Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepadaYang Berbahagia
Yang ________________________.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar,
Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian.

Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkanselamat menyambut Hari Guru kepada
semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita
mengadakansambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei
setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru Insani Pemangkin
Generasi Madani dipilih sebagai tema Hari Guru.

Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarangyang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian, Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita


sehingga kitadapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran
dankesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnyajasa itu
dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajarkita supaya kita dapat
membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kitamestilah
menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar gurumestilah kita dengar dan
patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segalanasihat dan bimbingan mereka.

Rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk
rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang
kita fahami dalam pelajaran.

Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di
sekolah. Terima kasih cikgu-cikguDengan cara apapun kau berbakti di perantauan
nun jauh dari yang dikasihi di papan tulis jari jemari mu menaridi pancuran wuduk
mengajarku bersucidi balapan padang kau memacu lelah ku berlari di dalam kereta
mu menjadi nadi aktivitidi saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasidi bilik
rawatan sakit demam ku kau ubatidi pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkankerana tidak
pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamusungguh bererti kepada kami
semua. Terima kasih, cikgu.
Cikgu, Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu cikgu, Kalau dalam lautan
Atlantik, dalam lagi jasamu cikgu, Kalau harum bau kasturi, harum lagi
pengorbananmu cikgu, Terima kasih cikgu. Sebelum saya menutup tirai, saya
mewakili semua murid __________________ ingin memohon maaf atas segala kesalahan
dankesilapan kami dan seterusnya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru 2023”
kepada semua __________________. Segala pengorbanan cikgu akan kami semat dan
hargai selagi hayat dikandung badan.

Selamat Hari Guru,

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai