Anda di halaman 1dari 7

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM)

KALI PERTAMA TAHUN 2016


TARIKH : 07 .01.2016

MASA : 2.00-4.00 PTG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. KATA ALUAN PENGERUSI (GURU BESAR)

1.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan
oleh semua guru yang terlibat untuk menghadiri mesyuarat unit HEM kali
pertama ini.

1.2 Beliau berharap agar dengan mesyuarat ini dapat memberi banyak manfaat
kepada semua guru.

1.3 Pn Norita (GPK HEM) mengedarkan senarai penuh


Jawatankuasa Unit HEM bagi sesi persekolahan yang baru ini.

1.4 Diharap semua guru dapat memberi kerjasama dan berganding bahu memikul
tanggungjawab bagi menjayakan aktiviti yang dirancangkan bagi
meningkatkan prestasi sekolah ini.

1.5 Pengerusi memberitahu bahawa pengurusan HEM perlu dimantapkan dan


takwim bagi semua jawatankuasa telah disediakan seperti yang terkandung di
dalam Buku Panduan Guru 2016. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-
kurangnya 3 kali setahun.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.

2.1 Dicadangkan oleh

Disahkan oleh
3. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA /ISU/LAPORAN

3.1 Laporan Program HEM

3.1.1 Pembentangan Pelan Taktikal dan Pelan Operasi Panitia Bahasa Inggeris oleh
. (Rujuk lampiran).
3.1.2 Terdapat empat program yang akan dijalankan dibawah Unit
HEM iaitu :

i) Program Sifar Ponteng

ii) Program Mentor Mentee

iii) Program PPDA

iv) Program Guru Penyayang

3.1.3 Program-program ini akan dijalankan mengikut tempoh pelaksanaannya.


Diharap semua guru yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk
menjayakan program tersebut.

Tindakan/catatan :

3.2. DISIPLIN ()

3.2.1 Pengerusi mengumumkan pemilihan Pengawas sekolah seramai 12 orang.


Juga membincangkan tentang penetapan pakaian pengawas, peraturan dan
tugas-tugas yang bakal dipertanggungjawabkan kepada pengawas sekolah.

3.2.2 Majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin akan dirancang untuk


diadakan pada minggu kedua bulan Januari ini.

3.2.3 Kursus Kepimpinan Pengawas dan Ketua Kelas juga dirancang akan dibuat
dalam bulan Febuari.

Tindakan/Catatan :

3.3. BUKU TEKS ()

3.3.1 Buku teks murid telah lengkap dan semua murid menerima buku teks
sebelum sesi persekolahan bermula lagi.
3.3.2 Guru-guru tidak dibekalkan dengan buku teks bantuan maka semua
guru hendaklah membeli buku teks untuk rujukan sendiri di kedai. Buku
teks bekalan dari pihak KPM hanya mencukupi mengikut jumlah murid
sahaja.

3.3.3 Semua guru diminta memanfaatkan buku teks yang dibekalkan .


Buku aktiviti lain hanya sekadar latihan sampingan sahaja.

3.3.4 Buku teks yang dibekalkan hendaklah dijaga dengan baik maka semua
guru harus memastikan murid menjaga buku teks masing-masing dengan baik.

3.3.5 Pada tahun 2016 ini bilik boss telah diwujudkan untuk melancarkan lagi
pengurusan Unit Buku Teks.
Tindakan/ Catatan :

3.4. KESIHATAN (BUKU REKOD KESIHATAN)

3.4.1 Buku Rekod kesihatan murid akan diedarkan oleh pihak sekolah.Pihak
sekolah menunggu stok buku kesihatan daripada PPD.

3.4.2 Guru kesihatan akan menguruskan program imunisasi dan pergigian


bagi setiap murid.

3.4.3 Guru hendaklah memastikan buku rekod kesihatan murid ini di kemaskini dan
disimpan di dalam profil murid di dalam almari Unit Hem.

Tindakan/Catatan :

3.5. RMT (

3.5.1 Pengendali RMT adalah pengusaha kantin sekolah iaitu Pn Norzee.

3.5.2 Penetapan Syarat-syarat RMT.

` 3.5.3 Penetapan menu RMT telah ditetapkan.

3.5.4 Jadual RMT juga telah disediakan iaitu makan pada jam 7.20 pagi.

3.5.5 Murid yang tidak hadir akan diganti dengan murid penganti.

3.5.6 Seramai 33 orang murid telah menerima RMT pada tahun ini.

3.5.7 Guru bertugas mestilah membuat laporan setiap hari dan memastikan
penyediaan makanan diuruskan dengan betul terutama dari segi kebersihan.
Tindakan/Catatan :

3.6. MOTIVASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING (


3.6.1 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Program Mentor Dan
Mentee. Semua guru dan semua murid terlibat dalam pogram ini dari Tahun 1
hingga ke murid Tahun 6. Antara program Unit Bimbingan dan Kaunseling
adalah :
a) Program Mentor Mentee - Febuari
b) Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6- Febuari
c) Kem motivasi anjuran sekolah,PIBG, dan PPD.- Mac-Ogos
d) Program PPDa peringkat sekolah. - Mac
3.7. KWAPM (
3.7.1 Permohonan KWAPM tahun 2016 bagi Tahun 2-6 telah dijadualkan
pada hujung tahun 2015.
3.7.2 Seramai 23 orang murid telah mendapat KWAPM.
3.7.3 Manakala permohonan murid Tahun 1 akan dibuat pada awal tahun
2016 .
3.7.4 Pada tahun ini permohonan KWAPM akan dibuat secara atas talian.
Seorang guru biasiswa (selain GPK) akan dilantik bagi menguruskan
perkara ini. Guru biasiswa yang dilantik ialah Abd Rahim.
Tindakan/ Catatan :

3.8. KANTIN (
3.8.1 Pengusaha kantin adalah . Beliau
merupakan pengusaha kantin baru.

3.8.2 Perjanjian kantin adalah selama dua tahun iaitu bermula 2016 dan
tamat pada 2017. Perjanjian kantin bermula pada 30 November dan
berakhir pada 1 Disember 2017.
3.8.3 Guru diminta membuat laporan yang betul dan telus mengenai kantin
dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan pengusaha
tersebut.

3.8.4 Jawatankuasa kantin akan menghias kantin supaya kelihatan lebih


kemas dan ceria.

Tindakan/ Catatan :
3.9. KESELAMATAN
3.9.1 Latihan keselamatan murid seperti latihan kebakaran akan diadakan
secara berkala.
3.9.2 Keselamatan murid menjadi keutamaan semua guru pada setiap masa
persekolahan.
3.9.3 Pelan kebakaran telah ditampal di sekitar sekolah dan juga di dalam
kelas.
Tindakan/ Catatan :

3.10. PROGRAM PENCEGAHAN DADAH (PPDa)


3.10.1 Menubuhkan Ahli Jawatankuasa (carta organisasi)
3.10.2 Mengadakan sudut PPDa di sekolah
3.10.3 Mengadakan Program Pencegahan Dadah.(Mac) Diantara program Hari
Pencegahan Dadah ialah:
i) Perasmian oleh Puan Guru Besar. 14.03.2016
ii) Pertandingan melukis poster dan mewarna. 16.03.2016
iii) Ceramah oleh pegawai AADK Raub. 17.03.2016
Tindakan/Catatan :

3.11 YAYASAN PAHANG (


3.11.1 Jumlah penerima Yayasan Pahang pada tahun ini adalah seramai 32 orang.

Tahun 4 9 orang.
Tahun 5 14 orang
Tahun 6 9 orang

Tindakan/Catatan : Pn

4.0. HAL-HAL LAIN

4.1 meminta semua guru kelas memastikan maklumat murid dalam APDM
disemak sebelum disahkan oleh Guru Besar.
4.2 berharap semua guru memberikan kerjasama dalam semua program di bawah
Unit HEM terutamanya program Guru Penyayang yang diadakan pada setiap
pagi .

4.3 Semua guru diharap dapat memastikan melengkapkan laporan RMT, laporan
Guru Bertugas, laporan Kehadiran Murid dan menutup register setiap bulan.
Tindakan/ Catatan :

5. Pn Yuhana Bt Mihat mencadangkan agar mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00


petang sehingga ke masa yang akan ditetapkan kemudian. Disokong oleh semu guru.

Disediakan oleh : Disahkan oleh,

() GPK HEM
Guru Besar
SK Ulu Dong Sk ULu Dong

Anda mungkin juga menyukai