Anda di halaman 1dari 19

FACULTY OF EDUCATION

HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

1
1. Pengenalan

Dalam perkembangan semasa melalui perubahan teknologi terkini , sebahagian besar


masyarakat tidak dapat lari dari penggunaan kecanggihan dan kecekapan teknologi maklumat
dan komunikasi internet. Fenomena ini berlaku disebabkan penduduk diatas muka bumi ini
mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan dari era pertanian hingga ke era perindustrian
dan seterusnya memasuki era ICT. Anjakan paradigma ini menyebabkab keperluan terhadap
perubahan sistem pendidikan negara tidak dapat dielakkan bagi memenuhi matlamat
masyarakat bermaklumat sejajar dengan arus pembangunan negara semasa. Dengan ini sudah
tiba masanya kemahiran penggunaan ICT menggunakan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran perlu diberi penekanan dan keutamaan. Lebih lebih lagi dengan
perkembangan kurikulum terkini yang memerlukan kemahiran aplikasi dan pemikiran yang
tinggi , ia amat memerlukan kelestarian penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan pemikiran secara kritis dan kreatif melalui gabungan pembelajaran
konstruktivisme , kontektual dan kajian lapangan.

Terdapat beberapa isitilah dan konsep penting yang mempunyai hubungan yang rapat
dengan pengertian ICT (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) . Antara yang menjadi fokus
utama termasuklah istilah dan konsep teknologi dan teknologi pendidikan . Mengikut
Technology Report of the project 2016, Phase I Technology Panel. American Association
For Advance Of Science (1989) menyatakan bahawa Technology is the application of
knowledge , tool and skill to solve practical problem and extend human capabilities.
Ternyata pendapat ini adalah selari dengan kehendak semasa yang mengganggapkan bahawa
teknologi itu merupakan alat yang boleh digunakan melalui kemahiran dan kepakaran
pengetahuan yang ada bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi disamping dapat
memberikan kemudahan dan keselesaan melalui penciptaan pelbagai jenis peralatan yang
amat luas ini bukan sahaja mampu memperkembangkan keupayaan rutin pengurusan seharian
, tetapi juga dapat melakukan pengawalan dan semakan terhadap kualiti dan kecekapan serta
keberkesanan sesuatu tugasan termasuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah .

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan


beberapa aplikasi seperti spreadsheet , multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan
internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara
khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran didalam dan di luar bilik

2
darajah secara lansung melibatkan para pendidik , pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat
yang prihatin .

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usha
ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan
teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan
memeori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran , kreatif dan penyayang dengan
menggunakan teknologi terkini . Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian
Pendidikan telah memuwujdkan sekolah bestari yang sekaligus bertindak mengisi agenda
perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Pelaksanaan sekolah Bestari akan
membuka ruang seluasnya kepada teknologi komputer dan internet yang akan membolehkan
fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan . Penggunaan dan
perkembangan internet yang meluas dalam bidang pendidikan akan membantu bidang
pendidikan di Malaysia.

Internet atau International Network of Network ialah sebuah rangkaian gergasi


komputer peringkat antarabangsa (TMB,1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi
antara satu sama lain (Crumlish,1996) . Ia mengandungi lebih daripada 50 Juta rangkaian
komputer seluruh dunia, lebih daripada 6.6 Juta komputer hos dan lebih 50 Juta pengguna
dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini,1995) . Dalam rangkaian internet, terdapat
berbagai jenis bahan yang berjuta juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari .
Bahan ini termasuklah artikel , imej, grafik , perisian komputer, video, audio, majalah, kertas
persidangan , permainan, filem dan sebagainya . Terdapat beberapa perkara yang perlu
difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

Di Malaysia, Internet bermula pada tahun 1987 melalui Rangkaian Komputer


Malaysia ( RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti
tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringkat awal. Kini, Internet telah mendapat
sambutan hangat dikalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik dan menyerlah
sebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada
tahun 1990 dan 1995 masing- masing ialah 18000 dan 778000. Peningkatan ini disebabkan
internet telah mewujudkan pelbagai ruang beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen
perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat

3
yang mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia telah dibuktikan dengan
kewujudan Sekolah Bestari di Malaysia.

2. PERANAN INTERNET SEBAGAI PEMANGKIN PENDIDIKAN .

Internet adalah lebih daripada alat pengajaran. Potensi kelestariannya adalah menonjol
didalam meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran .
Potensi ini juga menonjol didalam membantu guru menjalankan tugas seharian sama ada
didalam bilik darjah atau diluar bilik darjah termasuk hal hal berkaitan pengurusan, latihan
berterusan dan pembangunan sahsiah disamping itu juga , Internet juga berpotensi untuk
menyumbangkan keupayaan dan kreativiti pelajar semasa melalui proses pembelajaran
mereka. Malahan Internet secara keseluruhan nya memberi fokus terhadap kreativiti dan
kognitif pelajar dalam memupuk keupayaan dan kebolehan perolehan maklumat , handling ,
pengawalan dan pengukuran .

Dengan ini untuk kelestarian penggunaan Internet , ia perlu dilakukan secara berfikrah
, terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kecekapan
proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran . Ternyata terdapat banyak perbezaan
dalam perolehan hasil jika dibandingkan dengan cara pembelajaran tradisional yang tidak
menggunakan Internet .

Jadual 1: Perbezaan Persekitaran pembelajaran

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN


TRADISIONAL BERBANTUKAN INTERNET
Berpusatkan guru Berpusatkan pelajar
Stimulasi satu deriaan Stimulasi multi deriaan
Kemajuan satu hala Kemajuan pelbagai hala
Satu Media Multimedia
Tugasan secara berasingan Tugasan Kolaboratif
Penyampaian Maklumat Perkongsian Maklumat
Pembelajaran Pasif Pembelajaran Aktif/penjelasan/pertanyaan
Pembelajaran berasaskan fakta Pemikiran Kritis dan pembikinan keputusan
Tindakan reaktif Tindakan Proaktif

4
Konteks terasing dan artifisial Konteks realiti dan autentik

Daripada jadual diatas didapati penggunaan Internet didalam proses pembelajaran banyak
membawa manfaat berbanding dengan cara pembelajaran tradisional dan dapat dirumuskan
seperti berikut:

- Penggunaan Internet beruapaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar


terhadap pelajaran.
- Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar daripada pelbagai
latar belakang dan keupayaan.
- Meningkatkan motivasi pelajar.
- Membolehkan pembelajaran secara bersendirian ( Individual learning)
- Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar didapati .
- Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau
terlalu mahal.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
- Membolehkan pelajar mencuba atau melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal
atau bahaya untuk dilakukan secara biasa.
- Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
- Memberi peluang kepada pelajar meningkatkan prestasi kendiri secara berkesan
dengan bimbingan yang minimum.
- Meningkatkan kemahiran ICT secara berterusan.

Kemanfaatan Internet di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirumuskan
diatas dapat memainkan peranan yang penting dalam mengubah cara penerimaaan pengguna
khususnya pelajar dan guru terhadap peralihan paradigma daripada perkaedahan secara
tradisional kepada penggunaan Internet dan ICT sepenuhnya.

Pembelajaran Penerokaan ( Exploratory) pengunaan Internet untuk pembelajaran penerokaan


berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat dari
CD ROM ,portal maklumat dan seumpamanya. Pembelajaran penerokaan ini akan
membuatkan pelajar mengalami , mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi selain itu juga pelajar akan melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan
babaknya boleh dikawal oleh pelajar.

5
Dengan kata lain , pembelajaran penerokaan membolehkan pelajar menbawa dan menentukan
maklumat yang diterima melalui internet. Pendekatan ini adalah berbeza dengan
pembelajaran tutorial yang hanya melibatkan pelajar sebagai penerima bahan pembelajaran
yang dikawal dan ditentukan oleh sistem .

Penggunaan pendekatan penerokaan adalah serasi dan setara dengan pendekatan


kontruktivisme ( https://www.gwu.edu/-tip) dengan melibatkan cara pembelajaran yang
memberikan penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis dan kreatif , yang menyediakan
panduan dalam penyelesaian masalah , berkongsi pengalaman pembelajaran yang autentik dan
pemupukan pengetahuan yang luas melalu interaksi sosial.

Dalam Penggunaan Internet , memang tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya masalah
kelambatan capaian . Bagi mengatasi masalah ini , guru bolehlah meminta bantuan guru
pakar dan mahir komputer dalam membuat penduan (mirror) kandungan laman kedalam
cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti WinHTTrack (
http://www.httrack.com).

Selain mengakses maklumat dan bahan bahan pembelajaran daripada Internet , guru boleh
menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD ROM sepertik Ensiklopedia ,
pangkalan data dan maklumat lain yang dapat diperolehi dipasaran dan jabatan atau agensi
tertentu . Misalnya maklumat pembentangan dalam bentuk MS Power Point digunakan
untuk menyampaiak maklumat.

Dengan kaedah pembelajaran penerokaan melalui Internet dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing masing . Melalui
kaedah ini para pelajar turut diransang untuk melibatkan diri secara lebih aktif di dalam
pembelajaran masing- masing dan secara lansungnya dapat menghilangkan rasa bosan dan
seterusnya menjadi lebih bermotivasi untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutnya .
Susulan daripada ini pihak guru boleh menerapkan teori pengajaran dan pembelajaran moden
seperi kontruktivisme , pembelajaran masteri , multiple intelligence dan lain lain yang
sesuai dengan kaedah penerimaan pelajar.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , Internet merupakan aplikasi yang dapat
membantu pelajar dalam melaksanakan tugasan pembelajaran selain dijadikan sebagai
mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran . Penggunaan perisian

6
hamparan elektronik untuk memplot graf, editor grafik dan lain lain merupakan aplikasi
yang dapat digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran .

Penggunaan Internet dalam konteks aplikasi dapat dipraktikkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran disekolah . Para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang diberikan melalui
proses penyuntingan terus daripada sumber asal dengan melakukan pengolahan kendiri .
Secara lansungnya para pelajar dapat dapat menyelami sendiri pengalaman hidup seharian
dalam konteks pengoperasian teori pembelajaran sosio budaya (Socio Cultural Learning)
melalui pembelajaran kolaboratif . Pembelajaran Kolaboratif setakat ini telah menunjukkan
kejayaan dalam meningkatkan prestasi pelajar berbanding pembelajran individu atau
pembelajaran bersaing ( Johnson dan rakan rakan , 1981). Terdapat enam langkah utama
dalam pengajaran kemahiran Kolaboratif iaitu :

- Pelajar harus tahu keperluan kemahiran


- Pelajar tahu kemahiran yang dipelajari
- Pelajar perlukan latihan
- Hubungkait kemahiran dengan aktiviti yang dijalankan
- Interaksi Kumpulan
- Galakkan pelajar untuk kerap menggunakan kemahiran

Semasa proses pengajaran , guru menerangkan kemahiran kolaboratif dan menunjukkan


demostrasi bagaimana dilakukan , manakala proses pembelajaran kolaboratif berjalan , proses
menyiasat , pencarian dan aplikasi berpusat pelajar bukan kepada penyampaian bahan oleh
guru.

Justeru itu dengan bantuan Internet , pelajar akan dapat memberi tumpuan melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik. Selain itu pelajar perlu mengkelaskan dan menyisihkan data
yang banyak untuk melihat trend daripada data maklumat yang dikumpul itu . Dengan
penggunaan Internet untuk mencari aplikasi yang sesuai adalah merupakan alat yang ideal
untuk digunakan dalam tugas yang tidak autentik ( iaitu mengkelas dan menyisih data yang
banyak) , manakala pelajar juga boleh menumpukan perhatian kepada tugas yang autentik (
melihat dan memikirkan tentang trend yang ada di dalam data terbabit).

Kesimpulannya , kelebihan penggunaan Internet sebagai alat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran autentik
melalui pengajaran guru yang boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda

7
pelajar. Proses ini melahirkan pelajar yang dapat meningkatkan kecekapan dan ketetapan
hasil pembelajaran yang dirancang.

3. Keperluan Internet Di Sekolah.

Jalur Lebar ( Bandwidth) pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kontrak


1Bestarinet, Kontraktor hendaklah menyediakan jalur lebar asas kelajuan antara 2Mbps
hingga 50Mbps disemua tapak pengguna iaitu BTP, 15 BPTN, 13 Pusat Kegiatan Guru , 9191
sekolah dan 698 sekolah yang menggunakan teknologi VSAT . Kemudahan ini akan
disediakan oleh pihak Kontraktor Kementerian pendidikan Malaysia . Laporan dari hasil
lawatan Pemindahan Teknologi ke Mirfield Free Grammar dan Sixth Form , Manchester dan
Winston Churchill School , Surey oleh 5 pegawai KPM bertarikh 29 Mac 2012 menyatakan
sistem FROG VLE (Virtual Learning Environment) yang diguna pakai di sekolah tersebut
dipasang secara LAN dengan rangkaian berkapasiti tinggi.

Pengujian kelajuan dilakukan terhadap ZOOM yang telah dibekalkan kepada sekolah- sekolah
yang terlibat. ZOOM tersebut ditempatkan secara berasingan seperti makmal komputer,
bahagian pentabiran dan bilik guru. Daripada siasatan audit terhadap capaian kelajuan
perkhidmatan jalur lebar di makmal komputer bagi 50 buah sekolah yang dilawati mendapati
41 daripada 46 sekolah adalah 0.2 Mbps hingga 3.62 Mbps. Prestasi capaian kelajuan
perkhidmatan jalur lebar ini adalah sangat rendah untuk menampung penggunaan internet dan
VLE sekiranya melibatkan antara 30 hingga 40 orang pengguna dalam satu masa. Daripada
analisis audit terhadap maklum balas soal selidik yang diterima mendapati perkara perkara
berikut yang terjadi :

- 297 (68.9%) sekolah menggunakan jenis capaian 4G dan OCPE mencapai kelajuan
dibawah 4Mbps. Prestasi ini tidak mencapai spesifikasi yang ditetapkan iaitu 4 hingga
10 Mpbs
- 48 (80%) sekolah yang mengguakan jenis capaian VSAT dan ADSL mencapai
kelajuan jalur lebar dibawah 2Mbps. Prestasi kelajuan ini tidak mencapai spesifikasi
yang ditetapkan iaitu 2Mbps hingga 4 Mbps dan hanya 146(29.7%) sekolah yang
melibatkan penggunaan semua jenis capaian kelajuan yang telah ditetapkan .

Sekolah dibekalkan ZOOM, ADSL, VSAT dan Dongle untuk kemudahan guru dan pelajar
melayari internet dan menggunakan internet sebagai bahan bantu mengajar. Kemudahan yang

8
dinyatakan sepeti ZOOM, ADSL, VSAT dan Dongle adalah digunakan untuk mendapatkan
capaian internet disemua sekolah diseluruh Malaysia ketika ini, ini kerana penyedia kepada
capaian internet di sekolah di Malaysia ketika ini ialah 1Bestarinet bukan lagi TM Malaysia.
Sekolah yang terletak diluar bandar akan menggunakan teknologi VSAT ( Very Small
Aperture Terminal) yang akan dibekalkan oleh pihak KPM . Manakala bagi sekolah dibandar
pula dibekalkan ZOOM, ADSL dan Dongle. CPE pula adalah peralatan Khas yang dipasang
oleh kontraktor 1Bestarinet dilokasi yang telah dipersetujui bagi tujuan sambungan kepada
rangkaian 1Bestarinet merangkumi Yes ZOOM dan Yes Dongle .

Gambar 1 : ZOOM Yes yang digunakan untk mendapatkan capaian internet.

9
Gambar 2: Dongle digunakan di sekolah untuk mendapatkan capaian Internet.

Gambar 3: VSAT bagi sekolah yang berada diluar bandar .

Gambar 4: ZOOM yang telah disambung ke OCPE untuk mendapatkan capaian


internet di Sekolah.

Dibawah 1Bestarinet, Sekolah-sekolah dilengkapai dengan penyelesaian bersepadu yang


membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan
di internet menerusi Frog VLE, yang boleh diakses disekolah atau dimana mana sahaja yang
mempunyai capaian internet. Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel. Fail
dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaj dan bila bila masa sahaja
dengan capain internet. Pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari
rangkaian YES dengan ID log masuk VLE. Sama ada menggunakan rangkaian YES atau
YES Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

10
VLE bertujuan untuk memudahkan dan membuat pembelajaran lebih menyeronokkan,
menjimatkan masa, kandungan yang berkualiti, mengintergrasikan aplikasi lain dan
menghubungkan komuniti di kalangan guru dan murid dan juga satu sistem yang
membolehkan ibu bapa memantau pembelajaran anak anak mereka secara maya. Selain itu,
VLE membuat perbezaan dalam pendidikan kerana ia mewujudkan persekitaran intuitive
yang menyeronokkan dan mudah digunakan. Pengguna boleh mewujud dan berkongsi
kandungan pengajian tanpa tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran pakar. VLE
membolehkan pengwujudan komuniti pembelajaran yang boleh mengubah dinamik
pembelajaran menjadi interaktif dan mennyeronokkan. Tetapi hasil kajian yang telah
dijalankan mendapati penggunaan VLE yang rendah dikalanngan guru dan murid adalah
disebabkan:

