Anda di halaman 1dari 2

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera


Terima kasih Pengerusi Majlis.
Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Putatan En. Kasbulah
Mangun,yang dihormati YDP PIBG, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Pertama sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih,
kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya, selaku wakil murid untuk
memberikan ucapan, sempena majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Kebangsaan Pekan Putatan
Hadirin sekalian,
16 Mei merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh
ini saban tahun telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama, pada
tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah
menerima LAPORAN RAZAK, yang telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan,
semenjak hari itu.
Tahun ini, GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA, telah dipilih sebagai tema Hari
Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat
mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya
bermula daripada seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan
mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mengenal
abc, 1,2,3, one two three dan alif, ba, ta perlulah kita sanjung. Kesabaran dan
kesungguhan mereka melayani karenah kita amatlah besar nilainya. Jasa itu akan
kami kenang hingga ke hujung nyawa.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan
yang cemerlang di dunia dan akhirat. Mereka lah insan yang sedia mendengar segala
masalah kita. Guru lah segala-galanya bagi kami. Oleh itu, guru-guru di SKPP ini
merupakan pendidik yang cukup hebat dalam mendidik kami semua.
Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah
mengenal erti jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Itu adalah kata-kata Sasterawan Negara, Usman Awang dalam puisinya Guru Oh
Guru. Saya akhiri ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon Ortiz tentang
pendidikan.
“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in the lives
of their students.”
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai