Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera dan salam Yuh Min Cemerlang.

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha Guru besar, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pertama
sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya,
selaku wakil murid untuk memberikan ucapan, sempena Hari Guru 2019, yang sepatutnya disambut pada
16 Mei.

Hadirin sekalian,
Tahun ini, Guru, obor hemah meyinari pertiwi, telah dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat
bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang
lebih mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Segalanya bermula daripada seorang guru.
Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,

Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat membaca, menulis dan
mengira perlulah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka melayani karenah kita amatlah besar
nilainya. Jasa itu akan kami kenang hingga ke hujung hayat.

Rakan sekalian,

Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan yang cemerlang di
dunia dan akhirat. Merekalah insan yang sedia mendengar segala masalah kita. Gurulah segala-galanya
bagi kami. Oleh itu, guru-guru di SKC Yuh Min ini merupakan pendidik yang cukup hebat dalam
mendidik kami semua.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah mengenal erti jemu
dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Itu adalah kata-kata Sasterawan Negara, Usman Awang dalam puisinya Guru Oh Guru. Saya akhiri
ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon Ortiz tentang pendidikan.

“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in the lives of their students.”

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai