Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN A

SOALAN 2(a)
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan
kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan
pembelejaran di dalam bilik darjah. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad(1996), abad
ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan
pendidikan dan latihan di sekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor
perdagangan. Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah
meninggalkan impak yang kuat. Penggunaan internet adalah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mampu memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam
mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan internet ini juga mampu membentuk satu suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam mencapai setiap matlamat dan
objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dibentuk.

i.Mengubah Peringkat Membuat Keputusan : Kebiasaannya, penggunaan media


dirancang semasa kurikulum dilaksanakan, bukan semasa peringkat merancang dan
menentukan kurikulum. Oleh itu terjadilah penggunaan media secara sesuka hati
tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik. Dengan penerimaan teknologi
pengajaran pada peringkat perancangan kurikulum, perancang kurikulum dapat
bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi
pengajaran dalam kurikulum sekolah. Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan
perlaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.

ii. Mengubah Sistem atau Pendekatan Pengajaran : Teknologi pengajaran boleh


mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
menukar sistem atau pendekatan pengajaran konvensional, menerima sistem
pembelajaran jarak jauh, sistem kelas terbuka atau sistem sekolah bebas. Teknologi
pengajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh,
kurikulum pengajaran literasi komputer. Dalam perancangan pengajaran, ia
melibatkan penggunaan komputer, pembinaan pengetahuan melalui pembelajaran
usaha sama, penyelesaian masalah dan penggunaan strategi pembelajaran penguasaan.
Penggunaan teknologi pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin
mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di
universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula berpusatkan pelajar dan
berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran
dan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman dan pencarian maklumat
menggunakan teknologi baru untukpembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu
anjal oleh KPM pada tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan
kurikulum dan strategi pengajaran. Ini membolehkan guru merancang pelajaran
dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan
menangani masalah pembelajaran, sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama
(Yusuf Hashim, 1998).

iii. Mengubah Pengalaman Pembelajaran : Tanggapan masa kini terhadap pengalaman


pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan. Oleh itu,
pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi. Penggunaan atau
aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat
pengalaman pembelajaran yang khusus (sudah tentu melalui proses tertentu) bagi
menguasai sesuatu perkara.

Secara amnya, menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha
ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Semenjak permulaan tercetusnya bidang ini, usaha ke arah ini jelas kelihatan.
Misalnya, pada tahun 1930an, penghasilan bahan-bahan visual seperti filem, gambar,
slaid dan realia giat diadakan bagi membantu guru dalam pengajaran di bilik darjah.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan
mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-
bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan
multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik,
teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman
pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan internet dapat menyediakan sumber
yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan
pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang
disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan
sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada
murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains, guru
hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal
pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di
dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding
dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat room


dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri atau dengan
guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat dengan sekolah dari
luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah dari segi meningkatkan
komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu baru mengenai kebudayaan dan
negara masing-masing. Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai
kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan
pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan
dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan yakin untuk
memasuki alam pekerjaan.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata


dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang
daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas.
Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang
berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk
elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi. ICT dalam P&P
merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang
bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.
Teknologi multimedia dan juga internet menyediakan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berlainan daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
tradisi. Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai
sesuatu pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari.
Di samping itu, teknologi maklumat dan Internet juga menyediakan kebolehan
interaktiviti. Berikut merupakan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer.
BAHAGIAN A

SOALAN 2(b)

Internet adalah gabungan perkataan inter dan networking, iaitu internet atau
antara rangkaian. Internet juga dikenali sebagai Net, merupakan satu rangkaian
komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia.

Kemudahan internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber


maklumat. Tambahan pula sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya. Internet turut
menyediakan pelbagai maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan.
Contohnya, jika mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat
pendidikan, maka dengan usaha yang mudah kita boleh mendapatkan maklumat
dengan mudah.

Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru


dan pelajar untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti
pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa
tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala
kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah
tersebut. Di samping itu laman Web tersebut juga boleh diakses oleh para pelajar,
guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara. Jika kemudahan ini
diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web tersebut untuk
mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-anak
mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui
e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung,
hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian,
masalah-maslah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah
dengan mudahnya dapat ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka
sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk berbincang tentang hal-hal anak-
anak mereka. Guru mempunyai satu alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa
anak muridnya.

Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi


Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan pendidik.
Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan
oleh Kementerian Pendidikan. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk
mewujudkan perkongsian maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan
seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertaraf Kings http://www.ppdbesut.net
dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan
inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat
kemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang
menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan
‘listserv’ atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000 ‘listserv’ di dalam
Internet yang boleh difikirkan oleh manusia.

Anda mungkin juga menyukai