Anda di halaman 1dari 17

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA
PORTAL PENARAFAN KECEMERLANGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
(PKPPD)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

KANDUNGAN

Mukasurat

PENGENALAN 1

PROSES KERJA 2

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER

LOG MASUK 3

MENU UTAMA 4

NAVIGASI B 5-6

NAVIGASI C 7-9

NAVIGASI D 10 - 11

NAVIGASI E 11

BAHAGIAN B : PAPARAN PERANTI PINTAR

PANEL NAVIGASI 12

SENARAI KATA SINGKATAN 13

PENGHARGAAN 14
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

PENGENALAN

1. PORTAL PENARAFAN KECEMERLANGAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


a. Dibina untuk memudahkan pengisian dan pengumpulan skor Penilaian Kendiri
dan Verifikasi PKPPD setiap PPD.
b. Pengguna Portal PKPPD terdiri daripada pegawai dari PPD dan juga ketua
juruaudit yang dilantik sebagai Verifikator.
c. Pautan kepada Portal PKPPD adalah seperti berikut :

https://ppdkluang.edu.my/pkppd

d. Manual ini terbahagi kepada DUA bahagian iaitu :


i. BAHAGIAN A : Paparan Komputer
ii. BAHAGIAN B : Paparan Peranti Pintar

2. PENGGUNA PPD
a. Administrator PPD merupakan peranan yang dipertanggungjawabkan oleh Ketua
Jabatan untuk mengisi dan semak Skor Penarafan Kecemerlangan PPD melalui
Portal PKPPD.
b. Pengisian skor ke dalam Portal PKPPD dibuat selepas Penarafan Kendiri
PKPPD dalam Pra Audit Dalam PPD.

3. PENGGUNA VERIFIKATOR
a. Verifikator merupakan Ketua Juruaudit yang dilantik untuk menjalankan verifikasi
di pejabat pendidikan daerah.
b. Peranan verifikator ialah untuk menjalankan verifikasi PKPPD seterusnya
membuat ulasan dan mengisi skor verifikasi dengan menggunakan Portal
PKPPD.

1
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

PROSES KERJA

Mula

Log Masuk

TIDAK
Log Masuk kali pertama?

YA

Masukkan Kod PPD & Kosongkan Kata Laluan

Masukkan kata laluan baru

Masukkan Kod PPD dan Kata Laluan

Kemaskini Maklumat PPD

Kemaskini Maklumat Auditor

Melaksanakan Penarafan Kendiri PKPPD

Mengisi Skor Aspek-aspek dalam setiap Dimensi

Membuat Ulasan (Verifikator)

TIDAK Selesai urusan semakan dan pengisian?

YA

Log Keluar

Tamat

2
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


LOG MASUK
1. Log Masuk Pertama Kali
a. Jika belum pernah mendaftar
dalam portal ini, pada bahagian
NAMA PENGGUNA sila isi kod
PPD, kosongkan KATA LALUAN
dan klik LOG MASUK.

Kod PPD

kosongkan

2. Tetapan Kata Laluan


a. Portal akan meminta pengguna
untuk mengisi KATA LALUAN yang
baru.
b. Tips : Kata laluan yang selamat
merangkumi nombor serta aksara huruf
besar dan kecil.
c. Tips : Sila simpan kata laluan di tempat
selamat dan tidak disebarkan kepada
individu yang tidak berkaitan.

3. Log Masuk
a. NAMA PENGGUNA sila isi kod
PPD, masukkan KATA LALUAN dan
klik LOG MASUK.

Kod PPD

Kata laluan

3
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


MENU UTAMA

Panel Navigasi Paparan Utama

1. Menu Utama Portal Penarafan Kecemerlangan PPD


a. Menu utama portal PKPPD terbahagi kepada beberapa bahagian :
i. Panel Navigasi – Kekal pada setiap paparan
ii. Paparan Utama – Berubah mengikut pautan dalam Panel Navigasi

Panel Navigasi
Panel Navigasi portal PKPPD terbahagi kepada beberapa
bahagian :

NAVIGASI KETERANGAN
A
Paparan nama Memastikan pengguna log masuk
pengguna menggunakan akaun yang betul
A Tahun Penarafan Tahun dibuat penarafan
Dibuka – Boleh isi skor
B Status Pengisian
Ditutup – Tidak boleh isi skor
Memaparkan Objektif Penarafan dan
Utama
B Taraf Pencapaian PPD
C
Maklumat Pengisian Maklumat PPD
Dimensi 1
C Penilaian Dimensi 2
Dimensi 3

D D Rumusan Rumusan skor PKPPD


Keluar portal jika selesai
E E LOG KELUAR
menggunakan

4
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI B : UTAMA dan MAKLUMAT PPD

1. UTAMA
a. Memaparkan Objektif Penarafan dan Taraf Pencapaian PPD

2. MAKLUMAT
a. Sila isikan Maklumat Pejabat Pendidikan Daerah pada paparan ini.
b. Antara maklumat yang perlu diisi :
i. Nama dan Nombor Telefon KPPD
ii. Nama dan Nombor Telefon TPPD
iii. Nama Pengurus Program DTP
iv. Alamat, Nombor Telefon, Nombor Fax dan e-Mel PPD
v. Jumlah Pegawai dan AKP mengikut Jantina
vi. Maklumat Perjawatan
vii. Maklumat Sekolah Rendah dan Menengah
viii. Maklumat Auditor
5
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI B : UTAMA dan MAKLUMAT PPD

viii. Maklumat Auditor


o AUDITOR ialah pegawai dalam PPD yang memiliki sijil Ketua Juruaudit
dan dilantik untuk membuat Penarafan Kendiri PKPPD di lokasi PPD
masing-masing.
o Sila klik pada butang untuk menambah bilangan AUDITOR.
Nama pegawai pertama adalah Ketua Auditor bagi penilaian kendiri.
o Klik butang untuk padam nama auditor yang dipaparkan.

ix. Maklumat Verifikator


o Maklumat verifikator hanya dipaparkan sekiranya Verifikator telah Log
Masuk dengan akaun Verifikator dan mendaftarkan diri sebagai
Verifikator PPD yang terlibat.

Untuk simpan,
klik KEMASKINI

6
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI C : PENILAIAN
1. PENILAIAN
a. Bahagian Penilaian memaparkan Instrumen dan Rubrik bagi setiap Dimensi dan
Aspek yang terdapat dalam PKPPD.
b. Pengguna boleh melihat Dimensi, Sub dimensi, Elemen, Aspek, Definisi, Tahap-
tahap standard dan penerangan untuk setiap tahap.
c. Pengguna mengisi skor bagi setiap aspek dengan menekan butang Tahap 1
hingga Tahap 5.
d. Pengguna juga boleh mencatat sebarang maklumat berkaitan aspek pada ruang
catatan. Jangan lupa untuk menekan butang KEMASKINI CATATAN untuk
menyimpan catatan dalam portal PKPPD.

7
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI C : PENILAIAN
e. Untuk mengisi skor bagi aspek tertera, bawa kursor pada butang Tahap 1 hingga
Tahap 5. Warna kuning akan terpapar pada butang tahap yang kita hendak pilih.
f. Selepas klik pada butang tahap yang dipilih, portal akan proses dan tahap yang
dipilih bertukar kepada warna BIRU dengan terpapar riben PILIHAN sebagai skor
bagi aspek tertera.

Pengguna juga boleh mencatat


sebarang maklumat berkaitan
aspek pada ruang catatan.

Jangan lupa untuk menekan


butang KEMASKINI CATATAN
untuk menyimpan catatan dalam
portal PKPPD.

8
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI C : PENILAIAN
g. Butang akan memaparkan RUMUSAN mini yang memaparkan Aspek,
Skor kendiri, Skor Verifikasi dan Peratus Skor Keseluruhan bagi Kendiri dan
Verifikasi.
h. Memudahkan pengguna untuk melihat pengisian skor secara keseluruhan.

i. Untuk melihat Aspek seterusnya, sila klik butang .


j. Untuk kembali ke Aspek sebelumnya, sila klik butang .
k. Sekiranya Aspek tertera adalah yang terakhir dalam Dimensi 1, jika klik pada
butang kanan navigasi dimensi akan pergi kepada Aspek-aspek dalam Dimensi 2
dan seterusnya.
l. Untuk capaian lebih pantas, sila klik pada panel Navigasi untuk pergi ke
Dimensi 1, Dimensi 2 atau Dimensi 3.
9
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI D : RUMUSAN

1. RUMUSAN
a. Pada bahagian RUMUSAN, pengguna boleh :
i. Semak Skor dan Peratus setiap Dimensi
ii. Semak Peratus dan Status Pencapaian Keseluruhan.
iii. Melihat ulasan dari VERIFIKATOR.
iv. Cetak borang rumusan.

b. Klik pada butang berikut untuk melihat maklumat berkaitan :

i. Dimensi 1
o Melangkau ke bahagian skor kendiri dan verifikasi untuk setiap aspek
dalam Dimensi 1.
ii. Dimensi 2
o Melangkau ke bahagian skor kendiri dan verifikasi untuk setiap aspek
dalam Dimensi 2.
iii. Dimensi 3
o Melangkau ke bahagian skor kendiri dan verifikasi untuk setiap aspek
dalam Dimensi 3.
iv. Rumusan
o Melangkau ke bahagian Peratus dan Status Pencapaian Keseluruhan
v. Ulasan
o Melangkau ke bahagian ulasan dari pihak VERIFIKATOR.
vi. Cetak
o Mencetak borang rumusan untuk pengesahan KPPD dan Verifikator.

10
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI D : RUMUSAN

c. Pengguna juga boleh menekan pada


nombor aspek-aspek yang disenaraikan
untuk pergi ke paparan Aspek tersebut.

BAHAGIAN A : PAPARAN KOMPUTER


NAVIGASI E : LOG KELUAR
1. LOG KELUAR
a. Log Keluar akan memutuskan hubungan komputer
dengan Portal PKPPD.
b. Log Keluar sekiranya urusan pengisian dan semakan
selesai untuk keselamatan data.

11
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

BAHAGIAN B : PAPARAN PERANTI PINTAR


PANEL NAVIGASI
1. PAPARAN PERANTI PINTAR
a. Portal ini menggunakan perisian yang mengubah paparan mengikut saiz skrin.
b. Peranti pintar seperti telefon pintar dan tablet akan memaparkan susun atur yang
berbeza berbanding paparan komputer
c. Ruang skrin yang lebih kecil akan mengakibatkan panel navigasi disembunyikan
supaya paparan utama dapat dilihat dengan lebih luas.

2. PANEL NAVIGASI
a. Untuk mengakses Panel Navigasi,
sila tekan pada butang

b. Untuk sembunyikan Panel Navigasi,


sila tekan pada butang

Sebagai contoh, dengan menggunakan Panel Navigasi, pengguna boleh akses paparan
RUMUSAN. Kemudian, klik pada Nombor Aspek D1:1.1.1 Berfokuskan Maklum Balas,
pengguna akan pergi kepada paparan pengisian skor bagi aspek tersebut.
Pengguna perlu skrol ke bawah atau ke atas sebelum memilih skor seperti yang
disenaraikan.

12
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

SENARAI KATA SINGKATAN

AKP Anggota Kumpulan Pelaksana


BPSH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
DTP Program Transformasi Daerah
JPN Jabatan Pendidikan Negeri
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KPPD Pegawai Pendidikan Daerah
PKPPD Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah
PPD Pejabat Pendidikan Daerah
TPPD Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

13
Manual Pengguna Portal Penarafan Kecemerlangan PPD (PKPPD)

PENGHARGAAN

1. MAZZLEZA BINTI AB WAHAB


Penolong Pengarah.
Sektor Pengurusan Transformasi Pendidikan,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

2. ZURINA BINTI HJ AHMAD OMAR


Penolong Pengarah.
Sektor Pengurusan Transformasi Pendidikan,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

3. SHAHAT BIN MD. SHAH


Timbalan PPD Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

4. MOHAMAD FIRDAUS BIN WAHID


Penolong PPD Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

5. MOHAMAD MAZLAN BIN HUSIN


Penolong PPD Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

6. MOHD. ZULHILMI BIN ABD. MAURAD


Penolong PPD Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang

7. HAIRUL SALLEH BIN MUKERI


Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

8. SYAMSUL HADI BIN TAHIR


Penolong PPD Perancangan
Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

14

Anda mungkin juga menyukai