Anda di halaman 1dari 1

CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR

1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA

Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa
membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
(Mulakan karangan anda dengan Tanpa membuang masa aku mengatur
langkah dan merancang mengadakan )

Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang
mengadakan kutipan dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum
berbuat demikian, aku dan Arni meminta persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan
memuji langkah yang kami lakukan.
Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan
sekolah telah pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah
ini turut serta, kata Encik Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu
seberapa segera. Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah.
Semua murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15.
Wang yang diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik
Tamrin menyatakan sesuatu.
Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid
yang prihatin, kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu
sampul surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan.
Aku diminta menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi
Cikgu Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan
mendoakan semoga roh suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang
yang beriman.

Anda mungkin juga menyukai