Anda di halaman 1dari 27

ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT Pengenalan 1.0 Definisi Konsep Fonologi dan Fonetik 2.

0 Definisi Fonologi dan fonetik 3.0 Jenis-jenis Fonetik 4.0 Bunyi Bahasa 5.0 Sistem ejaan rumi bahasa Melayu 6.0 Penutup Bibiliografi 3 3-4 4-5 6-7 7-36 37-48 3 Pengenalan Tanpa kita sedari bahawa pembelajaran utama dan pertama yang diperolehi oleh manusia adalah bahasa. Bahasa dalam hal ini tidak hanya memiliki pengertian sebagai serangkaian huruf dan kata, akan tetapi meliputi seluruh persamaan komunikasi verbal mahupun nonverbal. Hal ini secara alamiah dunia kebahasaan telah terintegrasi dalam diri setiap manusia. Dalam tugasan ini kita akan mengkaji dan membincangkan tentang kajian utama kita iaitu fonologi dan fonetik. Kedua-dua tajuk utama akan dihuraikan secara lebih terperinci dan mendalam. Selain itu, kita akan dapat mengkaji maksud istilah-istilah seperti fonologi, fonetik dan fonemik. Disamping itu,bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong bahasa melayu dari segi artikulasi, lambang dan fonem juga akan dihuraikan dalam tugasan ini. 1.0 Definisi Konsep Terdapat dua definisi konsep yang akan dibincangkan iaitu definisi teoritikal dan definisi operasional. Definisi Teoritikal a) Fonologi Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan,khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of thesystematicorganization of selected speech sounds in the spokenform of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speechsounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. b) Fonetik Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian adalah kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu,fonetik bersaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itudan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetikmemakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr.Lufti Abas (1985). 4 Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979)the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang barmaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah fonetik. Definisi Operasional Setelah membuat penelitian berdasarkan pernyataan dari ahli-ahli linguistik saya dapati bahawa saya mendapati bahawa fonologi danfonetik mempunyai maksud tersendiri.

a) Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. b) Fonetik Bagi fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. 2.0 Definisi Fonologi dan fonetik Fonologi Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna dikenali sebagai bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu.Bidang fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagisesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan:The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously beencalled phonology . Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula,Phonology is the study of the function and patterning of speech sounds. Pernyataan ini maksudnya dalam bahasa Melayu kira-kira berbunyi,Fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Malaysia pula,fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendifinisikan fonologi itu sendiri.Kajian dalam bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua, yakni fonetik dan juga fonemik. 5 Fonetik Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi bunyi bahasa di mental dan belum dilafazkan. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik) dan pendengaran (auditori). Manakala definisi bagi fonetik pula, fonetik ialah merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas(1985). Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979)pula, The study of the sounds human beings employ when speaking alanguage is phonetics. Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: Pengkajian tentang bunyibunyioleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik.Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut dikenali sebagai fonetik artikulasi. Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini, ia melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan sebegini, bunit-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif. Seterusnya pula,deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan.Akhir sekali pula merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi,dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut,bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing-masing. Cabang fonetik ini juga dikelali

sebagai fonetik akustik. 6 3.0 Jenis-jenis Fonetik Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi. Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu: a) Fonetik Akustik b) Fonetik Artikulasi c) Fonetik Auditori Fonetik Akustik Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri.Namun, normanorma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116) Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan. Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan makna Ya dalam perbualan akan berubah menjadi makna Tidakapabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contohperbualan berikut: 1. em yang menunjukkan makna Ya Awak yang menghabiskan makanan itu? em.. 2. em yang menunjukkan makna Tidak Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu? emmmmm.. Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama Boersma, P. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang diberi nama Praat yang dapat mengukur elemen-elemen akustikseperti frekuensi fundamental (Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi dalam unit saat. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masing sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal akustik. 7 Fonetik Artikulasi Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi.Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa. Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras. Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara,sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya. Fonetik Auditori Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar.Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinyamempunyai makna emosi.Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur. 4.0 BUNYI BAHASA Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa jua bahasa di dunia ini. Dengan kata lain, bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.Bunyi-bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi siulan, tiruan daripada bunyi-bunyi haiwan, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan (mengiggil) dan sebagainya.Bunyi bersuara dan tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara.Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (atau

khususnya glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara dikeluarkan dari kedua-dua belah paru-paru melalui ruang tenggorok dan pita suara, kemudian masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Di dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara tersebut mungkin akan menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin tidak. 8 Sekiranya semasa udara itu melintas pita suara yang tertutup rapat, udara terpaksa keluar secara terdesak, maka bunyi yang timbul ialah bunyi batuk. Kalau pita suara renggang sedikit, udara dapat keluar melaluinya menyebabkan ia bergetar, maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Apabila pita suara renggang udara boleh keluar dengan mudah dan pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan memasuki rongga tekak dan dari sini, mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara ini sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. Kalau lelangit lembut dan anak ekak tidak menutupi ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasil disebut bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau. Selepas udara melepasi pita suara, ia bergerak pula ke rongga tekak. Dari rongga tekak, udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). Lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu, /a/ ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir. Bunyi Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu.Di mana empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ]dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggitingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. 9 Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

i Vokal hadapan ii Vokal tengah iii Vokal belakang Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah: 10 Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: Hampar Separuh hampar Bundar Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut: Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa. 11 Artikulasi Fonem Vokal i) Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ] cara membunyikannya : Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh: Awalan pertengahan akhiran [ijab] [minum] [beli] [insan] [kilang] [cari] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ]. ii) Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ] Cara membunyikannya : Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung.Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh: 12 awalan pertengahan akhiran [ekor] [kekok] [kole] [enak] [belok] [tauge] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit atau separuh tinggi [ e ]. iii) Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ] Bunyi vokal // dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah.Sebagai contoh: Cara membunyikannya : awalan pertengahan akhiran [sok] [kk] [sor]

[nak] [blok] [ol-ol] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah [ ]. 13 iv) Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ] Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a].Sebagai contoh: Cara membunyikannya: awalan pertengahan akhiran [angsa] [rapi] [lupa] [alis] [palam] [kena] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ]. v) Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ] Cara membunyikannya: Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh: 14 awalan pertengahan akhiran [ungka] [tuba] [batu] [ulam] [pucat] [kelu] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ]. vi) Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] Cara membunyikannya: Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [orang] [roket] [milo] [onar] [pocong] [keromo] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o]. 15 vii) Vokal Separuh Luas atau Separuh Rendah [] Cara membunyikannya: Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Untuk menghasilkan vokal // ini, belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan untuk menutup rongga nasal sementara pita suara dirapatkan sambil digetarkan. Bibir pula hendaklah dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal //.Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [leh] [b leh] [pidat ] [pera] [pr ton] [tomat ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah []. viii) Vokal Tengah [ ] Cara membunyikannya: Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi // akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh: 16 awalan pertengahan [mak] [blah] [mas] [clah] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [].

Bunyi Diftong Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal, iaitu pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan apabila ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata.Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong. 17 Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu. i) Artikulasi fonem diftong [ au ] Cara membunyikannya: Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang bundar. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [aur] [maulana] [pulau] [aurat] [saudara] [relau] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ]. 18 ii) Artikulasi fonem diftong [oi ] Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang terhampar. Sebagai contoh: pertengahan akhiran [boikot] [kaloi] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi] Bunyi Konsonan Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : (a) dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). (b) dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). (c) dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). (d) satu konsonan hentian glo tis. ( ? ) (e) dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) (f) dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ). 19 (g) satu konsonan getaran bersuara ( r ). (h) satu konsonan sisian bersuara ( I ). (i) empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n ) (j) dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ). (k) satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung. Artikulasi Fonem Konsonan 1) Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. Cara membunyikannya :

Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat kebelakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [batu] [lumba] [kelab] [balu] [labu] [maktab] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. 20 2) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Cara membunyikannya : Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [palu] [sampah] [malap] [pedang] [sepah] [kejap] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. 3) Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]. Cara membunyikannya : Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [datuk] [sedut] [salad] [diari] [saderi] [nomad] 21 Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d]. 4) Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ]. Cara membunyikannya : Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [tebu] [satu] [selat] [tabur] [ketum] [pelat] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t]. 22 5) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Cara membunyikannya : Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [gajah] [megah] [beg] [gelap] [sergah] [jag] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]. 6) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. Cara membunyikannnya : Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran

[kalau] [bekal] [selak] [kari] [cekal] [elak] 23 Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. 7) Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Cara membunyikannya : Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara.Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [jambu] [laju] [kolaj] [jambang] [baju] [mesej] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j]. 24 8) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []. Cara membunyikannya : Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara.Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [atan] [bea] [ma] [uba] [kaa] [kla] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []. 9) Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. Cara membunyikannya : Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh: 25 awalan pertengahan akhiran [rotan] [kerap] [pakar] [rancang] [perap] [cakar] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r]. 10) Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]. Cara membunyikannnya: Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [mantan] [semak] [selam] [maki] [amal] [suram] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m]. 26 11) Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Cara membunyikannya : Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [naga] [benam] [ikan] [niaga] [enam] [lokan] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. 12) Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n].

Cara membunyikannya : Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: 27 awalan pertengahan [nawa] [senap] [nasi] [guna] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n]. 13) Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara []. Cara menyebutnya : Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [ilu] [basal] [sena] [aa] [seal] [rena] 28 Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara []. 14) Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. Cara membunyikannya : Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [feri] [safari] [mualaf] [fasa] [kafir] [alaf] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. 29 15) Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Cara membunyikannya: Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan [van] [larva] [violin] [kanvas] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. 16) Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara []. Cara membunyikannya: Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paruparu disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: 30 awalan pertengahan akhiran [abit] [inin] [wari] [elasa] [pean] [keri] Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara []. 17) Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. Cara membunyikannya: Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar,

sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [zikir] [nazak] [lafaz] [zaman] [azimat] [hafaz] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. 31 18) Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [ x ]. Cara membunyikannya Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [xianat] [maxluk] [tarix] [xamis] [axbar] [marix] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x]. 19) Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Cara membunnyikannya : Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yangdisalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan. Sebagai contoh: 32 awalan pertengahan akhiran [sama] [nasi] [kipas] [silap] [asap] [tulus] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. 20) Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. Cara membunyikannya: Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [hantu] [mahir] [sirih] [haram] [dahan] [madah] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. 33 21) Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. Cara membunyikannya : Hujung lidah dikenakan ke bahagian tengah gigi-gusi. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah serta pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [lapar] [balik] [cekal] [lima] [bila] [pukul] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. 22) Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Cara membuyikannya : Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [wakil] [bawal] [straw] [wilayah] [tawakal] [takraw] 34 Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara

[w]. 23) Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. Cara membunyikannya: Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: awalan pertengahan [yuran] [sayu] [yakni] [bayar] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. 35 24) Konsonan geseran gigi bersuara []. Cara membunnyikannya : Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paruparu disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara.Sebagai contoh: awalan pertengahan [aif] [faru] [arurat] [hair] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi bersuara []. 25) Konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara []. Cara membunyikannya : Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antara lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [irik] [mukil] [Qurai] [urga] [aik] [skua] 36 Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara []. 26) Konsonan lelangit lembut bersuara [o]. Cara membunyikannya : Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat suatu sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [oaib] [looat] [tablio] [oairah] [maorib] [balio] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan lelangit lembut bersuara [o]. 37 5.0 Sistem ejaan rumi bahasa Melayu Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut: (i) Huruf vokal: a, e, i, o, u (ii) Huruf diftong: ai, au, oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal (iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy Huruf Vokal Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah. Huruf fonem di depan di tengah

di belakang a [a] sapi badi lupa e [] emak sena imperialisme [e] enak petak tauge i [i] itu simpan sini o [o] oleh kota pidato u [u] using tunas siku 38 Huruf Konsonan Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah: Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang /b/ b bahasa sebut adab /c/ c cakap kaca Mac /d/ d dua ada abad /f/ f fakir tafsir maaf /g/ g guna tiga

beg // gh ghaib maghrib mubaligh /h/ h hari saham tuah /j/ j jalan manja kolej /k/ k kami paksa katak /x/ kh khusus akhir tarikh /l/ l lekas alas kesal /m/ m maka kami diam /n/ n nama anak daun // ng ngilu angin pening // ny nyata hanya 39 /p/ p pasang apa siap /q/ q quran wuquf buraq /r/

r raih bara putar /s/ s sampai asli lemas // sy syarat isytihar Quraisy /t/ t tali mata rapat /v/ v vitamin university /w/ w wanita hawa /y/ y yang paying /z/ (i) z (ii) x zaman xenon lazat lafaz 40 Huruf Diftong Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah: Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang /ai/ ai aising ghairah trailer pandai /au/ au aurat auditorium saudara

harimau /oi/ oi oidium boikot amboi Sistem Keselarasan Huruf Vokal Berdasarkan maklumat di perenggan di atas, sistem keselarasan huruf vokalmemberikan erti, antara lain, seperti yang di bawah. i.Huruf vokal e taling atauo di kata ekasuku tidak berubah apabila katatersebut diimbuhi awalan yang mengandungi huruf vokal e pepet . Contohnya: a) bom: mengebom bukan mengebum b)syor: mengesyorkan bukan mengesyurkan ii.Huruf vokal e taling atau o di mana-mana suku kata terbuka tidak berubahsekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata sebelumnya.Contohnya: belerang anggota daerah gelora kaedah kelopak kecewa kuno mereka sekolah pendekar pidato 41 iii.Huruf vokal a di suku kata akhir tidak mengubah atau mempengaruhi huruf vokal e taling atau o di suku kata sebelumnya. Contohnya: e-a beta cetak gelanggang meja dewan selempang reka dendang selendang o-a goda borang berontak kota hormat gelombang ronda johan kerongsang iv.Huruf vokal e taling dan o yang membentuk pasangan keselarasan e-e,e-o , o-e dan o-o tidak berubah kerana tidak dapat dipengaruhi oleh huruf vokal a , e pepet , i , atau u di suku kata sebelumnya. Contohnya: e-e: cerewet, kelengkeng, tempeleng e-o: kerekot, pelecok, selekoh o-e: celoreng, kerobek, temponek o-o: ceroboh, kelompok, pelopor Dalam Sistem Ejaan Zaba, cara mengeja perkataan tidak didasarkan pada keselarasanvokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak diselaraskan dengan vokal yanghadir pada suku kata kedua. Misalnya ejaan bagi "burong" (bu + rong), "untok" (un +tok) dan "bilek"

(bi + lek) tidak diselaraskan vokal dalam suku kata pertama dengansuku kata kedua tertutup menjadi "burung" (bu + rung) seperti yang dilakukan dalamSistem Ejaan Baharu. Contoh: Ejaan Lama & Ejaan Baharu sayor jalor salor bubor balek kueh muih sayur jalur salur bubur balik 42 Dalam Sistem Ejaaan Baharu, perkatan yang terdiri daripada tiga perkataan atau lebih, keselarasan vokal juga digunakan. Dua suku kata akhir pada perkataan yangterdiri daripada tiga suku kata atau lebih itu diselaraskan dengan vokalnya. Vokal yanghadir dalam suku kata terbuka, diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku katatertutup, dan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup juga diselaraskan dengan vokalyang hadir dalam suku kata tertutup. Contohnya: Ejaan lama dan ejaan baru i) pereksa=periksa ii) sembeleh=sembelih iii) perengkat=peringkat Prinsip Keselarasan Huruf Vokal Ringkasnya keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokalyang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokalpada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsipkeselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat berikut:i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengansistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. Pola Keselarasan Huruf Vokal Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokalyang utama (primer) seperti yang berikut:Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu bil Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tutup Contoh Penggunaan 1 a a asal talak halaman 2 a i alih tarik parit 43 3 a u asuh datuk baruh 4 e(pepet) a emas kelam selam 5 e(pepet)

i betik ketil lebih 6 e(pepet) u belut telur perut 7 e(taling) a elak dewan perang 8 e(taling) e(taling) belek gelek leceh 9 e(taling) o elok belok telor 10 i a bilah kilang selinap 11 i i intip pilih sisih 12 i u pikul ribut tidur 13 o a otak borang sekolah 14 o e(taling) oleh boleh celoteh 15 o o obor borong kelompok 16 u a ulat bulat ketupat 17 u i ulit kulit putih 18 u u untuk buluh seluruh Daripada 18 pola itu, ada lapan pola yang berupa pola-pola yang berubah daripadasistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar mengenai perubahan inimenetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranyadigunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir. 44 Ejaan Rumi Lama Ejaan Rumi Sekarang Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh

1. a-e taling aleh a-i alih 2. a-o batok a-u batuk 3. e pepet-e taling lebeh e-i lebih 4. e pepet-o tempoh e-u tempuh 5. i-e taling pileh i-i pilih 6. i-o tido i-u tidur 7. u-e taling usek u-i usik 8. u-o untong u-u untung Catatan:Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r . Mengenai pola-pola keselarasan huruf vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vocal e taling atau o juga di suku kata praakhir. Pola Ejaan Contoh 1. e taling-e taling leceh, gelek,teleng,keledek,selekeh 2. e taling-o tempoh,belok,telor,selekoh,kerekot 3. o-e taling oleh, boleh, ponteng, celoteh, celoreng 4. o-o obor, pokok, borong, kelompok, seloroh Di samping 18 pola kelesaran huruf vokal tersebut, dalam sistem ejaan Rumi sekarang terdapat juga lapan pola kelesarasan huruf vokal seperti yang digunakan dalam ejaan lama iaitu untuk mengeja kata-kata yang diserap daripada bahasa asing, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain serta beberapa bahasa di Nusantara.Selain itu, ada sepuluh pola keselarasan huruf vokal lagi yang biasa digunakan untuk mengeja kata-kata serapan dalam bahasa Melayu. Pasangan huruf vokal yang 18 pola ini ialah pola-pola sekunder dalam sistem keselarasan huruf vokal. 45 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vocal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut: bil Pola Vokal Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris 1 a-e taling

aneh kaget pamer cabaret panel 2 a-o calon lapor perabot atom faktor 3 e pepet- e taling gembeleng 4 e pepet - o bendok jempol gabenor intercom 5 i-e taling imlek simen tiket 6 i-o ijon pilon diftong transistor 7 u-e taling tulen ulet subjek dokumen 8 u-o bunglon lelucon kupon konduktor 9 a-e pepet pakem teater 10 e taling hipotesis objektif 11 e taling u petroleum spectrum 12 e pepet - e pepet demdem pepet 13 i-e pepet iseng artikel filem 14 o-i fosil hipokrit 46 15 o-u bonus forum 16 u- e pepet lumer skuter 17 e taling - e pepet meter 18 o-e pepet oktober

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain kedalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengutamakan dasar-dasar berikut: i). Ejaan berdasarkan bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu perubahan fonemasing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan bila diperlukan sahaja. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan karban cartoon jadi kartun bukan katun dialogue jadi dialog bukan dialog ii). Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropahyang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselerasanhuruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atom tetap atom bukan atum bonus tetap bonus bukan bonos pistol tetap pistol bukan pistul 47 iii). Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetapdikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapapenyesuaian. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu block jadi blok bukan belok clinic jadi klinik bukan kelinik drama jadi drama bukan derama iv). Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah serasi atau diserap ke dalam bahasa Melayu dan lazim dieja secara Melayu, tidak lagi diubah ejaannya. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau pension jadi pencen bukan pension station jadi stesen bukan stasion v). Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetapditerima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu.Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda technology jadi teknologi bukan teknoloji tragedy jadi tragedi bukan trajedi 48 Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/ menurut sebutan dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan jadi huruf j dalam bahasa Melayu terdapat pada kata-kata berikut. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen college jadi kolej engine jadi enjin Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman hendaklah disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu-iaitu memberikan nilai bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan fonem yang dilambangkannya.Contohnya : Bahasa Melayu Sebutan April /ap-ril/ bukan /ep-ral/ radio /ra-di-yo/ bukan /re-di-yo/ teknologi /tek-no-lo-gi/ bukan /tek-no-lo-ji/ nasional /na-si-yo-nal/ bukan /ne-sye-nal/ PENUTUP Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yangnyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vokaldaripada 18 pola semuanya. Walupun begitu perubahan dalam aspek-aspek lain dalam ejaan baru ini amat perlu difahami sebaik mungkin bagi menyediakan diri ke arah penulisan (ejaan) bahasa Melayu yang tepat dan betul. Seandainya kita memberikanperhatian yang serius terhadap perubahan ejaan Rumi bahasa Melayu ini, maka tidakt imbul apa-apa masalah untuk menguasainya.Ringkasnya, kalau hendak dikatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu terlalu rumit, tentulah tidak benar sama sekali . Ejaan Bahasa Melayu adalah antara yang termudah di

dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik. 49 BIBILIOGRAFI Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu.Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.Dewan Bahasa (2005). Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur Syarikat Percetakan Bintang Baru. Ali bin Mahmood et al. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Modul Open University Malaysia. Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripada http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada 15.11.2012 Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : PTS Profesional 2002. Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd. Sistem bunyi bahasa Melayu. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOTA. Zaharani Ahmad ( 1993 ).Fonologi Generatif: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 50 http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-Vokal http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

bunyi vokal asli dan bunyi konsonan asli bahasa Melayu.

PENGHASILAN BUNYI KONSONAN


PENGHASILAN BUNYI KONSONAN
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1. konsonan asli 2. konsonan pinjaman

KONSONAN ASLI
Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis seperti berikut: 1. Letupan : p, b, t, d, k, g 2. Letusan : c, j 3. Geseran : s, h 4. Getaran : r 5. Sisian : l 6. Sengauan: m, n, ny, ng 7. Separuh vokal : w, y,

Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan: Letupan Dua Bibir[p] dan [b]
Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dariparu-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itudilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b].

Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d]. Letupan Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara. Konsonan Geseran: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.

Geseran Glotis [h] Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis supaya semasa udara keluar melalui ruang

tersebut,akan terhasil bunyi geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain. Konsonan Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan. Dalam bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan pinjaman. Konsonan Getaran: Getaran Gusi [ r ] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan. Konsonan Sisian: Sisian Gusi [ l ] Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarmelalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab seperti Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah. Konsonan Sengauan: Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini Letusan:

kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Senjgauan Gusi [n] Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny] Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng] Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Sengauan Gusi Lelangit Keras [ny] Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Separuh Vokal: Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan semasa menyembunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Separuh Vokal Dua Bibir [w]

Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Separuh Vokal Lelangit Keras [y] Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. KONSONAN PINJAMAN Geseran Bibir Gigi [f] dan [v] Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v]. Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz] Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh]. Konsonan Geseran Bersuara [z] Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy] Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy]

Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.

Anda mungkin juga menyukai