- Tiada polisi penggunaan VLE yang jelas dari KPM


- Tiada pemantaun penggunaan VLE dari KPM
- Kurang pendedahan kepada faedah menggunakan VLE bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
- Capaian internet 1Bestarinet yang perlahan menyukarkan guru mengakses VLE
semasa waktu pembelajaran dan untuk mengemas kini dan memasukkan bahan
pembelajaran di sekolah.
- Kekurangan peralatan bantuan pengajaran seperti komputer riba dan projektor bagi
tujuan pengajaran di kelas dan kekurangan komputer yang disediakan di makmal
komputer sekolah.

Terkini sekolah telah dibekalkan dengan kemudahan Telefon YES yang berteknologi 4G
kepada sekolah- sekolah yang terpilih di Malaysia. Pembekalan ini dilakukan untuk memberi
kemudahan kepada semua guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran VLE (Virtual
learning Environment) di sekolah masing masing .

11
Internet Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

Penggunaan komunikasi melalui Internet ini mewujudkan situasi yang memberi kesan
terhadap pembelajaran untuk menarik minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Memang
jelas bahawa kelebihan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan dan berbantukan
Internet dan ICT sebagai alat komunikasi akan membolehkan pembelajaran koperatif dan
kolaboratif dilaksanakan seperti yang ditekankan didalam kurikulum . Selain itu juga ia dapat
meningkatkan penglibatan pelajar dalam prosea pembelajaran melalui rakan sebaya yang
bersifat global bersesuaian dengan matlamat dan falsafah pendidikan.

Aplikasi paling asas teknologi Internet yang boleh diketengahkan dalam pendidikan
khususnya peringkat sekolah ialah aplikasi E- Mail atau juga dikenali sebagai mel elektronik.
Melalui aplikasi ini , pelajar pelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan
apa telah dipelajari dengan serta merta . Contohnya , pelajar boleh bertanya guru soalan atau
masalah yang dihadapi semasa belajar di perpustakaan atau dirumah melalui e-mail atau guru
boleh menjadikan soalan atau masalah yang ditanya itu sebagai persediaan untuk pengajaran
pada hari berikutnya. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap kerja
rumah yang diberi melalui e-mail.

Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada guru dan pelajar
untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman web
disetiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak tapak web boleh dijadikan
sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-
sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu laman web tersebut
juga boleh diakses oleh para pelajar, guru guru, dan pihak lain yang berminat dari seluruh
negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman web
tersebut untuk mengetahui segala perkembangan akademik atau ko-kurikulum anak anak
mereka tanpa berkunjung ke sekolah . Ibu Bapa juga dapat menghubungi guru melalui e-mel
yang didapati dari lamab web yang dikunjungi . Secara tidak lansung , hubungan ibu bapa
dengan pihak sekolah dapat ditingkat kan dan elakkan membuat komen yang menjatuhkan
pihak sekolah. Oleh yang demikian masalah-masalah disiplin pelajar yang memerlukan
kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat ditangani. Ibu bapa tidak ada alasan
lagi bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk berbincang tentang
hal-hal anak anak mereka. Guru mempunyai satu alternatif lagi untuk berjumpa dengan ibu
bapa anak muridnya.

12
4. Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Didalam Dan Diluar Bilik Darjah.

Peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang, dab bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang digunakan dalam pengajaran di
sekolah perlu lah seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Menurut Timothy et al (2000)
pengajaran berasaskan WEB adalah satu alat yang digunakan untuk menyampaikan
pengajaran. Ia bersifat kos efektif di mana banyak bahan yang terdapat pada pelbagai laman
mampu diakses guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Pembelajaran
menggunakan E Pembelajaran membantu perkongsian maklumat dimana setiap pengguna
akan mendapat maklumat dari serta dunia melalui kaedah forum dalam talian, email, video
konferens dan chatting atas talian. Dengan ini guru dapat berhubung dengan pelajar serta
rakan sejawat yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif.
Pengetahuan dalam E Pembelajaran juga dapat disebar secara serentak dimana pelajar dapat
mengakses maklumat dari mana mana laman web yang dikehendaki secara serentak. Ia
berbeza dengan kaedah tradisional yang mana pelajar terpaksa menunggu masa dan giliran
untuk meminjam buku untuk mendapatkan maklumat.

Guru perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam menggunapakai internet dalam
sumber pengajran dan pembelajarannya untuk memberi info dan maklumat kepada pelajarnya.
Selain itu juga guru berperanan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa murid dengan
menggunakan kemudahan Search Engine pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran
dapat dicapai dengan mudah. Beberapa cadangan dalam pengisian dengan kaedah pengajaran
dan pembelajaran berbantukan internet. Diantaranya ialah projek, sesuatu projek boleh
merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Pengintegerasian projek
berasaskan internet perlu ditadbirkan dengan baik dengan pencarian dan penyusunan bahan
yang berkaitan dari internet dengan baik. Seterusnya, dengan menggunakan internet didalam
bilik darjah pelajar boleh mendapatkan bahan maklumat yang menarik dan terkini semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Internet mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan.
Guru-guru juga boleh mengatur lawatan maya pelajar ketempat-tempat menarik didunia ini
secara elektronik. Gambar dan maklumat boleh diperolehi dengan cepat dan mudah.

Selain itu, didalam internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal yang diterbitkan secara
berkala. Ini boleh dijadikan sumber maklumat. Guru dan pelajar juga boleh menggunakan
internet untuk mempertingkatkan kemahiran menulis melalui mel elektronik. Pelajar akan

13
lebih teliti dalam menulis. Terdapat juga forum yang boleh disertai oleh pelajar sebagai
contoh (http://www.kidlink.org/) dengan dipantau oleh guru.

Internet sebagai medium pengajaran dan pembelajaran juga boleh digunakan oleh guru untuk
melakukan latihan secara online. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan,
pengukuhan, ujian dan sebagainya. Melalui cara ini juga pembelajaran dapat digunakan
secara optimum dan berterusan. Manakala guru pula merupakan pembimbing dan
pemudahcara dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran.

Sesungguhnya guru perlu memanfaatkan penggunaan internet sesuai dengan tahap kemajuan
pada hari ini. Masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran.

5. Bagaimana internet membantu pembelajaran didalam dan diluar bilik darjah.

Dengan internet pembelajaran boleh berlaku di luar batasan sekolah. Pelajar boleh
berinteraksi dengan guu dan sesama mereka bagi meluaskan pengetahuan dan membina
pembelajaran yang bersifat tidak terikat. Internet boleh mengembangkan konsep pelajar yang
bebas daripada penggantungan pada guru dan pembelajaran yang tidak terikat organisasi bilik
darjah dan sekolah. Ini sudah tentu akan memberi cabaran kepada profesion keguruan,
khususnya dari segi peranan dan tugas pendidikan yang selama ini bergantung kepada guru.

Internet mempunyai banyak kelebihan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Salah satu yang penting ialah internet adalah sebagai sumber pembelajaran di
peringkat pengajian tinggi yang membolehkan pelajar mengekses pembelajaran kendiri.
Though independent study, students become doers, as well as thinkers(Cobine,1997). Oleh
yang demikian pelajar dapat mengekses secara online dari pelbagai perpustakaan, museum,
database dan mendapatkan sumber utama tentang peristiwa sejarah, biografi, rakaman,
laporan, data statistik atau kutipan yang berkaitan dengan pembelajaran tinggi (Gordin et.
al.,1995) internet seharusnya mampu memberikan proses komunikasi interaktif antara guru
dan pelajar walau dimana jua mereka berada. Dengan penggunaan jaringan seperti internet
pelajar dapat mempelajari bahan pembelajaran dan tugasan-tugasan serta ujian dengan cara
mengakses jaringan komputer yang telah ditetapkan secra online. Diantara kelebihan yang

14
boleh didapati dengan proses pembelajaran menggunakan media internet ialah boleh
menampung pembelajaran dalam jarak jauh terutama jika tidak dapat menjalankan kelas
seperti biasa. Guru-guru boleh memberikan tugasan atau latihan walaupun tidak berada
disekolah. Begitu juga jika ada pelajar yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu
tetapi pelajar maish boleh menerima tugasan yang diberikan oleh guru. Penggunaan Frog
VLE sangat-sangat memberi impak kepada sesi pembelajaran maya. Kini, semua pelajar
mempunyai id dalam FrogVLE sendiri. Hampir kebanyakan sekolah juga telah menggunakan
FrogVLE dengan berkesan. Keduanya, proses pembelajaran tidak terbatas oleh ruang dan
waktu. Pembelajaran tidak seharusnya berlaku pada waktu pagi seperti kebiasaannya ia boleh
berlaku pada waktu petang atau malam. Ketiga, dengan adanya internet waktu belajar juga
tiada batasnya dan selama mana pun ia berjalan. Seterusnya, ibubapa atau masyarakat juga
dapat bersama-sama mengekses bahan pembelajaran melaui internet. Ini bermakna ibubapa
dapat membantu dan bersama-sama anak-anak mereka dirumah tanpa halangan dan had.
Berdasarkan maklumat dan perbincangan diatas jelas sekali bahawa pembelajaran dibantukan
internet boleh dijalankan dan dilakukan pada bila-bila masa dan waktu tanpa halangan.

