Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada


Yang Berbahagia Yang Di-Pertua PIBG SK Pengkalan Rinting,
________________________. Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK
Pengkalan Rinting, En Md Shuri bin Sultani, Penolong Kanan, guru-
guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei
setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, GURU
PEMBINA NEGARA BANGSA dipilih sebagai tema Hari Guru.
Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang
yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan
bersahsiah mulia. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru.
Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita
dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan
kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya
jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar
kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita
mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru
mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala
nasihat dan bimbingan mereka.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk
rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala
masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan
pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.
Terima kasih cikgu-cikgu
Dengan cara apapun kau berbakti
di perantauan nun jauh dari yang dikasihi
di papan tulis jari jemari mu menari
di pancuran wuduk mengajarku bersuci
di balapan padang kau memacu lelah ku berlari
di dalam kereta mu menjadi nadi aktiviti
di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi
di bilik rawatan sakit demam ku kau ubati
di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan
kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu
sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu.

Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu,
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu,
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu cikgu,
Terima kasih cikgu.
Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua murid SK
Pengkalan Rinting ingin memohon maaf atas segala kesalahan dan
kesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru
2017” kepada semua guru SK Pengkalan Rinting. Segala pengorbanan
cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.

Selamat Hari Guru,

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai