Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN (PEGAWAI DARI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN)

1) Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugastugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Contohnya dalam subjek Sains, terdapat silibus di mana penggunaan ICT boleh membantu pelajar memahami mekanisme atau proses saintifik yang berlaku dengan lebih mudah dengan memerhati atau menonton animasi serta simulasi yang direka bentuk dengan menggunakan teknologi maklumat. Contohnya untuk topik fenomena gerhana bulan dan gerhana matahari. Simulasi pergerakan yang dipaparkan melalui kemudahan ICT secara automatik dapat memberikan gambaran dan membantu tahap perkembangan kognitif pelajar terhadap sesuatu konsep yang ingin difokuskan dalam fenomena tersebut. 2) Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori/hafalan kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, (kefahaman/kognitif) kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997). Berlandaskan alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan. 3) Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (email) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk menerokai perkara baru (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di

sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosio-ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996)

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PENGGUNAAN INTERNET DLM PENDIDIKAN?

1) Internet telah menjadi sebahagian dari sekolah bestari sejak Januari 1999. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah mendapat akses ke internet pada tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. 2) Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guruguru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai