksanakan tindakan aktiviti 1

18 Mei 2011

11.

Membincangkan masalah yang timbul dalam


tindakan 1

2 Mei 2011

12.

Melaksanakan tindakan aktiviti 2

15Jun 2010

13.

Membincangkan masalah yang timbul dalam


tindakan 2

22 Jun 2011

14.

Melaksanakan tindakan aktiviti 3

18 Jun 2011

BIBLIOGRAFI

Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan,
Tanjong Malim: Penerbit UPSI

Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.

Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian


Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

LAMPIRAN 1 : Contoh buku kamus jawi yang dibina

JBmjI BVA

AjjI BVA

pBI

iq

it

.1

hA

gA

.2

SZI

T`L

.3

Ax

.4

jg

ig

.5

LAMPIRAN 2 : Contoh Soalan bagi aktiviti 2

JBmjI BVA

AjjI BVA

pBI

I
.1
.2
.3
.4
.5

LAMPIRAN 3 : Contoh jawapan bagi aktiviti 2

JBmjI BVA

AjjI BVA

pBI

iq

it

.1

hA

gA

.2

SZI

T`L

.3

Ax

.4

jg

ig

.5

LAMPIRAN 4: Contoh aktiviti 1 (Tasmik)

mM

Ae BVA

jY Aj

pBI
B

Ditasmik oleh :
oleh :

Lj pBI
it

iq

.1

gA

hA

.2

T`L

SZI

.3

Ax

.4

ig

jg

.5

Ditasmik
Ditasmik oleh :

(
(

V BMBj

)
)

Ditandatangani oleh ibu/bapa


Ditandatangani oleh
rakan
Ditandatangani oleh guru

Anda mungkin juga menyukai