Anda di halaman 1dari 13

TUGASAN

____________________________________________________________________________

HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN /
INFORMATION TECHNOLOGY IN EDUCATION
SEMESTER MAY 2019
____________________________________________________________________________
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

NO.MATRIKULASI : 870328025930001

NO.KAD PENGENALAN : 870328025930

NO.TELEFON : 0164903436

E-MEL : kalai555930@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SEBERANG JAYA, PULAU PINANG


1. Pengenalan

TMK (Information and Communication Technology, ICT) telah lama digunakan sebagai satu
istilah yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan “teknologi yang berkaitan dengan
pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan
teknologi komputer dan telekomunikasi.” (Dewan Bahasa dan Pustaka, t.t.). Menurut Victoria L.
Tinio di dalam buku ICT in education, TMK merupakan satu set teknologi dan sumber yang
digunakan untuk berkomunikasi, mencipta, menyebarkan, menyimpan dan menguruskan
maklumat (Tinio, 2002)

Teknologi maklumat juga boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk
memindah, menyebar dan memapar maklumat. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir
(2003), Teknologi Maklumat merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ruang lingkup tajuknya sangat luas iaitu ia berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan
pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, ia merujuk kepada penggunaan komputer dan
perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Persekitaran pembelajaran pelajar masa kini hendaklah mampu menyediakan pelajar untuk masa
depan, sama ada mereka memasuki alam pekerjaan, atau memasuki institusi pendidikan tinggi.
Mereka perlu mampu bersaing dengan menggunakan TMK untuk berkomunikasi, bekerjasama
dan menjalankan kerja-kerja harian mereka.

Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan pelajar dengan semua kemahiran
ini. Kemahiran asas seperti menggunakan pemproses perkataan sudah menjadi satu kemestian bagi
mereka yang bekerja di pejabat. E-mel merupakan alat komunikasi yang penting disebabkan
kepantasannya menyampaikan maklumat dan bahan-bahan elektronik.

2. Pentakrifan TMK dalam pendidikan


TMK memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia pada masa ini,khususnya
dalam bidang pendidikan (Bird, J.& Caldwell, H.,2014). Bidang pendidikan yang dimaksudkan
adalah peranan atau fungsi TMK di dalam system pendidikan di Malaysia. Menurut Jamalludin
Harun & Zaidatun Tasir (2005), TMK sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam
membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasinya.

Menurut Beauchamp, G.(2012), secara umum TMK dapat menukarkan data-data mentah yang
tidak memberi makna kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses,
disimpan dan boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai
perisian komputer yang ada.

Di Malaysia perkembangan penggunaan TMK di kalangan masyarakatnya dilihat suatu yang


positif di mana ia telah menggalakkan semua lapisan masyarakat berlumba-lumba untuk
melengkapkan diri dengan ilmu TMK. Namun demikian masih ada golongan atau pihak yang
memandang remeh dan tidak mengendahkan perkara ini kerana mereka beranggapan penggunaan
TMK tidak penting dalam kehidupan harian. Dalam usaha mengikis tanggapan negative segelintir
masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bertujuan untuk memastikan
masyarakat Malaysia tidak ketinggalan dalam arus teknologi yang serba canggih.

Kepesatan teknologi maklumat dalam era globalisasi memaksa sistem pendidikan negara
melakukan perubahan yang holistik supaya proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) akan lebih
bermakna dan berkesan. Integrasi antara TMK dan pendidikan merupakan kunci Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK21) (Umar & Abu Hassan, 2015). Kerajaan Malaysia melalui Kementerian
Pendidikan Malaysia percaya bahawa penerapan elemen TMK dalam proses Pengajaran dan
pembelajaran(PdP) di sekolah perlu diselaraskan dengan pengurusan pentadbiran kerana hal ini
merupakan syarat asas untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi
disamping memastikan kemenjadian pelajar berhasil (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil langkah awal dengan
memperkenalkan pelbagai program seawal sekolah rendah dalam usaha untuk memperkenalkan
dan mendedahkan penggunaan TMK di kalangan generasi muda. Antara program tersebut ialah
Program PPSMI, sekolah bestari, komputer dalam pendidikan, my-schoolnet, Pusat Akses, portal
my-GFL(Malaysian Great For Learning) dan portal EDUWEBTV.
Sistem pendidikan negara kita telah menekankan penggunaan TMK di dalam bilik darjah.
Bermula pada peringkat sekolah rendah sehinggalah peringakat pengajian tinggi. Nur Qistina dan
Hazman Ali (2010) menjelaskan bahawa mata pelajaran Teknologi Maklumat diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah menengah
pada tahun 1998 (Ali, Hazman dan Abdullah, Christina Andin@ Nur Qistina, 2010).

Di sekolah juga dilihat telah banyak mengaplikasikan penggunaan TMK dalam PdP. Secara
umumnya, proses PdP yang dijalankan di sekolah masih menggunakan cara tradisional, namun
TMK memainkan peranan penting sebagai alat bantu mengajar dan belajar yang serba canggih dan
lebih berkesan daripada pendekatan ‘Paper Chalk’.

Coleman dan J.Nicholas et.al(1998), berpendapat teknologi yang digunakan adalah sebagai alat
bantuan mengajar dan bukannya sebagai pengganti guru. Penggunaan TMK dalam pendidikan
bererti menggunakan teknologi maklumat secara efisien, terancang dan bersesuaian dengan
objektif pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
PdPc.

TMK dalam pendidikan merupakan Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer yang


diaplikasikan dalam pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian
pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun
50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer ke sekola-sekolah.

Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sangat penting dalam sistem pendidikan yang
semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak
bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap
sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi TMK dalam organisasi berkenaan.
Integrasi TMK dalam pengurusan pendidikan merupakan perkara penting dan memerlukan
sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguhdi antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan
semua pihak.

Pelaksanaan penggunaan TMK dalam pendidikan memberi kesan kepada pencapaian objektif
pembelajaran, motivasi dan hubungan antara pelajar. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh
Knezek (1999) pelajar didapatinya menunjukkan kemampuan berfikir pada tahap kognitif yang
lebih tinggi semasa belajar menggunakan computer dan mampu menganalisa masalah, melakukan
penilaian kendiri dan mengemukakan persoalan-persoalan yang relevan.
3. Aktiviti Dan Penggunaan Material Berasaskan Komputer Dalam Pendidikan
Semenjak Tahun 1950-an Sehinggalah Sekarang.

Pada tahun 1953, penggunaan komputer di sekolah-sekolah telah bermula dengan pengenalan
IBM 650. IBM telah memasang komputer pertama iaitu IBM 701 dan seterusnya pula IBM 650.
Komputer ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu input, output, konsol dan bekalan.

Pada tahun 1963, John Kemeny and Thomas Kurtz telah menghasilkan bahasa pengaturcaraan
BASIC. Oleh kerana ia adalah bahasa yang mudah dipelajari, penggunaannya telah berkembang
dengan cepat dan telah digunakan untuk membangunkan perisian kursus. Seterusnya, Patrick
Suppes and Richard Atkinson dari Universiti Stanford telah menghasilkan perisian kursus untuk
matematik dan membaca. Perisian kursus ini membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran
kendiri. Pada tahun 1967, Seymour Papert telah menghasilkan satu bahasa pengaturcaraan LOGO
yang digunakan untuk mengajar matematik.LOGO menjadi popular di kalangan pelajar-pelajar
yang ingin meningkatkan tahap literasi komputer mereka. Kemudian Papert mengembangkan
LOGO kepada LEGO construction kits menggunakan satu pendekatan melihat pembelajaran
sebagai proses konstruktif pengetahuan.

Pada tahun 1970-an, menyaksikan perkembangan penggunaan komputer yang cepat dengan
terciptanya komputer peribadi. Harga komputer yang murah menyebabkan sesetengah institusi
pendidikan mewajibkan pelajar mereka memiliki komputer. Dengan kewujudan komputer peribadi
yang murah dan banyak, penyelidik mula menghasilkan perisian kursus yang lebih canggih.

Selain daripada membangunkan perisian yang bertindak sabagai tutor, turut dibangunkan ialah
perisian yang mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence) dikenali sebagai
ICAL atau Intelligent CAL. Salah satu project ICAL ialah SOPHIE (Sophisticated instructional
Environment). SOPHIE membolehkan pelajar berinteraksi dengan perisian seolah-olah mereka
berinteraksi dengan seorang pakar. Sementara itu, John Anderson dari Carnegie Mellon University
menghasilkan ICAL untuk mata pelajaran algebra, geometri dan pengaturcaraan komputer.

Pada tahun 1980-an, Perkembangan teknologi multimedia menyaksi berkembangan perisian


kursus yang mengandungi bahan-bahan seperti video, audio dan animasi. Dengan adanya
dibangunkan oleh pakar-pakar komputer tetapi juga guru-guru di sekolah.

Pada tahun 1990-an, Teknologi Internet berkembang dengan pesat. Pelajar tidak lagi hanya
berinteraksi dengan komputer peribadi tetapi juga dengan pengguna-pengguna Internet lain yang
mungkin berada di negara lain. Dengan teknologi komunikasi yang ada, pembelajaran dalam
talian atau e-pembelajaran berkembang dengan pesat. Banyak sistem seperti Blackboard, Moodle,
FirstClass dan TopClass dibangunkan untuk memudahkan perlaksanaan e-pembelajaran.

Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Program Komputer dalam
Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan dilatih
menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran. Di samping
itu, melaksanakan penggunaan komputer secara besar-besaran di dalam bilik darjah telah
dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan malaysia bersama Malaysian Institute of
Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisisan (Zoraini, 1998). Literasi
komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai satu langkah
mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003).

Pada tahun 1999, dalam Projek Rintis Sekolah Bestari merujuk kepada Sektor Pembinaan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran telah menghasilkan perisian pendidikan bagi digunakan oleh 88
buah sekolah-sekolah bestari sahaja. Sehingga tahun 2005 sebanyak 1494 judul perisian kursus
dari pelbagai subjek telah diedarkan ke sekolah-sekolah berkenaan.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad, menekankan bahawa Malaysia perlu
membangunkan ekonomi dengan tidak mengabaikan aspek politik, sosial, rohaniah, psikologi dan
budaya. Untuk memastikan matlamat ini tercapai, Malaysia perlu mencapai sembilan cabaran
utama dalam wawasan 2020. Salah satu matlamat teknologi maklumat di Malaysia adalah untuk
menjadi negara membangun pada tahun 2020. Cabaran keenam daripada sembilan strategi
mencapai wawasan 2020 adalah menyatakan bahawa Malaysia mesti mewujudkan
...masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif yang bukan sahaja menjadi
pengguna kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada
masa depan...(Mahathir Mohamad, 1998).

Pada tahun 2003, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah diimplementasikan
di sekolah rendah dan menengah seluruh negara. Sebanyak Ringgit Malaysia 1.3 bilion telah
dibelanjakan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan TMK ke sekolah-sekolah. Manakala
dalam Rancangan Malaysia ke-9, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Blue Print Pendidikan
Kebangsaan memperuntukkan 123 725 buah komputer dan 3 205 pusat akses Internet di semua
sekolah seluruh negara (The Star, Julai 2007). Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan
khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha mengintegrasikan teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirancang dan
dilaksanakan untuk merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan
bertaraf dunia dan telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi
pada 16 Januari 2007. PIPP ini menggariskan enam teras utama dan salah satu teras utamanya
iaitu, pembangunan modal insan yang memberikan tumpuan untuk melahirkan tenaga kerja yang
kompeten dalam bidang sains dan teknologi. Sehubungan dengan itu, penekanan dalam hal ini
dapat dilihat daripada program yang dirancang dalam Kad Laporan PIPP. Ia menyatakan bahawa
pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan TMK
dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Sejarah menunjukkan bahawa perkembangan penggunaan TMK dalam pendidikan banyak


bergantung kepada teknologi yang wujud boleh diperolehi dengan mudah dan murah. Oleh itu,
kita perlu ingat bahawa pelaksanaan TMK dalam pendidikan hendaklah diasaskan daripada teori-
teori pendidikan dan kaedah-kaedah yang sesuai dan tidak hanya dipengaruhi oleh teknologi yang
ada.
4. Fungsi Guru, Pelajar Dan Bilik Darjah Dalam Konteks TMK Dalam Pendidikan

Pengintegrasian TMK dalam pendidikan telah memberi kesan yang mendalam terhadap fungsi
guru, pelajar dan bilik darjah. Guru tidak lagi kekal sebagai penyampai maklumat
memandangkan teknologi internet membolehkan maklumat terkini dicari dengan mudah.
Keadaan ini juga menyebabkan aktiviti-aktiviti pembelajaran berubah.

a. Fungsi guru
- Guru memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru
sebagai pelajar dan perlu menerima hakikat bahawa pelajar masa kini lebih mahir dan
yakin menggunakan teknologi dan mereka perlu dari semasa ke semasa mendapat
tunjuk ajar daripada pelajar mereka.

- Guru sebagai fasilitator tidak hanya tertumpu kepada pakar subjek yang diajar, mereka
perlu memberi bimbingan dalam aktiviti pembelajaran, menyelesai masalah dan
mengemas kini kandungan pelajaran. Justeru itu, guru sebagai rakan pelajar iaitu
pengintegrasian TMK dalam pendidikan banyak melibatkan pembelajaran berasaskan
projek yang memerlukan guru-guru bekerjasama dengan pelajar dalam menjayakan
projek tersebut.

- Seterusnya, guru menjadi pembina bahan supaya lebih banyak memberi tumpuan
kepada pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti lembaran kerja, nota
dan panduan. Memandangkan guru sebagai penyelidik sepertinya guru lebih banyak
menilai kembali pengajaran yang telah dijalankan dan dengan bentuan peralatan TMK,
guru dapat merancang untuk meningkatkan pembelajaran pelajar-pelajar.

- Berikutnya guru sebagai pelatih TMK ianya memandangkan teknologi TMK berubah
dengan pantas, guru perlu melengkapkan diri mereka dengan mendapatkan latihan
secara berterusan dalam pedagogi dan teknologi. Akhirnya, guru sebagai ahli
kumpulan guru melalui forum internet, guru boleh mendapatkan idea-idea baru dengan
berkongsi pengalaman dan meklumat dengan guru-guru lain.

b. Fungsi pelajar
- Pertamanya pelajar sebagai guru dalam aktiviti pembelajaran berasaskan TMK
menggalakkan pembelajaran kendiri di mana pelajar perlu mencari maklumat dan
berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar lain.
- Keduanya, pelajar sebagai rakan pelajar dalam aktiviti yang melibatkan projek, pelajar
perlu bekerjasama dengan pelajar-pelajar lain dan guru. Keadaan ini juga ketara dalam
e-pembelajaran di mana pelajar terlibat dalam perbincangan melalui forum. Dalam
kumpulan pelajar, mereka sering membahagikan tugasan seperti ketua kumpulan,
pencatat, pembentang dan sebagainya.

c. Fungsi Bilik darjah


- Pembelajaran berasaskan TMK banyak berlaku di dalam makmal komputer. Walau
bagaimanapun, dengan adanya projek bekalan peralatan komputer ke sekolah-sekolah,
pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku di dalam bilik darjah. Di sekolah-sekolah
yang melaksanakan TMK dalam pendidikan, perubahan kepada blik darjah dapat
diperhatikan (Eadie, 2001).

- Antara perubahan-perubahan berlaku seperti ialah meja dan kerusi tidak lagi disusun
untuk berdepan dengan guru yang berada di depan kelas. Sebaliknya, ia di susun
supaya kerja kumpulan dapat dilakukan. Bagi kelas yang mempunyai beberapa
komputer, meja disusun supaya penggunaan komputer dapat dikongsi bersama
beberapa orang pelajar.

- Kebanyakan sekolah tidak mampu membeli peralatan komputer untuk setiap pelajar
atau untuk setiap kelas. Ruang khas di dalam atau luar kelas disediakan untuk peralatan
dikongsi bersama. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu
komputer atau beberapa komputer boleh dilakukan dengan berkesan. Makmal
computer adalah satu lagi cara perkongsian peralatan yang wujud di sekolah-sekolah.
Konsep ruang kelas untuk belajar telah berubah.

- Terdapat sekolah yang menyediakan kelas dalam talian di mana pelajar boleh memuat
turun nota, berbincang dalam forum dengan rakan sekelas atau dengan guru, menjawab
soalan-soalan penilaian dan memuat naik kerja kursus. Bilik darjah digunakan untuk
mengajar pelajar-pelajar di dalam kelas dan pelajar dari kelas lain melalui siding video
bagi sekolah yang mempunyai rangkaian komputer.

Pada asasnya, apabila TMK diintegrasikan dalam pendidikan, pelajar menjadi lebih
aktif, bermotivasi dan mampu belajar secara kendiri dan akan bekerjasama dengan
pelajar yang lain. Bagi menyokong pelaksanaan penggunaan TMK di kelas, perubahan
fungsi hendaklah dilakukan oleh pihak guru. Begitu juga dengan persekitaran di dalam
bilik darjah. Perubahan perlu dilakukan untuk memudahkan pelaksanaan
5. Peranan TMK Sebagai Pendorong Kepada Pengajaran (Guru) Dan Pembelajaran
(Murid) Secara Berkesan Di Dalam Dan Di Luar Bilik Darjah.

Secara umumnya pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana keberkesanan penyampaian
maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Manakala pembelajaran pula
bermaksud proses belajar yang berlaku apabila guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam proses
memberi dan menerima.

Pengintegrasian TMK dalam pendidikan menghasilkan kesan yang positif dalam pembelajaran
pelajar. Menurut Bracewell (2001), telah mengkaji satu kajian tentang keberkesanan TMK dalam
pendidikan. Beliau mengkategorikan keberkesanan TMK dalam pendidikan kepada 14 kategori.
Tujuh daripadanya berkaitan dengan pembelajaran pelajar dan tujuh yang lain berkaitan dengan
pengajaran.

TMK sebagai pendorong kepada pengajaran iaitu guru boleh mendapatkan bahan dan bantuan
dengan mudah dan cepat. Guru juga bekerjasama semasa dan selepas waktu persekolahan. Selain
daripada itu, guru bersama pelajar lebih menumpu kepada usaha merancang pembelajaran yang
dapat meningkatkan aktiviti pembelajaran.

Selain itu, guru lebih banyak membimbing dan berinteraksi dengan pelajar. Seterusnya,
pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses penyelidikan yang berterusan dan juga
penilaian pembelajaran lebih mencabar dan penilaian diagnostik lebih menjurus kepada
kelemahan pelajar yang lebih spesifik.

Guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai
pemudah cara. Sebaga pengurus pendidikan sewajarnya memastikan guru-guru mempunyai
kebolehan dan kemahiran memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD
Rom, cakera padat, video dan perisian-perisian aplikasi komputer seperti e-mail, pangkalan data,
pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.

Sebagai seorang guru yang prihatin akan maklumat yang dikongsi kepada pelajar, guru terbabit
perlulah memberikan input yang terkini dan berkualiti. Melalui capaian internet atas aplikasi web,
maklumat yang diperoleh bukan sahaja berkualiti malah membantu guru untuk mendapatkannya
dengan mudah dan cepat. World Wide Web (WWW) merupakan salah satu aplikasi TMK yang
berfungsi sebagai medan maklumat kepada guru dan pelajar. Maklumat yang tersedia di dalam
web menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen. Selain daripada itu, gabungan audio,
video dan animasi dalam satu dokumen juga boleh diperolehi. Dokumen-dokumen ini dianggap
sebagai dokumen multimedia dan merupakan dokumen hiperteks yang mengandungi pautan ke
dokumen-dokumen atau lokasi lain (Ismail, 2008).

TMK sebagai pendorong kepada pembelajaran iaitu murid ialah meningkatkan tahap
intelektual pelajar dari segi penyelesaian masalah, kreativiti dan kemahiran belajar. Ianya dapat
meluaskan dan mendalami skop kandungan pelajaran. Selain daripada itu, TMK dapat
meningkatkan minat untuk belajar. Seterusnya ialah meningkatkan masa tumpuan semasa
menjalankan aktiviti apabila menggunakan TMK.

Program Frog VLE membolehkan pelajar-pelajar mempunyai daya fikir dan nilai tambah apabila
murid boleh belajar dengan kadar kendiri dalam persekitaran yang selesa melalui Frog VLE iaitu
Virtual Learning Environment VLE atau Persekitaran Pembelajaran Maya di Malaysia
dibangunkan di bawah projek 1BestariNet. Matlamatnya untuk menyediakan akses berkelajuan
tinggi (broadband) kepada setiap sekolah awam di Malaysia di samping mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran maya. VLE merupakan satu platform untuk guru, ibu bapa dan pelajar
untuk saling berkomunikasi dan berkongsi sumber pembelajaran.

Justeru itu, membentuk minat menjalankan penyelidikan disebabkan maklumat dapat dicapai
dengan mudah. Di samping itu, TMK menggalakkan kerjasama antara pelajar semasa di sekolah
dan di luar sekolah. Akhirnya ialah, teknologi maklumat dan komunikasi dapat meningkatkan
tahap integrasi maklumat di kalangan pelajar.

6. Rumusan
Kesimpulannya, pada abad ke-21 di mana masyarakat sentiasa berkembang dengan pesat. Semua
warga sekolah perlu melengkapi dengan pengetahuan dan kebolehan dari aspek kognitif, afektif
dan psikomotor Integrasi teknologi TMK dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
perlu dilaksanakan secepat mungkin di sekolah. Kejayaan pelaksanaan teknologi ini adalah
bergantung kepada semua warga sekolah dan pihak swasta.

Warga sekolah memainkan peranan yang aktif untuk membestarikan sekolah masing-masing.
Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk
mengaplikasi apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya
menyelesaikan masalah yang belum temui.

Mengurus TMK secara berkesan adalah kunci kepada kejayaan pelaksanaan TMK di sekolah.
Tanpa pengurusan yang mantap dan kerkesan, kejayaan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan TMK akan menghadapi laluan yang jauh. Mudah-mudahan semua sekolah akan
menjadi Sekolah Bestari seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

7. Rujukan
- http://www.thejournal.com/articles/13739
- http://cgnarzuki.com

- https://frogasia.com/en/1bestarinet

- http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan
Komunikasi.pdf

- http://ainnanyan.wordpress.com

- http://www.csulp.edu/murdock/histofcs.html

- https://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

- Dewan Bahasa dan Pustaka. (t.t.). Carian: Kamus Bahasa Melayu: Maklumat kata:
Teknologi Maklumat dan Komunikasi

- International Society for Technology in Education (1998). National education


technology standards for students. Eugene, Oregon.ISTE.

- Kementerian Pelajaran Malaysia. (1997). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:


Percetakan Nasional.

- Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Kad Laporan Pelaksanaan Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional.

- Modul Open University Malaysia (OUM), April 2014 HBEF 2303

- Sidin, R., & Mohamad, N. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dlam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32, 139-152.

- Tinio, V. L. (2002). ICT in Education. Didapatkan Februari 1, 2018, daripada


Academia.Edu: https://www.academia.edu/36046572/ICT_in_Education

Anda mungkin juga menyukai