Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN KETUA PENGAWAS SMK PERNU

Tanggal 16 Mei 2014 tidak lama lagi bakal menjelma. Saya begitu yakin
semua sekolah akan mengadakanSambutan Hari Guru pada peringkat
sekolah. Selain daripada ucapan Guru Besar dan bacaan perutusan
Sambutan Hari Guru yang bertema "Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana
Inovasi", sudah pastilah akan ada ucapan daripada wakil murid.

Setelah saya membelek-belek akhbar sisipan Didik-Berita Harian, saya
terjumpa karangan ucapan Sempena Hari Guru. Oleh itu, saya
berasakan karangan ini sesuai dijadikan teks ucapan wakil
muridsempena Hari Guru nanti. Cuma teks ucapan ini boleh disesuaikan
dengan sekolah masing-masing. Oleh itu, saya telah menambah beberapa
perkara dalam teks ucapan tersebut untuk disesuaikan dengan tema hari
guru pada tahun ini.

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan
rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei
setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru:
Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema
ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi.
Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah
kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat
mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan
mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang
sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat
membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita
mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah
kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan
bimbingan mereka.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin
belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah
yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang
sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan
kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh
bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya
ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Anda mungkin juga menyukai