Anda di halaman 1dari 12

Peranan Komputer dan Internet Dalam pendidikan Matematik

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat


memurnikan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sedekad yang lalu, NCTM ( National
Council of Teachers of Mathematics, 1980 ) telah menggariskan cadangan supaya pengajaran
matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroff ( 1982 )
menyarankan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan setakat boleh
memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah
kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Situasi yang sama mungkin wujud dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah.

Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan


matematik dan perlu dititikberatkan. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna
seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Mengikut Laporan
Cockcroff ( 1982 ) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemah kepada sebutan
dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan
fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Situasi ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan sesetengah pelajar.
Masalah dan kesukaran mentelaah ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim 1989 ).

Hasil beberapa kajian yang telah dijalankan ( Funkhouser, 1983; Henderson and Landersman,
1992; Chazan,1998; Mccoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) mendapati bahawa:-
 Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih
positif terhadap dirinya serta berkeyakinan sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan yang lebih komplek.
 Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu
pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah serta berkesan.
 Kemajuan dan pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir didapati ada menunjukkan
peningkatan yang posotif.
 Situasi pembelajaran pelajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka panjang dan dapat mengintegrasikannya dalam bidang-
bidang lain.
Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer melibatkan
beberapa aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet. peranan dan penggunaan
internet telah dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara
khususnya dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik
darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli
masyarakat umumnya.

Melalaui kajian yang telah dijalankan oleh Christie ( 1996 ) terhadap penggunaan
mel elektronik( e-mail ) dan penerokaan maklumat di kalangan pelajar sekolah rendah
mendapati bahawa, selain daripada semangan belajar secara kumpulan ( pembelajaran
kooperatif), para pelajar juga semakin mesra dengnan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha
untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality ). Mereka sentiasa menemui maklumat
baru dan bahan - bahan yang menarik perhatian. Nolan dan Martin ( 1994 ) menyatakan
bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah
membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan
lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial di kalangan
pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer internet diberikan ( Bier et,
1996 ).

Kang ( 1995 ) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel elektronik ke atas
sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik
kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya sampai dalam beberapa minit
sahaja. Para pelajar juga amat berhati - hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat
kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini
akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi
dalam internet seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan
yang akhir - akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih
( Everett and Ahern, 1994 ).

PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK


Pengenalan :-

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan
kita sehari-hari. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat
sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan


supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.
Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-
kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Teknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden /elektronik seperti


komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar
dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan
menyampai maklumat melalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, video
conferencing, CD, multimedia. ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen,
penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat
dan gaya pembelajaran kanak-kanak.

Matlamat ICT Mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat


bermaklumat. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital dapat
menyediakan persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak. Ng
Wai Kong, 1999 . Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang
memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya
sifat inkuari yang ada dalam diri kanak-kanak. Bill Gates, 1999

Apa dia ICT? Information & Communication Technology Teknologi Maklumat


dan Komunikasi Suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi keperluannya. Data yang
tersusun. Proses saling menghantar dan menerima maklumat. Apa dia ICT? Manusia Alat
Tatacara Sumber SISTEM Hard Technology Soft Technology. Apa dia ICT? Komputer
Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat & Komunikasi. Alat P&P Kurikulum PPBK
Multimedia Internet Prasekolah ICT Dalam Pendidika.

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI


Teknologi Maklumat Penggunaan teknologi moden /elektronik seperti komputer,
rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan
mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan
menyampai maklumat melalui alat perhubungan modern seperti audio, satelit, internet, video
conferencing, CD, multimedia. Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT
secara terancang , bersesuaian , dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan P&P Konsep penggunaan ICT dalam P&P. ICT untuk pembelajaran tutoran ICT
untuk pembelajaran penerokaan ICT sebagai aplikasi ICT sebagai pemudah komunikasi
Adapted from Barbara Means classifications of technology use in learning, 1994 Pendekatan
penggunaan ICT dalam P&P Kategori pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran

ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila diguna untuk menyampai


kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutoran ini
merangkumi: Pembelajaran ekspositori – penjelasan terperinci Demonstrasi sesuatu fenomena
yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem, Latihan atau latihtubi yang
disampai dan dikawal oleh sistem ICT untuk Tutoran Penggunaan ICT untuk pembelajaran
penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses
maklumat daripada CD-ROM, Internet, gerbang maklumat dll. mengalami, mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan
babaknya boleh dikawal oleh murid ICT untuk Penerokaan.

ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid


melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p .
ICT sebagai Aplikasi ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk
memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi
maklumat yang pelbagai bentuk. ICT sebagai Pemudah Komunikasi. Di mana kita? Prinsip
penggunaan ICT ialah supaya pembelajaran yang optimum berlaku. terancang , sesuai dan
berfikrah Bergantung kepada infrastuktur , perkakasan dan perisian yang ada.

KENAPA PENDEKATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ?

Pendekatan ini digunakan untuk: Membantu proses pengajaran dan


pembelajaran; Memperolehi maklumat; Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan
bersama rakan sebaya; dan Memperkayakan pengalaman pembelajaran ~Petikan drp
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

CIRI CIRI KANAK KANAK PRASEKOLAH

Kanak-kanak 2-6 tahun peringkat pra operasi masih mengunakan deria


(penglihatan dan pendengaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat
Bergantung kepada tanggapan serta merta kanak kanak (immediate perception) Pengetahuan
kanak- kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan Mengetahui apa
yang betul dan apa yang salah dengan cara mudah

PERKEMBANGAN OTAK KANAK KANAK PRASEKOLAH

Otak kiri khusus dalam resepsi (penerimaan) - pendengaran, dalam bahasa


bercakap dan membaca dan mengira Otak kanan khusus dalam persepsi dan interpretasi
(tanggapan & terjemahan) Umur 5 tahun otak kiri dan kanan sudah ada kordinasi Kedua otak
perlu dirangsang melalui pelbagai aktiviti dan ICT boleh membantu nya. Manfaat penggunaan
ICT dalam P&P Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran Memberi peluang pembelajaran
yang sama Meningkatkan motivasi Membolehkan pembelajaran kendiri Mengakses maklumat
yang sukar diperolehi Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar
Melaksanakan eksperimen yang mahal, mustahil dan bahaya Meningkatkan kreativiti dan
imaginasi Pembelajaran berkesan dengan bimbingan minimum Meningkatkan kemahiran ICT

KELEBIHAN ICT DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN.


1. Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif.
2. Penilaian dapat dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
3. Bahan dapat digunakan berulangkali.
4. Bahan boleh digunakan di mana kaedah tradisional tidak dapat dijalankan.
5. Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.

KEBAIKAN MENGUNAKAN ICT


Penyertaan aktif oleh kanak kanak Mengikut kadar kebolehan sendiri Pengulangan
kerja memberi pengukuhan Berkerjasama - pembelajaran koperatif Meneroka –dibidang baru
Pengalaman konkerit – deria Interaktif – antara komputer & kanak kanak Latih tubi – tanpa
jemu oleh komputer

KEBAIKAN MENGUNAKAN ICT DENGAN STAIL BELAJAR KANAK-KANAK


Latih tubi-untuk meningkat kemahiran Latihan tutorial – untuk pemulihan Memberi simulasi
keadaan tertentu Merasai suasana sebenar (gambar/grafik) Guna untuk tujuan khusus:
Membetul perkataan Menyemak ejaan jawapan.

Kelebihan ICT Dalam P&P:


1. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan.
2. Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding
tradisional.
3. Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
4.ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif.
Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
5.Ia menarik kerana bercorak interaktif.
6.Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
7.Bahan dapat digunakan berulangkali .

Kepentingan dan Prinsip Penggunaan ICT untuk kanak-kanak


Kepentingan penggunaan ICT
1. Membantu membentuk persepsi pemikiran murid.
2. ICT sebahagaina daripada kehidupan masa kini
3. Boleh dijadikan bahan bantu mengajar Boleh diprogramkan dengan perisian khas
4. Dapat merangsang minat murid dan memberi keseronokan.
5. Dapat merangsang kreativiti dan pemikiran
6. Membantu memudahkan murid memahami konsep sebab dan akibat
PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN ICT
1. Kesesuaian umur
2. Kepentingan
3. Kawalan kanak-kanak
4. Arahan jelas
5. Penggunaan berdikari
6. Tanpa keganasan
7. Berorientasikan proses
8. model yang sebenar
9. Ciri-ciri teknikal
10. Boleh ditranformasikan
11. Kepelbagaian bahasa

PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK


Penggunaan teknologi komputer dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di
negara - negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Bagi mencapai
wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam mengecapi arus perdana
pembangunan berasaskan teknologi komputer. Dari perspektif harian, ianya bukan sahaja
mampu membantu tugas - tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi sebagai alat
untuk menjayakan lagi aspek persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua
mata pelajaran. Terciptanya mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yang
memberangsangkan terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan di Malaysia.
( Norhashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996 ).

Penggabungan penggunaan aspek teknologi dalam kurikulum sekolah dapat


menyemai dan memupuk sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Persekitaran dan
budaya sekolah seharusnya dari sesuatu pembelajaran yang bersifat memori kepada yang
berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini
( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 ). Berlandaskan tanggapan ini, pihak kerajaan
melalui Kementerian Pendidikan berhasrat mengujudkan Sekolah Bestari sebagai pemangkin
bagi memenuhi agenda perancangan dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia
Super Corridor atau MSC ).

Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas - luasnya kepada


penggunaan teknologi komputer dan Internet dan dapat menjanakan sistem pendidikan yang
lebih komplek dan fleksibiliti
( KPM 1997 ).

Peluasan penggunaan internet dalam urusan perniagaan dan komunikasi akan


memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Kepentingan Internet Kepada Kanak-Kanak


Gagasan Koridor Raya Multimedia (MSC) telah menggalakkan penggunaan internet
di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun kecapaian internet belum menyeluruh di negara ini,
tetapi teknologi ini telah digunakan di semua peringkat masyarakat, termasuk golongan kanak-
kanak.

Kanak-kanak boleh mendapatkan banyak maklumat tentang negara, sistem


pendidikan, budaya, teknologi, pertanian dan geografi dengan melayari internet. Golongan
kanak- kanak masa lampau terpaksa menghabiskan masa yang lama di perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat. Kadangkala maklumat yang dicari sukar didapati. Kini, kanak-kanak
mendapat semua maklumat yang diperlukan dengan hanya menekan butang komputer. Dengan
bantuan internet, kanak-kanak boleh mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang
dikehendaki secara mudah. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media
elektronik (e-mel), carian fail Archie, kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting).
Internet juga membenarkan komunikasi antara kanak-kanak di seluruh dunia. Penggunaan e-
mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai
sosiobudaya masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah
dan geografi antara rakan siber mereka.

Pertukaran maklumat antara kanak-kanak boleh membantu proses pengembangan


mental dan psikologi mereka sepanjang proses tumbesaran. Internet memberi peluang kepada
kanak-kanak membuat analisis yang lebih mendalam ke atas subjek yang diminati.
Perpustakaanperpustakaan di seluruh dunia merupakan sumber kepada kanak-kanak untuk
pengkajian terhadap sesuatu subjek dalam pembelajaran mereka. Jika maklumat yang dicari
tidak terdapat di perpustakaan tempatan, maklumat ini dapat diperoleh dan perpustakaan di
luar negara.

Kanak-kanak boleh didedahkan kepada internet dengan penyeliaan ibu bapa.


Kanak-kanak didedahkan kepada penggunaan e-mel untuk menghantar berita, maklumat dan
foto tentang pelbagai topik. Mereka berkongsi maklumat. Semakin matang pemikiran mereka,
kanak-kanak dibenarkan melanggan dan menyumbang buah fikiran kepada kumpulan
perbincangan bagi berkongsi berita dan pengalaman. Kanak-kanak yang didedahkan kepada
World Wide Web (www) dapat mencari maklumat yang dikehendaki.

Di peringkat umur yang muda ini, kanak-kanak terdedah kepada pelbagai masalah
sosial seperti lepak, bohsia dan kegiatan di kelab-kelab malam dan disko. Dengan adanya
internet, kanak-kanak ini tidak akan keluar rumah. Mereka menghabiskan masa melayari
internet mencari maklumat ataupun membaca pelbagai bahan menarik yang dipaparkan.
Mereka dapat menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan
kereta api sebagai hobi. Im bukan sahaja mengisi masa lapang kanak-kanak, malahan
meningkatkan kecerdasan otak.

Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor’ siber yang
berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak
dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia
dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya
menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu, kanak-
kanak yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh tutor maya yang berupaya
mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang paling menarik. Oleh itu, golongan kanak-
kanak senang tertarik dan ingatan mereka bertambah baik.

Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan


kanak-kanak kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan bertukar-
tukar pendapat dengan penduduk di seluruh pelosok dunia. Perkembangan ini telah
menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu menjadi semakin
mudah.

Isu-Isu Keburukan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang Sering Dibangkitkan
Pada zaman negara Malaysia yang pesat membangun ini penggunaan ict semakin
meluas kepada semua golongan tidak terhad kepada golongan pekerja dan dewasa sahaja tetapi
kanak-kanak juga tidak ketinggalan dalam mengikut rentak arus globalisasi ini. Kanak-kanak
kini juga sudah tahu menggunakan komputer. Mereka boleh membuka dan menutup komputer.
Mereka juga boleh menerokai perkara-perkara baru. Namun sejauh manakah ict boleh
membawa manfaat kepada kanak-kanak khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana
ict juga boleh membawa keburukan kepada mereka.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka ke
arah menjadikan mereka insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang namun oleh kerana
kebanyakkan ibu bapa yang sibuk mengejar duniawi dalam mencapai kejayaan, status dan
pangkat namun mereka lupa memberi didikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Ibu
bapa yang bekerja di kota metropolitan amnya lebih cenderung bekerja daripada pagi hingga ke
malam. Tugas mengasuh dan mendidik anak-anak diberikan kepada pengasuh yang digaji di
rumah. Semasa kanak-kanak itu berada ditadika bolehlah guru melihatnya namun jika dirumah
pengasuh tidak semestinya dapat menjaga semua gerak geri anak kita. Kanak-kanak akan
menjadi bosan kerana tiada kawan untuk mereka bermain jadi mereka memilih untuk bermain
permainan dalam komputer.

Kanak-kanak akan duduk bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran


dan tawaran permainan tersebut, Oleh kerana kanak-kanak ada sifat ingin tahu yang tinggi
dalam diri mereka maka mereka akan terusan bermain sehingga dapat mengetahui apakah yang
berlaku pada penghujung permainan itu.Mereka boleh menjadi ketagih dengan permainan
komputer. Jadi perkembangan mereka tidak akan berlaku dengan apa yang sepatutnya dicapai
oleh kanak-kanak lain. Kecerdasan interpersonal mereka tidak akan berkembang kerana mereka
hanya duduk bermain permaianan komputer.Mereka hanya memikirkan bagaimana mereka
dapat menang dalam permainan tersebut sahaja daripada disudut sosio-emosi kanak-kanak itu
mempunyai sifat pentingkan diri dan tidak ingin mengalah. Sifat itu bagus namun jika ia
diaplikasikan dalam kehidupan mereka dalam semua situasi ia menjadi sesuatu yang tidak baik
untuk mereka kerana ia memberi pengaruh yang negative. Kanak-kanak tersebut sudah pasti
akan hanya memikirkan kepentingan mereka sahaja dan tidak mahu mengalah. Jika ianya
diadaptasi dalam kehidupan mereka sebagai contoh di tadika kanak-kanak seperti ini tidak akan
berkongsi barang permainan mereka dan jika ada pertandingan mereka akan cuba
mendominasi pertandingan tersebut dan akan mengalami kekecewaan yang teramat sekiranya
mereka kalah dalam pertandingan itu.

Seterusnya ict juga memberi impak yang buruk kepada kanak-kanak sekiranya ianya
tidak dicegah. Penggunaan internet tanpa kawalan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat
mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka. Sebagai contoh bahan pornografi
yang banyak tersebar didalam internet. Jika ia menaip kata kunci yang salah dan terbuka laman
web yang tidak sepatutnya tiba-tiba laman web itu muncul kanak-kanak akan melihatnya kerana
sudah fitrah semulajadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.Oleh sebab itulah
kanak-kanak kini dapat mengetahui apa yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Mereka akan
meniru perkara-perkara negative itu tanpa mengetahui bahawa perkara itu sebenarnya salah.

Ict pada zaman kini merupakan sesuatau yang amat diperlukan dalam pendidikan
dan digunakan oleh guru ditadika-tadika namun tidak semua guru dapat mengaplikasakan ict
dalam pengajaran mereka. Guru ditadika tidak semuanya mahir dalam menggunakan komputer
dan kebolehan penggunaan komputer adalah terhad. Mereka tidak diberi latihan yang
mencukupi maka komputer yang ada terbiar begitu sahaja dan tidak digunakan ini kan
menyebabkan berlakunya pembaziran.

Mereka tidak tahu mereka sebenarnya boleh mengaplikasikan pengajaran mereka


dengan menggunakan komputer. Sebagai contoh pengajaran bercerita, mereka boleh
menggunakan aplikasi Microsoft movie maker untuk digunakan di dalam kelas namun
kadangkala jika ianya terlalu kerap digunakan, guru itu akan menjadi malas untuk membuat
bahan pengajaran dan memikirkannya kerana kebanyakan maklumat mereka boleh
menggunakan teknik ‘copy and paste’. Mereka tidak akan menjadi kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak akan menjadi bosan kerana guru mereka tidak kreatif dalam
menyampaikan pengajaran kepada mereka.Mereka tidak akan dapat belajar dengan berkesan.
Sebagai contoh guru tersebut hanya meninggalkan kelas dan menyuruh murid untuk melihatnya
sahaja tanpa bimbingan khusu daripada guru. Secara tidak langsung guru tidak akan dapat
mengesan tahap pencapaian murid dari segi kelemahan dan kebolehan mereka.

Kanak-kanak tidak akan dapat menonjolkan bakat mereka dan penguasaan mereka
terhadap sesuatu perkara itu tidak dapat dinilai dan akan terbiar begitu sahaja. Deria
rangsangan mereka tidak dapat dikembangkan kerana mereka tidak dapat mengetahui sesuatu
yang sebenar. Misalnya, murid akan mengetahui sesuatu itu seperti epal dalam gambar sahaja
tanpa mengalami sebenar pengalam itu dengan merasakan bahawa epal itu sebenarnya bulat
dan rasanya manis. Hal ini kerana kanak-kanak akan lebih mudah mengingati perkara dan
belajar melalhui pengalam mereka disekeliling.

Guru juga akan menjadi malas lebih-lebih lagi dengan adanya akses internet dan e-
mail. Melalui e-mail mereka boleh menukar hasil kerja mereka dan penghasilan terhadap
sesuatu perkara itu tidak menjadi produktif dan kreatif. Kaedah pengajaran akan menjadi
stereotaip sahaja.Kanak-kanak tidak akan mendpat pembaharuan dalam pembelajaran mereka.
Semua kanak-kanak akan belajar perkara yang sama dengan cara yang sama. Hal ini secara
tidak langsung menjadikan kanak-kanak malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi
pembelajaran.
Guru akan menjadi gelabah dan pengajaran tidak akan berlaku jika guru tersebut hanya
bergantung sepenuhnya kepada penggunaan komputer. Jika komputer itu rosak dan mempunyai
masalah guru tidak akan dapat mengajar dan menyebabkan kanak-kanak akan memenuhi
aktiviti mereka dengan perkara yang tidak berfaedah.

Dalam pembelajaran bahasa misalnya dengan penggunaan komputer mereka


tidak akan dapat belajar menyebut dengan betul kerana mereka hanya mendengar sahaja
perkataan itu daripada audio yang dimainkan oleh komputer. Artikulasi mereka akan menjadi
kurang betul dan tidak tepat. Diksi yang keluar daripada komputer juga amatlah terhad kerana
kanak-kanak tidak akan belajar lebih daripada apa yang telah disetkan oleh guru mereka sahaja
dan mereka tidak dapat mengaplikasikan diksi itu dalam kehidupan mereka dengan betul kerana
mereka tidak dapat mengetahui secara jelas penggunaan diksi tersebut. Maka tahap kemahiran
berkomunikasi mereka akan menjadi sangat lemah. Mereka tidak akan dapat menggunakan
frasa-frasa ayat yang sesuai kerana kelemahan mereka dalam aspek pemilihan diksi.

Dalam usaha mengintegrasi teknologi dalam pembelajaran sebenarnya


menghadapi beberapa halangan yang harus difahami oleh guru dan pentadbir. Guru dan
pentadbir haruslah bersedia menerima perubahan ini dengan fikiran terbuka dan postif serta
cuba menengani perubahan yang bakal timbul dalam proses pengintegrasian teknologi ini. Di
antara halangan-halangan itu mungkin masa, latihan guru, sumber dan teknologi. Untuk beralih
daripada kaedah tradisional kepada teknologi sudah tentu mengambil masa yang lama. Guru-
guru perlu mengikuti kursus kemahiran ICT secara berperingkat-peringkat dan mendapat
sokongan dari pentadbir, kementerian serta sumber pakar-pakar dalam ICT yang mendapat
kemahiran daripada luar negara. Bagaimanapun halangan yang besar adalah guru perlu
menyesuaikan diri dengan alat teknologi dan menguasai pedagogi untuk mengurus kelas.

Kay (1990) merumuskan bahawa sikap, kesedaran dan keupayaan aplikasi perisian
merupakan cara terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen terhadap penggunaan
komputer.Woodrow (1991: 165) menjelaskan kesedaran tentang sikap guru pelatih terhadap
komputer sebagai " a central in the evaluation of computer course and in the development of
computer based curricula". Tanpa persiapan dari aspek sikap, segala perubahan yang
dicadangkan akan menghadapi halangan yang paling besar untuk membentuk dan
menggerakkan jentera utama perubahan iaitu sumber manusia ke arah menjayakan program
perubahan di dalam sesebuah organinasi besar seperti kementerian pendidikan.

Matlamat utama pengintegrasian teknologi adalah untuk melibatkan pelajar dalam


pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata.

Intihanya, ICT sememangnya membawa kebaikan kepada kita namun terdapat


keburukan dalam penggunaan ICT sekiranya diabaikan begitu sahaja boleh memberikan kesan
yang negative kepada kanak-kanak. Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan
bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa
bergantung sepenuhnya kepada ICT . Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah
digalakkan kepasa semua guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya
teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur kebelakang
dan tidak dapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanaya tidak dapat memajukan
negara.

Anda mungkin juga menyukai