Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha En Abu Kassim bin Abd Manap, Guru Besar SK Kampong Batu, En Norli bin Masngut,
Penolong Kanan Pentadbiran, En Zulkefli bin Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Mohamad
Fadzil bin Mohamad, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pertama
sekali, saya mengucapkan berbanyak terima kasih, kerana memberi peluang dan kesempatan
kepada saya, selaku wakil murid untuk memberikan ucapan, sempena Sambutan Hari Guru 2022.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari keramat bagi mengenang dan menghargai jasa guru. 16 Mei saban tahun
telah dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama, pada tahun 1956 Majlis Undang-
undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima LAPORAN RAZAK, yang telah menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan, semenjak hari itu.
Tahun ini, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera, telah dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat
bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid
yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada seorang guru. Lantaran itu, marilah
kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mengenal abc, 1, 2, 3,
one two three dan alif, ba, ta perlulah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka melayani
karenah kita amatlah besar nilainya. Jasa itu akan kami kenang hingga ke hujung nyawa.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk menjadi insan yang cemerlang di
dunia dan akhirat. Mereka lah insan yang sedia mendengar segala masalah kita. Guru lah segala-
galanya bagi kami. Oleh itu, guru-guru di SK Kampong Batu ini merupakan pendidik yang cukup
hebat dalam mendidik kami semua.

Guru-guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah mengenal erti
jemu dalam memberikan pelajaran kepada kami semua.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Itu adalah kata-kata Sasterawan Negara, Usman Awang dalam puisinya Guru Oh Guru. Saya akhiri
ucapan saya dengan memetik kata-kata Solomon Ortiz tentang pendidikan.

“Education is the key to success in life, and teachers make a lasting impact in the lives of their
students.”

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai