Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SUPRIMAS 2023

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Ridzuan selaku pengerusi majlis pada hari ini. Yang
berusaha, Ustaz Mazlan bin Mohamad, Guru Besar SK Sungai Ular, yang dihormati Ustazah
Tuan Kamariah binti Tuan Sarif, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, yang dihormati Cikgu
Mohamad Harris bin Muda, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, yang dihormati Encik Malek
Rizuan bin Ali, NYDP PIBG SK Sungai Ular, para guru yang dihormati, seterusnya rakan-
rakan yang dikasihi sekalian.

Hadirin sekalian,
Pada hari ini, kita semua akan menyambut hari yang penting, iaitu Hari Guru. Tema hari guru
pada tahun ini ialah “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”. Guru merupakan insan yang
mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan.
Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Guru tidak pernah
jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Hadirin sekalian
Guru juga merupakan orang yang sentiasa memberi semangat kepada kita supaya rajin
belajar sehingga berjaya. Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu,
kita perlu menghormati guru sebagaimana kita menghormati kedua ibu bapa kita. Segala
nasihat dan tunjuk ajar guru perlu kita patuhi. Jangan sesekali kita mengabaikan segala
nasihat dan bimbingan mereka.

Wahai guru yang kami yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Segala pengorbanan, penat lelah sepanjang
mendidik amat bererti buat kami. Terima kasih cikgu. Saya akhiri ucapan saya dengan petikan
sajak Guru oh Guru, karya Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis- baca

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai