Anda di halaman 1dari 3

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and

Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat semakin penting. ICT
merujuk kepada teknologi seperti perkakasan, perisian, telekomunikasi dan rangkaian sama
ada dalam bentuk yang nyata (tangible) (contohnya komputer peribadi, pelayan, routers,
kabel) dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) (contohnya perisian komputer).

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information Communication and


Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilihat semakin penting. ICT
merujuk kepada teknologi seperti perkakasan, perisian, telekomunikasi dan rangkaian sama
ada dalam bentuk yang nyata (tangible) (contohnya komputer peribadi, pelayan, routers,
kabel) dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) (contohnya perisian komputer).

Pelbagai aplikasi bagi tujuan pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun pendidikan
tinggi telah dibangunkan. Antaranya adalah pembangunan perisan kursus, laman web, aplikasi
mobil (Mobile apps), sistem pengurusan pembelajaran, Massive Open Online Course
(MOOC) dan lain-lain aplikasi. Perkembangan pesat teknologi ICT ini secara tidak langsung
mewujudkan persekitaran pembelajaran lebih fleksibel dari segi masa, tempat dan pedagogi.
Malahan, ICT membolehkan pengguna mengadakan kolaborasi secara lebih meluas.
{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Teknologi ICT membolehkan individu menyampaikan maklumat dan berinteraksi bersama


pengguna secara sinkroni atau asinkroni. Dalam erti kata lain, ICT mampu bertindak sebagai
pemudah cara dalam proses pembelajaran. Pengkaji-pengkaji lepas juga telah menunjukkan
akan keberkesanan penggunaan teknologi ini semasa dalam PDPc.

Kesungguhan kerajaan untuk mengintegrasikan ICT dalam sistem pendidikan merupakan


manifestasi daripada kesedaran akan kekuatan yang ada pada ICT akan kemampuannya untuk
memperkasakan dan membentuk generasi yang sememangnya ‘digital natives’ iaitu generasi
celik IT semenjak kecil lagi. Hasrat ini jelas dinyatakan dalam Anjakan ke-7 Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia.

Pelbagai inisiatif telah direncanakan seperti mana terkandung dalam pelan tersebut. Antaranya
meningkatkan akses Internet di semua sektor pendidikan dan sekolah. Internet memberi
impak besar dalam bidang pendidikan selain memberi sumbangan kepada ekonomi negara
pada abad ke-21 ini. Pelbagai maklumat yang berkualiti dan terkini dapat di akses oleh guru
dan murid pada bila-bila masa tidak kira di mana sahaja.

Dalam erti kata lain, Internet membolehkan komunikasi dan pencarian maklumat dilakukan
tanpa batasan geografi dan masa.

Kelebihan ini disedari oleh KPM bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia melalui
penggunaan ICT. Antaranya, mewujudkan persekitaran pembelajaran maya melalui
1BestariNet. Dalam masa yang terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada
rangkaian 4G di sekolah melalui 1BestariNet.

Rangkaian ini bertindak sebagai asas pembinaan landasan pembelajaran maya bagi kegunaan
guru, murid dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran
secara interaktif dan berkomunikasi secara Pembelajaran Maya atau melalui Persekitaran Frog
VLE. Selain itu, pelbagai bentuk latihan kecekapan ICT akan diberikan kepada semua guru.
Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM dalam usaha meningkatkan nisbah peranti-murid kepada
1 : 10 menjelang 2020. Ini dilaksanakan melalui pembelian peranti yang bersesuaian bagi
penggunaan PdP, seperti komputer asas atau komputer riba kos rendah.

Di samping itu, penggunaan kemudahan ICT alternatif yang baharu serta lebih murah
berbanding penggunaan makmal komputer yang ada sekarang telah dilaksanakan. Antaranya
adalah penyediaan perpustakaan peminjaman komputer riba dan computer-on-wheels. Semua
inisiatif ini bertujuan memaksimumkan impak pelaburan oleh kerajaan dalam penyediaan
prasarana dan aplikasi ICT.

Penyediaan prasarana ICT yang canggih tidak dapat memberi impak besar tanpa penyediaan
bahan berkualiti untuk kegunaan murid dan guru. Ini memandangkan ICT hanya sebagai alat
untuk murid dan guru akses kepada sesuatu bahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Bagi tujuan itu, KPM terus menambah kandungan atas talian untuk perkongsian amalan
terbaik. Ini membolehkan guru akses lebih banyak contoh sumber pengajaran terbaik secara
atas talian.

Antara langkah awal adalah mewujudkan perpustakaan video bagi merekod amalan guru
terbaik menyampaikan pengajaran terutama dalam mata pelajaran kritikal. Akses kepada
sumber ini dimulai dengan pewujudan perpustakaan video pengajaran oleh guru cemerlang
dalam mata pelajaran penting seperti Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris.

Dari semasa ke semasa, KPM menambah koleksi ini bagi membolehkan guru memperoleh
sumber iuntuk mendapatkan idea, disamping murid pula dapat menjadikannya sebagai bahan
ulang kaji. Hasrat ini juga selaras dengan tren pembelajaran masa kini melalui penggunaan
Massive Open Online Course (MOOC) dalam pendidikan tinggi yang membolehkan pendidik
memuat naik bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk video. Pengunaan MOOC
sebagai salah satu bentuk pembelajaran atas talian ini mula popular dalam kalangan pelajar
universiti awam.

Kemunculan portal pembelajaran berbentuk Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning


Management System) telah menjadikan sistem pendidikan lebih menarik dan pembelajaran
sekarang tidak tertumpu dalam bilik darjah sahaja tetapi juga boleh dilaksanakan di luar bilik
darjah. Malahan, penggunaan aplikasi ini membolehkan pelbagai bentuk pembelajaran dija-
lankan seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kendiri.

Pembelajaran seumpama ini membolehkan murid menikmati pengalaman pembelajaran yang


lebih bersifat peribadi serta boleh meningkatkan kapasiti dan pembelajaran secara lebih
khusus. Malahan mereka dapat mempelajari mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah,
dan belajar secara langsung dengan guru terbaik secara pembelajaran jarak jauh. Melalui
pembelajaran berasaskan kendiri, murid boleh memilih bahan daripada Internet yang
bersesuaian dengan kehendak mereka yang mana setiap bahan tersebut boleh dimiliki oleh
semua pelajar.

Kepelbagaian bentuk maklumat yang dapat diperoleh melalui Internet ini memberi peluang
kepada murid untuk memilih bahan yang bersesuaian serta dapat menarik minat mereka.
Dalam erti kata lain, murid dapat belajar mengikut kadar sendiri dan tanpa batasan geografi
dan masa, dengan guru bertindak sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai pembekal
kandungan mata pelajaran secara langsung.
Komitmen kerajaan untuk membangunkan ICT di negara ini adalah secara menyeluruh dan
tidak hanya memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur semata-mata. Selain itu,
kerajaan turut mengambil kira faktor peluang dan pendedahan teknologi ICT kepada guru dan
murid di bandar dan luar bandar. Ini jelas dapat dilihat yang mana kementerian telah
membelanjakan lebih daripada RM6 bilion untuk ICT dalam pelbagai inisiatif pendidikan,
seperti Sekolah Bestari sejak dari 1990an.

Pengunaan ICT ini mampu memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di lebih
10,000 buah sekolah di seluruh negara. Murid kini mendapat akses kandungan yang lebih
luas, menarik dan interaktif mengikut kadar sendiri dan mempunyai pilihan lebih luas melalui
program jarak jauh. Selain itu, pengetua/guru besar dan guru juga mempunyai akses kepada
sumber dan komuniti pembelajaran nasional dan antarabangsa yang dapat meningkatkan
kualiti amalan mereka.

Melalui penggunaan ICT, jurang pemisah antara murid bandar dan luar bandar dapat
dikurangkan memandangkan semua murid dan guru dapat akases kepada bahan pembelajaran
yang sama. Melalui anjakan ini, para guru dan murid akan dilengkapkan dengan kemahiran
yang diperlukan bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan bermakna. Ini mampu
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia melalui penggunaan ICT sebagaimana yang
dihasratkan melalui PPPM 2013-2025.

Anda mungkin juga menyukai