15
Penutup

Berdasarkan kepada perkembangan semasa dan realitinya disekolah dan pengalaman


saya sendiri bertugas diluar bandar, kemudahan internet di peringkat sekolah di negara ini
masih lagi terhad dan baru di tahap permulaan dan perlu dipertingkatkan. Walaupun
demikian persekitaran sekolah dijangka memberikan suasana yang sesuai dalam usaha
mengintegrasikan teknologi internet dalam budaya masyarakat kita. Sekiranya kemudahan
Internet ingin di eksploitasikan sepenuhnya dalam memperkayakan lagi sumber sumber
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah di negara ini, sudah sewajarnya pihak
pihak yang berkenaan memberikan kemudahan dan insfrusktur yang sesuai kepada sekolah
serta memberikan latihan yang sepatunya kepada guru dan pelajar . Kita tidak mahu melihat
segala kemudahan yang akan dibekalkan nanti ibarat gajah putih kerana penggunaan
ketandusan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkenaan. Sehubungan dengan itu
banyak lagi perkara yang perlu diteliti dan dilaksanakan bagi memastikan peluang yang
tesedia dimanfaatkan sepenuhnya dan boleh dikecapi oleh setiap individu yang terlibat dalam
sektor pendidikan negara.

Kini pendidikan adalah isu global yang perlu diberi perhatian memandangkan kepentingannya
membawa Malaysia kearah pencapaian yang lebih cemerlang. Untuk membekalkan kualiti
pendidikan yang bertaraf antarabangsa demi melahirkan generasi baru yang bersifat inovasi,
berfikiran saintifik serta berupaya berinteraksi secara efektif melalui teknologi- teknologi
terbaru khususnya Internet, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu senantiasa
bertindak balas positif terhadap pembangunan teknologi terutama dalam pembinaan struktur
pengajaran. Keperluan kepada pengunaan teknologi pendidikan berasaskan Internet jelas
menggambarkan betapa pentingnya pembelajaran elektronik dalam pendidikan kerana hal ini
berperanan mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju yang berorientasikan
teknologi maklumat dan komunikasi.

16
Rujukan

1. Mohd. Ridzwan bin Haji Hashim. (1992). Pengajaran Berbantukan Komputer. Wawasan
September.

2. Zorani Wati Abas. (1994). Pengenalan kepada komputer. Kuala Lumpur: Federal
Publications.

3. Collis, B.A.,Knezek, G. A., Lai, K. W., Miyashita, K.T., Pelgrum, W.J.,Plomp, Tj., &
Sakamoto, T. (1996). Children and Computers in scholl. Mahwah, NJ:Erlbaum.

4. J.Maki.2001. is It Possible To Teach Music In A Classroom From Distance Of 1000km?.

5. Telekom Malaysia Berhad (1998). Mengenali dan Menggunakan Internet. Kuala Lumpur:
Federal Publications.

6. Zoraini Wati Abas (1996).Internet untuk Pendidikan Kertas yang dibentangkan dalam
Seminar Internet Dalam Pendidikan. Johor Bharu.MPTI.

7. Arief Achmad,(2004) Pemanfaatan Internet sebagai Sumbar Pembelajaran IPS.


Bandung:SMAN 21 Bandung.

8. http://www.sinarharian.com.my/rencana/pembelajaran-interaktif-melalui-internet-1.60766

9. http://yahyaothman.blogspot.my/2012/11/budaya-menggunakan-internet-dalam.html

10.
http://repository.um.edu.my/219/1/Penggunaan%20Internet%20dalam%20Pengajaran%20dan
%20Pembelajaran.pdf

17
Lampiran

18
19

Anda mungkin juga menyukai