Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Terima kasih Pengacara Majlis. Assalamualaikum wtw, salam sejahtera dan salam
keluarga Malayisa...

Yang Berusaha Encik Ong Yong Heng, Guru Besar SK Bukit Lalang Semporna.
Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru.
Yang dihormati Tuan Hj Abd Razak Tampi, YDP PIBG SK Bukit Lalang.
Yang disayangi rakan-rakan murid sekalian.

Saya sebagai ketua murid dan mewakil semua murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi
mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai
Hari Guru. Pada tahun ini, ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ dipilih sebagai tema Hari
Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai
kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita
amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak
pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. Guru
juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati
guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan
sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar
sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami
dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa
mengajar kita di sekolah. Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami
ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh
bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan
fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai